Monday, February 28, 2011

Twitter punya hal


orang dok sebok bertwitter aku pun nak jugak la kan, selama ni asyik dengar jek orang kata tweet tweet tweet segala bagai, teruja la pulak kan...aish...sekali da buka kebingungan aku seketika, ape ke benda nya nih, paham tak paham jek aku. adeh, aku dah kehilangan skill dalam dunia IT ke, lama jugaklah aku termenung mengadap twitter ni sambil cuba menyerap dan memahamkan fungsi nya...dah la facebook guna emel lain, twitter ni pulak emel lain..kan dah pening hahaha..




nak follow sape pun tak tahu, akhirnya aku pun follow la berita harian, air asia, tourism malaysia, star online, malaysia airlines.....alahai mak ngah....aku pening...



nota kaki - chomel la inchi tweet tweet ni

Saturday, February 26, 2011

Pilihan raya oh pilihan raya


Tiba-tiba hari ni rasa nak tulis pasal pilihanraya pula, maklumlah demam pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau dah menyerang. Sekarang ni, di mana-mana orang sibuk nak buat majlis semuanya kat Merlimau dan Kerdau. Kalau sebelum ni, kedua-dua tempat tu jarang dikunjungi terutamanya oleh ahli-ahli politik. Bila pilihanraya kecil nak di jalankan di situ mula lah berpusu-pusu wakil-wakil dari pelbagai parti politik berkampung di sana. Rajin betul turun padang masa-masa ni, tak kira masa sanggup ke mana saja, jumpa siapa sahaja untuk meyakinkan pengundi-pengundi kawasan tersebut memilih calon-calon mereka. Kalau nak minta apa-apa, masa ni lah yang paling sesuai, minta la apa pun mesti dapat punya, janji-janji manis pun banyak di taburkan, harap-harap bila dah menang nanti janganlah lupa pula semua tu ye...

Sejak pilihanraya pilihan raya umum 2008, 14 pilihan raya kecil telah diadakan, termasuk baru-baru ini di DUN Tenang, Johor. 11 daripadanya di adakan kerana kematian wakil rakyat (P-Kuala Terengganu, P-Bukit Gantang, D-Batang Ai, D-Manek Urai, D-Permatang Pasir, D-Bagan Pinang, P-Hulu Selangor, P-Sibu, D-Galas, P-Batu Sapi, D-Tenang) , manakala 3 lagi diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing (P-Permatang Pauh, D-Penanti, D-Bukit Selambau). Pembangkang menang lapan daripadanya. Pilihan raya DUN Merlimau dan DUB Kerdau adalah yang ke-15 dan 16.

Calon-calon bertanding DUN Merlimau

Pagi tadi proses penamaan calon telah berlangsung dengan menyaksikan pertandingan 2 penjuru di kedua-dua kawasan. DUN Merlimau menyaksikan pertembungan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad vs calon PAS Yuhaizad Abdullah.

Calon-calon bertanding DUN Kerdau

Manakala di DUN Kerdau juga pertandingan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad vs calon PAS Hasanudin Salim. Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan tarikh pengundian adalah pada 6 Mac 2011. Harap-harap sepanjang tempoh berkempen ni semua parti politik yang bertanding akan menggunakan pendekatan yang lebih berhemah dan tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Kepada pengundi-pengundi di DUN Merlimau dan Kerdau, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak.

nota kaki: Agak-agak nak undi siapa ye, hurm..undi adalah rahsia...

kredit gambar - berita harian

Friday, February 25, 2011

Berpeleseran di Alamanda


uiks tajuk berpeleseran itu seperti tidak kena ja dengan kami yang baik-baik belaka ini, mungkin sepatutnya di tukar kepada jalan-jalan di Alamanda selepas gaji ngahaha...ops yang gaji itu cuma mereka, aku belum gaji ye, jadi perbelanjaan hari ini di tanggung oleh mereka diri sendiri. Oleh kerana gaji dah di terima, maka tanpa perancangan awal Kku telah pun menyuarakan hasrat hatinya yang begitu menggebu-gebu untuk berjimba di Alamanda. Walaupun hujan lebat, kilat sabung-menyabung, petir berdentum hujan renyai-renyai manja di iringi angin sepoi2 bahasa kami dengan gagahnya berpayung avon selepas waktu kerja tamat pergilah menunggu bas di perhentian bas semestinya takkan la di stesen komuter pulak.


Dah baik bas dengan tambang 50 sen kami pun sampai di Alamanda. Tempat pertama yang dikunjungi semestinya MPH, ooo walaupun tutup untuk renovation kitorang pegi kat gerai kecil-kecilan MPH di depan Giordano mencari buku-buku terbaru di pasaran untuk di baca sempena cuti hujung minggu ini.


Dah siap pilih2 buku, personaliti yang kita nanti-nantikan iaitu cik am sudah datang dengan berlenggang bersama payung di tangan. So kitorang bertiga pun terus ke watson pula untuk mencari barang-barang penjagaan kulit dan kejelitaan wajah hahaha. Kat watson pun bole rambang mata, patutke..ish


Lepas penat menjelajah watson, kami pun bergerak pulak untuk mencuci-cuci mata di mana-mana kedai yang berkenan di jiwa. Jalan-punya-jalan-punya-jalan, kami pun lapar. Oleh kerana Kku dan C am baru gaji maka mereka tidak memandang langsung fudkot rasa di Alamanda. Selera orang kaya la katakan, maka berdirilah di depan nando's sambil memilih-milih restoran termahal untuk makan. Susah sangat nak pilih, kitorang pun wat sesi lat ta li lat tamplong dan yang terpilih ialah noodle station (ni tempat makan biasa2 jek ye).


Masuk je kat noodle station tu, perut yang lapar pun bertambah lapar. Dah pilih tempat duduk yang ekslusif, kebetulan pulak ada artis kat sebelah meja kami, perh gila ah, siti nurhaliza tuh...tapi kami buat-buat tak kenal je....erm..oke yang bab siti nurhaliza tu aku tipu je, orang kat sebelah kami tu makcik cosway tengah borak2...dah selesai belek2 menu bermenet-menet aku dengan teganya order spring noodles + BBQ Chicken ngan strawberry milk shake, Kku ngan C am nak imperial thai set yang kelihatan begitu menyelerakan di paparan pintu masuk.


Sambil menceritakan gosip-gosip terhangat, tunggu adalah dekat 20 menet sikit lagi nak hentak meja dan kuar hehe, makanan pun sampai..erm sib baik sedap..tapi sangat dukacita bagi pemakan imperial thai yang indah khabar dari rupa...walaupunpun begitu tetap juga habis ye tuan-tuan dan puan-puan bagi mengelakkan pembaziran.

Sesi menjamu selera dah tamat, bayar harga makan yang telah di campur service charge sebanyak 10 persen..huh...kami pun nak balik dah, eh itu jek aktiviti di Alamanda, x de lah berpeleseran pun kan...dah tamat...sekian..

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia vs Pakistan


aish sejak bila pulak aku dok melayan bola nih, ahaha tengah sibuk usha Halimah Jongang, dengar pulak jiran sebelah menyebelah dok jerit-jerit sambung menyambung macam kena histeria dah blok aku nih, GOL rupenye...ops tanpa berlengah lagi terus tukar chanel ke TV1, huuu semangat berkobar-kobar la pulak nak tengok.

Penjaring gol yang pertama pada minit ke tiga ialah ZaharulNizam haha sempat tengok ulang tayang je, itu pun oke la..

penjaring pertama: Wan zaharulnizam

hua...ngantuk la pulak tengok dorang main dah slow, hurm dah dekat habis separuh masa pertama baru makin agresif,

uuuu x teruja langsung tengok pemain2 pakistan nih, pesal tak de yang kacak-kacak??

Haji Hasbullah Awang mengulas memang terbaek la..

ouch khairul fahmi kena sepak..huu gila men kasar nampak, kan dah kena kad merah...

ngahahah GOL lagi, syabas inchi Irfan Fazail...

oowh gara-gara bola malam nih ada orang yang gaduh ngan pakwe muhahaha sabar je la...

k separuh masa kedua dah mula..layannn...

irfan - meraikan gol kedua

updated separuh masa kedua

memang terbaik la Malaysia main, tapi tak de gol pulak

Pakistan men bola banyak drama la, ape kes

owh terer la pulak penjaga gol Pakistan nih, Umer jersi no. 18, kena gugel search nih, kalah khairul fahmi haha

ouch..tak goal lagi...ah..geramnyee..

Pakistan memang drama king

oke masa dah tamat..keputusan akhir: MALAYSIA 2 - PAKISTAN 0
jumpa lagi di Lahore, 9 Mac ini


nota kaki: kalau dorang menang agak2 kita cuti lagi tak ^_^

kredit gambar - Utusan dan Metro

Rehatkan Mata Anda


Seharian mengadap komputer, hampir 8 jam masa kerja, balik rumah pun sama juga, maklumlah internet mania haha...sampaikan ada satu waktu tu rasa macam penat sangat mata nih asyik di hadapkan ke muka komputer, pening sekejap + skrin laptop dah jadi gelap terang gelap terang....ouch mata pun dah jadi macam mata panda..huuuu penatnye mataku, kesian dia. Jom rehatkan mata...


Tips mudah rehatkan mata.
  1. Gerakkan biji mata anda dalam bulatan-bulatan besar dalam kedua-dua arah

  2. Lihat untuk kedua belah sisi seboleh-bolehnya dan kemudian pergi dari atas ke bawah.

  3. Imbas sebuah teks khayal di dinding dari kiri ke kanan.

  4. Tengok kawasan yang luas, pokok, atau langit

  5. Pandang luar tingkap pandang sejauh mungkin kemudian patah balik ke titik/objek paling dekat (macam zoom out zoom in) buat beberapa kali.

  6. Urut urut manja sekeliling mata guna jari, tekan dan pusing pusingkan secara perlahan.

  7. Pejam mata tidurlah sekejap.

Boleh juga amalkan kaedah seperti di bawah semasa menggunakan komputer:

  1. Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit

  2. Lakukan pertukaran posisi bekerja.

  3. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda

  4. Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa.

  5. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama

  6. Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan

  7. Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa

  8. Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor

  9. Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian. Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer


yeay..pastikan mata anda mendapat rehat yang secukupnya walaupun anda adalah seorang blogger tegar. Jangan stress kan mata anda


nota kaki: jagalah kesihatan mata anda dengan innershine

kredit - infosihat.gov.my

Gathering di Bangku Kosong

Yeay...jom kita terjah inchi hasrulhassan di bangku kosong untuk sama-sama memeriahkan 'gathering' beliau. Jangan segan-segan, letak cursor mouse anda kat banner di atas dan tekan. Anda akan di bawa melalui terowong masa terus ke bangku kosong..jumpa di sana..

Tuesday, February 22, 2011

Pesalah Trafik - Suka Hati atau Susah Hati


Rasanya JPJ dah buat bermacam-macam cara nak suh pesalah-pesalah trafik membayar saman mereka. Dah bagi diskaun, dah kuar waran tangkap, dah naik mahkamah, senarai hitam, tak boleh renew cukai jalan pun masih ada juga pesalah2 tegar yang hebat dalam bab mengelak dari membayar saman mereka. Kali ini, JPJ agaknya dah buat retreat dan percambahan idea secara besar-besaran, dan kini dalam rangka memperkenalkan sistem baru iaitu pesalah akan dikenakan jumlah saman yang kurang sekiranya ia dibayar dalam masa singkat. Di bawah sistem baru ini, pesalah trafik diberi masa menyelesaikan saman dan jumlah ditentukan melalui masa yang diambil mereka untuk membayarnya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, sistem baru itu akan diperkenalkan JPJ sebaik sahaja Kabinet meluluskannya. Sebagai contoh, jika mereka dikenakan saman RM70 tetapi membayarnya dalam masa dua minggu, jumlahnya mungkin meningkat kepada RM100, jika dibayar dalam tempoh sebulan. Jumlah ini akan terus meningkat sekiranya mereka mengambil masa lama. Kalau tak faham boleh rujuk jadual di bawah. Kalau tak faham juga, sila buat-buat faham ataupun hubungi pejabat2 JPJ berhampiran.



nota kaki: sila bayar saman anda, tak mahu bayar?? sila jangan langgar peraturan. sekian

kredit - the star
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)