Friday, March 4, 2011

Satu pasangan bercerai setiap 15 minit


Rekod JAKIM: Setiap 15 minit satu pasangan bercerai.

Purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata angka itu di perolehi berdasarkan rekod JAKIM pada tahun 2009.

Menurut beliau, statistik penceraian itu terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutanya dalam kalangan golongan muda

Beliau berkata, kebanyakan kes penceraian berlaku di sebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

"Masalah ini mungkin disebabkan peredaran masa yang memaksa mana-mana pasangan mengambil jalan mudah menamatkan ikatan perkahwinan mereka.


******************************************************
Dapat tahu pasal berita ni masa tengah bersiap-siap nak pegi kerja pagi tadi, macam biasa buka TV tengok Malaysia Hari Ini. Sambil-sambil bersiap bole juga tau kisah-kisah terkini yang menghiasai dada2 akhbar semasa. Terkejut juga bila Wardina (pengacara MHI) sebut berita sebegini. Sangat ramai rupanya kisah cerai berai yang dah jadi kat Malaysia. Kalau 15 minit satu pasangan bercerai, sejam dah 4, sehari dah 96 pasangan, maknanya setahun 34,560 pasangan bercerai...Masya Allah.....biar betul....

Masa dalam perjalanan ke pejabat naik Nadi Putra yang tengah pasang Suria fm, topik pagi ni pun dorang bincang pasal masalah ni, sempat la dengar sorang pemanggil lelaki membuat sesi luahan perasaan, katanya isterinya selalu selalu sangat minta cerai bila dorang gaduh, dalam 2 tahun kawin lebih 9 kali minta cerai, bila dah tak tahan sangat dia pun ceraikan je la....aku nak komen panjang-panjang pasal benda ni pun tak reti pulak coz tak de pengalaman, cuma rasa sangat tak faham bila sebelum kawin bercinta bagai nak rak sampai 5-6 tahun, kenduri buat besar-besaran tak ingat sampai sanggup buat pinjaman segala bagai. Kawin tak sampai 2 tahun dah bercerai, pinjaman pun tak habis bayar lagi. Yang jadi mangsa, macam biasa.....anak2..

nota kaki: talak...perkara Halal yang paling di benci Allah.

-sumber: utusan malaysia-

11 comments:

  1. tu la..kawen tanpa tahu apa itu kawen dlm mksud yg sebenar

    ReplyDelete
  2. mmg parah benda ni..kawen cerai macam permainan lak

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang ni manusia dah hilang sifat kesabaran...emmmm

    ReplyDelete
  4. godaan..... tu yang bahaya...saling menghormati sesama pasangan.... dah hilang kot..... keimanan ...dah pupus....kalau tak kebal... sisa sisa kemanisan berumahtangga dah dihabiskan masa tengah bercinta bercinta kot... tu yg bila dah berumahtangga rasa kosong....tak ada apa apa...

    ReplyDelete
  5. salam
    keadaan masa bercinta dgn lps kawen ama jauh bezanya...masing2 kena faham...

    ReplyDelete
  6. Kena lengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga...jangan cepat sangat nak mintak cerai atau lafaz perkataan cerai tu..

    ReplyDelete
  7. wah apelah cerai2...

    org yg belum kawin nie, tringin nk kawin... huhuhu

    ReplyDelete
  8. @meo : tu la pasal..tak pasal2 jadik takut lak nak kawin huhuhu

    ReplyDelete
  9. kalau suka tengok MHI..mesti nampak saya dalam MHI haritu kan?hehe

    jgn takut nak kawin..:)

    ReplyDelete
  10. @Mohd Sukur Ibrahim: muka cam familiar jek...mungkin pernah nampak kat mana2 selain MHI tu hehe

    ReplyDelete
  11. teruk juga statistik ni...
    haii... masa blom kawin katanya serasi bersama, dah kawin ramai tak serasi plak yer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)