Saturday, February 12, 2011

Review - BUMI CINTA

Karya kedua penulis Habiburrahman El-Shirazy yang aku baca selepas Ayat-ayat Cinta. Seperti biasa, novel bercorak ilmiah seperti ini memang mengambil masa yang lama sedikit untuk di habiskan (5 hari) berbanding novel jiwa-jiwa yang berbunga-bunga (1 hari jek).

Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama bernama Muhammad Ayyas, hidup di negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya di pertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow yang kecantikan mereka tiada taranya... 'Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung gagal dalam pertapaannya'...

Muhammad Ayyas seorang Mahasiswa datang ke bumi Moskow untuk menyelesaikan tesisnya tentang sejarah Islam di Russia. Tiba di Moskow dalam suasana musim sejuk yang mencengkam dan menyewa bilik di sebuah rumah bersama-sama 2 orang perempuan Russia yang cantik bernama Yelena dan Linor. Bekerjasama pula dengan Dr. Anastasia Pallazo yang mempunyai pesona wanita yang cantik dan bijak. Imannya kerapkali di duga dengan berbagai-bagai peristiwa yang bukan calang-calang orang boleh menghadapinya... 'Bertakwalah kepada Allah selama di Moscow ini, saudaraku. Berhati-hatilah kerana ujian imannya di sini tidak ringan'...

Yelena...seorang wanita Russia yang bekerja sebagai pelacur kelas atasan, tidak mempercayai adanya Tuhan, namun akhirnya ketika dia di tinggalkan keseorangan di pinggir jalan yang suram dalam keadaan separuh mati, apa yang terlintas di fikirannya untuk menyelamatkannya pada saat itu hanyalah TUHAN!!!.. 'Tiba-tiba jauh di sudut hatinya yang paling dalam dia teringat akan Tuhan. Ya Tuhan yang menciptakan manusia. Tuhan yang menghidupkan dan Tuhan pula yang mematikan. Dari sudut hatinya yang paling dalam, dia meminta ampun kepada Tuhan kerana selama ini telah mengingkari kewujudannya'...

Linor...dianugerahkan bakat bermain alat muzik, bekerja sebagai wartawan di samping menjadi ejen kepada rejim zionis. Sangat membenci agama Islam dan sanggup melakukan apa saja untuk ejen-ejen mosad yang di ketuai oleh Ben Solomon. Saat dia mengetahui bahawa ibu dan ayahnya yang sebenar merupakan warga palestin yang di bunuh kejam oleh yahudi, jiwanya menjadi kosong... 'tidak ada setitis pun darah yahudi yang mengalir dalam tubuhmu, yang ada sebenarnya adalah darah Muslim Palestin'..

Gaya penulisan Habiburrahman memang superb. Pengolahan ayat yang sempurna menjadikan aku seolah-olah berada di moscow, cara beliau menerangkan dengan jelas satu-persatu tentang jalan-jalan di moscow, bangunan dan kedai-kedai, tempat-tempat menarik dan macam-macam lagi, penggunaan serba sedikit kosa kata rusia di samping penceritaan yang mudah difahami menjadikan novel ini tidak membosankan.

Aku memang terkesan dengan kisah di kala Ayyas di pilih menjadi panel untuk satu seminar di Fakulti kedoktoran MGU yang membincangkan tajuk 'Tuhan bagi manusia di era moden'. Cara beliau menyampaikan hujahnya dengan penuh keyakinan berdasarkan kepada teori-teori dan bukti-bukti sahih tentang kebenaran dan kesahihan agama Islam terus mematahkan hujah-hujah panel lain....memang mantap. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ini, kenalah baca buku nih, tak larat nak tulis, panjang sangat... 'sekarang dia mengaum bagai haiwan buas. sebentar kemudian bagai anak kecil dia merungut kelu'...

oooo ya kat dalam novel ni juga aku tahu tentang bagaimana terjadinya peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh rejim zionis di Sabra dan Shatila, tragis dan menyayat hati. Di sini juga kita di temukan tentang bagaimana perancangan Allah itu lebih hebat dari perancangan manusia. Bagaimana musuh-musuh Allah merancang untuk menjadikan Ayyas sebagai kambing hitam dalam kes pengeboman di metropole hotel, namun dengan mudah di patahkan oleh Yang Maha Berkuasa. 'Mereka telah membuat muslihat, tetapi muslihat Allah mengatasi segala-galanya'...

Bagi yang masih mencari-cari bahan bacaan yang lain dari yang lain bacalah BUMI CINTA karya HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY..

p.s..endingnya memang tidak terduga...

p.s.s...Sila layankan beberapa gambar-gambar menarik yang ada di Moscow. gambar-gambar ini adalah ihsan dari inchi guugel..

St, Petersburg - Russia


MGU University


Masjid Agung Moskwa


Galeri Tretyakov


SELAMAT MEMBACA

0 orang sedang berangan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)