Monday, May 9, 2011

Mengimbas kenangan lalu - UTM > Edisi 1


Mendaftar masuk di Kolej Tun Hussien Onn, UTM Skudai pada tahun 2001. Hanya di temani makcik yang pulang semula setelah aku mendapat kunci bilik. Terkontang-kanting sendirian, tak kenal sape2 pun. Di tempatkan di Blok L07 bilik nombor berapa tah dah lupa pulak, jumpa roommate nama Norfarhana, budak Tanjung Lumpur, Kuantan. Wah pertama kali nak masuk hostel, zon aku semua bertema putih bersih haha skema betul, cadar warna putih, sarung bantal pun warna putih. Roommate aku selamba je bunga-bunga, adeh macam masuk hostel sekolah pulak dahhh. Mengharungi minggu haluan siswa yang teramat la padat, tapi memang best. Pengalaman pertama aku jauh dari keluarga tapi aku tak da la pulak homesick ye. Masa ni la aku kenal ngan Ogy, Dno dan Eli. Kitorang ni kira ada kimia la, bak kata omputih BFF la haha.

 

Ingat lagi masa ni sape yang ada henfon nokia 3310 tu kira memang hebat la, aku tak de pun..gigih je simpan duit syiling nak tepon umah tiap2 minggu..Masa ni aku kira memang kampong gila ah, bunyik Sabah tu memang pekat tahap orang tak berapa faham, tudung pun style tak lipat, tapi masa tu memang rasa paling stylo dah tu muahahaha gi kuliah, gi makan, gi kuar jalan2 memang gitu la sungguh berkeyakinan kan. Dorang2 tu la yang sebok2 nak jadik perunding imej aku konon...


Pertama kali jugak naik bas pegi Fakulti yang tak de lah jauh sangat pun, akibatnya terlajak lagi jauh haha mujur tak lambat masuk kelas. Masa tahun satu ni la semangat join semua aktiviti Kolej, sampaikan dengan yakinnya kitorang pegi masuk pertandingan pantun antara kolej ngan Pesta Pantun Piala Pengetua Kolej Kitorang dengan bakat suam-suam kuku, pastu skill berpantun pun ala-ala kadar je, tapi kitorang dapat nombor 3 kalau tak silap aku la, kalau silap mungkin nombor 13 kot haha..weh Dno aku ingat lagi baris pertama pantun ko yang membawa kepada “kemenangan” kita “jatuh longkang mesti bersebab” haks memang terbaek sampainya inchi pengetua pun tersengih panjang. Tak de ciri2 pantun melayu betul.

 

Oooo masa ni jugak kita ada masuk pertandingan sayembara puisi kan, siap dengan pakej lakonan lagi..aku pun pelik camana la kita bole selamba jek wat semua tu kan..kalau nak suh buat sekarang mau berfikir 800 kali haha...Masa semester satu ni jugaklah kita agak rajin pegi Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) tu, pinjam buku pun semangat, dah masuk semester 2 nak jenguk PSZ tu pun berat je kaki ni, opss tapi cik Dno terkecuali ye, ko kan paling rajin gi PSZ walaupun kitorang tak nak join, ko tabah je pegi sorang, memang patut la ko paling cemerlang, gemilang, terbilang kan kan kan hehe. Hurm banyak betul kan memori kita masa kat UTM tu, memang tahun-tahun terbaik yang tak kan berulang, tapi tetap kekal dalam ingatan. Aku nak tulis lagi tapi nanti-nantilah kalau aku rajin ye..

11 comments:

  1. wah dahsyat juga cik warna ni ye..aktif dan positif...he he he...nasib baik tak hyperaktif kalau tak naya woo... seronok kan mengimbau kenangan lama ..boleh sengih sorang sorang wooo...sampai kena tegur la ...ko sengih apa tu sorang sorang...he he he.... kenangan itu tetap akan abadi bersama kehidupan.....

    ReplyDelete
  2. Sis, 2011 atau 2001..?? kompius nih.. kalau 2011, setakat henpon 3310, orang tak heran yop.. =.=''

    ReplyDelete
  3. 2001 lar. hahah.. aku pon dapat beli hp alcatel jek. kaler hijo... hahhaha...

    ReplyDelete
  4. Kenangan masa study memang sesuatu yang indah. Penuh dengan cerita pahit manisnya yang mencorakkan warna warni kehidupan kita.

    ReplyDelete
  5. @Mr iz: hehe memang kekal dalam ingatan

    @ayie: 2001 la hehe, dah buat pembetulan tu

    ReplyDelete
  6. @ogy: ko kan termasuk golongan penerima ptptn haha aku masa ni hidup guna wit sendiri haha

    @Miss Tira: memang terbaek..

    ReplyDelete
  7. cik warna...kahkahkah.gila style nama ko..

    si kosong

    ReplyDelete
  8. Kenapa gambar saya takder...????

    Opss lupa..salah kelas rupanya...

    Microsoft beli Skype

    ReplyDelete
  9. Miecyber kelas sebelah kot.. hahahaa

    ReplyDelete
  10. ejan, yang kita menang pantun no 3 tu piala pengetua lar. ko, aku n d-no. ayatnya adalah.. usah disuluh bintang dilangit...panjang lagi citer suluh2 ni tapi memang klako nak mampos.. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)