Tuesday, July 12, 2011

M.A.L.A.S

 
  
Oooo penyakit M.A.L.A.S dah melanda, malas nak hapdet belog ni, dulu kemain lagi semangat konon, berazam  sungguh-sungguh, semangat berkobar-kobar nak memastikan belog ini sentiasa di kemaskini setiap hari atau paling hampeh pun dua hari sekali. Tapi nampaknya seiring dengan peredaran masa, dan kesibukan bekerja sehari-hari (haila sibuk bebenar nampaknya haha) mood nak merapu meraban kat sini pun dah mencecah skala M.A.L.A.S. Kadang-kadang idea nak menulis pasal sesuatu itu berlegar-legar dikepala, tapi bila tekan je papan kekunci terus hilang segala kosa kata dan kemahiran menulis karangan aku haha. Aku stress dowh.. Oleh kerana aku sedang M.A.L.A.S maka ini je la yang aku mampu tulis, selebihnya sila tafsirkan sendiri tahap kemalasan aku dari gambar-gambar di bawah yang telah dirembat melalui enjin pencari mr gugel yang ensem!!!






Saturday, July 9, 2011

Sabtu yang BERSIH

Sabtu, 9 julai.. Hari ni sila duduk rumah diam2.. X yah berangan nak buat aktiviti bersantai di kawasan KL..kalau dah rancang nak pegi menghabiskan duit gaji Kat SOGO pun tangguhkan ajalah..meh la kita BERSIH kan rumah yang macam tongkang pecah tu atau gi la potong rumput kat laman yang dah tinggi tu, kang ada pulak keluarga aedes wat perkampungan kat situ ada gak faedahnya daripada dok menyusahkan orang lain kan..

Semalam waktu balik Klang pun kenderaan yang Menuju ke KL memang berbaris panjang..pukul bape lak nk sampai rumah dorang tu yek..hurm...harap2 tak adalah kejadian yang tidak diingini jadi hari ni, kalau sampai diisytiharkan darurat memang tak boleh nak bayang.. Kenapa lah sebok sangat buat kekacauan kat bumi Malaysia yang aman damai ni.. Nak sangat ke huru hara, arg x faham betul, semua bijak pandai tapi berfikiran sempit!!! Dan lebih malang lagi bila yang dipergunakan itu adalah dari kalangan bangsaku sendiri..sedih :(

Nota kaki: Buat housemate ku Aida n Nis selamat memBERSIH di floria Putrajaya, jangan lupa belikan aku bunga rose sedozen tau!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)