Saturday, February 26, 2011

Pilihan raya oh pilihan raya


Tiba-tiba hari ni rasa nak tulis pasal pilihanraya pula, maklumlah demam pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau dah menyerang. Sekarang ni, di mana-mana orang sibuk nak buat majlis semuanya kat Merlimau dan Kerdau. Kalau sebelum ni, kedua-dua tempat tu jarang dikunjungi terutamanya oleh ahli-ahli politik. Bila pilihanraya kecil nak di jalankan di situ mula lah berpusu-pusu wakil-wakil dari pelbagai parti politik berkampung di sana. Rajin betul turun padang masa-masa ni, tak kira masa sanggup ke mana saja, jumpa siapa sahaja untuk meyakinkan pengundi-pengundi kawasan tersebut memilih calon-calon mereka. Kalau nak minta apa-apa, masa ni lah yang paling sesuai, minta la apa pun mesti dapat punya, janji-janji manis pun banyak di taburkan, harap-harap bila dah menang nanti janganlah lupa pula semua tu ye...

Sejak pilihanraya pilihan raya umum 2008, 14 pilihan raya kecil telah diadakan, termasuk baru-baru ini di DUN Tenang, Johor. 11 daripadanya di adakan kerana kematian wakil rakyat (P-Kuala Terengganu, P-Bukit Gantang, D-Batang Ai, D-Manek Urai, D-Permatang Pasir, D-Bagan Pinang, P-Hulu Selangor, P-Sibu, D-Galas, P-Batu Sapi, D-Tenang) , manakala 3 lagi diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing (P-Permatang Pauh, D-Penanti, D-Bukit Selambau). Pembangkang menang lapan daripadanya. Pilihan raya DUN Merlimau dan DUB Kerdau adalah yang ke-15 dan 16.

Calon-calon bertanding DUN Merlimau

Pagi tadi proses penamaan calon telah berlangsung dengan menyaksikan pertandingan 2 penjuru di kedua-dua kawasan. DUN Merlimau menyaksikan pertembungan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad vs calon PAS Yuhaizad Abdullah.

Calon-calon bertanding DUN Kerdau

Manakala di DUN Kerdau juga pertandingan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad vs calon PAS Hasanudin Salim. Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan tarikh pengundian adalah pada 6 Mac 2011. Harap-harap sepanjang tempoh berkempen ni semua parti politik yang bertanding akan menggunakan pendekatan yang lebih berhemah dan tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Kepada pengundi-pengundi di DUN Merlimau dan Kerdau, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak.

nota kaki: Agak-agak nak undi siapa ye, hurm..undi adalah rahsia...

kredit gambar - berita harian

5 comments:

  1. thanks view my blog follow you now =D

    ReplyDelete
  2. pilihan raya kecil ne bnyk pembaziran.. n membuatkan orang melayu makin berpecah belah :(

    ReplyDelete
  3. topimage: itulah pasal, sekali PRK tu berapa ratus ribu nak pakai...

    Mars mello-o & Amorng38: tengkiu!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)