Friday, April 29, 2011

Tiada Tajuk..

Waaa dah dua hari...
Bosan yang amat....
Sampai bila nih???...
Tetiba jak..memang bikin panas...
Apesal tah..



Huuu TV dah dua hari rosak
Ada suara jak, gambar tak de
Gelap je skrin nya
Waaahhh dah dua hari jugak melayan Sinar 
Dengarlah lagu-lagu retro
Dah rasa cam kembali ke zaman 80-an pulak..
Kat mana nak repair tibi nih
Ke mintak tukar LCD 80 inci haahaa...
Dah rasa cam duduk hostel zaman dulu2......................................................
Aku tengok muka korang, korang tengok muka aku je la ye housemate... 
Sabo ajela la...rasa nak  bako jek tibi tuh..huuuuu

Wednesday, April 27, 2011

Kadang-kadang


Kadang-kadang aku terfikir bila agaknya aku nak jadi kaya

Kadang-kadang aku teringin nak ada kete besar

Kadang-kadang aku rasa best jugak kalau ada bibik

Kadang-kadang aku bermimpi nak ada rumah besar kat tepi pantai siap ngan kolam renang

Kadang-kadang aku berangan nak pegi cuti-cuti kat Negara yang ada salji

Kadang-kadang aku tertanya-tanya bila agaknya aku nak kawen (hahaha kenyataan gatal tak hengat)

Kadang-kadang aku tetiba jak nak jadik artis (muahahaha tak logik langsung)

Kadang-kadang aku jeles ngan hidup orang laen

Kadang-kadang aku rasa cam nak hidup di alam fantasi

Kadang-kadang aku nak berhentikan masa

Kadang-kadang aku suka kalau dapat duduk kat rumah goyang kaki sambil makan-makan dan tengok TV jek

Kadang-kadang aku sangat bosan dengan rutin hidup aku

Hoh berapa banyak kadang-kadang daaaa

Walaupun kadang-kadang tu sesekali mencelah kotak fikiran aku, tapi aku SELALU suka dengan hidup aku, sebab aku rasa KADANG-KADANG orang lain pon nak jadi macam aku juga huhuhuhu.

Tuesday, April 26, 2011

LEWAT!!!


Hari ini keluar rumah seperti biasa jam 7.15 pagi..naik bas nadi putra dengan tambang 50 sen pada jam 7.25 pagi. Selalu sebelum pukul 8.00 dah sampai ofis, tapi hari ni jalan sesak entah kenapa, kenderaan tak gerak-gerak, nak sampai ofis kena lalu 7 lampu isyarat. Masa elahnya lampu dah hijau pun tak gerak jugak...... waaaaa :(    sudahnya hari ni kad perakam waktu aku tanpa segan silu dan belas kasihan dah pun menurunkan cop mohor dengan warna merah---> 8.03 minit!!!! SYABAS......

Friday, April 22, 2011

Review - Source Code

Hurm..macam mana nak mula nih, kali ni tak boleh di klasifikasikan sebagai penceritaan kot, mungkin ulasan pendek je hehe sebabnya aku tak reti nak tulis pasal filem yang agak-agak complicated seperti ini. Terima kasih kepada encik kosong kerana menyarankan filem yang pening-pening lalat ini huhuhu. Seperti biasa tempat bersantai untuk menonton wayang adalah di GSC Alamanda. Source Code dibintangi oleh Jake Gyllenhaal (Captain Colter Stevens), Michelle Monaghan (Christina Warren), Vera Farmiga (Colleen Goddwin), Jeffrey Wright (Dr. Rutledge) dan lain-lain.


Ceritanya bermula dengan Captain Colter Stevens yang tiba-tiba terjaga dari lena dan terpinga-pinga apabila mendapati dirinya berada di dalam keretapi yang sedang menuju ke Chicago dengan ayat pertama yang di dengarinya keluar dari mulut Christina 'ill take ur advise' (gitulah kalau tak silap). Dalam keadaan pening-pening lalat steven berusaha untuk mengenalpasti apa sebenarnya yang terjadi sehinggalah dia mendapati dirinya sebenarnya di bangunkan dalam rupa orang lain, sebelum akhirnya beliau meletop kena bom..opss apa kes la pulak kan.



 

Secara ringkasnya, Source Code adalah berkaitan dengan satu lagi kaedah ciptaan orang-orang barat ni untuk menghalang sesuatu malapetaka dari berlaku (lebih kurang gitu le kot). Captain Stevens merupakan percubaan mereka untuk mengaplikasikan kaedah ini. Dalam situasi tersebut, Steven hanya mempunyai 8 minit bagi setiap sesi untuk mencari bom dan pengebom keretapi. Jadi kesimpulannya cerita ini akan mengulang babak yang sama hampir 10 kali sehinggalah bom dan pengebom itu berjaya di temui.  Gitu je la kekdahnya, kalau di pikir-pikir memang tak logik lah menda alah ni tapi dah memang 'mereka-mereka' ni suka wat cerita yang tak tercapai dek akal kan...Sekian...tak tau nak tulis apa dah haha...Pada yang suka layan cerita jenis-jenis pelik macam ni bolehlah pergi ke pawagam-pawagam berhampiran anda.




penilaian aku: 15 minit pertama - teruja gila nak tengok cite ni
30 minit yang kedua -  member sebelah dah tersengguk-sengguk nak tido
minit-minit seterusya - hanya menunggu citer ni habis dengan pandangan kosong
Aku ada juga tengok review pasal filem nih dan kebanyakan orang Barat memberinya 4.5 bintang..tapi untuk orang seperti aku dan rakan-rakan yang lebih suka cerita santai ataupun aksi yang tak berat hanya mampu memberi 2 bintang sahaja hehe - selamat menonton

Thursday, April 21, 2011

Astro dan Hujan!!!



Aku sekarang ni tengah bengang tahap petala ke lapan belas dengan inchi Astro. Wahai inchi Astro, bole tak lebih proaktif sikit dalam menyelesaikan masalah siaran anda yang kerapkali tergendala setiap kali hujan. Kalau hujan lebat, petir berdentam-dentum, kilat sabung-menyabung ke baru jadi camtu aku pun tak heran, ini hujan tak turun pun lagi, baru angin sepoi-sepoi bahasa, rintik-rintik manja baru nak turun, skrin tibi dah jadi biru siap ngan satu titik kuning kat tepi, pastu ada pulak nota cinta “services currently not available”.... selamba jek letak tulisan tu kat tibi kitorang tanpa rasa bersalah kan..


lagi haru biru kalau tak de pun tanda-tanda nak hujan, jabatan meteorologi pulak meramalkan cuaca baik sepanjang hari dengan sinaran mentari beserta bulan yang terang benderang tiba-tiba tibi 21 inci kitorang tu keluar “maaf, siaran terganggu untuk sementara waktu”....wah tambah pulak time tuh tengah iklan yang ada Maya Karin cakap “belum bermekap lah, seri innershine la tu”....panas berapi-api jek aku rasa.


Aisemen, tiap-tiap bulan aku bayar bil tak de pulak dia tolak seposen dua akibat siaran terganggu, tu belum kira lagi asyik dok kol jek suh tambah pakej, tambah pakej tambah duit, pastu kalau tak mo dah pakej tu ada caj lain lak lagi. Patut nya wat la jugak sesi tolak rega mengikut jumlah hujan!!! baru berbaloi-baloi...Sekarang ni pulak dah ada 6% tax, ade je la cara dorang nih naikkan rega. Kalau dok umah sendiri ni dah lama aku tukar pakai Unifi!!!


Nota kaki: nampaknya kaedah penulisan aku menggunakan kosa kata Bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka semakin berkurangan...terutama sekali bila angin kus kus dah datang...adeh...

Tuesday, April 19, 2011

Imam Muda Musim ke-2



Rancangan yang telah mencetuskan fenomena pada musim pertama dengan semakan carian di Google mencatatkan 1.7 juta pelayar, lebih 300,000 peminat di Facebook, ditonton 3 juta penonton dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa kini kembali lagi di Astro Oasis. Setelah melalui sesi uji bakat, 10 calon akhir Imam Muda 2 telah pun di perkenalkan. Bekas ahli gimnastik, jurutera dan pensyarah antara 10 calon Imam Muda musim kedua (IM2) yang diumumkan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), malam Isnin.



Pengumuman tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis (saluran 106). Dua calon berasal dari luar negara iaitu bekas ahli gimnastik Mujahid Suhaimi, 20, (Singapura-pelajar) dan Zulfadli Awang, 24, (Brunei-pegawai masjid).

Sementara yang lain adalah Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak-pensyarah), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor-guru besar), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum)

Turut serta Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam), Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa), Mohd Azlan Zulkarnain, 25, (Kuala Lumpur-jurutera) dan Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan-fasilitator).

Sepuluh peserta yang berjaya terpilih dalam program ini telah melepasi ujian bacaan ayat al-Quran, pengetahuan am dan mempunyai kelainan tersendiri seperti bakat dan profesion.

Selain daripada sibuk melayan rancangan-rancangan seperti Maharaja Lawak, Akademi Fantasia, Mentor dan lain-lain lagi rancangan berbentuk hiburan yang melambak-lambak kat TV tu, apa kata luangkan sedikit masa anda untuk menonton rancangan IMAM MUDA. Semoga ada manfaatnya.


Sumber: MStar

Monday, April 18, 2011

Isnin, 18 April 2011

Isnin, 18 April 2011 jam 5.51 pm...

Termanggu-manggu..menanti dengan penuh debar, dag dig dug...adakah hari ini akan sama seperti hari rabu lepas (SINI), punch balik ketika jam sudah menunjukkan angka 23.49.


Waa tak sanggup rasanya. Dahla perut berkeroncong menyanyikan lagu pelbagai irama. Aduss..cepat sikit la bagi benda alah tu, cepat dapat, cepatlah aku siapkan. Bila dah siap bole lah balik umah bersantai-santai di depan TV sambil layan Drama Gemilang episod akhir kat TV3 tu. Balik lambat kang sape lak nak antar kitorang balik. Bas Nadi Putra pun dah balik depoh masa-masa macam di atas...Pasal dok balik lewat ari tu la kepala hotak aku dah jadi tepu dan mood 'menghapdate' belog pon tak datang-datang...(alasan bila tak de idea) :p

Sangat lapar nih, sape nak belanja Dominos pizza sila angkat tangan!!!

hurm..tak ada nampaknya : (

sangat kecewa :(

dedown :(

Sekian :(

Saturday, April 16, 2011

Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10


Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-10 dah pun berakhir. Pagi tadi rakyat Sarawak keluar mengundi untuk memilih pemimpin yang mereka mahu bagi satu penggal lagi. Setelah lebih sebulan rasanya semenjak Dewan Undangan Negeri Sarawak di bubarkan, hari-hari baca surat khabar, tengok berita kat TV, sembang kedai kopi semua pasal pilihanraya. Jentera-jentera parti dari Semenanjung berkampung di Sarawak. Seluruh pelusuk Negeri Sarawak meriah dengan kunjungan dan kehadiran calon-calon bertanding beserta penyokongnya. Janji sana-sini yang ditabur harap-harap bukan janji kosong.

Pengundi telah membuat pilihan, Barisan Nasional kekal memerintah Sarawak dengan menang majoriti 2/3 iaitu lebih 48 kerusi daripada 71. Barisan Nasional menang 55 kerusi, DAP 12, PKR 3, Bebas 1. Hurm..ada kemerosotan nampaknya di situ. Rasanya tak perlu nak mengulas panjang lebar pasal keputusan ni sebab banyak media dah buat analisis dan kupasan, jadi sila-silalah baca kalau nak tahu lebih lanjut. Okey masa untuk bekerja, yang menang boleh teruskan usaha memakmurkan bumi Sarawak, yang kalah lain kali boleh cuba lagi. Tak kiralah parti apa pun, kita kan rakyat Malaysia, bekerjasama berganding bahu, tolong menolong bantu membantu.

sumber: pelbagai media massa
gambar kredit pada pakcik gugel

Wednesday, April 13, 2011

Masih di pejabat

 

Jam berdetik menghampiri angka 11.05 malam dan kami masih lagi berada di pejabat seperti menunggu buah durian gugur. Selalunya di waktu-waktu begini kami sudah duduk bersantai menonton TV di rumah sambil makan jajan. Tuntutan kerja yang tiba-tiba sahaja terlajak sehingga ke jam ini amat merimaskan..awatlah tak bagi awal-awal, kenapa perlu menyusahkan kami sampai kena bertapa lewat-lewat malam macam ni..dah la opis kat tingkat enam ni agak-agak menyeramkan..huaa...

Oleh itu sebagai buah tangan sudi-sudilah melayan pix yang dah di tangkap menggunakan webcam bagi menghilangkan tekanan dan kebosanan tahap petala ke 718 ni.  Sila jangan muntah hijau.





 

*sudah jam 11.20..bila bole balik ni..kena tido opis ke?????????????????????

Tuesday, April 12, 2011

Cerekarama di dalam pengangkutan awam

Ahad lepas setelah menerima perkhabaran khas dari klang dan sebagai kaki sebok terkemuka aku tak berlengah-lengah lagi pagi-pagi buta dah siap2 nak balik Klang. Seperti biasa sebagai pengguna tegar pengangkutan awam aku pun dok la menunggu ketibaan bas terunggul bernombor 68 untuk ke KL. Sib baik tak tunggu lama, dalam 5 menet dah sampai bas. Tengok daripada luar macam tak penuh lagi, dengan sukacita aku pun naik seraya melontarkan pandangan sehingga ke belakang bas. Penuh..waduh gawat nih, dari depan sampai belakang penuh dengan penumpang bukan warganegara Malaysia..aduh nyesal sungguh..tau tadi baik aku naik ERL.


Pandang punya pandang nampak gak ada tempat kosong kat bahagian paling belakang. Kerusi yang sebaris ada 5 tu, kat tepi tingkap dah ada sorang pakcik, kat tepi sebelah lagi ada couple duduk so tinggal 2 seat kat tengah2, harus la aku conquer dua2 tu haha..


Dah la dok kat ceruk belakang tu, pemandu bas tu pulak bawa bas macam nak masuk F1 kat Sepang, huuu gerun betul..Ewah.. 2 orang makhluk sebelah aku ni boleh buat drama swasta pulak, kejadah ape bercengkerama di siang hari ni dalam pengangkutan awam lak tu? kot ye pun korang ni loving couple, tak boleh berenggang, duduk nak rapat2, tangan nak jalan2, nak sandha2 segala bagai tak payah la nak buat tayangan amal. Hape? cemburu, oh tolonglah, tak kuasa mak noks nak jeles2 nih, sakit mata aku tau, puas la jugak aku jeling2, dorang buat bodo jak  makin menjadi2 adalah..nak sound tapi sorang2 pulak..huhuhu ada rasa seram gak di situ, buatnya satu bas tu sume geng dia tak ke haru biru jadinya.


Sebagai paparazzi yang berjaya dapat jugak aku ambik pix 2 keping tanpa di sedari haha, tapi makcik vietnam yang tetiba je duduk tepi aku masa bas berenti kat Serdang ni cam perasan jek aktivit aku ni haha..ada aku kesah.. Ini bukan pertama kali, selalu sangat drama-drama macam ni di lihat di kawasan-kawasan umum. Sesekali cuba juga berprasangka baik dengan mengatakan mungkin mereka dah kahwin tapi memang tak logik di akal fikiran, kerana kelihatan dengan terang, jelas dan nyata yang selalu buat drama ni pasangan-pasangan yang belum berkahwin. Aku cuma mampu berharap aku tidak termasuk dalam golongan seperti 'mereka'..amin..

Friday, April 8, 2011

Review - CUN!


Dah tengok filem cun!? Kami baru saja berkesempatan menerjah GSC Alamanda untuk tengok cerita ni. Dengan berisan pelakon-pelakon yang popular (jadi calon ABPBH kira popular la kan) seperti Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna Latisha), Faezah Elai (Tom), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Nadia Nissa (Manis) dan banyak lagilah memang berjaya membuatkan mata kami terus segar sehingga ke minit-minit terakhir.



Cun mengisahkan tentang Luna si selebriti yang membawa diri ke kampung Mata Ayag (kampung PA nya si Tom) lepas mengkantoikan pakwenya si Ryan yang bermain kayu tiga. Jalan ceritanya agak biasa2 sahaja, namun cara penyampaian dan keberkesanan lakonan, di sokong pula dengan dialek utara serta keindahan kampung tersebut memang berjaya menjadikan Cun sebagai antara filem yang aku suka tengok. Tak perlu susah-susah nak buat sound effect yang meletop2 atau pun nak keluarkan hantu kat mana2 nak bagi orang terkejut2 bagai. Cuma bercerita tentang realiti hidup yang senang penonton nak cerna secara santai setelah seharian penat bekerja.



Jalan cerita dia banyak mengisahkan tentang kehidupan di kampung dengan sawah padi menghijau, sungai dan parit. Bagaimana si Atan cuba nak try test ngorat Luna dalam versi seorang anak kampung. Lakonan yang memberi kesan bunga-bunga di hati terutama babak dalam parit air, apabila Luna tertusuk duri ikan. Atan  kemudiannya mengambil jari Luna dan menyedut bisa ikan tersebut sambil pandang memandang...sweet sangat..haha…tapi sila jangan tiru ye, dosa pegang2 tangan orang tau…Masa Tom ajar Atan cara-cara nak tackle awek hot, Atan dengan gaya machonya menukar dialek kepada cara orang key el namun masih berbunyi utara hakhak, dan erm..bila Atan melamar Luna di atas si Kembang yang comel..lalalala

 




Suasana kampung, serta riuh rendah sesebuah keluarga yang penuh dengan keceriaan dan kasih sayang benar-benar dipaparkan dalam filem Cun. Atan sebagai ketua keluarga yang bekerja sebagai petani, tegas, agak cepat melenting namun sentiasa menjaga dan melindungi ahli keluarganya. Tok Chah pula memang seorang nenek yang penuh dengan kelembutan, mesra dan selalu member nasihat pada cucu2nya. Satu lagi pelakon yang berjaya menghidupkan cerita ini ialah Faezah Elai. Membawa watak sebagai Tom, sepupu Atan merangkap PA Luna dia merupakan gadis yang agak kasar dan gila-gila. Tom merupakan penyeri, pemecah lawak di panggung. Kepekatan dialek Kedah yang dibawa oleh Tom benar-benar mencerminkan kehidupan masyarakat di Kedah.

 

Paling menggamit memori saat Manis dan adiknya berebut ‘tombong” kelapa masa Tok Chah nak belah kelapa tu, haha teringat zaman dulu2. Main lumpur dan selut, duduk2 kat pangkin bawah pokok, wah memang terbaek la…suka..suka..suka


 
ooo tidak dilupakan watak sampingan si Eton Gebu dan Bedah Tonggek yang bajet ratu kampung turut menyerikan lagi CUN. Skuad meletopz  di ketuai oleh Candy (Ning Baizura)  yang gila rating, si Ryaan poyo bla bla bla bla....  ooo nak cerita lagi tapi macam dah panjang sangat. Kesimpulannya sekiranya anda bosan dan ingin bergelak ketawa dan bersenang-senang sila lah korbankan RM10, kalau kedekut boleh pegi hari rabu RM6 jek, kalau malas pulak tunggu saja kemunculannya si Astro Fisrt..Selamat Menonton


"siapa kata KLCC dan sawah padi tak boleh bersatu?" 





Penilaian aku: Cerita ni ringan, tak serabut, tak mengantuk..ada ketawa2, sedih2 cket..okeylah...aku bagi 3.95 bintang. Tapi kalau anda jenis yang suka tengok cerita aksi dinasihatkan tak yah tengok..

Thursday, April 7, 2011

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.


Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."


Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).


Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."


Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"


Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."


Rahmat : "?????"


hahaha kelakar kan? kalau tak kelakar pun sila gelak sebagai tanda sokongan huhu. Sumber cerita dari rantaian emel cik syikin di inbox. :D

Tuesday, April 5, 2011

Panas membahang


Ketika negeri-negeri di sebelah Utara sedang mengalami lebihan hujan sehingga mengakibatkan banjir. Di tempat aku pulak sedang berlaku keadaan cuaca panas membahang sehingga menyebabkan kebanjiran peluh ketika di rumah. Dengan kipas yang berpusing dah macam nak terbang tapi memberikan angin berhawa panas amat merimaskan. Takkan nak bukak pintu, kang mat-mat bangla tu lalu lalang sambil menjeling-jeling pulak ke dalam rumah kami ni. Nak bukak tingkap angin pun tak de..hai la..paling tak tahan bila waktu tidur, kat dalam bilik sekadar bertemankan kipas tak da jenama dengan 3 kadar kelajuan yang sama je.. Selimut ala2 baju sejuk kat antartika siap bulu2 tu memang tak pakai la jawabnya, gila..mau rasa seperti di sauna kalau berkelubung jugak. Bangun pagi berpeluh-peluh, tak payah susah-susah jogging 3-4 pusingan kat depan tasik tu. Fenomena cuaca semakin tidak menentu, panas nye melantun-lantun sekarang ni rasa cam nak duduk dalam peti ais pulak...ooo lupa rumah aku tak da peti ais.. :( sedih betul..rendam kaki kat dalam baldi pun bole la..Terasalah juga seperti berendam di dalam jakuzi.


Kalau kat ofis tak yah cerita la, sejuk yang amat sampai menggigil-gigil..dah lebih sejuk dari duk kat antartika..wah kenyataan ko kan, macamlah pernah pegi..verangan.....

Panas komplen, sejuk pun komplen.. ish manusia..cam tu la semua tak puas hati..huhuhu adeh..bilakah cuaca akan kembali normal. Jom ramai-ramai pasang penghawa dingin hahaha..tak pun angkat kain baju tido kat opis.. ^_^

Sunday, April 3, 2011

Melodi: Zizan n Dira


Wah tetiba pulak kan nak tulis pasal artis ni kan..Kebetulan tengah layan Melodi ni hah  yang berwajahkan Zizan n Dira pengacara baru Melodi, haila..macam budak sekolah baru belajar nak mengacarakan Majlis penyampaian hadiah di akhir tahun, kejam sangat kot kenyataan tuh haha, mungkin nerves, maklumlah kali pertama mengacarakan Melodi yang panas, di dalam cuaca panas, kat genting, LIVE pulak tu..Zizan...cam syok sendiri jek, Dira..terjerit2 awatnye...tapi bole di maafkan lagi, harap2 lepas ni tingkatkan prestasi anda, kurangkan kontroversi...sume dah tau kan muka Zizan ngan Dira, tak yah la tepek kat sini yee..

Friday, April 1, 2011

Demam 5S

Minggu lepas sangat sebuk membuat kerja-kerja pembersihan di work station masing-masing. Maklumlah opis tengah nak buat 5S. Mesti korang pun tau kan pe ke bendanya 5 S tu, tak pe meh kite sama-sama mengimbas semula apakah 5S itu.


Oke itu lah dia maksud 5S. Jadi secara rasionalnya meja kerja masing-masing yang dah macam pusat kitar semula tu kenalah di kemaskan. Tiada satu benda pun boleh berada di atas meja kecuali kerja-kerja semasa. Hiasan-hiasan, gantung-gantungan mahupun gambar-gambar pencetus sumber inspirasi tidak boleh sama sekali di sangkutkan sesuka hati. Malahan wallpaper muka sebesar skrin komputer yang rasanya gambar paling cantik setelah di edit guna photoshop pun harus di nyahkan.




nah..itu adalah pemandangan kawasan kerja ku..haha cantek kan...dengan tembok besar china yang lagi tinggi dari aku...meja berserakan ngan kertas, fail dan kerepek, haha tapi kerepek aku dah sorok....itu menunjukkan aku sebok oke, bukan buat-buat sebok macam jiran depan meja aku nih. Adoi la..macam mana nak kemas nih, pening. Kalau kat rumah semak macam ni pasti akan mengundang lipas-lipas, anai-anai dan mungkin juga encik tikus. Terpaksa pulak beli penghapus lipas dan tikus kat cosway.


Langkah pertama ialah sisih, hooo aku pun memulakan aktiviti menyisih benda2 yang tak perlu. Masa ni la jumpa segala kertas conteng-conteng, surat cinta tak jadi hantar, lirik lagu buatan sendiri, lukisan ala2 pelukis handalan hahaha tipu je yang banyaknya kertas draf yang sepatutnya di buang, tapi simpan buat pekasam. Kumpul-kumpul bagi mesin perincih makan, habis cerita.


Nak kemas2 segala dokumen dan asingkan yang kena simpan dan patut buang, yang peribadi ngan kerja, belum lagi kasut-kasut berjenama yang sengaja di pamerkan di bawah meja harus di sorokkan di mana-mana oooo penat beb rasa macam pindah rumah pulak. Ditambah lagi bahagian sekitar ofis yang mesti di 5S kan juga..walla..nak harapkan orang yang gila kuasa lantik diri sendiri jadi pegawai 5S..heh pandai cakap jek..ulang alik ke hulu ke hilir macam sebok sangat..kalau takat nak mengampu dan kipas boss baik tak payah..ops..teremosi pulak


Lepas habis menyisih segalanya, dokumen yang selama ni peram kat meja bagi kat cik shida untuk di failkan, Sian kawan tuh kena betulkan balik sistem filing yang dah tunggang langgang belum lagi fail yang di hilangkan oleh cik pembodek tapi tak nak mengaku...heh


hah hasilnya taraaaaaaa....kemas kan, bersih berseri macam tuannya, huhu tak pernah meja aku kemas cam nih....baru lah semangat nak kerja makin menggebu-gebu..yeay...berapa lama la agaknya bole bertahan ek haha..





Nota kaki: Lepas 5S ni, cari dokumen sume tak jumpa..adoiiii...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)