Wednesday, November 30, 2011

Filem mania

Mungkin sudah di rasuk hantu movie sampaikan dengan tegarnya aku dah pun merancang untuk menonton 3 filem pada esok, lusa dan rabu depan hohohoho. Maklumlah dah lama tak masuk panggung kan, dah lama tak merasa makan bertih jagung sambil mengadap skrin besar punya, siap ngan penghawa dingin yang sejuk. Jadi marathon akan bermula dengan cerita the twilight saga: Breaking dawn - part 1, esok. Boss, sila jangan bagi kerja di kala nak pukul 5 ye, saye nak gi tengok wayang ^_^. Dah siap book pun. Memula dulu memang tak ikut pun cerita ni, tapi bila ada seorang kawan tu asyik duk ulang-ulang cerita yang sama tiap-tiap hari, aku pun jadi tertengok cerita ni, jadi jadi jadi kena la tengok sampai abis kan.




Hari jumaat lak nak layan Puss In Boots. Ala si kucing comel tu. Rasa cam nak picit-picit je kucing ni. Hep..




Hari rabu depan, dah bercita-cita nak tengok Ombak Rindu pulak. Adakah filem nya dapat menandingi novelnya..hurm.. kita tunggu..



Okeh cukup la dulu kot. Kang muntah pulak asyik nengok movie je. Nanti-nanti kalau ada mood nak menulis, aku wat la review sikit. Ada ke yang nak baca huhuhu

Tuesday, November 29, 2011

Apa pun tak boleh

Bila banyak keadaan sekeliling tidak mengizikan akibat daripada macam-macam urusan lain, mood nak berbloging pun turun mendadak, graf nak menulis semakin rendah, idea-idea pun ciput je. Kesimpulannya penyakit malas sudah menyerang kembali. Macam mana yang korang-korang dan korang semua boleh selitkan masa untuk ber belog?? Aku  ni bila sibuk sikit mula la nak buka lappy pun malas, inikan pulak nak menulis, tepu rasanya....hurm..idea plz....



Saturday, November 26, 2011

Perkongsian Ilmu: Doa akhir tahun dan awal tahun



Hari ini (26 November 2011), kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah (1433H). Bersama ini dilampirkan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk tatapan semua; di baca pada petang dan malam ini (Sabtu, 26 November 2011).


Doa Akhir Tahun dibaca terlebih dahulu sebanyak 3 kali iaitu pada penghujung waktu Asar sebelum masuk waktu Maghrib (lebih kurang 5 - 10 minit sebelum masuk waktu Maghrib) sebagai penutup tirai (bagi tahun 1432H).


Doa Awal Tahun dibaca pula sebanyak 3 kali iaitu pada selepas Solat Fardhu Maghrib sebagai pembuka tirai (bagi tahun 1433 H).


Sama-samalah kita memohon semoga semua amalan yang kita lakukan di terima dan semua dosa diampunkan oleh Allah SWT dan jangan lupa berdoa semoga kita menjadi insan yang lebih bertaqwa, lebih mulia dan sentiasa berhijrah menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Aamiiin Ya Rabbal `Aalamiiin…




Sumber: Unit Hal Ehwal Islam, Seksyen Pembangunan Manusia dan Kompetensi

Wednesday, November 23, 2011

Sekitar walimatulurus pada 20.11.2011

Akhirnya selesai sudah majlis perkahwinan anak sulung dalam keluarga aku (my sista) pada 20.11.2011. Alhamdulillah semua berjalan  lancar walaupun sedikit kelam kabut sebelum majlis bermula. Biasalah tu, sebelum ni kan tak pernah wat kenduri kahwin. Pas ni, Insya Allah akan ada tiga majlis lagi huhuhu. Nak tulis panjang-panjang pun cam tak berapa nak cukup kosa kata ni. Layankan aje sedikit gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang majlis. Untuk my sista, selamat pengantin baru, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Aminnn.....







Saturday, November 19, 2011

Kenduri vs Malaysia vs Myanmar

Busy sikit sekarang ni, tengah bertungkus lumus merewang untuk kenduri kahwin kakak esok..mungkin tak dapat nak meng hapdet blog 2, 3 hari ni, pada pembaca blog yang seramai satu, dua dan tiga orang tu harap bersabar ye... Haha macam la yang datang singgah kat sini 2, 3 ratus kan.. Syok sendiri haha..

Sekarang ni sempat lagi dok melayan team Malaysia vs Myanmar... Opsss GOL!!!! yeah GO Malaysia GO... Haha terbaek, Malaysia ke final.. Jumpa siapakah?? Kita tggu samada Indonesia atau Vietnam

Thursday, November 17, 2011

Bila rasa mahu menulis

Hari yang serabut dan melelahkan. Bosan berhadapan dengan macam-macam perangai manusia. Letih melayan ragam jenis orang yang tak reti bahasa. Penat menahan rasa nak marah pada keadaan sekeliling yang meresahkan. Perlu ke beria2 nak menjaga hati dan perasaan orang lain tapi menyakitkan hati sendiri. Dosa pun makin membukit bila mulut asyik mengata meluahkan rasa tak puas hati. Lantak korang la. Aku dah malas nak layan. Lebih baik menikmati makan malam yang menggoda selera @secret recipe.. Prawn macaroni cheese + fresh milk. Kejap lagi nak balik sokong team bola sepak Malaysia ke Sukan Sea menentang musuh tradisi timnas Indonesia.

Wednesday, November 16, 2011

Sepanjang Hidup (For the rest of my life) - Maher Zain

Sangat suka lagu ni, tapi tak tahu pulak yang ni pun sudah di melayu kan. For the rest of my life telah di alihbahasakan kepada sepanjang hidup. Layan kan Maher Zain dalam pelat melayu.. sedap juga, kira tak de la pelik jadinya..tapi lagi layan lagu versi inggeris nya, tak mesra lagi kot, kena dengar selalu... Sepanjang Hidup.


Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup

Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku

Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus

Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

Tuesday, November 15, 2011

Kuala Lumpur Innovation Forum (KLIF2011)

Hari ni dan esok secara rasminya menjadi peserta Kuala Lumpur Innovation Forum (KLIF2011) kat PWTC. Menambahkan ilmu pengetahuan sambil meng inovasikan daya pemikiran yang dah agak-agak hampir tumpul ni sebab malas sangat berfikir. Selain daripada tu ada juga diadakan National Innovation Conference and Exhibiton (NICE2011). Sape-sape yang nak tengok macam-macam produk inovasi pelbagai peringkat dari akar umbi, pelajar-pelajar sekolah, universiti, komuniti dan banyak lagi la. Semua nya kreatif-kreatif dan inovatif. Jemputlah datang, esok ada lagi sehari.

 

Monday, November 14, 2011

Suprise!!!

Oke..sekembalinya aku dari kerja luar, nampaknya dan banyak kejutan telah menanti di rumah. Tivi kat rumah ni dah buat hal lagi. Hari tu dah macam dengar drama radio je bila skrin gelap. Hantar la kasi betul segala fius yang tercabut. Dah oke, la ni buat lagi. Kali ni dia hilang warna pulak. Macam cerita zaman dulukala pulak, warna hijau, merah je. Macam orang buta warna daa, tengok master chef pasta warna hitam, haha..lipstik warna hijau...lampu isyarat warna hijau, hijau, putih..baju semua warna merah atau hijau hahaha terbaek la..hijau semua. 'Sejuk' je mata memandang. GO GREEN!!!!


Tak cukup ngan hal tivi tu, ada dua lagi kejutan menanti kat rumah ni, lampu bilik dah arwah. Gelap je...mengagau-gagau aku nak cari barang...

Pas tu mesin basuh pulak rosak. waaa yang ni memang sedih. dah la baru balik kerja luar, baju seminggu punya yang tak basuh tu nak kena basuh tangan ke??? ohh tidak, hantar dobi??? hurmm..dalam pertimbangan..memang betul-betul suprise nihh!!!!

Sunday, November 13, 2011

Sudah mahu pulang

Baru sampai KK dari Kota Marudu setelah mengharungi perjalanan panjang dan meletihkan. Sakit seluruh badan rasa nak guling-guling jak sekarang ni. Tak tahan cabaran betol kan huhu. Hep sape kate, ni pengaruh cuaca juga, kat sana kejap hujan lebat, lepas tu panas terik, kendian hujan balik, panas lagi..hu mau tak diserang sakit kepala.

Esok da bole balik....lepas 5 hari kat Sabah...yeay...dah lama tak melawat rakan-rakan maya ni, tak sempat nak menjenguk korang, maaf ye... Ti ada masa aku terjah korang pulak.. ayat bajet ramai sangat yang datang blog aku ni kan huhu..sekarang nak tidur dulu, sangat letih.. Adios..

Wednesday, November 9, 2011

Jalan-Jalan cari makan edisi KK

Perut dah bunyi-bunyi wat lagu ala-ala goyang inul ni, pe lagi harus lah pegi mencari tempat best nak makan. Oleh kerana kat Sabah ni femes ngan kesedapan dan kesegaran makanan lautnya kitorang ke pasar dekat ngan pasar filipin tu, cari seafood tapi akhirnya cuma makan seekor ikan je, besar sangat tu pun x habis. Tak lupa juga ciken wing yang berbau harum dan menggoda selera. Dasar selera naga nak lagi tambah mangga + rumpai laut. Harga makan malam hari ni RM27.50 sahaja, untuk 2 orang mencekik.


Satu hari selepas raya

Raya Haji tahun ni tak amik cuti tambahan pun, masuk kerja balik semalam dah macam tak cukup tangan, sebok la kononya kan haha padahal sendiri suka tangguh-tangguh kerja padan la muka sendiri :(. Petang ni dah sampai Kota Kinabalu, kerja luar kawasan lagi. Kat KK sampai Jumaat ni kendian terus ke Kota Marudu. Isnin baru balik. 


Pagi tadi naik penerbangan MH2612, dua jam setengah nak sampai KK, bosan yang amat, ada TV tapi tak bole pasang la pulak, tak leh wat pape, membuta je la. Pulak tu, cuaca cam tak berapa elok walaupun mentari memancar-mancar terangnya. Awan tebal, kapal pun gegar-gegar macam naik lori balak masuk kampung, ngeri jugak la huhuhu. Alhamdulillah selamat tiba. Sampai-sampai je terus melawat tapak projek wa hah tapak projek la sangat  tempat pameran, then balik rumah tumpangan rehat-rehat kejap. Esok satu hari yang panjang nak di habiskan, kena rehat cukup-cukup..



Nota kaki: baru je menerima perkhabaran duka dari ofis, teman sepejabat kehilangan ayahanda tersayang. Takziah. Al-fatihah..

Sunday, November 6, 2011

Satu hari di hari raya

Assalamualaikum semua. Amacam aktiviti hari ni, dah korbankan berapa ekor lembu? Kemeriahan raya haji ni berbeza ngan raya puasa, yang istimewanya tentu lah ibadat korban yang dilaksanakan. Hurm.. Bila di amat-amati, rasa syukur sangat hidup kat bumi bertuah ni, aman, damai, mewah.. Rezeki melimpah ruah, yang penting rajin berusaha.

Selain dari menghayati suasana raya yang mendamaikan ni, meh le kita menikmati pula juadah yang amat menyelerakan ini huhu. Jemput makan..

Buras + ayam likku + ayam masak lemak + ayam masak merah + telur ayam.... Eh eh eh ayam sume huhuhu

Saturday, November 5, 2011

Burasa in the making

Sedang Berhempas pulas menyiapkan hidangan utama untuk raya esok, seboknya sama macam nak raya puasa.. Takbir pun dah berkumandang, sayup-sayup jak kedengaran. Selamat menghayati erti pengorbanan..





Friday, November 4, 2011

Nak balik raya

Ooo petang ni dah bole balik untuk berhari raya yeah. Sungguh gembira walaupun cuti tak selama cuti raya puasa ari tu. Cuma sekarang ni tengah cuba-cuba mengingati kat mana letak nya Pudu Sentral haha teruk betul kan. Ye la, walaupun dah beberapa tahun ulang alik Putrajaya - KL - Klang tapi selama ni kan bas nak ke Klang ada depan pasar seni tu aje. Stesen bas Klang tu kan dan tutup, pindah ke Pudu. Masalahnya kat area KL tu aku cuma tau pasar seni je, sadis sungguh..Pudu cam pernah la lalu tapi kabur-kabur je, dah la tak pernah lepak situ. EH pudu tu yang depan Kotaraya tu kan??? haiyya lemah betul la, cane ni..kena pakai GPS la gi cari stesen bas... Panjang perjalanan nak balik hari ni, walaupun dengar cam dekat je, doakan saya tidak sesat yee..huhu


Ahad ni dah raya..Selamat merayakan Eiduladha wat semua. Pada yang balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya, semoga selamat tiba dan kembali.

Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka: Majlis Peguam Pertahan

Majlis Peguam hari ini terus mempertahankan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang mengiktiraf hak seksual di kalangan golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LBGT) di negara ini. Presidennya, Lim Chee Wee berkata, selama ini golongan LGBT telah dilayan seperti 'orang luar' meskipun mereka merupakan warganegara Malaysia. Selain itu katanya, kelompok LGBT juga sering berhadapan dengan pelbagai kesusahan termasuk gangguan keselamatan ekoran tindakan daripada pihak berkuasa awam dan syariah. - Sumber: Utusan Malaysia


Ewah apa ke bangang sangat dorang ni, makin lama makin suka memperjuangkan benda bukan-bukan, ni la bila nak sangat ikut budaya orang barat tu semua. Pihak-pihak yang berkuasa tolonglah buat sesuatu takkan nak tengok je, dorang ni makin lama makin berani, maklumlah bila buat bukan kena tindakan pun. Konon-kononya itu adalah kebebasan dan pilihan mereka sendiri, pada aku ini semua GILA. Suka sangat menantang hukum alam tu kenapa...arh..tak faham sungguh la


Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar. <--- ewah bole pulak tu siap berbengkel-bengkel bagai, ada pulak tu pengikut nya, terang-terang dan nyata tu hah... Kata dah merdeka, yang perangai serupa orang zaman paleolitik tu kejadahnya...


Setuju dengan  Datuk Ibrahim Ali - "Seksualiti Merdeka 2011 cuba promosi budaya 'binatang'..

Wednesday, November 2, 2011

Puncak Langit WiFi

Wah presint 9 dah ada WiFi. Topup je dah bole online sampai lebam haha..seronok..laju pulak tu..bole la guna bila BB dah sampai limit.




sambil-sambil online ni, jom menikmati makan malam hari ini. Megi kari + telor = Yummy

Wordless Wednesday - Edisi 3


Tuesday, November 1, 2011

Hentian bas Klang di tutup hari ini

Aku baru tau semalam yang Terminal Bas Pasarama Kota atau nama glamernya stesen bas Klang akan ditutup hari ini. Ah sudah camana pulak aku nak balik lepas ni. Selalunya Bila hujung minggu aku akan balik umah mak aku kat Klang. Haruslah dari Putrajaya aku akan turun kat Pasar seni tu, pas tu naik bas ke Klang. Katanya bas-bas ke Klang akan mula beroperasi di Pudu Sentral. Puas la aku dok mikir kat mana pudu sentral ni, baru ingat nak google map, bila baca lagi dan lagi ooo pudu sentral tu puduraya ropenye..ades lupa pulak dah tukar nama, bikin konfius je la. Pe salahnya nama pudu raya tu, tukar-tukar wat pe.


Banyak memori kat stesen bas ni. Dah bertahun rasanya melepak kat sini sambil menunggu bas Klang sampai. Melangut melihat macam-macam ragam manusia berebut bas, mengejar bas, menunggu bas, mengira bas, menjerit panggil bas, memaki hamun bas pun ada. Belum lagi tengok aksi-aksi ngeri orang tak berumah yang berumah tangga kat sini huhu.. peniaga-peniaga kecil yang menjual macam-macam jenis makanan/minuman/surat khabar dan juga tidak dilupakan ramainya orang luar negara yang bersantai, berkelah di tepi-tepi jalan kat bawah LRT Pasar Seni tu. Lepas ni tak ada dah semua tu, hanya tinggal kenangan la jawabnya. Selamat tinggal bus stand Klang.. Aku kena fikirkan cara baru nak balik Klang raya Haji ni, nak pusing-pusing pudu la pulak. Mujur da cantek..

 


Sumber: Utusan, The Star, NST
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)