Thursday, April 21, 2011

Astro dan Hujan!!!



Aku sekarang ni tengah bengang tahap petala ke lapan belas dengan inchi Astro. Wahai inchi Astro, bole tak lebih proaktif sikit dalam menyelesaikan masalah siaran anda yang kerapkali tergendala setiap kali hujan. Kalau hujan lebat, petir berdentam-dentum, kilat sabung-menyabung ke baru jadi camtu aku pun tak heran, ini hujan tak turun pun lagi, baru angin sepoi-sepoi bahasa, rintik-rintik manja baru nak turun, skrin tibi dah jadi biru siap ngan satu titik kuning kat tepi, pastu ada pulak nota cinta “services currently not available”.... selamba jek letak tulisan tu kat tibi kitorang tanpa rasa bersalah kan..


lagi haru biru kalau tak de pun tanda-tanda nak hujan, jabatan meteorologi pulak meramalkan cuaca baik sepanjang hari dengan sinaran mentari beserta bulan yang terang benderang tiba-tiba tibi 21 inci kitorang tu keluar “maaf, siaran terganggu untuk sementara waktu”....wah tambah pulak time tuh tengah iklan yang ada Maya Karin cakap “belum bermekap lah, seri innershine la tu”....panas berapi-api jek aku rasa.


Aisemen, tiap-tiap bulan aku bayar bil tak de pulak dia tolak seposen dua akibat siaran terganggu, tu belum kira lagi asyik dok kol jek suh tambah pakej, tambah pakej tambah duit, pastu kalau tak mo dah pakej tu ada caj lain lak lagi. Patut nya wat la jugak sesi tolak rega mengikut jumlah hujan!!! baru berbaloi-baloi...Sekarang ni pulak dah ada 6% tax, ade je la cara dorang nih naikkan rega. Kalau dok umah sendiri ni dah lama aku tukar pakai Unifi!!!


Nota kaki: nampaknya kaedah penulisan aku menggunakan kosa kata Bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka semakin berkurangan...terutama sekali bila angin kus kus dah datang...adeh...

21 comments:

  1. Tu laa dia. Tanpa rasa bersalah je kan dorang buat macam tu. Sedap je letak nota "We apologize". Ish ish..

    ReplyDelete
  2. haha ! lawak2 . ha 'ahhh . memang macam tu astero ni .. lempang lelaju , tangan yang sakit duk lempang tibi yang keras semacam !

    ReplyDelete
  3. tadi tengok berita..astro dah kena sound ngan ahli dewan negara coz perkhidmatan dia tak berbaloi ngan harga huhuhu...nak tengok pas ni ada perubahan tak..huh

    ReplyDelete
  4. ah, astro tu. same la kes u ngn i..uhuk. angin xde pon die wat sengal.

    ReplyDelete
  5. he he he biasa kena gak..aku ingat kat tmpt di bukit jalil ujan kot...he he he...payah la macam ni... kalau bukit jalil ujan setahun alamtnye tak pat la setahun tgk...bayar tetap bayar... pihak yang bertanggung jawab cuba la cari alternatif lain ... buat pancaran gelombang rendah ke...he he he asik pakai tgi je..angin pun tak bole nak lawan ... camana.... dgn kita.... 6% tetap kena cekik gak... bengang gak ni...he he he

    ReplyDelete
  6. nasib tak langgan....
    sebab ni la malas bli astro haha :D

    ReplyDelete
  7. huuu memang bikin panass astro nih...huh

    ReplyDelete
  8. hehehe..memang susah nak tengok TV kalau dah cmtu kan? =D

    ReplyDelete
  9. nasib aku dah tak jd tukang keluar duit bayar bil astro..kih kih.. :0

    ReplyDelete
  10. ntah.rasa mcm membazir jer kalo ujan tak dpt tgk astro..hishh..

    ReplyDelete
  11. Thn lepas sy langgan mustika...baru 5 bln langgan rasa boring n minta dihentikan....ya...astro memang hentikan langganan, tetapi bayaran tiap bln x penah ditolak...tiap kali dpt bil, suami sy mesti bergayut ngan astro...marah-marah sbb pakej mustika masih dok kena byr...mrk janji nk potong, tp bln dpn ada lg dlm bil...Last2, bila ada maharaja lawak, kitorang langgan blk mustika...xpelah...lau x langgan pun kena byr...alang2 langgan jelah blk semula....

    ReplyDelete
  12. astro mmg slalu bgini..
    siaran tgendala bile hjn..
    da la tiap2 bln kene byar..
    tp mutu siran..
    ish2...
    ble astro nk pertingkatkan..

    ReplyDelete
  13. haha.. betul tue.. dah la musim ujan la nie

    ReplyDelete
  14. huuu memang amat menjengkelkan..kalau nak suh tambah bayaran laju jek dia buat..kalau nak suh kurangkan macam2 hal yang jadi sampai kita pun malas nak layan...dah la iklan semakin banyak...orang bayar astro bukan nak tengok iklan...

    ReplyDelete
  15. Astro...hehehe..Macam2 ada..macam tu lah astro..

    ReplyDelete
  16. hoho... malas nak komen... pasal memang lagu tu sejak azali lagi..

    ReplyDelete
  17. umah ucu alha,dulillah ok jek..
    cme klu ujan dok lebat sgt bru de masalah..
    hehe ^_^

    ReplyDelete
  18. Hujan memanglah selalu masalah sebab satelit Astro siar dalam 15 GHz.

    Gelombang Ku satelit digital selalu menjadi masalah dalam hujan.

    Nasib baik kita belum mula penyiaran digital terrestial television. Ada tetapi belum menyeluruh. Kita mungkin switchoff pada 2015 akan menggunakan DVB-T instead analog TV menggunakan PAL.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (4) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)