Wednesday, May 4, 2011

Jejaka berkemeja pink

Pada suatu hari, di kala alam sekeliling masih terang-terang tanah dan kebanyakan manusia kembali menyambung mimpi setelah subuh, menikmati cuti hujung minggu yang mendamaikan, aku mencekalkan hati untuk bersiap pulang ke Klang seawal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalulintas yang tak kira masa. Mujurlah tidak terlalu lama menanti ketibaan bas bernombor 58, dan tidak perlu berdiri kerana masih ada tempat duduk yang kosong. Rezeki bangun awal.


Perjalanan melalui kawasan-kawasan berpemandangan tidak menarik, sampaikan mata mula kuyu...sampai kat Serdang bas pun berhenti nak ambik penumpang. Alkisahnya nak di jadikan cerita naiklah seorang jejaka berkemeja pink, berseluar coklat . Tingi pun tinggi, kulit cerah tak cerah, tough..pergh kira bergaya habis lah, mata yang kuyu dah bulat, celik tak mengantuk jadinya haha dasar....Si jejaka berjalan dengan penuh keyakinan mencari tempat kosong di belakang bas. Lalu jek si jejaka pink kat sebelah aku tetiba tersebar satu aroma yang menusuk terus ke hidung. o'o...Walla asem pakcik..secara otomatiknya terus persepsi bertukar habis..potong betul la..dah sedap mata memandang tetiba de bau2 yang mengganggu sistem pencernaan cam ni..haish... Di takdirkan pulak dah tak de tempat kosong, maka perjalanan si jejaka pink terhenti betul2 kat sebelah aku. Bila bas dah mula jalan, dengan kadar pemanduan yang seperti ribut, si jejaka pink terhuyung hayang seperti mempraktikkan kungfu mabuk, bagi mengelakkan kejadian tersembam mencium lantai bas si jejaka pink mula mengangkat tangannya membuka aircond semulajadi beliau. Wahhaaa  memang terbaek la....mak..tolong..jauh lagi nak sampai Key El ni. Tak cukup oksigen mak noks. Bernasib baik barangkali, di perhentian seterusnya ada penumpang yang turun dan si jejaka pink beralih ke belakang..huh..loga rasa eh..Boleh la aku meneruskan aktiviti tidur di dalam bas sehingga ke destinasi.

Kepada jejaka-jejaka di luar sana, sekacak mana pun anda, sehebat mana pun gaya anda, se'pink'mana pun baju anda, semua itu tidak ada gunanya sekiranya anda berbau asem...sekian..

23 comments:

  1. hehe ..

    wangi itu penting...

    hahaha

    ReplyDelete
  2. aku suka pki baju pink....tpi pink yg xterang sgt la...

    ReplyDelete
  3. muka nampak ganas dalam hati ade taman... mau pengsan bau ketiak hangit nie.. jauh kan....

    ReplyDelete
  4. hahaha...mesti kak ijan tnsion gila time tu kn...
    dh la semangat mau blk kelang...

    ReplyDelete
  5. haha terbaek tuh...

    ReplyDelete
  6. @cik teynteyn: tak wangi pun tak pe, yang penting tak hangit huhu

    @MiSs NoRmaLa: aroma terapi cam tu bole menambahkan stress

    @chii: jambu haha apa pun tak bole

    ReplyDelete
  7. @social networking: hehe pink itu kan sweet

    @yatt: tu bukan taman dah tu, tu dah macam..... teeetttt

    @aeda: huhuhu stress gila dowh

    @Nur Misnan: poning palo den huhu

    ReplyDelete
  8. @Shamsuddin: haha kalau pakai axe haruslah bagi nombo tepon muahahaha

    ReplyDelete
  9. nak wat camne ...
    bau dia xseindah penampilan...
    ehehheh

    ReplyDelete
  10. la xpasl2...sah lupa pakai deodorant, kan dah xmacho jadinye..kui3

    ReplyDelete
  11. haha..
    ceit... x yah nk encem..
    bau kasi wgi dlu..
    haha

    ReplyDelete
  12. hehe seb baik awak x ngorat dulu.ahaks:P

    ReplyDelete
  13. xberani la pakai bj pink siyes..

    ReplyDelete
  14. bw,silahkan ambil award..follow me dan add my facebook, kalau mau beramal bantu juga situs adik2 rohis dgn follow http://www.rohis10.co.cc/

    ReplyDelete
  15. hehe..macam kumpulan jambu la pulak

    ReplyDelete
  16. bagi akulah, kadang2 rasa annoying pula tengok lelaki pakai baju pink.

    Sila lawat: Kaoshi Troll

    ReplyDelete
  17. naik rapid penang ag best!!Cik Itam sndr pnah tercium aircond semulajadi mat bangla!!kuang aja tol...

    ReplyDelete
  18. haha.. alhamdulillah.. jejaka berbaju pink saya segar jer baunya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)