Wednesday, March 23, 2011

Bertudung tapi BOGEL

 

 Isu ini dah lama di perkatakan, ramai yang sedar dan ramai juga yang perasan tapi buat-buat tak faham sampaikan ianya jadi seperti perkara biasa yang tak salah pun kalau buat, sedangkan terang-terang hukum agama Islam dah gariskan tatacara menutup aurat dengan betul. Kalau sekadar nak berfesyen lebih elok tak payah pakai terus. Mungkin ada yang kata itu sekadar permulaan, tapi kalau permulaan pun dah salah bila masanya nak betul. Bukannya dan berdakwah kerana diri sendiri pun masih banyak silap di mana-mana, sekadar saling ingat-mengingatkan di samping muhasabah diri sendiri. Malas nak cerita banyak, layan kan aja gambar-gambar di bawah kerana ianya sudah boleh menceritakan situasi yang melanda masyarakat akhir zaman ini.



Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu: 
  1. Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.
  2. Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.
  3. Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.
  4. Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki
  5. Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.





sumber gambar dan sedikit-sedikit ayat kopi melalui emel dari ogy yang dah lama menghuni inbox ku

56 comments:

  1. tak malu ke deorg pakai mcm tu..kalu nak tayang2 baik tak yah pakai tudung.. kiter yang pakai tudung tgk deorg mcm tu pun, kiter yang malu...erm..ish...tak pk panjang tul deorg ni...

    ReplyDelete
  2. pelik kan...?

    harap2 dijauhkan....

    ReplyDelete
  3. supposely bnda2 camni, orang terdekat perlu la menegur. sbb bnda2 camni bkn shja jauh terpesong dengan agama kita, tapi mencalarkan imej sndiri dan maruah keluarga.

    sama2 jadikan iktibar. setiap org ade kekurangan sndiri. kita sma2 perbaiki kelemahan diri. orang2 terdekat kita akan menegur andaikata mereka sygkan kita.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah,Minta d jauhkan..

    ReplyDelete
  5. terpesong dah cara pakai tudung malu ler...

    ReplyDelete
  6. betol tu... ishh3....
    lebih baik tak payah pakai tudung!

    ReplyDelete
  7. fuyooo gila daring hehe..yg nmpk buntut tu salu sgt la tora jpe..pe3pn semoga tora x tegolong d kalangan mereka3 ini..amin =)

    ReplyDelete
  8. waa..ade gak yg macam ni eyk?? subhanallah..

    ReplyDelete
  9. renung-renungkan... moga kita semua lebih menjaga tatasusila dan mengamalkan cara pemakaian yang mengikut hukum yang di tetapkan..jangan jadi mangsa fesyen..

    ReplyDelete
  10. walaupun bukan faie yg buat bnde2 cm 2 . sedikit sebanyk faie rase malu ngn diri sendiri . mybe kdg2 kite xsedar care kite pkai tudung 2 . xsemua yg kite rase betul 2 betul . kn ?

    ReplyDelete
  11. ha'ah..mcm2 syle skang ni yg kuar..tp dowang terikat nagn pemakaian tudung..nk berstyle tp still nk pakai tudung..tu la jd nye..sedey betol nengok nyer..T T

    ReplyDelete
  12. hrhehehe..chii biasa nampak org pakai tudung..tp pakai short sleeve..mmg kalo angkat tngn..leh nampak lengan yg err..mcm pelik.tp benar :D

    ReplyDelete
  13. astagfirullah,.
    tanda" KIAMAT sdh nampak dimana-mana.
    percuma d ats di tutup,.
    klu d bawah na d "pertontonkan" seperti..
    ngk da guna na WANITA MEMAKAI JILBAB thu.

    ReplyDelete
  14. tak larat tengok fesyen diaorang ni.. adehhh..
    http://adzriel.blogspot.com/2011/03/cantikkan-perut-tu-dulu.html

    ReplyDelete
  15. astagfirullah'alazim

    apa nak jadilah ngan pompuan zaman skang nie..
    dorang nie bukannya takat memalukan diri sendiri sebab buta fesyen, tp memalukan agama Islam..

    ReplyDelete
  16. menyampah dah tengok..
    naik geli nak muntah pun ada..

    ReplyDelete
  17. baik tak payah pakai p-ape lau camtu~ huh!

    ReplyDelete
  18. terpengaruh sgat dgn fesyen, smpai xpikir cra sebenar menutup aurat bg seorg wanita islam.. =)

    ReplyDelete
  19. mak ai..blh tahan pic2 ni..
    aduiii..ntah ape2..

    ReplyDelete
  20. pakaian tu biar la yg ok kan..???tul tak?
    rmai mcm ni kan..

    ReplyDelete
  21. cara berpakaian seperti itulah yang makin menjadi ikutan ramai di zaman ini. Dunia hampir ke penghujungnya...

    ReplyDelete
  22. dek terlalu moden akhirnya kembali ke zaman jahiliah he3...

    ReplyDelete
  23. agaknya ramai yg memuji cantik ....

    ReplyDelete
  24. isu yang bagus...

    elok kalau kita cakap menutup aurat, bukannya bertudung/pakai tudung.

    btw, salam ziarah. nice blog :)

    jemput-jemput melawat ke blogstore pen drive saya ya.
    http://myuniquependrive.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. buat malu je kan.. kalau orang bukan islam tengok apa diorang akan pk tentang agama islam nie.. manusia manusia

    Dalam Tandas Pun Boleh

    ReplyDelete
  27. mak aih..chii baru perasan sumer pic ni..yg taleh take it pompuan kt waterpark..ape motif dia ye..aduhaiii wanita

    ReplyDelete
  28. MasyaAllah..Atas dunia blhla buat mcm ni, tp akhirat esok...Allah sj yg mengetahui.
    http://www.kenalikomputer.com/perkakasan/milikilah-htc-incredible-s-handphone-canggih-terkini/

    ReplyDelete
  29. MasyaAllah apa nak jadi ni, malukan tengok bertudung camni..

    ReplyDelete
  30. aishh..ape kejadah nye pakai tudung macam tu. serupa macam tak pakai ape2 je..

    ReplyDelete
  31. Apabila kita memakai tudung ia akan memberikan gambaran seorang muslim yang menutup aurat..Maka sempurnakanlah ia kerana Islam itu indah..jangan cemarkan cara pemakaian yang sangat tidak sesuai..

    *muhasabah diri sendiri untuk menjadi lebih baik*

    ReplyDelete
  32. eeeeeeeeeeeeeeeee..apa kejadahnya tu..kurap abeh nampak..masyaallah

    ReplyDelete
  33. memang trend tunjuk bontot ke skg ni? haha

    ReplyDelete
  34. memang pelik ar orang zaman sekarang...adoyai...

    ReplyDelete
  35. dasyat manusia zaman sekarang nih . memang patut la ustazah aku cakap tiap2 hari

    ReplyDelete
  36. isk3..nampak segala aurat bagai..hehe

    ReplyDelete
  37. apabila kulit sudh menjadi pkaian utama..

    ReplyDelete
  38. BERTUDUNG IKUT IKUTAN..... INILAH JADINYA.

    ReplyDelete
  39. nak sgt ikut fesyen .. mcm ni la jdnya .. nowdays , byk d kalangan remaja yg gtu .. golongan mak org ni ade sbilangan je la ..

    ReplyDelete
  40. aah.pelik gile kalo tgk orang pakai tdung tapi pkai bju sleeveless..xpon legging.pelik tol r dorang ni T__T

    ReplyDelete
  41. mohon izin share..syukran :)

    ReplyDelete
  42. hah??? betul ke macam tuh? bukan trik camera ke?

    Wnita yang berkerundung pastilah karena memahami ajaran ISLAm... apatah lagi ini di tanah melayu di mana agama islam di taati secara betul2.

    Saya ingat seorang kawan Mat melayu yang sllu mencaci foreigner worker like me krn tidak bertudung.... :)

    In my opinion pasti itu trik camera kan?? sy percaya wanita melayu bertudung sangat menjaga kehormatan dan kesuciannya.... betul tak??

    ReplyDelete
  43. apa jenis fesyen dia orang pakai ni.... kalau ikut semua ni pakaian zaman firaun.....

    ReplyDelete
  44. peliknye style! short, sleeveless, tp pki tdung.. malu2..

    ReplyDelete
  45. saya suka entri ini.... moga beri peringatan selalu buat saya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)