Tuesday, June 14, 2011

Gegaran di Putrajaya

Hari ni hari pertama menjejak kembali ke pejabat setelah hampir 2 minggu merajuk membawa hati jauh....ye sangat la tu kan haha...hurm..lama jugak rasanya tak menjenguk ke rumah ini, sang labah-labah dah bergembira merentangkan sarangnya serata rumah, habuk pun dah meninggi menyebabkan resdung menyerang..masa untuk melakukan sesi pembersihan dulu..


Alkisahnya nak di jadikan cerita seawal pagi jam 8.10 dah kecoh satu kompleks  turun berkumpul kat tengah laman. Khabarnya terasa gegaran yang agak kuat juga, tapi kami tak pulak mengalaminya sebab tengah sebok membeli sarapan pagi, haish dasar tak prihatin sungguh kan. Boleh pulak bersuka-sukaan memilih menu sarapan di kala ini.


Pukul 11.00 pagi masa tengah dok mengular merehatkan diri sebentar sambil menyembang sakan ngan ofismate tetiba rasa macam pening-pening lalat, partition dok bergoncang beberapa saat la jugak, uiks marabahaya sudah datang, maka kami yang pun bergegas turun, saat-saat macam ni pun nak turun tunggu lif juga, haish..dasar manja kan..kalau la sangkut kat dalam lif tu, sape nak jawab...huhu...Sekali lagi satu kompleks C ni dok berkumpul kat laman sementara pakcik-pakcik Bomba membuat tinjauan bagi memastikan bangunan selamat sebelum semua di benarkan masuk ke bangunan kembali. Lama jugaklah dok berjemur kat luar tu. Dari jam 11.00 sampailah jam 12.30..Rasa la jugak saat-saat cemas seketika..



Masuk ke ofis terus buka Bernama Online nak tengok kat bumi mana yang di landa gempa sampai rasa ke Putrajaya dan Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi. Hurm..gempa 5.5 pun dah boleh di rasai kat Malaysia ni. Tak sanggup nak bayang lebih-lebih, moga Malaysia tidak di timpa bencana. Amin...




nota kaki: pesal tah aku menulis ala-ala skema menjawab karangan Bahasa Melayu pulak rasanya..adeh..pening...

**gambar-gambar di ambil menggunakan kamera henfon motorola V3X yang dah expired haha...sila jangan komplen..

3 comments:

  1. jauhkan la malaysia dari perkara2 x diingini ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. tu la kat presint 1 kan yg trsa kuat tu
    mintak jauh la dari sbrg prkra yang tak diingini tu aminnnn

    ReplyDelete
  3. @aisya: yup sama-samalah kita berdoa

    @nazirah: tu la pasal, agak mengerikan jugaklah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)