Wednesday, February 23, 2011

Rehatkan Mata Anda


Seharian mengadap komputer, hampir 8 jam masa kerja, balik rumah pun sama juga, maklumlah internet mania haha...sampaikan ada satu waktu tu rasa macam penat sangat mata nih asyik di hadapkan ke muka komputer, pening sekejap + skrin laptop dah jadi gelap terang gelap terang....ouch mata pun dah jadi macam mata panda..huuuu penatnye mataku, kesian dia. Jom rehatkan mata...


Tips mudah rehatkan mata.
  1. Gerakkan biji mata anda dalam bulatan-bulatan besar dalam kedua-dua arah

  2. Lihat untuk kedua belah sisi seboleh-bolehnya dan kemudian pergi dari atas ke bawah.

  3. Imbas sebuah teks khayal di dinding dari kiri ke kanan.

  4. Tengok kawasan yang luas, pokok, atau langit

  5. Pandang luar tingkap pandang sejauh mungkin kemudian patah balik ke titik/objek paling dekat (macam zoom out zoom in) buat beberapa kali.

  6. Urut urut manja sekeliling mata guna jari, tekan dan pusing pusingkan secara perlahan.

  7. Pejam mata tidurlah sekejap.

Boleh juga amalkan kaedah seperti di bawah semasa menggunakan komputer:

  1. Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit

  2. Lakukan pertukaran posisi bekerja.

  3. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda

  4. Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa.

  5. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama

  6. Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan

  7. Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa

  8. Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor

  9. Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian. Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer


yeay..pastikan mata anda mendapat rehat yang secukupnya walaupun anda adalah seorang blogger tegar. Jangan stress kan mata anda


nota kaki: jagalah kesihatan mata anda dengan innershine

kredit - infosihat.gov.my

3 comments:

  1. kak ijan, nota kaki tu yg penting...hehe

    ReplyDelete
  2. aeda: kalau yang tu belum bermekap pun nampak berseri kan hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)