Tuesday, October 25, 2011

Master Chef Malaysia

Sekarang ni dok seronok melayan Master Chef Malaysia kat Astro Ria. Selama ni ada la juga tengok yang master chef luar negara punya. Teruja jugak nak tengok chef-chef kat Malaysia macam mana. Setakat ni ni boleh tahan la, kalau tengok ujian-ujian kemahiran yang dorang buat macam senang je kan, ala takat potong-potong bawang, pisahkan telur putih ngan kuning, dapatkan santan kelapa...kacang je semua tu, tapi cuma pi tengok hang buat kat sana lepas ke idok huhuhu.


Cuma juri-juri merangkap hos yang tiga orang tu macam tak berapa pandai nak wat pengacaraan. Ye la dorang bukan chef selebriti kan, selama ni serius jek masak kat dapur, mana la reti wat tugas-tugas membebel kat depan kamera ye dak.. tak pe la baru berapa episod, lama-lama oke la kot kan.


Oleh kerana ini adalah rancangan masakan, aku tak berapa setuju bila elemen-elemen kisah hidup yang sedih-sedih or drama airmata nak di masukkan dalam ini cerita, Sikit-sikit pasal life dorang boleh lagi tak payah la sampai cam nak minta simpati orang, ni bukan pakai undian sms pun. tolonglah jangan jadikan macam rancangan realiti AF ke segala. Master chef kena la bijak dan berkarisma, berdiri di atas bakat sendiri, tak perlu kot nak nampak lembik je, kang boring lak orang tengok. Sapa-sapa yang suka men masak-masak tu, meh le kita layan Master Chef Malaysia, setiap Sabtu hingga Rabu, jam 9.00 di saluran 104.

nota kaki: lepas ni aku pun bole jadi master chef jugak hahahahahaha

14 comments:

  1. kesian tengok dorang yg kene kritik semalam

    ReplyDelete
  2. @cik najihah: kena kritik kaw-kaw baru best tengok hehe

    @Eera Shera: jom tengok malam ni

    ReplyDelete
  3. eh..eh..eh..da start...??

    best2..
    kene tgk...

    ReplyDelete
  4. jom tengok malam ni..ala you tube pun ado :)

    ReplyDelete
  5. btul2 :P kena tgok ni..nti dapat ikan boleh masak bes2 :P

    ReplyDelete
  6. chii x leh nak tgk..kat umah tade astro plak =(

    ReplyDelete
  7. @renjerkabloi: ari ni masak ayam haha

    @chii: huhu x dape la den nak nolong

    ReplyDelete
  8. best ke? ala propa je provokasi utk trik penonton kritik tu..

    ReplyDelete
  9. Lepas siri satu ni mungkin bertambah matang lagi siarannya.

    ReplyDelete
  10. @Niena: Selamat bercuti juga

    @amranaiman: biasa la tu, rancangan realiti memang cam tu :)

    @Awan Biru: Yep, pertama kali memang begitu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (4) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)