Wednesday, February 16, 2011

Penangan Sinetron!!!

Fenomena sinetron ni bermula dengan cerita bawang merah, bawang putih rasanya. Masa tu memula aku tengok la juga, tapi bila dah masuk episod 20 tak habis² juga, pastu cerita dia dah meleret², orang jahat dia asyik terlepas jek, huh bohsan la pulak aku, lagi pulak waktu siarannya jam 2 petang hari bekerja, x kuasa den nak layan. Selepas bertahun-tahun nampaknya stesen-stesen TV di Malaysia masih lagi teguh menyiarkan sinetron-sinetron yang tah hapa-hapa tu sebab mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia, tapi sungguh tidak ku sangka penangan nya begitu hebat sekali...

Alkisahnya berlaku masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas, kitorang adalah wat perjumpaan keluarga ala-ala gathering la..kumpul ramai-ramai di rumah sepupu aku kat Andalas. Alkisahnya aktiviti hari itu sempena sedara aku yang kawin, tapi kitorang kira belah lelaki la, so tak de la sibuk sangat kenduri nya..lebih kepada makan-makan ngan borak-borak jek...cite punya cite punye cite jam dah pukul 2, kumpulan yang ala-ala remaja ni dok la melangut depan TV layan cite korea kat Astro, tetiba makcik aku dari kumpulan orang-orang veteran dan para suri rumah pun bersuara...


"budak-budak kasi pindah tibi 105, main sudah si safa sama si marwah" ..safa dan marwah, ingatkan cite berunsurkan islamik, rupa-rupanya....- sebagai anak-anak yang bersopan santun, walaupun agak membebel di hati, ikutkan juga lah...dengarlah pulak team makcik-makcik tu membuat flashback episod sebelum ini pada yang tak tengok citer tu...adusss...walaupun tak faham sebab tak pernah tengok cite ni, dok angguk-angguk, geleng-geleng je la..


Ingatkan dah habis la penderitaan aku melayan sinetron nih, rupanya itu semua hanya seketika..tengah sepupu aku nak layan cite Hantu Kak Limah lebih kurang jam 5.30 petang, sekali lagi makcik ku yang chomel itu bersuara "kamu tengok cerita apa tu, si pindah tibi 9, ada sudah si puput (sebenarnya tak tahu nama watak tersebut, oooo ni cerita cinta dan anugerah), cepat!! camana la sudah dia tuh" ...erk...kena layan sinetron lagi ke, kata hatiku sambil memotong-motong kacang panjang untuk di buat kapurung (erm..lama x makan) bagi makan malam ini.


oooo nampaknya penangan sinetron ini belum berakhir, sebaik saja muncul perkataan to be continue, terus je berbunyik lagi "si kejora lagi, 104" (cite kejora dan bintang pulak) waaa..aku terus terkedu tak bisa berkata apa², dasat betol penangan sinetron kepada para suri rumah dan makcik-makcik. agaknya dorang memang sangat banyak masa lapang dok melayan sinetron yang ceritanya sampai beratus-ratus episod dan yang lebih mengkagumkan lagi, dorang bole hafal tuh jalan cerita dan pelbagai watak dari hero, heroin sampailah kepada kawasan kediaman dan binatang peliharaan...what the......mujurlah ASTRO ARUNA dan tak de..Hasil risikan tidak rasmi aku, yang kat bawah ni antara sinetron-sinetron kegilaan ramai.
  1. Cahaya - Astro, 3.00 petang, 232 episod (tak tau la dah tamat ke belum)
  2. Aqso dan Madinah - TV9, 5.30 petang, 132 episod (dah lama tamat)
  3. Sejuta Cinta Marshanda - TV3, 2.00 petang, 61 episod (baru mula)
  4. Safa dan Marwah - Astro Prima, 2.00 petang, 181 episod (masih tayang)
  5. Cinta dan Anugerah - TV9, 5.30 petang, 244 episod (aku rasa cite ni dah 2 tahun tak habis² lagi)
  6. Kejora dan Bintang - Astro Ria, 6.30 petang, 77 episod (masih tayang)
  7. Alisa - TV3, 2.30 petang, 124 episod (baru habis)

Mak ai..aku tulis episod tu je pun dah penat, memang tak boleh blah 244 episod, gila mau 3 tahun baru habis...

4 comments:

  1. Memang penangan sinetron. Cerita dia memang panjang-panjang belaka. Sampai beratus-ratus episod. Kena pula dengan cerita orang baik kena dera dengan orang jahat, lagilah panjang.

    ReplyDelete
  2. memula tgk okla..tp lama2 menyampah...patutnya leh cpt tutup kes..ni tidak..dok pusing2...saje nk org tunggu2...

    better layan korea..lg comel =)

    ReplyDelete
  3. Chii, korea pun best jugak tapi tak suka kalau yang dah dialih suara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)