Wednesday, June 29, 2011

Review - KL Gangster

Khamis lepas, baru berpeluang nak pegi tengok wayang..pe lagi mestilah gua (amik mood kl gangster) nak tengok filem yang kutipan nya dah nak cecah 11 juta nih, oleh kerana gua ngan geng-geng gua pergi hari rabu, maka kami hanya menyumbang RM 7 kepada pembikin felem ini. Oke gua tak nak buang masa, meh kita mulakan.



Kisah ini bermula dengan keluarnya Malek (Aaron Aziz) dari penjara setelah 5 tahun menjadi penghuni tembok besi. Malek seorang bekas gangster yang di khianati oleh Shark (Syamsul) yang memang tidak senang dengan Malek, tapi mengapa dan bagaimana tidak pula di nyatakan di sini, jadi paham-paham sendiri dan buat kesimpulan sendiri.


Dari mula sampai akhir, KL Gangster lebih kepada aksi tumbuk menumbuk dan gaduh-gaduh manja sesama mereka maklumlah dah namanya pun gangster. Ia lebih kurang perebutan kawasan antara dua kumpulan besar yang di ketuai oleh bapa tiri Shark iaitu King (ala tak ingat la pulan nama pakcik sorang nih) dan Dragon (Adam Corrie). Penceritaan lebih kepada perjuangan Malek untuk menjadi manusia yang tidak lagi terlibat dengan kegiatan gangster ini.


Jai (Adi Putra) adik kepada Malek yang turut melibatkan diri dalam dunia gangster tetapi tidak sebulu dengan abangnya..dari segi lakonan pergh memang gangster habis la, sempoi jek, lakonan memang menjadi. Orang kanan Dragon, Ajib ( Sofi  Jikan) merangkap kawan baik Malek, turut tidak mengewakan. Diselitkan lagi dengan kehadiran Fadil (Zizan) yang seringkali menghilangkan sedikit ketegangan menonton cerita ini bila menyelitkan lawak-lawak yang menarik senyum dan tawa di bibir.


Gua agak terganggu sedikit dengan penggunaan bahasa dalan filem ini, almaklumlah sebagai seorang yang penuh dengan kelembutan (hahah poyo betol) gua tak biasa ngan bahasa kasar seperti ini, tapi gua oke sebab gua tengah tengok cite KL gangster takkan la nak bersaya awak pulak kan, pelik pulak kalau ada dialog, "awak memang nak mati ye, cuba-cuba nak melawan saya"..erk...


Bukan sekadar mempamerkan aksi semata-mata, KL gangster turut menyelitkan elemen kekeluargaan, tentang rasa dan hati seorang ibu, tentang hancurnya kehidupan seluruh keluarga akibat tersasar jalan yang pilih..tentang sisi baik seorang gangster...dan yang palig best, KL gangster tiada heroin dan scene cinta tahap tak boleh di terima akal, tiada ayat bunga-bunga, tiada tokoh koprat yang gila kuasa yang ada hanyalah realiti hidup sesetangah orang yang mungkin kita tak tahu. Satu yang gua pelik, King bole mati macam tu aje, kata taiko besar...


Ending yang sedikit bikin panas. Dengan dialog "selepas peristiwa itu dragon menjadi lebih berkuasa dan menjadi buruan polis, begitu juga aku, tapi kekuasaan dragon tidak lama bila akhirnya dia di tangkap polis"..Arg..gua memang tensen kalau tengok cerita yang pengakhirannya pesen cakap2 macam ni..gua tak puas hati betol..Apa-apa pun tahniah pada seluruh produksi KL Gangster kerana berjaya memecah angka 10 juta..


Penilaian aku: Boleh la tahan dan aku bagi 3.9 bintang-bintang berkelipan.. :)
selamat menonton!!

 
Nota kaki: Macam tak percaya pulak gangster-ganster seperti ini wujud di Malaysia...

Sunday, June 26, 2011

Angry Bird Mania

ooo sekarang aku sangat malas nak online, kalau sebelum ni balik rumah mesti dok laju jek nak merayau-rayau kat alam maya..tapi semenjak dua menjak ni aku dah ada hobi baru, yang menyekat keterujaan aku untuk beronline..jeng jeng jeng inilah penangan angry bird haha...memang sesuai men game ni lagi lagi kalau tengah stress..anggap jek ko tengah bom israel haha best gile..


ah..tak kira la walaupun korang nak kata kejadahnya game ni cam budak-budak men lempar-lempar batu..ada aku kesah yang penting aku suka, ehh best apa..lagi semangat kalau dapat memecahkan high score..pergh...memang terbaek lah...boleh menghilangkan keserabutan fikiran setelah seharian mengadap keje kat ofis...


Main game ni bukan semudah yang di sangka, ia memerlukan strategi, ketekunan, ketepatan dan of kos la kehebatan serta bakat semulajadi hahaha...dah mula sekali memang susah nak berhenti, nih semua salah aida, dia la yang memperkenalkan angry bird nih kat aku haish...kan dah addict..


ooo la...yezza aku dah dapat membuka kunci semua episod, masa untuk memecahkan segala kebuntuan dan menjadi juara lalalalalalala watch out!!!!
 

Thursday, June 16, 2011

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi


Adakah anda penggemar Tobasco Pepper Sauce? sila fikirkan semula setelah membaca petikan berita di bawah..

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.


Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.


kredit berita: Utusan Malaysia
gambar hasil rembatan dari pakcik gOOgle

nota kaki: sib baik memang tak gemar kan benda nih, tapi pernah gak try...erk...mohon di ampunkan kesilapan ini.

Tuesday, June 14, 2011

Gegaran di Putrajaya

Hari ni hari pertama menjejak kembali ke pejabat setelah hampir 2 minggu merajuk membawa hati jauh....ye sangat la tu kan haha...hurm..lama jugak rasanya tak menjenguk ke rumah ini, sang labah-labah dah bergembira merentangkan sarangnya serata rumah, habuk pun dah meninggi menyebabkan resdung menyerang..masa untuk melakukan sesi pembersihan dulu..


Alkisahnya nak di jadikan cerita seawal pagi jam 8.10 dah kecoh satu kompleks  turun berkumpul kat tengah laman. Khabarnya terasa gegaran yang agak kuat juga, tapi kami tak pulak mengalaminya sebab tengah sebok membeli sarapan pagi, haish dasar tak prihatin sungguh kan. Boleh pulak bersuka-sukaan memilih menu sarapan di kala ini.


Pukul 11.00 pagi masa tengah dok mengular merehatkan diri sebentar sambil menyembang sakan ngan ofismate tetiba rasa macam pening-pening lalat, partition dok bergoncang beberapa saat la jugak, uiks marabahaya sudah datang, maka kami yang pun bergegas turun, saat-saat macam ni pun nak turun tunggu lif juga, haish..dasar manja kan..kalau la sangkut kat dalam lif tu, sape nak jawab...huhu...Sekali lagi satu kompleks C ni dok berkumpul kat laman sementara pakcik-pakcik Bomba membuat tinjauan bagi memastikan bangunan selamat sebelum semua di benarkan masuk ke bangunan kembali. Lama jugaklah dok berjemur kat luar tu. Dari jam 11.00 sampailah jam 12.30..Rasa la jugak saat-saat cemas seketika..



Masuk ke ofis terus buka Bernama Online nak tengok kat bumi mana yang di landa gempa sampai rasa ke Putrajaya dan Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi. Hurm..gempa 5.5 pun dah boleh di rasai kat Malaysia ni. Tak sanggup nak bayang lebih-lebih, moga Malaysia tidak di timpa bencana. Amin...




nota kaki: pesal tah aku menulis ala-ala skema menjawab karangan Bahasa Melayu pulak rasanya..adeh..pening...

**gambar-gambar di ambil menggunakan kamera henfon motorola V3X yang dah expired haha...sila jangan komplen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)