Wednesday, December 26, 2012

We've MOVED: Terima kasih Blog Coklat Eyes...

Okey DONE!! finally... Alhamdulillah syukur..


TERIMA KASIH, SYUKRAN, THANK YOU, MERCI, GRACIAS, DANK U, GRAZIE, 
ありがとう, 감사합니다, 谢谢


Ingat lagi entri ini. Penantian yang lama ini akhirnya berakhir dengan baik. Ambil masa dalam 6 hari juga, setelah melalui lompat berhalangan, pintu rintangan api, lautan luas yang dalam, merentasi gunung-ganang dan bukit bukau, akhirnya berjaya jugak menukar domain belog ini daripada angandansedar.blogspot.com ke noreason.my..

Terima kasih wat cik innanie, pemilik belog coklateyes yang awesome kerana bermurah hati berkongsikan hadiah yang sangat awesome ini kepada kami, kami, kami dan kami yang memang sangat teringin mempunyai domain sendiri. Baru terasa seperti mempunyai pemilikan penuh ke atas belog sendiri hep hep..

Pada yang dah mohon tapi masih pending, bersabarlah...kerana mungkin 'mereka' amat sibuk nak menguruskan permohonan yang datang mencanak-canak sehingga diserang migrain. Terima kasih juga pada team yang sudah bersusah payah itew.. TQ SOOOOOOOO MUCHH... 

Yang masih belum berkesempatan nak turut serta, jangan rasa ralat coz cik Inanie dah lanjutkan PEMBERIAN HADIAH DOMAIN FREE ini untuk TIGA (3) HARI LAGI. Apa tunggu lagi klik SINI cepat, dan SINI.. Kalau dah buat tapi masih blur tahap tak ingat boleh klik SINI dan SINI. Yang penting harus coba dan terus mencoba.

Kawan-kawan blogger dan pengunjung-pengunjung belog yang ada link ke belog ini bolehlah tukar domain kepada http://www.noreason.my.. OH kena tukar header lagi la nampaknya. hurm... sape nak tolong....


Terima kasih daun keladi, terima kasih sekali lagi..
Gonna miss my angandansedar.blogspot..


Senyum selalu
-NoReason-

Sunday, December 23, 2012

Hujan

Petang ini asyik merenung rintik-rintik hujan yang turun membasahi bumi. Terimbau kenangan masa kecik2 dulu. Hujan amat dinanti-nanti kan, lagi lebat lagi mantap. Berlari bermain hujan, baring mengadah ke langit, menadah muka di basahi hujan. Tapi kalau petir dan kilat sabung-menyabung tak berani pulak Nak main hujan. Sekarang ni, hanya mampu pandang je hujan turun, nak pi main hujan pun segan huhu.
 

Sesungguhnya hujan itu membawa rahmat..

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)


Layan perasaan di kala hujan.. Hurm...

Senyum selalu
-NoReason-

Friday, December 21, 2012

Resepi: Lasagna yang lazat

Percutian yang panjang telah bermula.. yeay.. bosan duduk kat rumah tetiba terasa nak mengasah bakat memasak makanan ala-ala italiano gitew.. ah ha ha.. berbekalkan resepi dalam henfon, jom cuba lasagna yang lazat.. 

Nak buat inti daging/ayam bahan-bahannya seperti di bawah, nak tukar or tokok tambah mana-mana yang patut pon bole. 

# Sebiji bawang besar
# 5/6 ulas bawang putih
# Cendawan butang (potong kecik, nak banyak mana ikut suka)
# Tomato puree (saya guna jenama preego)
# 400g daging kisar (ayam pun bole, nak guna yang Ramly pun oke, tapi yang kisar cam ni lebih terasa dagingnya)
# Sos cili seculup rasa (dalam 2 sudu)
# Serbuk oregano
# Serbuk lada hitam
# Garam secukup rasa



Bahan-bahan untuk sos putih ialah.. jeng jeng jeng

# 600ml Susu segar (lebih pon bole, ikut suka)
# 3/4 sudu tepung gandum
# Butter cup (separuh)
# Keju Cheddar (separuh)
# Bahan perasa (garam ler)




Dua bahan ni khusus untuk memantapkan dan melazatkan lasagna anda..

# Keju mozarella
# Keju parmesan



Yang ni pulak sebagai layer untuk lasagna itu

# Instant lasagna (nak buat sendiri pun bole, tapi leceh, beli yang siap aje haha)
# Celur benda ni dalam air panas sampai lembut, campurkan garam dan sedikit butter dalam air tu



Cara nak buat inti daging.

* Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi menusuk ke hidung
* Masukkan daging
* Tuangkan tomato puree
* Masukkan garam, oregano dan lada hitam
* Masukkan cendawan butang
* Masukkan sos cili
* Gaul-gaulkan dan taraa... dah siap.. senang kan..




Cara nak buat sos putih

* Guna api kecik
* Cairkan butter
* Tuang susu segar
* Bubuh tepung gamdum
* Masukkan keju Cheddar
* Garam
* Kacau perlahan-lahan sampai semua bahan cair.. dan siap...




Langkah seterusnya senang je, ala-ala nak buat kek lapis gitu hohoho

* Sediakan loyang
* Letakkan kepingan lasagna tadi di bawah sekali
* Masukkan inti daging, ratakan
* Tuang sos putih tadi
* Bubuh parmesan dan mozarela sesuka tekak anda

# ulang semula sampai menjadi 3 lapis atau sesuka hati anda nak berapa lapis

Akhir sekali masukkan dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit. Agak-agak keju dah cair bolehlah ambik pinggan dan sudu. Bersedia untuk menambah lemak.. hailo...



Hasilnya...Taraaaaa.... sila abaikan warna seakan-akan hangus itu kerana rasanya memang meleTOP... haha puji diri sendiri.. Jom makan..


Selamat mencuba dan senyum selalu.
-NoReason-

Wednesday, December 19, 2012

Jom tukar!

Hari ni tak de entri senyum. Hari ni nak feeling jadi retis haha, tak ada maknanya. Saja nak berkongsi Hadiah Hebat Berjumlah RM 300 000 buat Follower Baru/Lama Blog Coklateyes!!!. Apa tu? tetiba pulak kan. Ekceli pemilik blog hanya dari mata, innanie ariffin nak bagi bloger-bloger sekalian yang masih menggunakan url blogspot perasaan mengebu-gebu untuk terus ber belog, caranya.. tukar kepada domain anda sendiri dengan pengakhiran .my.. oh sem kan..

Belog ini sudahpun membuat permohonan untuk bertukar kepada otromen nebius... ehh! 
Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak tersangkut dimana-mana, belog angandansedar.blogspot.com akan akan bertukar kepada www.noreason.my.. Kenapa i tak guna nama belog yang sama? hurm.. satu soalan yang mencabar minda tu, sebabnya masa awal-awal nak buat belog dulu pun asalnya nak pakai noreason.blogspot tapi dah tak available pulak, so ni kira macam dream come true lagi sekali la kan. COOL eh huhu.

Malas cerita panjang, tawaran ni terhad sehingga 25 Disember 2012 sahaja, silalah terjah.. klik aje----> http://www.coklateyes.my


Senyum selalu
_NoReason_

Tuesday, December 18, 2012

S3nyum!

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum, ku tersenyum
Kemesraan menguntum


Jadah apa asyik wat entri senyum je? haha alah senyum tu kan sedekah, post entri senyum pun kira sedekah juga la kan.. Semenjak dua menjak ni macam di sampuk hantu senyum pulak, nape tah bibir ni asyik nak mengukir senyuman sampai ke telinga je. Hati pun rasa aman damai je. Best kan kalau perasaan macam ni selalu, tak de la serabut je manjang.

Mungkin m00d bercuti panjang dah merasuk hahaha, seronoknya nak bercuti.. lagi dua hari kerja, khamis ni dah mula cuti sehingga tahun baru... yeehaaa.... Jom usha sikit fakta tentang senyum!!


Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. - WOW -

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. - WOW - 

Kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Itu lah rahsia awet muda. seperti saya hahahaha - WOW -

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). - WOW - 

Sumber: pakcik gugel. 





“I was smiling yesterday,I am smiling today and I will smile tomorrow. Simply because life is too short to cry for anything.” ― Santosh Kalwar




Senyum selalu...

-NoReason-

Monday, December 17, 2012

S3nyum Isnin

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi, tetap terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua.. kan baik-baik saja




Senyum selalu... peace no war.



-NoReason-

Sunday, December 9, 2012

Separuh akhir AFF Suzuki Cup, Malaysia vs Thailand

Jom layan separuh akhir piala AFF Suzuki. Neves sungguh la tengok bola ni. Macam mau gugur jantung, nak makan pun tak da selera haha bole gitu. Sambil-sambil basuh kain dok layan bola kat TV1, pening pulak palotak dengar nama pemain-pemain thailand ni.. Sompong, kawin, panupong, kirati, blablabla

Oleh kerana tak berapa nak berbakat jadi pengulas sukan atau pun penulis sukan, makanya i akan bagi keputusan jek ek huhuhu.

Updated 1,
Malaysia 1 / Thailand 0
Gol: Nor Shahrul Idlan Talaha

Updated 2,
Malaysia 1 / Thailand 1
Gol: apa tah nama dia tak reti nak eja

Keputusan akhir
Malaysia 1 / Thailand 1

Nampaknya agak berat tugas Harimau Malaya kat Thailand nanti. Apa-apa pun Malaysia boleh, mesti boleh, fikirkan boleh..

Selamanya Harimau Malaya.. 


Updated 13 Disember,
Thailand mara ke akhir dengan agregat 3-1 


BOIKOT Korea, BOIKOT Tomyam 

haha emosi pulak

Selamanya Harimau Malaya...



-NoReason-

Friday, December 7, 2012

S3nyum kamb!ng

Rasa nak lepuk je orang yang suka menulis gaya pelik-pelik cam ni, boleh mendatangkan migrain nak faham apa benda yang cuba disampaikan. Kesian Bahasa Melayu diperkotak-katikkan.




p.s: karikatur adalah hasil penculikan alien daripada dinding muka buku


-NoReason-

Thursday, December 6, 2012

Dream come true!

Dream come true!! haha ayat tak ingat, macam dapat sejuta ringgit money drop pulak kan. Semenjak minggu lepas lagi teringin nak beli menda alah ni, cuma tunggu gaji masuk je. Kalau nak ikutkan harganya tak de la mahal mana pun, tapi tetap juga kena menunggu duit gaji, kalau tak terpaksa diet poket sehari. Mau turun 0.1 kilo berat i. Tak sanggup rasanya kehilangan 0.1 kilo itew. grrrrr....

Allah itu maha mendegar kan, Dia tahu je apa yang hambanya nak, walaupun kita rasa cam kecik je, apa ada hal. Semalam menghadiri appreciation dinner untuk program World Innovation Forum Kuala Lumpur yang dah berlangsung dengan jayanya bulan lepas. Setelah bersusah payah, bertungkus lumus bertugas, masanya untuk meraikan kejayaan. Tak sangka pulak, organizer bagi power bank yang diidam-idamkan sebagai goodies!. Teruja sungguh i haha, cam jakun benor bunyik nya. Terasa cam 'saya monang moto'.

Sebagai orang yang sentiasa sibuk dan telefon asyik dok berdering-dering tak kira masa, i memang sangat memerlukan charger seperti ini, tak payah nak gelabah cari sumber elektrik nak charge bateri telefon ku yang cepat je habis kuasa. Kata telefon pintar, tapi tak pintar langsung nak jimat tenaga. Apa-apa pun terima kasih ya, i suke sangat!!



Wednesday, December 5, 2012

Suara dari kubur

Assalamualaikum...

Oleh kerana dah berbulan lamanya tak berbelog maka tajuk entri pun ala-ala seram. 

Motif? 

entah aku pun tak tau, dah kehabisan idea agaknya. Empat bulan tak mengasah bakat menulis, pasti semua orang rindu-rinduan kan, walaupun tak sila lah kata ya untuk menjaga hati ini. Ni semua salah papan kekunci komputer ni yang asyik tak boleh tekan je bila nak post entri!!! erm.. kesian tak pasal-pasal keyboard pula yang disalahkan. 

Nak tulis panjang-panjang pun tak boleh ni, sekarang waktu bekerja tak boleh mencuri tulang dengan menulis belog.. maaf kan saya wahai majikan, hari ini saya balik lambat sikit, ganti waktu menulis belog ini selama 10 menet.. teeettttt...


-NoReason-


Friday, September 21, 2012

Minggu Angkasa Sedunia

Ooo tak tau pulak selama ni rupanya ada Minggu Angkasa Sedunia. Minggu Angkasa Sedunia (MAS) merupakan sambutan tahunan sedunia dalam bidang sains dan sains angkasa khususnya. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengisytiharkan Minggu Angkasa Sedunia pada tahun 1999 dan akan disambut setiap tahun pada 4 hingga 10 Oktober. Tarikh ini dipilih sempena mempringati kejayaan manusia, iaitu:

4 Oktober 1957, pelancaran Sputnik 1, satelit buatan manusia pertama
• 10 Oktober 1967, Outer Space Treaty ditandatangani



Tema Sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2012 “Angkasa untuk Keselamatan dan Kesejahteraan Manusia Sejagat” telah dipilih untuk meraikan kejayaan manusia meneroka angkasa lepas dan hasil daripada penerokaan tersebut ia telah memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kehidupan seharian kita. Sebagai contoh satelit-satelit telah dihantar ke angkasa untuk mencerap permukaan muka Bumi, sebagai alat navigasi dan telekomunikasi yang telah digunakan kita pada setiap hari.




-NoReason-

Monday, September 17, 2012

Resepi: Sotong goreng kunyit

Hari ini terasa macam nak jadi chef celebriti la pulak, nak berkongsi resepi baek punya.. Walaupun resepi ni budak darjah dua pun boleh masak, tapi untuk chef amatur macam aku, ni dah boleh dikira masakan ala master chef dah ni haha.. Wat segan je, kalau bawak masakan cenggini gi uji bakat master chef memang sah sah la kena bambu je ngan chef joe.

Ahhh.. Tak kisah la kan, aku nak tepek juga resepi ni, yang penting bila letak je atas meja, habis... Maknanya... Sedap la tu kan kan kan hahaha sukanya.....




-NoReason-

Thursday, September 13, 2012

Rindukan saya?

Wah.. lamanya tak masuk sini.. Maklumlah beraya sakan katakan huhuhu. Syawal pun dah hampir ke penghujungnya, tapi belum terlambatkan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maafkan segala salah dan silap.



Hurm.. mesti anda semua sedang rindukan saya kan?.. ya... andalah yang sedang membaca entri ini hehe, rasanya masih belum bersedia nak mencoret di sini. Cuma tidak mahu anda, anda dan anda semua rindukan saya terlalu lama, maka digagahkan juga la untuk menulis serangkap dua. Harap-harap terubatlah rindu awak semua kan :)...


- NoReason-

Friday, August 17, 2012

28 Ramadan - Sunyi senyap sepi

Sedar tak sedar kita dah tiba di penghujung ramadan kan. Ramai dah balik kampung, jalan-jalan raya kat putrajaya ni pun dah lengang, perjalanan pun lancar je. Hari ini, aku masih lagi bekerja. Suasana pejabat terasa sangat sepi. Tiada suara-suara manusia, tiada gelak ketawa mahupun bunyi mesni printer, photostat atau faks. Senyap terus. Sunyi bagai tiada penghuni.. eh memang tiada pun, tinggal aku yang terlebih rajin je ni.. aduh..



Tak pe, tak pe.. esok kite balik eh, bukan jauh mana pun. Dikesempatan ini, hari baik, bulan mulia ingin ku susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala perbuatan, pertuturan, pertaipan atau apa sahaja yang mengguris hati semua. Selamat Hari Raya Eidulfitr. Selamat pulang ke kampung, selamat kembali. Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang..

p.s: Jangan main mercun, nanti tak pasal-pasal jadi OKU pulak..

Friday, August 10, 2012

21 Ramadan: Hujan Meteor Perseid


Masyarakat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan juraian hujan meteor Perseid bermula 23 Julai hingga 22 Ogos ini. Dianggarkan sejumlah 60 juraian meteor akan dapat dilihat pada masa kemuncaknya iaitu bermula dari awal pagi 12 hingga 13 Ogos ini.



Titik meteor Perseid ini adalah daripada buruj Perseus yang berada di langit Malaysia sejak Julai hingga Mac tahun hadapan. Walau bagaimanapun, hujan meteor ini hanya boleh dilihat di kawasan-kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam tersebut.. Bagi menyaksikan sendiri hujan meteor ini, pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 / 4301.

Sambil-sambil menikmati keindahan fenomena alam ini, sama-sama mencari Lailatul Qadar. Moga bertemu dengannya.


- NoReason -

Tuesday, August 7, 2012

18 Ramadan: Lagu Raya

Pejam celik - pejam celik - pejam celik hari ni dah masuk 18 Ramadan. Cepat sungguh masa berlalu, tak sedar Syawal bakal menjelma, Ramadan akan meninggalkan kita. Semua dah pakat sibuk menyediakan keperluan untuk berhari raya sampaikan terlupa Ramadan itu yang harus di kejar. Masjid dan surau dah mula kekurangan jemaah yang berterawih, tak macam awal-awal dulu. Lagu raya pun dan mula terdengar di mana-mana. Radio, TV, bazaar, pasar raya, kedai runcit, telefon bimbit semua dah berlagu macam-macam jenis lagu raya.



Cerita bab lagu raya ni memang la seronok. Cuma lagu raya zaman millenium ni kurang uuummmpp nya. Kurang perisa, tak da jiwa. Lagu-lagu zaman tok nenek tu juga yang sedap didengar, membangkitkan mood raya yang berkobar-kobar dan menusuk rasa sayu di jiwa. Dikala tengah hari yang syahdu ini, rasa-rasanya nak layan lagu raya la pulak sambil berangan-angan.




- NoReason -

Saturday, August 4, 2012

15 Ramadan: Puding jagung

Hari ni ter rajin nak buat puding jagung untuk berbuka. Menggunakan resepi dari myresepi.com terhasillah puding jagung edisi verangan. Mudah, ringkas dan sedap. Cuma guna bahan-bahan seperti:-

1 cawan kastard
3 cawan air
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
1 3/4 cawan susu cair

Campurkan semua bahan di atas. Kacau di atas api sederhana besar sehingga jadi likat dan berkilat. Tutup api, tuang dalam acuan dan siap. Dah sejuk, masuk lah dalam peti ais. Hurm.. Senang je rupanya nak wat kan. Selalu men tunjuk je kat makcik jual kuih. La ni dah leh wat sendiri..

Cuba-cubalah ye.. Adios..


 
-NoReason-

Thursday, August 2, 2012

13 Ramadan: Dapat kad raya!!!

Hari ni secara tidak disangka-sangka telah menerima kiriman kad raya dari seseorang. Wahhh teruja bangat neh gue, udah lama ngak dapat kad raya, rasa macam mengimbas kenangan silam la pulop. Hati tertanya-tanya siapakah agaknya yang mengutus kad raya ini, berdebar-debar rasa hati.. haha cam poyo jek kan, kad raya je kot..


Owh.. rupa-rupanya encik ex-boss kita yang kirim.. siapakah beliau, sila imbas di sini. Terharunya boss, dapat kad raya ni, berkaca-kaca rasanya mata nih, masuk habuk gamaknye..sob sob... terima kasih boss kerana masih ingat kami di sini. Ni nak kena pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ke boss.. heeee....



Walaupun tulisan boss tak berapa nak lawa cam tulisan encik Mus, tapi kitorang sangat menghargainya. Cuma satu jek yang kurang, koyak habis jugaklah sampul cari benda tu, tapi tak ada nampaknya. Hurm... apasal boss tak masukkan duit raya sekali dalam tu, lupa eh.. tak pe-tak pe, boleh bank in je kan... kitorang tunggu je duit raya dari boss ye..

Adios boss, Selamat berpuasa dan selamat berhari raya...


-NoReason-

Wednesday, August 1, 2012

12 Ramadan: 8 rakaat atau 20 rakaat


Soalan : Afdal tarawih 8 atau 20 rakaat?

Jawapan: Buat 8 ke, 20 ke, molek blake. Yang dok molek mung duk sibuk main facebook & twitter sampai tak solat terawih langsung! -
Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, July 31, 2012

11 Ramadan: Ngantok

Hari ni memang jadi hari paling tak produktif sekali dalam hidup. Dari pagi tadi mata ni asyik nak terpejam je. Kerja melambak-lambak atas meja, tunggu giliran nak di campak ke tray out, tapi hampa la nampaknya mereka. Terasa macam diawang-awangan je ni.. apakah ini kerana penangan bangun sahur sambil menonton perlawanan badminton Lee Chong Wei pagi tadi? haish merana sungguh mata ku hari ini, tak mahu bekerjasama langsung!!!


Jom gi jalan-jalan luk hilangkan ngantok, banyak lagi yang sedang menanti ni. Tetiba nak layan lagu set fire to the rain. Agak-agak leh tolong segarkan mata tak?



-NoReason-

Monday, July 23, 2012

3 Ramadan: Biskut raya

Hari ni dah masuk 3 Ramadan. Hari pertama kerja di bulan puasa. Bila dah masuk separuh hari ni, fikiran pun melayang-layang memikirkan menu untuk berbuka puasa. Mula lah rasa nak makan benda ni, teringin kuih tu, teringat-ingat air yang sedap nun, terbayang-bayang segala macam benda. Haish.. dalam pada semua jenis syaitan iblis dan kena penjara, nafsu makan ni tetap tinggal dalam diri. Cabaran sungguh.

Dalam pada dok berangan tu tetiba terfikir pulak baju raya tak beli lagi, tudung raya, kasut raya, selipar raya, langsir raya, alas meja raya, lampu raya... koyak poket cam ni.. haaa biskot raya!!!! Aduh... rasa macam main order je hari tu, biskot ni nak, biskot tu nak, biskot kawan ni nak, biskot kawan tu cam sedap je..nak jugak la, biskot dia ni nak, biskot dia tu nak... kira punya kira punya kira dah beratus untuk biskot saja.. alahai.... rabak lagi la raya tahun ni...

Tetiba kepala rasa pening... nak kensel boleh tak ^_^


-NoReason-

Friday, July 20, 2012

Ramadhan tiba lagi



Syaban bakal melabuhkan tirainya..
Selamat datang Ramadhan..
Syukur Ya Allah..
Dengan izinMu aku dapat bertemu Ramadhan lagi..
Semoga Ramadhan kali ini dapat di lalui dengan lebih sempurna..
Pada semua yang pernah terasa hati, kecil hati, tersentuh hatinya..
Akibat ketelanjuran bicara dan perbuatan ku..
Ku pohon kemaafan darimu..


- NoReason -

Thursday, July 19, 2012

Blog: Warkah Buat Isteri

Semalam..secara tak sengaja menjumpai blog ini melalui muka buku. Menyusuri bait-bait tulisannya yang bersahaja dengan menyelitnya unsur-unsur humor masih mampu menghadirkan rasa sebak dihati, mengundang simpati yang mendalam dan mengaburkan pandangan mata. Hati berdetik, masih ada lagi rupanya insan berhati mulia.



Muka Buku: Dana Sinar Fauziah

 
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin nampak mudah pada pandangan mata kasar namun bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan, ketabahan harus setinggi gunung. Dari kejauhan ku doakan semoga Gee cepat sembuh dan buat Abil, teruskan perjuangan, jangan pernah kenal erti putus asa. Pasti ramai yang akan turut mendoakan kesejahteraan anda dan isteri. Moga tabah dan sabar selalu. Senyum lah walau hati menangis pilu. Sempena Ramadhan yang bakal menjelang, banyakkan berdoa padaNya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.


Ya Allah.. bantu lah mereka...

Mampukah aku setabah mereka???



- NoReason -



Tuesday, July 10, 2012

Selepas setengah tahun

Sekejapnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Julai. Iklan Yusuf Taiyyob, cornflakes, hohoho horlicks dah keluar kat tivi, maknanya bulan puasa semakin hampir. Sat-sat lagi raya pulak. Aduh cepatnya putaran masa, rasa macam banyak benda lagi tak sempat nak dicapai sepanjang 2012 ni. Rasa macam tertinggal jauh je..hurm...


Dalam masa setengah tahun ni juga banyak perkara dah berlaku, banyak benda dah berubah, banyak yang dah tak sama macam dulu, ramai juga yang datang dan pergi silih berganti. Masih tinggal setengah tahun sebelum 2013 datang menjengah. Harap-harap baki setengah tahun yang tinggal ni akan memberikan 'sesuatu' dalam hidup ni. hurm... Hampir separuh lagi wish list yang perlu di penuhi sedaya upaya..



-NoReason-

Sunday, July 8, 2012

Kek gula hangus edisi berangan

Tetiba teringat kek yang puan eli selalu buat zaman2 belajar dulu.. kek gula hangus.. Oleh kerana aku ni memang tak pernah berbakat dalam hal membuat kek ni, maka harus la meminta bantuan pakcik gugel.

Setelah bersusah payah mengikut resepi dari internet, akhirnya satu lagi master piece yang jarang2 dilihat telah terhasil.. Taraaaa... Hurm... Boleh tahan la juga.. Gebu dan lazat huhuhu..


Tuesday, June 26, 2012

Entri tidak bertajuk

Terlalu lama tidak menulis.. Terlalu banyak yang ingin dicoretkan tetapi tidak dapat di ungkapkan bila terlalu letih mengejar masa... eceh... masa ada je kalau nak kan, tapi dah diserang penyakit malas nak buka laptop bila sampai rumah pun dah pukul 9 / 10 malam. Kekangan masa (nak salahkan masa jugak heee) membantutkan hasrat untuk bercerita. Apa kata kita rangkumkan saja semua sekali di dalam entri ini hehe...

Tapi nak rangkum kan tu satu hal yang rumit juga.. keterbatasan waktu (sekali lagi menyalahkan masa) sepertinya tidak membenarkan jari jemari ini menekan papan kekunci dengan santai, harus mempraktikkan kepantasan menaip dengan kelancaran idea yang asyik tersekat-sekat je, cukuplah setakat ini dulu. Tetiba je otak ni macam tak boleh nak mencerna kota kasa dengan sebaiknya. Kang tak pasal-pasal karangan darjah satu pulak yang terpeta di sini.

Ahh.. erm... hhhhh.... naaa..... laaaa....
Aduh.. pening jadinya...
Rasanya cukup sampai di sini dulu
Bolehlah menghilangkan rindu anda semua kan
hahaha perasan sungguh diri ku
Oke la..
Sampai jumpa lagi..


-NoReason-

Tuesday, May 29, 2012

Tanya Ustaz

Aik... bulan ni ada satu entri je?? haish tak boleh jadi ni, meh nak tepek satu entri yang di cilok dari inbox emel je yang dihantar oleh Ms QC UKK :)


 

Saturday, May 5, 2012

Perjalanan pulang

Sedang menikmati McFlurry Horlick Crunch sambil menunggu ERL untuk pulang ke Putrajaya. Baru selesai menghadiri kenduri sedara kat Rawang. Dah lama tak naik KTM komuter, macam2 perangai manusia kat dalam tu.

Dengan penuh sesaknya macam sardin, dengan ramainya warga asing yang tak de kesedaran sivik, dorang dok pandang je wanita dukung anak, x da hati pun nak bagi duduk.. Dengan lelaki yang sesat masuk coach wanita, tapi dah sedar duk dalam tu bole wat muka tak tahu malu sampai polis bantuan KTM halau keluar, padan muka.. Kadang2 pelik tengok perangai manusia ni...

Hurm.. Bosannya, bila tren nak sampai ni....

Sunday, April 29, 2012

The Avengers

Hari Jumaat lepas dah selamat layan The Avengers @GSC Alamanda, perg memang best, tak rugi tengok. Ni kejap lagi nak layan yang Versi 3D pulak haha..Tiket sold out manjang.. Sib baik dah book online.. Rajin nanti leh wat review, pape pon jom ramai-ramai kita terjah..

Thursday, April 26, 2012

Pesta Buku Antarabangsa

Para pencinta buku, ulat buku, kaki buku, gila buku, muka buku..
apalagi masa nya sudah tiba..
SERBU......

Monday, April 23, 2012

World's longest word

'Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanokoniosis'
refer to a lung disease caused by silica dust



Nak menyebutnya pun dah berbelit lidah, inikan pula nak mengejanya.. mau berputar kepala otak ni. Perkataan terpanjang didunia ini di eja oleh adik Ahmad Suhail Ahmad Nizam, 13 tahun sempena perasmian RHB New Straits Times National Spell-It-Right Challenge musim ke 5. Okeh mari sama-sama belajar mengeja dan menyebut... sekali lagi....


'pneumonoultramicroscopicsilicovolcanokoniosis'

Friday, April 20, 2012

Preve vs VW Polo Sedan vs Jazz Hybrid

Kereta zaman sekarang ni dah jadi macam satu keperluan. Semua berlumba-lumba nak pakai kereta, nak ganti kereta setiap tahun, nak ada dua tiga biji kereta sekali. Satu rumah tu kadang ada lapan bijik kereta sampai parking kat rumah orang pun ada. Haish.. macam mana jalan raya tak sesak, buatlah sampai tiga lorong pun sesak juga, agaknya nak kena buat jalaraya 7 lorong kot baru ngam. Eh apa pulak aku melalut ni.. asalnya cuma nak tulis pasal tiga bijik kereta yang amat menggoda selera ni, tapi nak beli cam tak mampu pulak, mampu tengok je la...


Proton PREVE yang baru dilancarkan. Buatan Malaysia. Cantik, menarik, tertarik. Harap-harap kereta nasional yang ni tak adalah masalah biasa kereta proton ye.. Harganya dalam RM60K - RM75K, mampu milik lagi ni. Drive it to believe it. Aww..cam nak pi tempah je la la ni..


New Volkswagen Polo Sedan. Looking for cost effective, value for money and affordable German quality? mungkin inilah keretanya. Macam proton Saga pulak aku tengok. Bagi yang suka sangat kereta luar negara dari kereta tempatan boleh la pi carik VW Polo Sedan ni, harganya dari RM99,888.00 Sahaja.


Yang hijau ni pulak harganya dari RM94,800.00. Rasa nak jimat sambil menyelamatkan bumi. Honda created a range of hybrid cars to give something back to nature. Bolehlah mula survey.


Aduh tengok kereta lama-lama keinginan pun mulalah membuak². Haish... sabar.. masih belum diperlukan okeh, wat masa ini jadilah pengguna pengangkutan awam sahaja...

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday - Edisi 7 (Tandas)


Tuesday, April 17, 2012

Bebas seketika

Alhamdulillah.. Selesai sudah segala urusan dari Palace of the Golden Horses ke MRSM Jeli, Kelantan. Minggu yang sibuk dan menyeramkan sudah berakhir. Bolehlah bernafas seketika sebelum kesibukan itu bersambung lagi. Harap-harap boss dan insan-insan lain yang pergi akan ada pengganti secepat mungkin. Tak sanggup rasanya nak menanggung semua kesibukan ini seorang diri. Banyak yang tertangguh, tertinggal, terabai, terbiar... apa boleh buat, dah kerja.. sabar je la... semangat.. semangat...







Tuesday, April 10, 2012

Pekerja terbaik abad ini

Maka dengan ini aku telah mengisyiharkan diri sendiri sebagai pekerja cemerlang, gemilang terbilang di abad ini. Jam sudah menunjukkan jam 12.04 am, dah masuk hari Selasa tapi aku tak balik lagi. Masih di pejabat. Dari pagi semalam..Isnin, jam 5.45am dah masuk kerja, maksudnya sudah 17 jam bekerja. Kalah pekerja kilang cam ni. Balik rumah jap lagi boleh tidur beberapa jam sahaja dah kena bangun gi kerja balik. Ahh tak berbaloi rasanya, mata pun dah tak larat ni, penat sesangat!!! JOM BALIK!!! ZZZZzzzzzzzz


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)