Friday, April 22, 2011

Review - Source Code

Hurm..macam mana nak mula nih, kali ni tak boleh di klasifikasikan sebagai penceritaan kot, mungkin ulasan pendek je hehe sebabnya aku tak reti nak tulis pasal filem yang agak-agak complicated seperti ini. Terima kasih kepada encik kosong kerana menyarankan filem yang pening-pening lalat ini huhuhu. Seperti biasa tempat bersantai untuk menonton wayang adalah di GSC Alamanda. Source Code dibintangi oleh Jake Gyllenhaal (Captain Colter Stevens), Michelle Monaghan (Christina Warren), Vera Farmiga (Colleen Goddwin), Jeffrey Wright (Dr. Rutledge) dan lain-lain.


Ceritanya bermula dengan Captain Colter Stevens yang tiba-tiba terjaga dari lena dan terpinga-pinga apabila mendapati dirinya berada di dalam keretapi yang sedang menuju ke Chicago dengan ayat pertama yang di dengarinya keluar dari mulut Christina 'ill take ur advise' (gitulah kalau tak silap). Dalam keadaan pening-pening lalat steven berusaha untuk mengenalpasti apa sebenarnya yang terjadi sehinggalah dia mendapati dirinya sebenarnya di bangunkan dalam rupa orang lain, sebelum akhirnya beliau meletop kena bom..opss apa kes la pulak kan.



 

Secara ringkasnya, Source Code adalah berkaitan dengan satu lagi kaedah ciptaan orang-orang barat ni untuk menghalang sesuatu malapetaka dari berlaku (lebih kurang gitu le kot). Captain Stevens merupakan percubaan mereka untuk mengaplikasikan kaedah ini. Dalam situasi tersebut, Steven hanya mempunyai 8 minit bagi setiap sesi untuk mencari bom dan pengebom keretapi. Jadi kesimpulannya cerita ini akan mengulang babak yang sama hampir 10 kali sehinggalah bom dan pengebom itu berjaya di temui.  Gitu je la kekdahnya, kalau di pikir-pikir memang tak logik lah menda alah ni tapi dah memang 'mereka-mereka' ni suka wat cerita yang tak tercapai dek akal kan...Sekian...tak tau nak tulis apa dah haha...Pada yang suka layan cerita jenis-jenis pelik macam ni bolehlah pergi ke pawagam-pawagam berhampiran anda.




penilaian aku: 15 minit pertama - teruja gila nak tengok cite ni
30 minit yang kedua -  member sebelah dah tersengguk-sengguk nak tido
minit-minit seterusya - hanya menunggu citer ni habis dengan pandangan kosong
Aku ada juga tengok review pasal filem nih dan kebanyakan orang Barat memberinya 4.5 bintang..tapi untuk orang seperti aku dan rakan-rakan yang lebih suka cerita santai ataupun aksi yang tak berat hanya mampu memberi 2 bintang sahaja hehe - selamat menonton

17 comments:

  1. Macam complicated sangat je cerita ni. Huuu~

    ReplyDelete
  2. ala ni citer org dewasa nie.. saye dak2 tgk kartun jer.. hehe

    ReplyDelete
  3. complicated? hmm.. macam menarik je ni.. sy mmang suka filem yg berat..

    ReplyDelete
  4. khalis suka layan cerita santai komedi je..kalau berat sangat payah nak fokus

    ReplyDelete
  5. movie fast5 boleh tahan gak nampaknye.. ^^

    ReplyDelete
  6. kira macm cerita teka teki la ni... boleh kot rasanya aku layan cerita ni...he he he..suka juga aku layan cerita pelik pelik ni..he he he

    ReplyDelete
  7. huhu nampak tak pic yang pandang pandang tu jek ade 3 dalam situasi yang berlainan huu..akan berulang-ulang...

    ReplyDelete
  8. huhuhu.....
    tk0wt je tg0k.....
    cat0n x de ke.....???
    c(:

    ReplyDelete
  9. TAK TENGOK LAGI SOURCE CODE.TACING LAH T_T

    ReplyDelete
  10. nak tengok,,suka citer adventure gini baru tak ngantuk! :D

    ReplyDelete
  11. mmg nak tgk sgt muvee nie, tp masih lg x kesempatan..
    4.5 star tue..

    ReplyDelete
  12. huahaahah..aku saje je nk bt ko xcited tgk citer ni..

    ReplyDelete
  13. hahaha..tgk cerita aksi..
    pehh dasyatt..hihi..
    tgh heroin dy terus mcm nak pi hak3

    ReplyDelete
  14. my bro cakap dia boring tengok cerita ni..hihi...tapi kalau try tengok filem Limitless lagi boring kot... penat nak menunggu cerita tu habis... :D

    ReplyDelete
  15. baru nk g tgk cerita ni esok.. huhu

    ReplyDelete
  16. cerita ni tak berapa best ek...tak nak tengok lagi la cam tu...huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)