Friday, April 1, 2011

Demam 5S

Minggu lepas sangat sebuk membuat kerja-kerja pembersihan di work station masing-masing. Maklumlah opis tengah nak buat 5S. Mesti korang pun tau kan pe ke bendanya 5 S tu, tak pe meh kite sama-sama mengimbas semula apakah 5S itu.


Oke itu lah dia maksud 5S. Jadi secara rasionalnya meja kerja masing-masing yang dah macam pusat kitar semula tu kenalah di kemaskan. Tiada satu benda pun boleh berada di atas meja kecuali kerja-kerja semasa. Hiasan-hiasan, gantung-gantungan mahupun gambar-gambar pencetus sumber inspirasi tidak boleh sama sekali di sangkutkan sesuka hati. Malahan wallpaper muka sebesar skrin komputer yang rasanya gambar paling cantik setelah di edit guna photoshop pun harus di nyahkan.




nah..itu adalah pemandangan kawasan kerja ku..haha cantek kan...dengan tembok besar china yang lagi tinggi dari aku...meja berserakan ngan kertas, fail dan kerepek, haha tapi kerepek aku dah sorok....itu menunjukkan aku sebok oke, bukan buat-buat sebok macam jiran depan meja aku nih. Adoi la..macam mana nak kemas nih, pening. Kalau kat rumah semak macam ni pasti akan mengundang lipas-lipas, anai-anai dan mungkin juga encik tikus. Terpaksa pulak beli penghapus lipas dan tikus kat cosway.


Langkah pertama ialah sisih, hooo aku pun memulakan aktiviti menyisih benda2 yang tak perlu. Masa ni la jumpa segala kertas conteng-conteng, surat cinta tak jadi hantar, lirik lagu buatan sendiri, lukisan ala2 pelukis handalan hahaha tipu je yang banyaknya kertas draf yang sepatutnya di buang, tapi simpan buat pekasam. Kumpul-kumpul bagi mesin perincih makan, habis cerita.


Nak kemas2 segala dokumen dan asingkan yang kena simpan dan patut buang, yang peribadi ngan kerja, belum lagi kasut-kasut berjenama yang sengaja di pamerkan di bawah meja harus di sorokkan di mana-mana oooo penat beb rasa macam pindah rumah pulak. Ditambah lagi bahagian sekitar ofis yang mesti di 5S kan juga..walla..nak harapkan orang yang gila kuasa lantik diri sendiri jadi pegawai 5S..heh pandai cakap jek..ulang alik ke hulu ke hilir macam sebok sangat..kalau takat nak mengampu dan kipas boss baik tak payah..ops..teremosi pulak


Lepas habis menyisih segalanya, dokumen yang selama ni peram kat meja bagi kat cik shida untuk di failkan, Sian kawan tuh kena betulkan balik sistem filing yang dah tunggang langgang belum lagi fail yang di hilangkan oleh cik pembodek tapi tak nak mengaku...heh


hah hasilnya taraaaaaaa....kemas kan, bersih berseri macam tuannya, huhu tak pernah meja aku kemas cam nih....baru lah semangat nak kerja makin menggebu-gebu..yeay...berapa lama la agaknya bole bertahan ek haha..





Nota kaki: Lepas 5S ni, cari dokumen sume tak jumpa..adoiiii...

18 comments:

  1. Sy kalau bersih sgt meja, kurang motivasi... Kena nampak banyak kertas-kertas, baru timbul motivasi.. hehehe

    5S tambah lagi satu S iaitu 'SAKIT' sebab tak jumpa dokumen.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. @Mutalib: haha betul tu..ni dah sepah balik...

    ReplyDelete
  3. wah! ini memang kasi bersih abeh nih! saluteee! hehe..tahniah anda berjaya meng-implemented kan konsep 5S itu! sampai tak jumpa balik fail2 yang dah dikemas..hehe..dah masok bakol sampah ke? ;p

    ReplyDelete
  4. huhu.. terbaik lah bersih yer.. :D

    ReplyDelete
  5. wah, kemasnya meja kak ijan...
    btl2 5S ni..hehe

    ReplyDelete
  6. klau kt kilang jepun mmg diorg amal 5S ni ^^

    latest en3: hayabusa di taman sakura

    ReplyDelete
  7. bilik saya pon mngamamalkan 5S..Sampah, Semak, Serabut, Selerak, Selekeh..haha

    ReplyDelete
  8. kat ofis berkemas,kat rmh berkemas,tak hbs2 berkemas orang ppuan ni....

    ReplyDelete
  9. @Syuk Ry @Adlan @aeda: haha bersih berseri kan

    @caliph shuriken: ofis ni ke arah nak wat cam tu gak la..tapi cam tak sesuai je hohoho

    ReplyDelete
  10. @Aku Skema: haha..kejap lagi jadi balik la cam 5S yang tu pulak

    @ct N honey: tu la pasal..haish..

    ReplyDelete
  11. he he he.... kemas giler tu...semut lalu pun boleh nampak..he he he....

    ReplyDelete
  12. Hello sana :
    jom join contest kami,sebab awk cuma perlukan gambar bertemakan LOVE sahaja.tak perlukan sebarang entri/banner! :)

    7 DAYS LEFT!

    The 7th Photo Contest

    ReplyDelete
  13. wahh surat cinta tak jadi hantar pun ade ...,. kehkehkeh . begitu dedicated membuat kerja sampai bersih semua ^^

    ReplyDelete
  14. heheh mak pon sebuk gak dgn 5s dia :))

    ReplyDelete
  15. ehehehee.. skang musim 5S je kan?
    hahahaahahaa... same kat opis nih..

    ReplyDelete
  16. alamak sekarang dah semak balik daa huuuu...

    ReplyDelete
  17. lol..inginkan demam 5s ni kat cuma kat RTM ja,rupanya kat seluruh company..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)