Wednesday, January 20, 2010

Selepas 19 Januari 2010

Alhamdulillah dah lepas satu benda yang merimaskan kepala hotak, kira sukses juga la walaupun ada suara-suara sumbang yang kedengaran, naaa ada aku kesah, yang penting sume dah selesai dan buat sume rakan-rakan seperjuangan, kamu memang yang terbaek...chayyo apa yang penting...KERJASAMA

Friday, January 15, 2010

Keje Oh Keje

Semenjak dua menjak terasa sangat berkat gaji yang diterima bila keje semakin menambun dan menyesakkan kepala. Hampir tidak mempunyai masa untuk berfoya-foya dan bergosip walaupun rutin tu tetap juga boleh mencelah-celah di tengah kesibukan mesyuarat dan keje. huh sangat penat, waktu keje selalu berlanjutan sehingga melewati waktu normal bekerja. Tak sabar-sabar rasanya menanti 27 Januari, menghitung hari, jam, detik dan saat untuk memerdekakan diri sekejap dari semua karenah orang-orang sekeliling. Sekarang ni pon masih kat ofis lagi dok mengejar keje esok dan 19hb nih, hari ini dalam sejarah betol lah. Ah..mencik betol lah, mujurlah ada domino piZZa buat menghentikan lagu dan irama perut yang sudah berubah rentak dari lagu keroncong ke hip hop. Kesimpulannya aku nak balik la nak tido, sok keje!!!!

Friday, January 1, 2010

2010 Sudah Datang

31 Januari 2010, 9.00 pm masa orang tengah berpusu-pusu nak pegi tengok bunga api ala-ala sambutan tahun baru kat negara-negara barat aku yang baru sampai kat rumah kena kuar balik pegi ofis sebab arahan yang tidak jelas daripada boss aku yang sangat menjengkelkan, mujur ada ofis mate nak tolong hantar, pegi la bertapa kat ofis tu sampai pukul 11 malam sambil menyelesaikan kerja-kerja yang sepatutnya boleh buat hari isnin, tapi sebab ‘makcik’ yang kelam kabut dan tak faham arahan aku terpaksa siapkan malam tu juga. Balik rumah jalan dah sesak, ramai sangat kereta menghala ke presint 2. Kadang-kadang aku tak faham gak, apa yang seronok sangat pegi tengok bunga api tengah-tengah malam buta tu, sanggup menempuh kesesakan lalulintas pastu kena cari tempat letak kereta yang jauh, bersesak-sesak dengan orang ramai semata-mata nak tengok bunga api yang tak sampai 5 minit tu.

1 Januari 2010. Tahun baru dah muncul lagi, azam baru, semangat baru. Tak ada maknanya, sekarang ni nak tunggu masa je bom atom nak meletup, tensen tahap petala langit ke tujuh. Serabut + menyampah + panas + bengang + segala macam rasa yang tak seronok. Dengan tiba-tiba juga aku dah ada azam baru tahun ni : AKU NAK BERHENTI KERJA DAN CARI KERJA LAIN (sesiapa yang ada kekosongan kerja kongsi-kongsi la ngan aku). Aku ada satu azam lagi tahun ni, tapi tak boleh diuar-uarkan lagi hehe. Baik punya…

SELAMAT TAHUN BARU!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)