Tuesday, January 31, 2012

Menu Wajib Pasar Malam

Pasar Malam...memanglah satu tempat yang sangat seronok untuk di kunjungi. Meronda-ronda di pasar malam adalah seperti bersuka-sukaan di Paviliion. Lagi-lagi bila pasar malam tu dua kali seminggu!!! selasa dan jumaat...antara orang yang menjadi pengunjung setia pasar malam ini termasuklah para housemate ku yang budiman, tapak pasar malam itu dah jadi macam wajib kunjung 2 kali seminggu...dorang memang hebat, kagum sungguh aku.

Dan aku pula sangatlah jarang-jarang pegi pasar tu, maklumlah aku kan malas rajin, tapi setiap kali pegi aku mesti nak beli yong tau fu seri wangsi. Aduh..adakah korang memakai pelaris? sehinggakan pelanggan berbaris-baris...huhuhu pape pun memang sedap dan puas hati. Tak sabar nak makan ni, jom makan sekali..
 

Monday, January 30, 2012

Aktiviti hujung minggu

Hujung minggu lepas..maksudnya sabtu dan ahad yang lepas la sebab hari ni hari Isnin. Kejadahnya tulis aktiviti hujung minggu di hari isnin?? hurm..sebab menulis belog tidak termasuk dalam aktiviti hujung minggu hehe..oke cukup intro tak berfaedah, sila ke point yang seterusnya.


Tajuk di atas macam la hujung minggu lepas telah diisi dengan berbagai-bagai aktiviti menarik. Eh..menarik apa..tak caya...ce la baca sampai abes...

Menonton Wayang
Dah lama rasanya tak tengok wayang. Jadi tanpa segan silu telah memaksa cik Aida untuk bersama-sama menghabiskan RM12.00 di GSC Alamanda. Huh mahal pulak tengok wayang hari sabtu ni, len kali harus pergi hari rabu. Cerita yang menjadi pilihan mestilah Journey 2: The Mysterious Island lakonan pelakon kacak la sangat dan berbadan sasa..encik the rock yeay yeay do u smell what the rock is cooking hahaha.. Oleh kerana ini bukan review maka aku nak cakap 1 je, ceritanya oke dan best!!! nantikan reviewnya jikalau aku rajin huhu.

Menghabiskan sisa-sisa duit yang ada
Dihujung-hujung bulan ini, berapa sangatlah yang tinggal kat dalam dompet tu, sempat pulak singgak dua kali kat ATM, mengorek segala khazanah selagi ada. Tinggalkan seposen je duk dalam tu. Kendian mulalah merayau-rayau mencuci mata, maklumlah keadaan poket tidak mengizinkan, tapi sempat juga la menyinggah......

Masak-masak
Sungguh tidak sesuai nak menulis masak-masak sebagai salah satu aktiviti hujung minggu kali ni sebab yang masak-masak nya cuma cik Aida seorang, yang dua orang lagi menonton TV sambil menunggu master chef Aida selesai masak huhuhuhu

Tengok TV
Sangatlah wajib aktiviti yang tak berfaedah ni di buat. Tapi hujung-hujung minggu ni memang tak ada rancangan menarik di TV, memang tak bagi duduk rumah agaknya. Akhirnya TV yang tengok orang bukan orang tengok TV.

Ke Taman Botani
Memang best bila dapat menghirup udara segar di taman botani sambil mengayuh basikal. Malangnya ianya hanya sekadar menanam tebu di pinggir bibir, planning bukan main, bole pula terlupa nak pegi. adakah patut, sudahnya berbasikal di alam khayalan saja.

Tidur
ZZZZzzzzzzz.


Sekianlah aktiviti kami yang sangat menarik di hujung minggu yang lepas. Sila jangan contohi... :)

Sunday, January 29, 2012

Anugerah Juara Lagu

 
Dalam sejam je lagi Anugerah Juara Lagu ke 26 akan bersiaran di TV 3. Dengan tema air, tahun ni 12 lagi lagu akan berentap untuk memenangi Anugerah Juara Lagu. Layan je lagu-lagu yang akan bertanding malam ni, kita tengok siapa yang kena...
  1. Karma - Faizal Tahir
  2. Awan Nano - Hafiz
  3. Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hasan / Ana Rafalli / Altimet
  4. Beribu Sesalan - 3 suara (Ning Baizura / Jacklyn Victor / Shila Amzah)
  5. Penakut - Yuna
  6. Gadis Semasa - Yuna
  7. Cinta Muka Buku - Najwa Latif
  8. Kekanda Adinda - Atilia / Monoloque
  9. Sungai Lui - Aizat
  10. Kisah Hati - Alyah
  11. Sedetik Lebih - Jacklyn Victor
  12. Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol

updated:-
Anugerah Juara Mobile Celcom - Sedetik Lebih, Anuar Zain

Persembahan Terbaik - Kisah Hati, Alyah

Vokal Terbaik - Awan Nano, Hafiz

Tempat Ketiga - Karma, Faizal Tahir (Faizal Tahir / Audi Mok)

Tempat Kedua - Beribu Sesalan, Ning Baizura / Jacklyn Victor / Shila Amzah (Kevin Chin / Tinta)

JUARA - Awan Nano, Hafiz (M.Nasir / Buddhi Hekayat)



Dah abes...yeay..Awan Nano menang.. Okey la..best.

Thursday, January 26, 2012

Sila bersopan

Pernah kah anda mengalami situasi seperti di bawah? atau pun menjadi salah seorang daripada penyebab situasi di bawah??

  
Keadaan biasa di jalan raya masa menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau, pemandu-pemandu yang tidak berhemah dan tiada kesedaran sivik dengan sesuka hati jiwa raga dorang buat barisan baru @ potong barisan. Macam la dia sorang je nak cepat. Korang fikir kami ni tak bayar cukai jalan ke? agak-agak la beb, menyusahkan orang tau tak, pas tu menambahkan dosa orang.. yela bila hati dah panas mula lah keluar segala maki hamun, sumpah seranah.

Salah satu contoh macam yang kat bawah ni lah. Situasi di persimpangan lampu isyarat dari arah KLIA menuju ke Putrajaya. Waktu-waktu balik kerja ni, memanglah kenderaan banyak. Bawa-bawa lah bersabar. Semua orang pun nak balik juga. Dua lorong dah jadi 3 lorong, selamba jak kan korang, takde rasa bersalah pun!!!. Mujurlah masa ni ada abang polis trafik yang kacak lagi bergaya menjaga lalulintas. Tiba-tiba je semua kereta yang duduk kat lorong haram ni bergerak dan memasuki laluan simpang ke kiri...eh eh nak pegi mana pulak tu kan..., pelik juga mula-mula. Rupa-rupanya bapak polisi sudah membunyikan wiselnya dan menggunakan kuasa veto menghalau kenderaan-kenderaan jenis tak reti base ni..Hahahahaha memang aku gelak jahat masa ni, suka hati aku, padan muka korang, pusing la korang lagi 80 kilometer. Kalau nak lagi best kasi saman terus hahahahahahhahha.



Sila bertimbangrasa di jalan raya. Sikap-sikap macam ni la yang selalu menyebabkan terjadinya kejadian gores dan menangIS.

Ayam yang tension

Entri edisi malas. Drama sebabak yang di cilok dari emel berantai. Layan kan aje, ayam yang tension

----------------------------------------------------









Moral of the story: Kerusi tu untuk orang duduk, bukan barang-barang anda, kalau nak kasi barang duk atas kusi, sila naik teksi..

Wednesday, January 25, 2012

Entri singkat hari ini

Apakah yang akan berlaku selepas cuti umum yang agak panjang??
  1. Nak bangun tidur malas
  2. Nak siap gi kerja malas malas
  3. Nak masuk kerja pun malas
  4. Nak buat kerja pun pun malas
  5. Nak gerak pun pun pun malas
  6. Segalanya MALAS
Memang sadis kalau cuti lama ni, lemah seluruh urat nadi. Otak pun ala-ala tumpul + beku. Fikiran pun melayang-layang je, ooohh hatiku masih bercuti.


Shut down................................


nota kaki: semenjak dua menjak ni, entri aku dah makin berkurangan + makin ciput... erk... adakah aku telah kehilangan???

Thursday, January 19, 2012

Bengkel

Menghadiri bengkel 2 hari. Petang-petang hari, lepas dah kenyang makan tadi, dengar pulak pembentangan.. Pergh memang terbaik la tahap ngantok petala ke 18!!!

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday - Edisi 5

Monday, January 16, 2012

Jalan-jalan cari makan edisi Alamanda

Hari ni 16hb, hari gaji penjawat awam. Seperti biasa orang-orang yang dah gaji tu mula lah mengajak aku yang belum gaji ni berjalan-jalan mencuci mata ke satu-satunya pusat membeli belah terhebat di Putrajaya, Alamanda.

Aktiviti pertama harus lah mengisi pert supaya tenaga mencukupi untuk tawaf kejap lagi. Oleh kerana poket tengah tebal, selera pun ala-ala x makan sebulan, sasarannya tanpa ragu-ragu...Kenny Rogers... Jom makan.. Dynasty chicken + air apa tah ni lupa dah nama dia...

Thursday, January 12, 2012

Terlalu banyak alasan

Teringat bait-bait lirik lagu tanya sama pokok - Meet Uncle Hussien ft Hazama

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Perasan tak, ramai manusia kat atas muka bumi ni sangat suka memberi alasan untuk mengelak atau melepaskan diri dari sesuatu. erk termasuk aku la kot, tapi..ada tapi tu, aku kadang-kadang je sebab aku tak reti sangat bab-bab nak memberi alasan apa lagi alasan yang direka-reka (huhuhu bajet baik la konon kan).

Alasan yang diberi tu kalau betul tak pe juga tapi kebanyakannya ia lebih bersifat negatif, alasan yang dibuat-buat ala senang cerita menipu la. 

Contoh (1) datang lambat ke pejabat.. alasan paling polular - jalan sesak (ko dah tau jalan sesak, awat tak keluar awal... kalau sekali dua lambat ok la..ni hari² lambat..sesak kejadah apenye). 

Contoh (2) masuk keje tengah hari.. alasan - pegi klinik or pegi bank... cakap je la ko bangun lambat kan senang. 

Contoh (3) suh bayar hutang...alasan - bulan ni tak bole la, jiran aku punya sepupu punya nenek punya pakcik sakit, aku pinjamkan dia duit, bulan depan la bayar eh, bulan depan kucing dia pulak sakit... masa ko nak pinjam duit kemain lagi ko buat muka ala-ala sinchan sakit perut. 

Contoh (4) Suh pakai tudung / tutup aurat - alasan paling bangang yang orang suka bagi ialah belum sampai seru lagi..agak² bila nak mati nanti ada main seru-seru dulu tak??. 

Contoh (5) Boss suruh buat paper work dalam bahasa inggeris... alasan - saya tak reti la boss, SPM saya gagal BI.... EH ni macam alasan aku je haha, yang ni cancel tak jadi nak wat contoh, sila abaikan.....


Ahhh banyak lagi la, pokoknya sana sini asyik dok mendengar macam-macam alasan yang tak logik je, sampaikan dah rasa macam mendengar irama bebelan makcik-makcik. Pening kepala jadi nya....Bosan....buat keje diam-diam tak bole ke???

Monday, January 9, 2012

Durian oh durian

Tiada apa yang mampu menterjemah rasa ini. Sedap!!!!!



 


 



Sunday, January 8, 2012

Santapan Penamat - Master Chef Malaysia

 

Santapan penamat malam ini untuk menentukan Juara Master Chef Malaysia yang pertama dengan cabaran "The Meals of Your Life" 


 

Kumpulan Wahidan
Amitha
Zamir
Daniel
Deena
Shahriya

Menu
Udang dan Kekapis diperap dengan Citrus
Ikan Merah dengan Sos bunga kantan
Fillo Kastard Krim bersama buahan beri



Kumpulan Ezani
Brian
Felix
Ary 
Azilah
Imelda

Menu
Salad Nusantara dengan kekapis 
Cutlet Bebiri dengan Medly sayur-sayuran
Kek ubi bit berempah




Dan PEMENANGNYA ialah...............
 EZANI si Doktor Gigi


tahniah..tahniah.. jumpa lagi di MasterChef Malaysia musim ke-2


Friday, January 6, 2012

Always leave office on time



Nota kaki: Jangan jadi hamba kerja, kadang-kadang lewat pulang tak de salahnya tapi jangan setiap masa. Dan pastikan kerja siap!!! jangan kat ofis kerja tak buat pastu sebok nak balik awal, tak berkat gaji tu..

Wednesday, January 4, 2012

Peserta akhir Master Chef Malaysia

Master Chef Malaysia akhirnya dah hampir sampai ke penghujungnya. Dua peserta yang berjaya ke peringkat akhir untuk merebut gelaran juara Master Chef Malaysia yang pertama ialah :-

Kehebatan ibunya memasak pelbagai jenis masakan untuk dihidangkan kepada keluarga dan rakan-rakan sangat dikagumi oleh Ezani, meletakkan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk memasak. Sedari kecil, Ezani sentiasa melihat ibunya memasak bermacam-macam jenis masakan.


Mengenali makanan dan erti memasak melalui ibunya yang tercinta, Wahidan menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi dan pembakar semangatnya untuk terus memasak dan berjaya dalam bidang yang diminatinya ini serta berjaya dalam MasterChef Malaysia.

Best jak tengok dorang ni masak men campak-campak jek. Kalau aku masak campak cam tu je memang jadi masakan yang bole membuat orang pengsan haha. Mari kita tengok siapa yang kena. Santapan terakhir pada 8 Januari 2012, Ahad, 9.oo malam ekslusif di Astro Ria. Hadiah untuk juara: wang tunai RM100,000.00 dan kesempatan menerbitkan buku masakan sendiri


Sumber gambar/info : Facebook MasterChef Malaysia

Halaqah - Songsang


Sangat tertarik dengan topik perbicaraan dalam rancangan Halaqah kat tivi 9 malam tadi. Dengan tajuk songsang, pelbagai isu diutarakan oleh ahli panel iaitu Ustaz Hanafi Abdul Malik, Penasihat Sahabat Islam dan Imam Malaysia (SIDIM) dan topik semalam lebih fokus kepada golongan gay, mungkin rentetan daripada tersebarnya cerita pasal 'budak' ni. Dan fakta yang lagi menyeramkan, menurut kajian bersama Kementerian Kesihatan, sebanyak 350,000 orang di Malaysia mungkin terlibat dalam melakukan hubungan songsang, samada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.

Golongan-golongan ini suka menggunakan istilah PLU iaitu people like us dan mereka sangat aktif dan giat mempromosikan aktiviti kesongsangan mereka siap ada t-shirt lagi yang jual kat bukit bintang. Pergh...

Kata Ustaz tu juga Gay terbahagi kepada 2 iaitu top (berperanan sebagai lelaki) dan bottom (berperanan sebagai perempuan) dan ciri-cirinya adalah seperti..jeng jeng jeng

Top
Metroseksual
Pakai anting²
Badan tough
Pakai baju ketat², suka tunjukkan muscle segala bagai
Suka gi gym tapi tak suka bersukan
Suka hiburan - sangat meminati Lady Gaga dan Madonna
Suka pegi ke bangkok - Hmm wat pe agaknya kat situ
Suka tengok lelaki
Suka beli beg besar - kononnya melambangkan kegagahan. Motif??
Banyak koleksi kasut dan Seluar dalam - Erk...

Bottom
Muka licin
Alis mata lentik
Bibir sentiasa berkilat dan basah
Bila tengok lelaki mata dia agak besar
Selalu puji lelaki tu hensem
Suka pegang-pegang, urut-urut

Adeh..tak habis fikir aku, tapi tidak lah semua lelaki yang berciri-ciri seperti di atas itu Gay ye, kang ada pulak yang terasa huhuhu. Banyak lagi maklumat yang dikongsikan dalam rancangan tersebut. Amat bermanfaat. sape-sape yang terlepas bolehlah tengok semula di www.tonton.com.my. Sama-samalah mengambil iktibar dan pengajaran.

Tuesday, January 3, 2012

Nak tukar header - Help help


Ala bosan pulak aku melihat muka depan dan susunan belog ku ni, macam serabut pun iya juga huhu. Sempena tahun baru ni ingat nak buat make over sikit, nak buang mana-mana yang tidak perlu, nak susun-susun sikit bagi kemas, yang penting nak tukar header yang terasa lawa sangat ni. Tapi ...... tak reti la nak buat, buat yang ni dulu pun masa tengah belajar-belajar photoshop, dah lama tak buat, nak memphotoshop pun dah tak reti. Ada sesapa tak yang berbakat dan baik hati nak tolong buatkan?? ^_^.... Kalau percuma mestilah semua tak nak kan, alangkan masuk tandas pun 20 sen. Ala upah nya boleh dirunding, rega kawan-kawan huhuhu. Sape nak angkat tangan tinggi-tinggi. Kalau tak da, terpaksa la aku wat sendiri, mahu amik masa berbulan juga baru siap :(

Sunday, January 1, 2012

Nasi Ayam Madu Tahun Baru

Hari ni terasa nak makan nasi ayam pulak. Oleh kerana skill memasak agak suam-suam kuku, maka harus lah meminta pertolongan cik serba tahu iaitu Cik google haha. Sekejap je dah dapat resepi, tak perlu lah nak tulis resepi tu kat sini kan sebab bukan resepi ku pun huhu wat segan je.. Kalau nak baca resepi nasi ayam ni atau pun macam-macam resepi lagi, boleh la melawat ke www.potretkasih.com.

Setelah bersusah payah akhirnya siaplah sebuah karya agung yang jarang-jarang dilihat "Nasi Ayam Madu Tahun Baru" hahaha.. Marvelous!!! :p



Selamat datang 2012

3.... 2... 1..... Selamat Jalan 2011, selamat datang 2012. Mesti ramai kan yang menunggu detik-detik 12 malam sambil menikmati percikan bunga api di angkasa yang berwarna-warni. Walau apa pun jangan buat benda yang bukan2 ya di tahun baru ni. Sila behave!!!

Aku.. Hanya lepak kat rumah ja, sambil dihidangkan dengan dentuman bunyi-bunyian yang tak henti-henti, bersahut-sahutan, sambung menyambung... Sakit pulak telinga aku ni mendengarnya. Selamat tahun baru semua. Moga 2012 akan memberikan lebih kegembiraan dan kebahagiaan. Amin..

Nota kaki: bilalah bunyi-bunyian tu nak berhenti.. Aku nak tido la woi... Adoyai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)