Monday, October 31, 2011

Menanti di Barzakh - Far East

Suka lagu ni
Meresap ke dalam kalbu.


Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah bewarna merah
Semerah mawar yang juga rindu
Tujuh langkahpun baru berlalu
Seusai talkin bernada syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali ROH kembali...
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri...
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu

AJAL yang datang dimuka pintu 
Tiada siapa pun memberitahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari...
Nafas terhenti...
Tidak tergambar sakitnya mati...
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan 
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata.


Friday, October 28, 2011

Just Think

You Find What You look For
 
 
If you made a list of all the things that bug you,
you could find thounsand!
May be you don't like you nose or your teeth or perhaps you don't like backside.
Probably your parents don't understand you,
your best friend talks too much,
your bedroom is too small,
you never have enough money and
you girlfriend/boyfriend has bad breath.
 
As the list got longer,
you would feel more depressed.
By adding to this list every day,
you could keep yourself depresses for the rest of your life!
 
If you made a list of all the positive things of your life,
you could also find thousand!
May be you would say,
"I am reasonable healthy,
I've got two good ears, good eyes, clothes to wear,
I'm getting an education,
I'm being fed, ihave a bed to sleep,
i have friends, good books to read, a computer, a bicycle,
this is an exiciting time in history to be alive ..."
 
By reading through this list,
and adding to it every day,
you could stay quite happy for the rest of your life!
Your happiness is not about the "facts",
its about what you decide to look for.
Of course, there are people who say,
"Positive thingking makes no difference."
But guess what! These are usually unhappy people.
Why would you take notice of them..
 
"Look for reasons to be happy and you will find them. Look for reasons to be unhappy and you will find them. You find what you look for"

Thursday, October 27, 2011

Nasi Lemak 2.0 dapat kutipan RM7 juta!!!


Ni berita aku aku cedok dari satu laman web online!!!

Tahniah, tahniah, tahniah! Filem bikinan pengarah kontroversi, Namewee, menjadi filem kejutan apabila berjaya meraih kutipan lebih daripada RM7 juta di pawagam. Sekaligus berada di ketiga teratas selama tiga minggu berturut-turut. Malah filem ini kini menduduki tempat pertama sebagai filem tempatan berbahasa Cina dengan rekod kutipan pawagam tertinggi dan berada pada tempat ke-8 secara keseluruhan dalam kutipan pawagam filem tempatan tertinggi sepanjang zaman.

Di samping berjaya menarik penonton dikalangan bukan saja kaum Cina, bahkan kaum Melayu, India, Iban, Kadazan dan Serani dari seluruh pelusuk negara turut menikmati filem yang dicipta khas untuk rakyat Malaysia ini.

Dengan gandingan kerjasama UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media, parti keraian kejayaan filem Nasi Lemak 2.0 telah diadakan di Kuala Lumpur dan berjaya menghimpunkan barisan pelakon (termasuk Namewee, Adibah Noor, Reshmonu, Nadine Ann Thomas, Dennis Lau, Felixia Yeap dan yang lain) serta krew filem.

Disebabkan karakter pengarahnya yang berterus terang, (tak boleh blah ayat ni) berhadapan pelbagai aduan daripada para penunjuk perasaan di Ipoh sejurus filem ini mula ditayangkan pada 8hb September lalu. Para penunjuk perasaan meminta pihak Kementerian untuk memboikot filem ini atas sebab kandungannya yang bersifat negatif. Filem ini turut menerima krtikan yang hebat daripada pihak media.


Ni pulak pendapat aku

Alahai..mudahnya rakyat Malaysia lupa apa yang Namewee ni pernah buat, menghina wanita bertudung, menghina lagu negaraku..tiba-tiba muncul dengan filem bercorak 1Malaysia konon-kononnya. Tak tau la pendapat korang, tapi pada aku la kan perlu ke karya dia ni di sokong bila dia tak reti hormat orang, lepas tu buat macam tak da pape, macam tak pernah buat salah kat rakyat Malaysia ni, bukan nak kata filem dia tu tak best ke apa, tapi soalnya Namewee si pembikin filem itu yang juga pelakon sekali (Muka dia la yang paling besar kat poster tu)..walau macam mana pun si Namewee ni buat aku tetap tak bole terima..dah la minta maaf pun tak ikhlas..siapalah yang pegi tengok filem ni..tak faham betul aku lah..Baik hati sungguh rakyat Malaysia ni kan, lembut hati..pemaaf... Aku tak de hati nak tengok cite ni, iklan dia pun kalau tengah tayang kat tv cepat-cepat tukar channel.

Nota kaki: Dengar khabar Namewee telah menyiapkan 5 hingga 6 skrip mengenai filem yang juga akan menampilkan barisan pelakon berbilang kaum untuk mencerminkan cerita 1Malaysia. - Pergh dah siap 5-6 skrip tu..maklumlah lepas ni mungkin boleh dapat juta-juta lemon lagi kan.

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday - Edisi 2

Sape nak beli...


Tuesday, October 25, 2011

Master Chef Malaysia

Sekarang ni dok seronok melayan Master Chef Malaysia kat Astro Ria. Selama ni ada la juga tengok yang master chef luar negara punya. Teruja jugak nak tengok chef-chef kat Malaysia macam mana. Setakat ni ni boleh tahan la, kalau tengok ujian-ujian kemahiran yang dorang buat macam senang je kan, ala takat potong-potong bawang, pisahkan telur putih ngan kuning, dapatkan santan kelapa...kacang je semua tu, tapi cuma pi tengok hang buat kat sana lepas ke idok huhuhu.


Cuma juri-juri merangkap hos yang tiga orang tu macam tak berapa pandai nak wat pengacaraan. Ye la dorang bukan chef selebriti kan, selama ni serius jek masak kat dapur, mana la reti wat tugas-tugas membebel kat depan kamera ye dak.. tak pe la baru berapa episod, lama-lama oke la kot kan.


Oleh kerana ini adalah rancangan masakan, aku tak berapa setuju bila elemen-elemen kisah hidup yang sedih-sedih or drama airmata nak di masukkan dalam ini cerita, Sikit-sikit pasal life dorang boleh lagi tak payah la sampai cam nak minta simpati orang, ni bukan pakai undian sms pun. tolonglah jangan jadikan macam rancangan realiti AF ke segala. Master chef kena la bijak dan berkarisma, berdiri di atas bakat sendiri, tak perlu kot nak nampak lembik je, kang boring lak orang tengok. Sapa-sapa yang suka men masak-masak tu, meh le kita layan Master Chef Malaysia, setiap Sabtu hingga Rabu, jam 9.00 di saluran 104.

nota kaki: lepas ni aku pun bole jadi master chef jugak hahahahahaha

Monday, October 24, 2011

Bola-bola-bola

Aku bukanlah peminat permainan yang dok 22 orang kejar-kejar sebijik bola kat padang ni, tapi ikut gak la perkembangan semasa sesekali. Hari ni ramai orang dok sebok cerita pasal bola, dari kat dalam MHI, berita, surat khabar, radio-radio..semua topik bola-bola-bola. Hangat sangat menceritakan kekalahan dasyat si Red Devil Manchester United kepada Manchester City, 1-6!!! lagi menambahkan perisa nak mengutuk bila MU kalah di Old Trafford. Yang selama ini memang berbulu ngan MU dan sentiasa menanti-nantikan saat-saat indah yang jarang-jarang berlaku ni memang buat ayat kutukan kaw-kaw tak ingat. Kalau baca wall FB aku memang cerita ni je la yang di penuh satu dinding di samping kekalahan Chelsea kepada QPR (0-1).


Haish...ala biasa la tu kan adat permainan kadang menang kadang kalah. Takkan lah nak menang je manjang, sekali sekala kalah apa salahnya. Relax la, tak yah nak gado² salahkan pengadil tak adil la, ini la, itu la....bukan dapat bonus pun.

Nota kaki: Jom ramai-ramai gi tengok final piala Malaysia 29 Oktober ni, Negeri Sembilan vs Terengganu..nak sokong sape ek??

Sunday, October 23, 2011

Putrajaya - Sibu - Mukah - Sibu - Putrajaya


Akhirnya dah balik ke Putrajaya, 2 hari kat Sibu, 2 hari kat Mukah. 18hb jam 6.40 petang naik firefly berlepas ke Sibu bersama-sama Kak Ku dan si Jurukamera Encik Mustafa, sebelum encik bos menyusul keesokan harinya. Pergi bukan untuk bercuti ye, kerana memang tidak berkesempatan langsung nak merasai waktu bersantai  bila dari pagi membawa ke malam terlibat dengan persiapan Program Penggalakan Sains dan Matematik peringkat Negeri Sarawak di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC), Sibu.

 
Untuk pengetahuan korang la sikit-sikit kan, Program Penggalakan Sains dan Matematik ni bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat yang lebih aktif  dalam bidang sains dan matematik dengan objektif utamanya untuk membudayakan sains dan maematik di segenap lapisan masyarakat  ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat. Program ini membawa tema Go Science, Love Math. Lepas Sibu sambung kat Politeknik Mukah pulak, memang satu perjalanan yang panjang, tapi best.
 



Masa kat Sibu ngan Mukah  ni aku perasan satu benda, papan tanda kat sini rendah-rendah belaka. Kalau berdiri kat tepi papan tanda tu, tinggi lutut je huhuhu cam konfius pulak, nampak ke kalau bawa kereta huhu.


 
Dari Sibu ke Mukah naik bas dalam 3 jam lebih untuk program kat politeknik Mukah pulak. Sepanjang kat Sibu dan Mukah ni sempat la jugak merasa beberapa jenis makanan tradisi orang sana, seperti gambar kat bawah ni ayam penyet, yang lain-lain tu nama dia tak ingat la pulak , Tapi tang yang ulat sagu tu aku bole tengok je huhuhu.





Semalam baru balik ke Putrajaya dengan penerbangan firefly jugak jam 9.05 malam. Selamat tiba di KLIA jam 10.50 malam.  Lepas rehat-rehat + tidur cukup-cukup ni baru nak buka komputer jalan-jalan lawat uols pulak.

 
 
nota kaki: sila abaikan gambar bajet yang last sekali tu hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)