Thursday, May 19, 2011

Sibuk!!!

Wah...dah agak lama tak menulis apa-apa kat sini, sibuk la pulak semenjak dua menjak ni, sampaikan tak da idea nak menulis ape...Minggu lepas sebuk ngan event, setiap hari ada je acara dan mesyuarat, pergh terasa macam menteri la pulak. hujung minggu sebok ngan kenduri kawin sepupu, memang sangat-sangat tak sempatlah nak bersenang-senang di alam maya nih.


Minggu ni pun sama, almaklumlah bos besar dah masuk so bos kecik yang selama ni gila kuasa dah tak berapa berkuasa haha sungguh seronok rasanya bila apa yang di tunggu-tunggu selama lebih setahun akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi. Dia yang suka menyusahkan orang itu mungkin akan hilang dari pandangan isnin ini, fuhh!!! harap-harap kali ni akan menjadi kenyataan lah..wah tak sabar rasanya..


Esok pulak akan terbang ke Negeri tanah tumpah darahku hehe kerana ada tugasan di sana sehingga isnin, walaupun memang tak akan berkesempatan untuk melawat kampung halaman tapi boleh lah. Owh..penatnya rasa, lepas ni nak menghitung hari je untuk bercuti dari tugas-tugas semasa selama 12 hari!!!! hehe dari 1 Jun sampai 12 Jun bolehlah bersantai sedikit bila menjadi sukarelawan SUKMA di Bukit Jalil. ermm...bos besar tak tau lagi ni aku nak bercuti lama, agak-agak dia bagi tak??? tapi cuti tu dah lulus..huhuhu...sudah dulu la ada benda nak di buat, sampai berjumpa lagi...

Monday, May 9, 2011

Mengimbas kenangan lalu - UTM > Edisi 1


Mendaftar masuk di Kolej Tun Hussien Onn, UTM Skudai pada tahun 2001. Hanya di temani makcik yang pulang semula setelah aku mendapat kunci bilik. Terkontang-kanting sendirian, tak kenal sape2 pun. Di tempatkan di Blok L07 bilik nombor berapa tah dah lupa pulak, jumpa roommate nama Norfarhana, budak Tanjung Lumpur, Kuantan. Wah pertama kali nak masuk hostel, zon aku semua bertema putih bersih haha skema betul, cadar warna putih, sarung bantal pun warna putih. Roommate aku selamba je bunga-bunga, adeh macam masuk hostel sekolah pulak dahhh. Mengharungi minggu haluan siswa yang teramat la padat, tapi memang best. Pengalaman pertama aku jauh dari keluarga tapi aku tak da la pulak homesick ye. Masa ni la aku kenal ngan Ogy, Dno dan Eli. Kitorang ni kira ada kimia la, bak kata omputih BFF la haha.

 

Ingat lagi masa ni sape yang ada henfon nokia 3310 tu kira memang hebat la, aku tak de pun..gigih je simpan duit syiling nak tepon umah tiap2 minggu..Masa ni aku kira memang kampong gila ah, bunyik Sabah tu memang pekat tahap orang tak berapa faham, tudung pun style tak lipat, tapi masa tu memang rasa paling stylo dah tu muahahaha gi kuliah, gi makan, gi kuar jalan2 memang gitu la sungguh berkeyakinan kan. Dorang2 tu la yang sebok2 nak jadik perunding imej aku konon...


Pertama kali jugak naik bas pegi Fakulti yang tak de lah jauh sangat pun, akibatnya terlajak lagi jauh haha mujur tak lambat masuk kelas. Masa tahun satu ni la semangat join semua aktiviti Kolej, sampaikan dengan yakinnya kitorang pegi masuk pertandingan pantun antara kolej ngan Pesta Pantun Piala Pengetua Kolej Kitorang dengan bakat suam-suam kuku, pastu skill berpantun pun ala-ala kadar je, tapi kitorang dapat nombor 3 kalau tak silap aku la, kalau silap mungkin nombor 13 kot haha..weh Dno aku ingat lagi baris pertama pantun ko yang membawa kepada “kemenangan” kita “jatuh longkang mesti bersebab” haks memang terbaek sampainya inchi pengetua pun tersengih panjang. Tak de ciri2 pantun melayu betul.

 

Oooo masa ni jugak kita ada masuk pertandingan sayembara puisi kan, siap dengan pakej lakonan lagi..aku pun pelik camana la kita bole selamba jek wat semua tu kan..kalau nak suh buat sekarang mau berfikir 800 kali haha...Masa semester satu ni jugaklah kita agak rajin pegi Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) tu, pinjam buku pun semangat, dah masuk semester 2 nak jenguk PSZ tu pun berat je kaki ni, opss tapi cik Dno terkecuali ye, ko kan paling rajin gi PSZ walaupun kitorang tak nak join, ko tabah je pegi sorang, memang patut la ko paling cemerlang, gemilang, terbilang kan kan kan hehe. Hurm banyak betul kan memori kita masa kat UTM tu, memang tahun-tahun terbaik yang tak kan berulang, tapi tetap kekal dalam ingatan. Aku nak tulis lagi tapi nanti-nantilah kalau aku rajin ye..

Sunday, May 8, 2011

Coretan Hujung Minggu

Aku bosan, sungguh hujung minggu yang amat tidak berwarna warni. Dengan TV yang tak de dah hantar pegi repair, internet pula teramatlah perlahan seperti kura-kura terseliuh kakinya. Nak keluar malas, sudahnya dua hari dok maraton Harry Potter hehe..tak abis lagi ni, nak sambung lagi la.....

Wednesday, May 4, 2011

Jejaka berkemeja pink

Pada suatu hari, di kala alam sekeliling masih terang-terang tanah dan kebanyakan manusia kembali menyambung mimpi setelah subuh, menikmati cuti hujung minggu yang mendamaikan, aku mencekalkan hati untuk bersiap pulang ke Klang seawal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalulintas yang tak kira masa. Mujurlah tidak terlalu lama menanti ketibaan bas bernombor 58, dan tidak perlu berdiri kerana masih ada tempat duduk yang kosong. Rezeki bangun awal.


Perjalanan melalui kawasan-kawasan berpemandangan tidak menarik, sampaikan mata mula kuyu...sampai kat Serdang bas pun berhenti nak ambik penumpang. Alkisahnya nak di jadikan cerita naiklah seorang jejaka berkemeja pink, berseluar coklat . Tingi pun tinggi, kulit cerah tak cerah, tough..pergh kira bergaya habis lah, mata yang kuyu dah bulat, celik tak mengantuk jadinya haha dasar....Si jejaka berjalan dengan penuh keyakinan mencari tempat kosong di belakang bas. Lalu jek si jejaka pink kat sebelah aku tetiba tersebar satu aroma yang menusuk terus ke hidung. o'o...Walla asem pakcik..secara otomatiknya terus persepsi bertukar habis..potong betul la..dah sedap mata memandang tetiba de bau2 yang mengganggu sistem pencernaan cam ni..haish... Di takdirkan pulak dah tak de tempat kosong, maka perjalanan si jejaka pink terhenti betul2 kat sebelah aku. Bila bas dah mula jalan, dengan kadar pemanduan yang seperti ribut, si jejaka pink terhuyung hayang seperti mempraktikkan kungfu mabuk, bagi mengelakkan kejadian tersembam mencium lantai bas si jejaka pink mula mengangkat tangannya membuka aircond semulajadi beliau. Wahhaaa  memang terbaek la....mak..tolong..jauh lagi nak sampai Key El ni. Tak cukup oksigen mak noks. Bernasib baik barangkali, di perhentian seterusnya ada penumpang yang turun dan si jejaka pink beralih ke belakang..huh..loga rasa eh..Boleh la aku meneruskan aktiviti tidur di dalam bas sehingga ke destinasi.

Kepada jejaka-jejaka di luar sana, sekacak mana pun anda, sehebat mana pun gaya anda, se'pink'mana pun baju anda, semua itu tidak ada gunanya sekiranya anda berbau asem...sekian..

Tuesday, May 3, 2011

Dia masih ada


Beberapa minggu lepas seperti mendapat khabar gembira
Dia akan di tukarkan
Rasa macam nak buat kenduri kesyukuran
Dah buat countdown, walaupun ada sedikit ragu-ragu
Tapi harapan setinggi gunung
Moga-moga kali ini biarlah Dia hilang terus dari pandangan mata
Kami dah tak sanggup nak kerja dengan Dia
Sangat serabut
Khabarnya 3 Mei hari yang di tunggu-tunggu sekian lama bakal menjelma
Wah kira macam hadiah hari pekerja la ni



Hari ini 3 Mei
Nampaknya impian tidak menjadi kenyataan
Dia masih ada!!!!
Cahaya keriangan dah jadi malap
Dia masih ada!!!!
Hati yang berbunga-bunga riang, dah layu terkulai
Dia masih ada!!!!
Kenapa?? Kenapa?? Kenapa??
Dia masih ada!!!
Sampai bila boleh tahan

Dia masih ada!!!
Arg..tekanan...bila melihat
DIA MASIH ADA!!!
Mungkinkah aku yang harus pergi...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)