Friday, March 11, 2011

Gempa bumi dan Tsunami menggegar Jepun

 
Ingat lagi tarikh 26 Disember 2004 saat gempa bumi kuat dengan ukuran 9.0 pada skala ritcher yang berlaku di lautan hindi lepas pantai barat acheh yang mengakibatkan ombak besar tsunami yang membadai kawasan2 pantai di selatan asia, sumatera utara, Thailand dan Malaysia. Tragedi ini telah mengorbankan ribuan nyawa.



Kini setelah 7 tahun berlalu, hari ini satu gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan. Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Sehubungan dengan itu juga satu amaran laut bergelora dan paras air laut tinggi dijangka berlaku di perairan pantai Labuan dan Sabah mulai 6 petang dan 12 tengah malam ini. Penduduk-penduduk di sekitar kawasan terbabit di minta berhati-hati dan peka dengan sebarang pengumuman dari pihak2 berkuasa.


Takziah di ucapkan pada semua yang mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.


Segmen ilmu

Tsunami (津波 bahasa jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei – Shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.



Tsunami dalam sejarah

Berikut merupakan kejadian tsunami utama dalam sejarah:
  • 2004: Gempa Bumi di Lautan India, menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
  • 1998: Gempa bumi berukuran 7.0 di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 m, dan membunuh lebih 6,000 orang.
  • 1976: Tsunami yang melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
  • 1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah (berukuran 9.5) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawai
  • 1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 m, dan membunuh sebanyak 165 orang.
  • 1883: Letupan Gunung Berapi Krakatoa di Selat Sunda menghasilkan tsunami setinggi 35 m, dan mengorbankan 36,000 orang.
  • 1755: Tsunami menghancurkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.

kredit gambar: gempabumi, Jepun - Berita Harian
sumber berita - Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia, Wikipedia

10 comments:

  1. menakutkan la tsunami ni..
    tazkiah kpd mangsa2 tsunami di Jepun...

    ReplyDelete
  2. harap bilangan casualties not as many as 2004
    aku, dia & lensa

    ReplyDelete
  3. @aeda @afzan @Mas Nur: takziah pada semua yang terbabit semoga tidak ada gempa susulan

    ReplyDelete
  4. salam...
    moga ia jadi peringatan buat diri ini...

    ReplyDelete
  5. semoga jadi amaran buat kita.

    ReplyDelete
  6. tu y d darat..mcmne dgn keadaan pelaut kite d laut saner??same2 fikirkan dan renungkan..smga semuanya selamat..amiin...

    ReplyDelete
  7. peringatan buat semua umat manusia..dunia sudah hampir ke penghujungnya...

    ReplyDelete
  8. tkziah buat wris smangsa..adakah ni pertanda tuhan murka dgn kita??ermmm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)