Friday, December 30, 2011

Novel Bicara Hati ke pentas drama


Satu persatu kisah dari novel-novel terlaris di pasaran mula di adaptasikan ke filem atau drama. Bermula semula dengan Lagenda Budak Setan, Karya Ahadiat Akasyah (Filem dan drama bersiri), kemudian Drama Nora Elena dari novel Kasih Yang Suci, Meen Zulaikha, kemudian filem Ombak Rindu dari penulis Fauziah Ashaari yang mencipta fenomena luar biasa, sekarang ni ada satu lagi novel karya Damya Hanna di bawa dalam bentuk drama bertajuk Bicara Hati. 



Huuu satu lagi novel yang nampaknya akan terus aku simpan dalam kotak. Bila dah watak-watak imaginasi novel dah di realitikan, jadi tak seronok dah nak baca novel nya sebab pembaca dah tak boleh nak reka watak ikut imaginasi sendiri huhu. Apa-apa pun nak tengok gak la, sama ada versi drama ni akan dapat memuaskan hati para pembaca novel Bicara Hati atau tidak. Sila lah ikuti kisah Bicara Hati dalam slot Qaseh bermula 3 Januari, Jam 9.00 malam di Astro Prima. Hero yang akan memegang watak Tengku Syahran adalah Sharnaaz Ahmad (Adeh sangat tidak menepati hero ciptaan sendiri haha) dan Heroin nya sebagai Zahlia ialah Kris Chempaka.


 

 nota kaki: setakat ini aku tak rasa ada lagi cerita adaptasi dari novel yang betul-betul memuaskan hati aku haha..

Thursday, December 29, 2011

[Video] Malu bertanya sesat jalan

Tengah ronda-ronda kat You Tube, selak-selak video yang pernah tengok dulu-dulu, ada lak menda alah ni. Gelak golek-golek kitorang masa mula-mula tengok dulu. Layan...



nota kaki : Kao jalan terus..terus..terus..terus..jaa...kalau kao jumpa orang banyak-banyak situ pasar la sudah tu...muahahahah sengal

Tuesday, December 27, 2011

Sejuta ringgit money drop

 

Pertama kali menonton rancangan ini di Astro, bila konsep dan cara permainan ni diperkenalkan, terus terdetik di fikiran 'eh ni main judi ke??.
 

Mula-mula dia bagi duit sejuta kat peserta, tu memang dah kira duit peserta tu la kan, pas tu kena jawab lapan soalan, setiap soalan akan ada beberapa pilihan jawapan dan peserta kena pertaruhkan sejumlah duit kat mana-mana yang dia rasa jawapan tu betul. Main sampai tamat, kalau dah habis soalan, ada duit lagi, yang tu boleh bawa balik. Gitu la lebih kurang konsepnya. Puas aku fikir, macam mana fikir pun aku tetap rasa game ni JUDI. Mempertaruhkan duit pada sesuatu yang belum pasti untuk mendapatkan keuntungan. Walau pun duit sejuta tu memang tak kan kita dapat kalau tak dapat jawab lapan soalan tu, tapi cara permainan tu memang amat-amat la menyerupai perjudian...Arg..Judi la tu kan, tak de orang perasan ke pasal benda ni, kalau dia bukan kategori judi, ada sesape tak boleh jelaskan supaya aku yang kurang ilmu ni boleh faham. 


Hasil carian dalam google judi ditafsirkan sebagai :-
  1. Permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan (memang sah-sah pakai duit kan)
  2. Menjudikan, memperjudikan menggunakan wang dan lain-lain sebagai taruhan dalam permainan judi, mempertaruhkan (sahih)
  3. Meletakkan dalam keadaan yang boleh menimbulkan bahaya atau mudarat (bahaya dan mudarat la tu bila duit jatuh, stress, boleh wat gado tu)  

 
 
Aku tengok kemain seronok lagi dorang main. Ish konfius betulla.

Monday, December 26, 2011

.......... ??









SEKIAN...

Thursday, December 22, 2011

Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya - Ariff Alfian


Aku sebenarnya malas nak tulis pasal mamat yang kacak lagi ber'gay'a ni. Tapi bila baca statement dia yang sangat 'cool' tu, aku rasa cam nak lempang je. Kemain lagi ko mengeluarkan kenyataan cam tu, macam suci sangat pulak, eh..eh..eh..ei la ce renung-renungkan sikit kata-kata mamat ni.

"Saya tidak menganut agama lain seperti dilaporkan. Saya dilahirkan sebagai Islam, saya masih seorang Islam dan akan kekal Islam sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya"



Pergh..nak menitik air mata baca, ni la kalau rasa diri tu dah pandai sangat, buat hukum sendiri pulak tu. Oooo habis tu 'bini' ko tu apa statusnya??? Sudah terang lagi bersuluh, dari kecik belajar agama, ada jumpa ke mana-mana nas yang mengatakan boleh kawin sesama jenis Ariff oii. Dah pupus ke perempuan kat Ireland tu sampai kan lelaki juga yang ko pilih. Ko pun nak ikut jejak si Fatine tu jugak ke? Bab mana satu yang ko kata iman ko tak tergoncang?? ...Bawa-bawalah bertaubat. Aku ni bukanlah berilmu sangat nak mengulas pasal keimanan ko, tapi dengan pengetahuan aku yang serba cetek ni, aku tak rasa ko ni kategori ada iman lagi dah bila ko kawin ngan jantan tu. Ko dah masuk kategori kaum Nabi Luth.




Riang dan bahagia sungguh Ariff ni kan, selamba je pakai baju melayu pulak tu, rejam je dia ni lagi bagus. Kesian kat Mak Ayah dia, hancur luluh hari diorang dapat anak cam ni. Aku doakan ko insaf dan bertaubat lah sebelum segalanya terlewat. Benarlah...dunia hampir kiamat.

nota kaki: macam mana la bilangan kaum adam tak berkurangan. Susah sungguh nak mencari yang benar-benar berkualiti..hmmmm....

Wednesday, December 21, 2011

Makan-makan

Alhamdulillah, kenyang dah.. Hari ni makan tengah hari telah ditaja oleh inchi boss yang mendapat durian runtuh. Domino's pizza yang menyelerakan. Tq boss, dengar kata nanti nak belanja lagi kan?? Kan? Kan? Murah rezeki boss.



Tuesday, December 20, 2011

Santau

Korang perasan atau tidak, kebelakangan ini drama-drama melayu khususnya, sangat banyak memaparkan cerita-cerita hantu dan misteri. Lepas tu nak lagi moden, sekarang ni dah mula main santau-santau pulak. Sedar atau tidak pengaruh drama-drama macam ni pada pemikiran masyarakat? sedikit sebanyak akan memberikan 'orang-orang' tertentu satu alternatif untuk mendapatkan apa yang dihajatkan.
 
 
Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya. Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat bisa. Dikatakan ia diperbuat daripada bulu ulat bulu yang mati merana (meragan), dicampur dengan bisa ular, lipan atau kala jengking dan dicampur dengan kaca halus daripada bal lampu kalimatang yang ditumbuk halus. Selepas itu ia dikatakan melalui proses adunan tersendiri dan dikeringkan, dijadikan serbuk untuk diletakkan dalam makanan atau minuman. Terdapat juga santau yang dinamakan santau angin, Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. (Sumber: Darulshifa / wikipedia)
 
Contoh paling dekat la, drama Tentang Dhia yang kat TV3 tu, boleh pulak sesuka hati jumpa bomoh suruh bunuh orang tanpa rasa bersalah, bila orang tu mati, rasa bangga, hebat...paling tak boleh blah siap ada cara-cara nak menggunakan benda-benda yang telah di jampi-jampi tu, etc: darah kambing hitam, kain kapan orang mati dibunuh...
 
 
Banyak lagi drama-drama macam ni, cerita bukan main moden lagi, tapi tengah-tengah dia tiba-tiba mesti ada pegi jumpa bomoh, jampi-jampi, bodohkan laki, bunuh orang, dengki kat orang, nak rampas boyfren/gelfren orang, nak pedajal orang.... secara tidak langsung ia akan memberi persepsi tentang mudahnya nak dapat sesuatu benda tu, gunakan je ilmu-ilmu hitam, sekejap je mesti dapat, dosa pahala, balasan tu semua belakang cerita. Memang dalam cerita-cerita sebegitu akhirnya si pelaku akan dapat balasan, tapi penonton akan lebih ingat highlight cerita itu, pengajaran dan iktibar biasanya tak berapa nak lekat kat kepala. Bila buntu atau hilang punca, 'lampu' yang keluar kat kepala menyuluh jalan yang salah.
 
 
Aku agak kurang gemar nak tengok drama-drama macam ni, macam seram je bila difikirkan. Santau dan sihir ni memang wujud tidak dinafikan, tapi pada aku bila kisah-kisah seperti ini terlalu banyak dipaparkan dalam drama atau filem, secara tidak langsung ia akan menyuburkan rasa dan keinginan yang bukan-bukan secara tidak kita sedari. Aku bukanlah orang yang arif nak membicarakan topik yang berat macam ni, hanya menyuarakan pendapat. Jangan lah pernah bercita-cita untuk menganiaya orang dengan cara ini, berdosa besar, dan balasan yang menanti anda juga sangat azab. Sekadar mengingatkan diri sendiri agar sentiasa amalkan membaca surah al-fatihah, ayat kursi, zikir, selawat. Mudah-mudahan kita semua dijauhi dari syaitan yang direjam.

Monday, December 19, 2011

[Lagu] Ombak Rindu - Hafiz ft Adira

Nampaknya demam Ombak Rindu masih belum reda. Walaupun filemnya agak kurang menepati citarasaku seperti dalam Review: Ombak Rindu, tapi lagu dia ni cam dah lekat pulak, asyik nak nyanyi lagu ni je..Layan.


Ombak Rindu - Hafiz ft Adira



Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku 

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku 

Hafiz :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta aku 

Adira :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya tiba nanti


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Hafiz :
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Cuti dah tamat

Wah...segar rasanya setelah empat hari bercuti. Hilang semua sakit-sakit kepala bila dapat melarikan diri dari kerja seketika, walaupun dah tinggal 2 minggu je kan huhuhu. Hari ni dah masuk kerja balik, mood bercuti macam tak mahu pergi je, masih lagi berlegar-legar. Minggu ni nak cuti lagi boleh tak agak-agaknya???


Cuti dari kerja bersekali cuti dari berbelog, mesti korang rindu ngan aku kan..kan..kan.., kalau tak pun, aku akan anggap iya juga, tak pe la syok sendiri :). Tak de cerita menarik pun masa bercuti hari tu, memang digunakan sepenuhnya untuk bersantai dan bermalas-malas. Alangkah indahnya dunia kalau hari-hari cam tu kan, huh dasar malas. Erm...nak tulis pun malas sekarang ni.

Wednesday, December 14, 2011

Yang di-Pertuan Agong Ke-14

Selamat bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong yang Ke-14 kepada
Seri Paduka Baginda Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Ibni Almarhum, Sultan Badlishah



Imbas kembali turutan Sultan dan Raja Melayu yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong



Sumber : Utusan Malaysia

Tuesday, December 13, 2011

Review : Ombak Rindu

Dah selamat menonton cerita Ombak Rindu minggu lepas yang kutipannya pecah panggung tu. Datang dengan semangat berkobar-kobar dengan harapan filemnya kalau pun tak menyamai novelnya 100% sekurang-kurangnya boleh melahirkan rasa puas hati pun dah cukup.

Ramai yang kata memang filem ni menyentuh jiwa, kena siap-siap bawak tisu segala bagai. Ramai juga yang kata jangan samakan cerita filem dengan novel, cuba bagi tau sikit macam mana ko nak tak samakan tu, dah cerita asal nya memang novel, tajuk, watak, jalan cerita semua sama maunya aku tak wat perbandingan. Aku dah ada gambaran aku sendiri, jadi bila tengok cite ni pada aku sama sekali out haha.


Eh banyak merepek pulak huhuhu, aku tak nak cerita banyak la pasal filem ni, sebab ramai yang dah gi tengok kan, novelnya pun ulang cetak sampai 24 kali tu. Cuma nak highlight kan beberapa perkara.
  1. Watak Hariz: jauh berbeza dengan watak dalam novel. Tak berapa nak jahat (mula² la), tak berapa nak sweet, seperti watak Hariz yang di bayangkan haha
  2. Watak Izzah: lagi jauh beribu batu bezanya haha. Tang mana yang sama pun tak tahu
  3. Watak Lisa: erm..erm..cam pelik.
  4. Watak Datuk Sufiah: dalam filem ni, watak dia macam tah hapa², sedangkan dalam novel, dia ni memang jahat yang amat, rasa nak lepuk je, tapi dalam filem ni rasa menyampah tengok dia menggedik adalah.
  5. Watak Makcik Izzah: tak faham motif dia muncul dalam 2 scene je, mandi berkemban pulak tu.
  6. Watak Seha: tak de pun tak pe kot.  
  7. Watak kawan Hariza tu, sape nama dia tah, ala yang di lakonkan oleh si Julia Zigler tu, ha yang tu lagi tak boleh blah. Hancus.
  8. Scene pelik-pelik tu tak perlu ada. Bole je buat scene lain. Tah hape-hape.
  9. Banyak sangat scene berkemban, baca novel cam tak da je bab-bab berkemban ni
  10. Aaahhhh banyak sangat pulak aku nak senaraikan ni...cukup-cukup la kot.
  11. Ops lupa pulak, kampung dia kan cantek sangat..hijau je.
 

Eh..eh..dari 10 tu cam 1 je aku tulis baik, ish cam kejam la pulak.. Pada aku la kan, kalau korang ni tak baca novel dia atau pun memang tak akan wat perbandingan ke apa, kira boleh tak samakan antara novel dan filem...cite ni best la kot. Tapi aku memang tak leh nak kata best, sebab pada aku memang tak best. Sampaikan aku countdown bila nak habis..bole..2.7 star. Selamat menonton semua..

nota kaki: pas ni dah tak boleh kot nak ulang baca novel ni, coz mesti terbayang muka pelakon² ni, jadi tak best pulak.

Monday, December 12, 2011

Men'cekik' dan di'cekik' @food court RASA, Alamanda

Memang susah nak dapat benda percuma kat dalam dunia materialitik sekarang ni kan, nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen, kalau nak masuk tandas ekslusif sikit siap² la RM2 ke, RM5. Kalau satu masa nanti udara yang kita sedut ni ke bayar cane?? Bersyukurlah anda dengan kurniaan yang Maha Esa. Semuanya Dia bagi percuma kat kita kan, cuma kita je selalu tak reti nak bersyukur dan selalu merungut² tak puas hati. Eh..eh.. aku nak cerita apa sebenarnya ni, jauh dari selekoh pulak huhuhu. Sebenarnya nak bagi tau pasal peningkatan harga makanan sekarang ni. Hari-hari kita kena makan, kalau puasa pun, waktu berbuka tu selera makannya lagi melampau. Untung orang kalau masak sedap ni, meniaga makanan mesti laris. Masak tak sedap pun orang beratur je nak beli.

Hari ni, aku dan rakan-rakan dah pergi ke Alamanda untuk menikmati makan tengahari. Oleh kerana poket pun dah makin nipis, nak masuk Kenny Rogers, Noodle Station, Secret Recipe dan yang sewaktu dengannya haruslah nak pikir 18 kali. Akhirnya pegi la ke Food Court RASA dengan harapan walaupun tak murah sangat sekurang-kurangnya masih boleh diserap la kos nya. Tapi nampaknya, harapan tak menjadi kenyataan. Harga dah hampir-hampir cecah RM10 untuk hidangan makan tengah hari!!! Mak ai.. Bukannya amik setiap lauk tu penuh-penuh pinggan, memangla amik 2, 3 lauk, tapi sikit² je. Adoiii, sapa tau tempat makan yang berbaloi-baloi area putrajaya ni??? Sadis betul lah hari-hari cam ni.



Saturday, December 10, 2011

Pusat Sains Negara

Hari ni setengah hari berprogram di Pusat Sains Negara (PSN), Bukit Kiara. Macam-macam ada kat sini, sangat sesuai kalau nak meneroka alam sains yang kita tak tahu, boleh juga membuatkan kita pelik..oops bukan kita, mungkin aku je kot yang pelik sebab bab-bab sains ni aku memang pening-pening lalat sikit haha. Masa-masa cuti sekolah ni pulak memang terbaik la kalau ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian membawa anak-anaknya mengunjungi Pusat Sains Negara ni, mesti dorang seronok dan teruja. Meh nak bagi tau sikit apa yang ada kat PSN nih.


Kampus Astro
Kampus Astro akan berkampung selama dua hari kat sini. Hari ini dan esok (10-11 Disember). Macam-macam ada kat sini.





Festival Sains
3-11 Disember. Banyak sangat aktiviti di jalankan, tak rugi datang.




ACTROID the first human robot in Malaysia
Robot ni memang hampir menyerupai manusia, ada lah sejarah dia, latar belakang dia, cane nak wat dia... uols boleh juga borak-borang ngan dia tau.



Dinosaur
Nak merasa duduk ala-ala kat zaman dinosaur. Meh la datang sini.





Optimus Prime pun ade hahaha



Penat nak round semua tempat. Banyak sungguh yang nak diteroka.  Nak tau lebih lanjut, rajin-rajin kan jari jemari anda untu klik laman web PSN di sini

Thursday, December 8, 2011

Deruan Ombak Rindu

Dengan kutipan RM5.2 juta setelah 6 hari tayangan membuatkan kami begitu teruja nak tengok ombak rindu ni. Sebagai seorang yang dah pun khatam novel karya Fauziah Ashaari ni 2, 3 kali juga, mau tak mau harus lah meletakkan ekspektasi setinggi gunung haha.. Kalau tak menepati citarasa kang mau aku menyuarakan rasa tak puas hati berminggu-minggu huhu melampau betul.

Oleh kerana wayang mula jam 9.15, mestilah aktiviti mengenyangkan perot menjadi agenda utama. Kat alamanda ni mimpi la nak cari tempat makan murah dan sedap. Mahal semua ya, bole kopak cam ni. Tempat makan pilihan hari ini The Chicken Rice Shop. Menu pilihan set grilled chicken butter + 3 layer tea. Terbaek. Jemput makan semua...

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday - Edisi 4


Tuesday, December 6, 2011

Review : Puss in Boots


Masih ingat lagi dengan si kucing comel dalam filem Shrek, yang sangat sweet bila membesarkan mata hitamnya dan gaya comelnya. Aduhai..kali ini Puss bukan lagi watak tempelan tapi sudah diangkat menjadi hero. Ia mengisahkan bagaimana Puss merantau melarikan diri setelah berlakunya tragedi di kampung asalnya. Dia berjumpa semula dengan rakan lamanya yang sama-sama membesar di rumah anak yatim iaitu si Humty Alexander Dumty yang dianggap mengkhianati persahabatan mereka. (adalah flashback cite zaman-zaman keakraban mereka dulu dan sebab-sebab mereka menjadi musuh).  Dengan bantuan kucing betina hot si  Kitty the softpaws, Puss bersetuju untuk menjayakan misi bersama Humty iaitu mendapatkan Angsa Emas di Negara Raksasa dengan merampas kacang ajaib dari Jack and Jill gitu.


Filem ini memaparkan pengembaraan 3 watak utamanya dalam menjayakan misi mendapatkan kacang ajaib, Suka duka, persahabatan, kegembiraan dikisahkan dengan oke-oke la, disamping animasi yang memang tip top, comel je.. Penyumbang-penyumbang suara untuk watak-watak dalam filem ni pun tak kurang hebatnya seperti Antonio Banderas (Puss), Salma Hayek (Kitty), Billy Bob Thornton dan banyak lagi la. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga di musim cuti sekolah ni. nak bagi bintang ke? kalau dari perspektif kanak-kanak mungkin bole dapat 5 bintang, kalau dari kaca mata aku 3.5 bintang je huhuhu. Selamat menonton!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)