Thursday, March 17, 2011

Radiasi

Malang bertimpa-timpa bagi negara Jepun, setelah dilanda gempa sekuat 9.0 pada skala richter Jumaat lepas, Tsunami setinggi 10 meter melanda negara itu. Kesan daripada bencana tersebut menyebabkan loji tenaga nuklearnya di Fukushima mengalami letupan seterusnya mengakibatkan kegagalan berfungsi. Rentetan daripada kejadian tersebut yang turut memberikan tempias pada negara-negara serantau akibat kebimbangan penyebaran radiasi daripada loji nuklear tersebut. Pada coretan kali ini, aku sekadar ingin berkongsi sedikit maklumat yang di petik daripada akhbar Utusan Malaysia. Di samping itu sama-sama lah kita mendoakan yang terbaik untuk Jepun dan penduduknya serta negara-negara sekitarnya.


KEADAAN RADIASI DI LOJI NUKLEAR FUKUSHIMA 
  • Terdapat 55 loji tenaga nuklear kini beroperasi di Jepun termasuk Loji Tenaga Nuklear di Fukushima.
  • Loji Tenaga Nuklear di Fukushima mempunyai enam reaktor. Empat daripadanya kini terjejas teruk.
  • Agensi Tenaga Atom Antarabangsa menyatakan krisis radiasi di Loji Tenaga Nuklear di Fukushima kini berada pada tahap 6, yang dianggap tahap bahaya.
  • Para pegawai Jepun berkata, tahap radiasi pada pukul 10.20 pagi semalam (9.22 pagi waktu Malaysia) adalah pada 30 mSv antara reaktor no. 2 dan no. 3, manakala 400 mSv berdekatan reaktor no. 3 dan reaktor no. 4 (100 mSv).


JENIS RADIASI

  • Terdapat dua jenis radias iaitu jenis mengion dan bukan mengion.
  • Radiasi bukan mengion termasuklah inframerah, gelombang radio, radiasi telefon bimbit dan radiasi ketika menggunakan gelombang mikro ketika memasak. Apabila ia kuat, ia mampu memanaskan tisu, namun ia dipercayai bukan penyebab kanser.
  • Radiasi mengion lebih berbahaya kerana ia memecahkan ikatan kimia dan menyebabkan kanser. Contohnya sinar-X, sinar gamma dan partikel alpha atau beta dikeluarkan satu elemen radioaktif ketika ia mereput.


RISIKO RADIASI
  • Pakar menyatakan tiga faktor menentukan sama ada letupan radiasi itu berbahaya atau tidak berbahaya iaitu kekuatan pendedahan, tempoh terdedah dan rawatan.
  • Mengikut kelaziman kira-kira separuh orang terdedah kepada dos 5,000 microsievert (mSv) di seluruh badan akan mati, manakala 6,000 mSv pula akan menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan segera.
  • Pendedahan kepada 10,000 mSv pada satu dos akan menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa minggu.
  • Dalam satu kemalangan nuklear teruk, pendedahan boleh mencapai beribu-ribu mSv berdekatan teras reaktor.
  • Kesan pendedahan radiasi pada kesihatan paling berbahaya adalah kanser etrutama leukimia, selain kanser peparu, tiroid dan usus.
  • Pada tempoh masa panjang radiasi boleh merosakkan asid deoksiribonukleik (DNA) dan membawa kepada kecacatan bayi.
  • Pengkaji utama institut perlindungan radio dan keselamatan nuklear (IRSN), Patrick Gourmelon berkata, risiko bergantung kepada pendedahan dos. Walaupun terdedah kepada dos kecil, meningkatkan risiko kanser.
  • Pendedahan kepada 50 hingga 100 mSv mengubah tindak balas kimia dalam darah.
    • 500 mSv: mual
    • 700 mSv: muntah-muntah
    • 750 mSv: rambut gugur (dalam tempoh 2-3 minggu)
    • 900 mSv: cirit-birit
    • 1,000 mSv: pendarahan
    • 4,000 mSv: kemungkinan maut dalam tempoh 2 bulan jika tidak menerima rawatan
    • 10,000 mSv: kerosakan usus, pendarahan dalaman dan maut dalam tempoh 1-2 minggu
    • 20,000 mSv: kerosakan pada sistem saraf dan pengsan dalam beberapa minit dan maut dalam beberapa jam atau hari

*untuk rekod paras sinaran di Malaysia masih berada pada tahap normal iaitu 0.17 uSv/jam
*had dedahan sinaran orang awam adalah 0.50 uSv/jam

11 comments:

  1. takutnya baca..tp td kt berita..xdepun bgtahuradiasi ni jejaskan malaysia

    ReplyDelete
  2. @Fitri: memang tak jejaskan Malaysia sebab tahap radiasi masih normal..pihak berkuasa masih pantau dari masa ke semasa

    ReplyDelete
  3. fuhhh...berpeluh baca,nice entry...cmna yer Mlaysia ckap nk bina nuclear plant nnti..hurm..rnung2kan dan pikir2kan

    ReplyDelete
  4. tkot! cipa jln2 cni..jom tgk blog yg best2 kt blog cipa..:)

    http://nurfazilaharsat.blogspot.com/2011/03/sye-nk-blog-sye-direview-oleh-cik_17.html

    ReplyDelete
  5. he he biar orang orang kat malasia ni pkir 4 ribu lima ribu kali kalau nak buat reaktor tu.... nak bauat bole kasi kebal...he he he

    ReplyDelete
  6. kalau kena radiasi ni kesan nya sangat ngeri dan berpanjangan ...kalau betul2 nak bina loji nuklear kat malaysia kena ada kemahiran bukan takat tau sikit-sikit..Malaysia ni dah la kecik je..

    ReplyDelete
  7. huish bahaya kan kuasa alla nak bagi bencana bila1 jer sekelip mata jer kan ..mcm mana la malaysia nak bina nuklear kat sni dah jepun yang ada kepakaran tuh pun hancur dibuat nyer yerk

    ReplyDelete
  8. wah... panahan gadis comel pun merupakan satu radiasi

    ReplyDelete
  9. memang kesian dekat rakyat jepun...kalau dah terdedah dengan radiation mesti akn menyebabkan berlakunya mutation...bahaya tu.

    ReplyDelete
  10. @cik nur @amira azhari:sangat merbahaya dan kesannya sampai beberapa keturunan. Harap mereka dapat kawal

    @meo: ahaks..radiasi gadis comel lagi bahaya..

    ReplyDelete
  11. actually ape itu mSv?

    adkh betul 0.50uSv adalah had maks org awam?mcm slh je...hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)