Wednesday, March 2, 2011

Goyang berhibur


Rancangan 360 kejap tadi memang membuatkan aku terfikir tentang fenomena suka berhibur di kelab2 malam terutamanya di kalangan anak2 remaja kita. Budaya clubbing di rasakan sudah menjadi perkara biasa terutamanya di kalangan anak2 muda. Dari umur seawal 15 tahun dah mula berpeleseran di kelab-kelab malam mencari hiburan dengan alasan yang tidak munasabah. Zaman2 aku muda2 dulu umur 15 tahun ni masih main teng teng ngan polis sentri lagi, tapi budak2 zaman sekarang....alahai.....dengar cakap2 budak-budak tu macam tak bersalah langsung, 'sajak' jek dorang ketawa2 gediks macam la dah harumkan nama negara. Kalau bagi penampar sedas dua memang sedap tu..

ada antara temubual wartawan2 360 dengan subjek2 semalam yang memang sentap je aku dengar

Remaja (bawah 20 tahun)
  • cakap dengan mak ada tuisyen, study kat rumah kawan
  • club2 macam ni ramai orang2 muda je pegi, kalau kami tak datang tak meriah la kan
  • pergi club kot, mestilah bangga
  • kalau dalam seminggu tak datang club rasa menggelupur duduk kat rumah
  • datang club nak hilangkan tensen
  • club tu dah macam rumah kedua
  • clubbing tu dah namanya untuk enjoy, memang untuk berhiburla

* yang cakap bangga tu memang aku rasa nak bagi tapak kaki je kat muka dia, siap gelak2 gumbira lagi


pengunjung kelab dangdut (golongan lanjut usia tak sedar diri)
  • bayaran GRO RM40 satu jam
  • dalam sebulan habis dalam RM3000 nak bayar pompuan, minum2 lagi, tapi banyak untuk bayar pompuan la
  • nak mencari teman untuk bermesra, pompuan2 dangdut ni boleh pegang2, lebih daripada tu pun bole
  • orang rumah saya tahu saya keluar tapi tak tahu saya pegi dangdut
  • kalau dah masuk sini bab minum2 tu harus la kan

* alahai pakcik, bawak-bawaklah bertaubat, daripada pegi dangdut tu baik pegi dengar ceramah kat surau ada gak faedahnya.


Terkedu gak aku sekejap...Walaupun kita nak sangat mencapai taraf negara maju tapi jangan lah budaya yang tidak elok turut kita serap dan jadikan cara hidup. Mungkin adalah yang kata aku ni kolot ke, ketinggalan zaman ke, tak kesahlah yang penting pada aku budaya clubbing2 hanya membawa kepada kerosakan dan keruntuhan anak bangsa...

12 comments:

  1. dah nak akhir zaman.. mcm tu la kan.. huhu..

    ape yg best sgt tah clubbing.. da la cam bising giler ngn muzik2..nk ilang kan tensen ape tah mcm tu.. klu nk ilangkan tensen baca la Al-Quran kan..

    actually mak bapak kena pantau lbh la..jgn percaya bulat2 ckp anak.. 1more thing, xpyh bg duit byk kt anak2 yg masih belajar ni kan..

    Jom terjah "KENAPA CYBER CAFE SUDAH TIDAK RELEVAN DI MASA KINI. | | At Last.. I Have My Own Canon All-In-One Printer."

    ReplyDelete
  2. kemajuan...he he he.... dah mewah... dah senang.... mcm tu la... lupa diri..lupa segalanye....tak pernah nak bersyukur....sitanduk pun membisikkan sesuatu ..he he he...... dunia dah tua...dunia dah penat... sitanduk makin gembira matlamat dan misi makin berjaya.... ha ha ha ha... kita saki baki yang masih ingat.masih tahu...masih sedar....bisikkan lah ..katakan lah...ingatkan lah lah .....sesama kita..
    eh eh eh apa aku mengarut ni...he he he ...sangkut paut ke...aduuusss...he he he

    ReplyDelete
  3. NaNaoSaKi, Mr iz: nak mendidik anak2 di zaman ini memang sangat mencabar, ibu bapa juga perlu tunjukkan contoh yang baik pada anak2..kalau tegah anak2 ke kelab tapi bapaknya pegi dangdut memang payah la kan...

    ReplyDelete
  4. katakan tidak kpda clubbing~

    ReplyDelete
  5. 360 memang buka mata kita kan kan?

    ReplyDelete
  6. tengok juga 360 semalam..cabaran untuk parents masa kini

    ReplyDelete
  7. Zaman muda rumaja Mem pun pegi clubbing jugak... ala-ala cem rumah kedua setiap wiken gitew ( tuh dia statement ). Orang kata kalau minum beer perut jadi boroi. Ye ke ? Mem ni minum air teh saja... slimming tea lagi, tapi perut tetap terbonjol tanpa baby di dalamnya. Cemana tu ?

    ReplyDelete
  8. saye tak pernah g clubbing.. saye slalu g jamming jer.. hehe

    ReplyDelete
  9. yang penting adalah jati diri dan peranan keluarga dalam membentuk akhlak anak2 dah ahli keluarga seisinya...

    ReplyDelete
  10. "payah..memang payah..Ibubapa dah beri yg terbaik,ajar itu-ini,beri pelajaran agama...dia nak terpesong juga..bukan salah ibu mengandung lagi..ibubapa dah tiada hak.."

    ReplyDelete
  11. dunia akhir zaman... moga2 kita jauh dari termasuk gol ini...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)