Wednesday, June 29, 2011

Review - KL Gangster

Khamis lepas, baru berpeluang nak pegi tengok wayang..pe lagi mestilah gua (amik mood kl gangster) nak tengok filem yang kutipan nya dah nak cecah 11 juta nih, oleh kerana gua ngan geng-geng gua pergi hari rabu, maka kami hanya menyumbang RM 7 kepada pembikin felem ini. Oke gua tak nak buang masa, meh kita mulakan.



Kisah ini bermula dengan keluarnya Malek (Aaron Aziz) dari penjara setelah 5 tahun menjadi penghuni tembok besi. Malek seorang bekas gangster yang di khianati oleh Shark (Syamsul) yang memang tidak senang dengan Malek, tapi mengapa dan bagaimana tidak pula di nyatakan di sini, jadi paham-paham sendiri dan buat kesimpulan sendiri.


Dari mula sampai akhir, KL Gangster lebih kepada aksi tumbuk menumbuk dan gaduh-gaduh manja sesama mereka maklumlah dah namanya pun gangster. Ia lebih kurang perebutan kawasan antara dua kumpulan besar yang di ketuai oleh bapa tiri Shark iaitu King (ala tak ingat la pulan nama pakcik sorang nih) dan Dragon (Adam Corrie). Penceritaan lebih kepada perjuangan Malek untuk menjadi manusia yang tidak lagi terlibat dengan kegiatan gangster ini.


Jai (Adi Putra) adik kepada Malek yang turut melibatkan diri dalam dunia gangster tetapi tidak sebulu dengan abangnya..dari segi lakonan pergh memang gangster habis la, sempoi jek, lakonan memang menjadi. Orang kanan Dragon, Ajib ( Sofi  Jikan) merangkap kawan baik Malek, turut tidak mengewakan. Diselitkan lagi dengan kehadiran Fadil (Zizan) yang seringkali menghilangkan sedikit ketegangan menonton cerita ini bila menyelitkan lawak-lawak yang menarik senyum dan tawa di bibir.


Gua agak terganggu sedikit dengan penggunaan bahasa dalan filem ini, almaklumlah sebagai seorang yang penuh dengan kelembutan (hahah poyo betol) gua tak biasa ngan bahasa kasar seperti ini, tapi gua oke sebab gua tengah tengok cite KL gangster takkan la nak bersaya awak pulak kan, pelik pulak kalau ada dialog, "awak memang nak mati ye, cuba-cuba nak melawan saya"..erk...


Bukan sekadar mempamerkan aksi semata-mata, KL gangster turut menyelitkan elemen kekeluargaan, tentang rasa dan hati seorang ibu, tentang hancurnya kehidupan seluruh keluarga akibat tersasar jalan yang pilih..tentang sisi baik seorang gangster...dan yang palig best, KL gangster tiada heroin dan scene cinta tahap tak boleh di terima akal, tiada ayat bunga-bunga, tiada tokoh koprat yang gila kuasa yang ada hanyalah realiti hidup sesetangah orang yang mungkin kita tak tahu. Satu yang gua pelik, King bole mati macam tu aje, kata taiko besar...


Ending yang sedikit bikin panas. Dengan dialog "selepas peristiwa itu dragon menjadi lebih berkuasa dan menjadi buruan polis, begitu juga aku, tapi kekuasaan dragon tidak lama bila akhirnya dia di tangkap polis"..Arg..gua memang tensen kalau tengok cerita yang pengakhirannya pesen cakap2 macam ni..gua tak puas hati betol..Apa-apa pun tahniah pada seluruh produksi KL Gangster kerana berjaya memecah angka 10 juta..


Penilaian aku: Boleh la tahan dan aku bagi 3.9 bintang-bintang berkelipan.. :)
selamat menonton!!

 
Nota kaki: Macam tak percaya pulak gangster-ganster seperti ini wujud di Malaysia...

3 comments:

  1. huhu~ cte nie jd paling best sbb aaron aziz...:P

    ReplyDelete
  2. wah ni kira lu pun penyumbang antar 11 juta tu la... gua rasa sebab lu bagi review dengan bintang tu... gua rasa macam terpaut je ...gua pun nak jadi penyumbang juga la ... gua rasa patut kot...he he he he... ni pun dah macam gangster dah ni....he he he he... bukan kl tapi gengster simpang...he he he he

    ReplyDelete
  3. ooooo.... tah bla nak tengok cita nie... best sngat ka???


    ( jom lawat )

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)