Thursday, October 27, 2011

Nasi Lemak 2.0 dapat kutipan RM7 juta!!!


Ni berita aku aku cedok dari satu laman web online!!!

Tahniah, tahniah, tahniah! Filem bikinan pengarah kontroversi, Namewee, menjadi filem kejutan apabila berjaya meraih kutipan lebih daripada RM7 juta di pawagam. Sekaligus berada di ketiga teratas selama tiga minggu berturut-turut. Malah filem ini kini menduduki tempat pertama sebagai filem tempatan berbahasa Cina dengan rekod kutipan pawagam tertinggi dan berada pada tempat ke-8 secara keseluruhan dalam kutipan pawagam filem tempatan tertinggi sepanjang zaman.

Di samping berjaya menarik penonton dikalangan bukan saja kaum Cina, bahkan kaum Melayu, India, Iban, Kadazan dan Serani dari seluruh pelusuk negara turut menikmati filem yang dicipta khas untuk rakyat Malaysia ini.

Dengan gandingan kerjasama UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media, parti keraian kejayaan filem Nasi Lemak 2.0 telah diadakan di Kuala Lumpur dan berjaya menghimpunkan barisan pelakon (termasuk Namewee, Adibah Noor, Reshmonu, Nadine Ann Thomas, Dennis Lau, Felixia Yeap dan yang lain) serta krew filem.

Disebabkan karakter pengarahnya yang berterus terang, (tak boleh blah ayat ni) berhadapan pelbagai aduan daripada para penunjuk perasaan di Ipoh sejurus filem ini mula ditayangkan pada 8hb September lalu. Para penunjuk perasaan meminta pihak Kementerian untuk memboikot filem ini atas sebab kandungannya yang bersifat negatif. Filem ini turut menerima krtikan yang hebat daripada pihak media.


Ni pulak pendapat aku

Alahai..mudahnya rakyat Malaysia lupa apa yang Namewee ni pernah buat, menghina wanita bertudung, menghina lagu negaraku..tiba-tiba muncul dengan filem bercorak 1Malaysia konon-kononnya. Tak tau la pendapat korang, tapi pada aku la kan perlu ke karya dia ni di sokong bila dia tak reti hormat orang, lepas tu buat macam tak da pape, macam tak pernah buat salah kat rakyat Malaysia ni, bukan nak kata filem dia tu tak best ke apa, tapi soalnya Namewee si pembikin filem itu yang juga pelakon sekali (Muka dia la yang paling besar kat poster tu)..walau macam mana pun si Namewee ni buat aku tetap tak bole terima..dah la minta maaf pun tak ikhlas..siapalah yang pegi tengok filem ni..tak faham betul aku lah..Baik hati sungguh rakyat Malaysia ni kan, lembut hati..pemaaf... Aku tak de hati nak tengok cite ni, iklan dia pun kalau tengah tayang kat tv cepat-cepat tukar channel.

Nota kaki: Dengar khabar Namewee telah menyiapkan 5 hingga 6 skrip mengenai filem yang juga akan menampilkan barisan pelakon berbilang kaum untuk mencerminkan cerita 1Malaysia. - Pergh dah siap 5-6 skrip tu..maklumlah lepas ni mungkin boleh dapat juta-juta lemon lagi kan.

15 comments:

  1. @khairul, @hans: semakin bangga dan semakin lupa diri

    ReplyDelete
  2. Its org melayu yg tlalu lembut hati.. Sbb tu bgsa kt sng nk kne tndas.. Da kne tindas, kte tndas lak bangsa kt sndri.. Mmg selamanya tak maju2..

    ReplyDelete
  3. hebat gak filem ni walaupon ada kontroversi

    TZM berantu Part2 .http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/tzm-barantu-part-2.html

    ReplyDelete
  4. tak pernah tengok lagi cerita ni..tak tahu lah nak tengok ke tidak..

    orang melayu yang sangat baik hati..:)

    ReplyDelete
  5. pelik macam mana la boleh kaut untung sampai 7 juta...tak rasa nak tengok pun

    ReplyDelete
  6. namawee elok dicangkul sahaja kepalanya..geram !

    ReplyDelete
  7. Tgk kat website finas, x de pun film ni kt carta 7 juta tu..propa je kot

    ReplyDelete
  8. haha..x asa nk tgk cite ni pn ritu..emm best ker yer

    ReplyDelete
  9. banyak tu kutipan dia~
    best ye cerita ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)