Thursday, August 18, 2011

Kad raya vs teknologi


Terlihat iklan ini di Utusan Malaysia membawa memori kembali ke 15 tahun dahulu, masa masih muda remaja. Ketika ini tiada telefon bimbit nak ber SMS bagai, internet juga masih tidak menerjah ke kawasan kampung nun di Pedalaman sana. Masuk jak bulan puasa dah sebok mencari kad-kad raya berkeping-keping untuk di bagi kepada kawan-kawan, cekgu-cekgu dan jiran-jiran. Siap buat senarai lagi nak bagi sapa, dari kawan yang duduk sebelah kat dalam kelas sampailah kepada makcik-makcik penjual kuih kat kantin sekolah semua mesti kasi dengan harapan mendapat balasan juga. Dalam kad raya wajib tulis...

'pecah kaca pecah gelas
habis baca harap balas'

kalau tak balas tahun depan jangan harap aku nak kasi lagi haha. Kalau mereply kad raya orang lain pulak ayat standard nya harus la

'pecah kaca pecah tong
sudah baca harap gantung'

haila sungguh kreatif kan, rindu betul masa-masa yang sudah jauh ditinggalkan itu. Sekarang ni kad raya makin dilupakan, semua nak guna teknologi, guna e kad je, atau kekdah yang paling fofular di abad ini hantar je ucapan guna sistem pesanan ringkas. Dua tiga hari sebelum raya topup 50 hengget, malam-malam raya mula la aktiviti mengadap telefon bimbit sambil menunggu burasa masak..hukhuk...kadang-kadang sampai ham telefon dibuatnya...

kalau dulu kad raya jadi salah satu hiasan kat dinding rumah, gantung kemain banyak lagi maklumlah orang glamer katakan, ramai la yang bagi kad raya ye dop...sekarang ni kalau boleh gantung SMS tu satu rumah mesti lagi meriah...pas ni nak pi carik kad raya la pulop, sape nak angkat tangan!!!!

nota kaki: dah bape tahun tak dapat kat raya...hurm...

Thursday, August 11, 2011

Jom Beli Barang Raya @Putrajaya


Rasa nak berbelanja sakan menghabiskan duit yang ada, maklumlah dah simpan setahun buat shopping raya kan, duit yang berkepuk-kepuk tu pun dan minta di sedekahkan pada peniaga-peniaga. Kalau dah rasa bosan tiap-tiap tahun dok serbu Jalan TAR ataupun Jalan Masjid India, pe kata tahun ni pi pulak bersuka ria kat Jom Beli Barang Raya @Putrajaya, bertempat di Presint 3, Putrajaya yang sedang berlangsung mulai hari ini sampai ahad nanti. Katanya banyak barangan dijual dengan harga yang murah tersangat-sangat, maklumlah jualan terus dari kilang khabarnya. Masa rehat tadi, diulangi ye masa rehat (jangan pulak pegi masa kerja, tak berkat nanti), sempatlah kitorang pergi mencuci mata kat sana..kalau tengok sekali imbas, ditambah pulak dengan lautan manusia yang teramatlah teruja nak bershoping memang boleh buat kita rambang mata, apa lagi bila tulisan DISKAUN yang sampai 70% tu bertebaran dimana-mana. perh..kalau boleh semua benda nak dicapai, sib baik tak terpengaruh haha...pada kaki-kaki shoping terutamanya housemates ku Aida dan Nis, kalau berbelanja berpada-pada ye, tengok betul-betul kalau tak perlu tak yah la beli, bulan Ramadhan ni tak baik membazir. Layan kan jela beberapa keping gambar yang sempat dikandidkan tadi..



 




 







p.s: jangan rambang mata sangat, tu sume strategi perniagaan semata-mata haha

Tuesday, August 9, 2011

SITUASI - TARAWIH

Hari ni dah masuk 9 Ramadhan. Di samping menjalankan kewajipan berpuasa, ada banyak lagi amalan-amalan sunat yang menjanjikan pahala berlipat-lipat kali ganda yang tidak akan kita perolehi di bulan-bulan lain. Salah satu daripadanya ialah solat Sunat Tarawih. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu. 

Walaubagaimanapun melalui pemerhatian selama beberapa tahun, terdapat beberapa kejadian biasa yang berlaku masa tarawih ni, antaranya:-

1.   Saf Penuh di permulaan Ramadhan
Malam 1 Ramadhan akan menyaksikan jumlah jemaah yang tersangat la ramai sehinggakan terpaksa didirikan khemah tambahan di luar surau (biasanya hanya melibatkan surau-surau, masjid tidak termasuk). Alhamdulillah kehadiran umat seramai itu memang menggembirakan, tetapi seiring dengan perjalanan masa, jumlah jemaah akan semakin berkurangan. Di pertengahan Ramadhan, khemah tambahan itu sudah tidak perlu kerana kapasiti surau dah mencukupi. 10 terakhir Ramadhan menyaksikan bilangan jemaah semakin berkurang kadangkala hanya tinggal 1 atau 2 saf sahaja.


2.   Panas vs Kipas
Surau biasanya sejuk sahaja, namun kehadiran ramai jemaah menjadikan persekitaran menjadi panas. Kipas yang ada tidak mampu memberikan hawa sejuk kepada semua jemaah lebih-lebih lagi yang jauh dari jangkauan cik kipas. Makanya ada yang gelisah dalam solatnya bila peluh bercucuran bagaikan air. Apa yang perlu dilakukan hanyalah sabar walaupun kekhusyukan bersolat itu sedikit terganggu namun itu la cabarannya. Apa sangatlah panas yang sedikit itu jika mahu di bandingkan dengan ganjaran pahalanya kan. Di samping itu boleh jugakla mengeluarkan peluh sekali-skala tanpa perlu mengunjungi trek joging kan..


3.   Ngantok
Ni lagi satu cabaran dan dugaan bila nak bertarawih, maklumlah seperti ular melingkar selepas kenyang, kita nih mana bole tahan makan kurma ngan minum air je waktu berbuka. Dah alang-alang kerakusan membeli pelbagai juadah berbuka diteruskan pulak bila azan maghrib berkumandang. Selagi bole semua yang ada depan mata tu nak dihabiskan, lepas tu mula lah mata memberat macam letak batu dua kilo. Tengah-tengah tarawih sempat lagi terlelap. Hurm...


4.   8 rakaat vs 20 rakaat
Tentang jumlah rakaat solat tarawih ni, aku bukanlah orang yang arif untuk menulisnya, tapi kelaziman di Malaysia ianya akan dilakukan 8 atau 20 rakaat bergantung kepada surau atau masjid. Kebanyakannya mengambil 20 rakaat, namun selepas 8 rakaat jemaah dah berpusu-pusu balik dan tinggallah 1 @ 2 saf sahaja yang tinggal untk menghabiskan baki sehingga 20 rakaat. Wallahualam...


5.   Saf rongak
Yang ni aku paling tak faham, nak tarawih ke nak ber reunion bersama kawan-kawan. Semua pakat-pakat nak duduk sekelompok walaupun kat depan atau tengah-tengah tu ada lagi ruang kosong. Saf jadi putus-putus dan rongak. Imam dah kata penuhkan saf hadapan dan rapatkan saf, tapi yang jenis tak reti bahasa bole pulak buat-buat tak faham...ish sungguh aku tak mengerti.


Sempena bulan yang mulia ini, sama-sama lah kita mempertingkatkan amalan lebih-lebih lagi Ramadhan hanya mengunjungi kita setahun sekali dan tahun hadapan belum tentu kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi. Senang-senangkan hati, selamat beramal dan selamat berpuasa...

Friday, August 5, 2011

Gua suka ber gosip!!!

 

Mari kita mulakan ayat untuk entri ini dengan ‘kadang-kadang’....

Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa kita ni sebagai manusia yang menghuni muka bumi ni suka sangat mengambil tahu dan menyebok hal orang lain. Lebih-lebih lagi bila orang tu terkenal seantero dunia…erm..kita kecik kan sedikit skop seantero dunia itu kepada ‘lebih terkenal sedikit dari orang lain’..bole?? Contoh la kan yang selalu menjadi mangsa di intai oleh paparazzi itu sudah semestinya golongan artis sama ada yang sememangnya berbakat atau cuma suam-suam kuku jek bakatnya. Segala macam cerita dari yang logik sampailah yang tak logik pun nak di ceritakan di media, dan yang membacanya pulak siap bagi komen dan ulasan panjang lebar mengalahkan Haji Hasbullah Awang mengulas perlawanan bola sepak selama 90 minit. Belog-belog yang memaparkan gosip berkaitan artis ni semangnya mendapatkan sambutan hangat di kalangan pembaca, lagi-lagi kalau gosip tu masih belum tersebar luas..menjadi yang pertama..pergh sapa tak mau.

Haaa sudah..cukup cerita pasal gosip artis, aku nak story pasal gosip di dalam sesebuah organisasi atau kumpulan yang mana tukang sebarnya suka menambah-nambah cerita supaya lebih berperisa pedas dan beracun. Jadi mari sama-sama menjadi skema ala-ala sedang belajar di kelas organization behavior . Dalam kelas ini penyebaran cerita-cerita yang sudah diolah isi kandungannya ini di sebut sebagai grapevine ye murid-murid semua. Betulkan saya bila salah, maklumlah masuk kelas ni 6 tahun dulu, bukannya lupa tetapi tak ingat..

Pernah tak jumpa orang yang suka pasang telinga besar-besar macam piring astro tu sibuk nak tau apa benda yang orang cerita. Lepas tu, gi menjaja cerita kat serata alam berserta tambahan skrip buatan sendiri untuk menyedapkan lagi rasa cerita itu, sampaikan orang boleh gaduh tak bertegur sapa bertahun-tahun, dendam sampai 7 keturunan gara-gara cerita salah yang dibawa oleh anggur tak bertauliah ini. Lagi tak bole tahan bila anggur ni selamba jek ke hulu-ke hilir dengan muka berpura-pura baik dia tu macam tak da apa-apa je seperti dialah orang yang paling suci sekali...ehh kalau bagi pelempang sedas dua sedap juga tu kan..aku ni pun bukannya baik sangat, selalu juga bergosip sakan tapi idaklah sampai menambah unsur-unsur fitnah ke dalamnya dan maafkan saya ye bila pernah mengguris hati anda-anda semua...i’m sory....

Huh sungguh menyakitkan hati bila berhadapan dengan orang seperti ini kan, tapi itu lah realiti kehidupan, yang penting cara kita menangani masalah seperti ini. Jangan dilayan sangat nanti diri sendiri yang kena darah tinggi..ooo tidak, lebih baik gi pasar malam cari anggur buat makan-makan masa tengok tivi. Sambil-sambil gigit anggur tu anggap sahaja anda sedang menenyeh-nenyeh muka si penggosip terhebat itu, biar luka parah hahaha..senang-senangkan hati semua, selamat berpuasa...

Thursday, August 4, 2011

Bila hatiku sedang rindu

Hah..rindu rasanya ingin berbelog seperti dulu kala, di saat semangat tengah berkobar-kobar dan idea menulis melimpah ruah, cewah macam sasterawan Negara pulak lah kan. Ditengah-tengah urusan seharian kadang-kadang terasa juga ingin nak berkongsi cerita di belog ku yang suram glamer ni haha, tapi bila mengadap komputer untuk memulakan suku kata pertama, jejari runcing ku ini terus kaku terletak elok je di atas papan kekunci tanpa menekan apa-apa huruf untuk menjadi rangkai kata yang berbunga-bunga sakura. Ha tengok kan ni pun aku tulis merepek dan melalut tanpa arah tuju. Tajuk bukan maih lagi ‘bila hatiku sedang rindu’ haha..sabar je la.


Tapi hati ku memang sedang rindu untuk mencoretkan sesuatu di ruangan belog angan dan sedar ini. Hurm..mungkin sekarang tengah dalam mood berangan tak sedar-sedar tu yang nak menjenguk belog pun susahnya macam nak kena masak masa berbuka puasa nanti. Wah susah bangat tuh haha..RINDU sungguh nak berblogwalking menjenguk rakan-rakan belog yang lain. Terima kasih pada yang sudi singgah ke taratak hamba yang tidak seberapa ini, walaupun tuan rumahnya tidak ada. Sayang korang!!!


Selamat menjalani ibadat puasa buat semua, sila jangan mensia-siakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan pahala berganda-ganda ini. Marilah kita sama-sama saling mengumpul kekayaan untuk menjadi juta-juta-juta-jutawan di Alam yang lain nanti.

p.s:- Ramadhan baru masuk hari ke-empat dah sebok nak dengar lagu raya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (36) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (5) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (4) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)