Monday, March 7, 2011

Review - The Mechanic


Dah lama rasanya tak mengunjungi GSC kat Alamanda, jadi minggu lepas usha2 movie apa tengah tayang nak pi tengok. Lepas buat mesyuarat tingkap bersama ahli2 yang nak pi wayang sekali, kami pun buka la laman web GSC untuk book tiket. Oleh kerana sorang ahli mesyuarat dah kawin dan kena balik amik anak + masak, maka kami 3 orang yang belum ada komitmen ni pun pilih nak tengok cerita 'The Mechanic' yang konon2 banyak aksi dengan kategori 18 lagi tuh, pilih tempat duduk pun memang dah cantik, kiranya nak menonton dengan bersungguh2 la ni.




Oke..di pendekkan cerita, The Mechanics ia berkisar tentang seorang yang bekerja sebangai pembunuh upahan (si hero la yang dipanggil bishop oleh ahli sindiketnya) yang kerjanya mestilah bunuh2 orang kan. Satu hari tu dia di arahkan bunuh salah seorang ahli kumpulan dia sendiri yang sangat baik la dengan dia namanya henry. Bila bishop ni dah bunuh henry dia macam ada rasa bersalah, so dia amik anak henry nama steve ni untuk di latih jadik pembunuh profesional cam dia juga. Tapi si steve ni pulak dasar bengap sangat, selalu je kantoikan misi dorang sampai yang patutnya lancar je jadi kucar kacir + tunggang terbalik, tapi bishop ni sabar je, tak kisah pun, dia layankan aje.

Bishop aka athur

Satu hari, bishop dapat tahu henry ni tak salah, kiranya ada komplot la saja2 nak bunuh dia, so bishop plan nak balas dendam. Tengah siap2 nak buat sesi pembalasan, steve ni jumpa pulak pistol bapak dia yang bishop simpan. Jadi diam2 dia pun plan nak bunuh bishop pulak.


si steve yang sengal

Di pendekkan cerita lagi, lepas watak orang jahat tu mati (mati dengan senang pulak tu, tak de cabaran langsung nak bunuh orang jahat ni), si steve pun jalankan plan nak bunuh bishop, tapi akhirnya dia yang mati..bishop hidup je..tu la akibatnya kalau ada hati nak nak lawan cekgu kan...nak tau cane leh jadik cam tu...sila la pegi tengok cite the mechanic.


Penilaian aku.
30 minit pertama - bosan + ngantok
lepas 30 minit - aksi2 yang tak berapa best nak layan, kira tahap biasa2 je la
ending - aku termanggu-manggu sambil berkata 'laaa...cam ni jak ceritanya'


so aku bagi bintang 1.5 daripada 5..haha kejamnya aku...


nota kaki: agak-agak korang faham tak teknik penceritaan aku tu..bila aku baca balik aku pun macam tak faham...lalalalala

15 comments:

  1. aku donload je citer ni free hahahahaha

    ReplyDelete
  2. @sri juju: pi tengok cite lain la huhu

    @Kumbang Jingga: elok sangat la tu

    ReplyDelete
  3. dah tgk.. not so statham movie.. hahaha

    ReplyDelete
  4. @Pakcoh + man : ahahaha cerita ni masih lebih oke dari 2 alam...opsss

    ReplyDelete
  5. hero ni aku minat.. J.statham ni mcm lebih familia utk transporter je..

    ReplyDelete
  6. he he ...nasib baik ko buat review ...alamat g tgk ceta lain la aku...he he he

    ReplyDelete
  7. seyes best citer ni.gua dah tengok

    ReplyDelete
  8. pandai dia memendekkan citer. ^_^

    ReplyDelete
  9. @Encik Shino @Mr. Iz @Imran @misza: Penilaian setiap orang berbeza, pada aku mungkin tak menepati citarasa tapi pada korang mungkin best sangat2..tepuk dada tanya selera..:))

    ReplyDelete
  10. kalau kami pom kami bg 1 dari 5...sedikit lembab cerita ni...buhsan kami tunggu action heroo nie

    ReplyDelete
  11. @gaung: haha betul tu, sampai tersengguk2 nak tunggu part aksi nya..

    ReplyDelete
  12. JASON STATHAM!!!

    taktau pun ada cite baru ni kat wayang o.0

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)