Monday, January 30, 2012

Aktiviti hujung minggu

Hujung minggu lepas..maksudnya sabtu dan ahad yang lepas la sebab hari ni hari Isnin. Kejadahnya tulis aktiviti hujung minggu di hari isnin?? hurm..sebab menulis belog tidak termasuk dalam aktiviti hujung minggu hehe..oke cukup intro tak berfaedah, sila ke point yang seterusnya.


Tajuk di atas macam la hujung minggu lepas telah diisi dengan berbagai-bagai aktiviti menarik. Eh..menarik apa..tak caya...ce la baca sampai abes...

Menonton Wayang
Dah lama rasanya tak tengok wayang. Jadi tanpa segan silu telah memaksa cik Aida untuk bersama-sama menghabiskan RM12.00 di GSC Alamanda. Huh mahal pulak tengok wayang hari sabtu ni, len kali harus pergi hari rabu. Cerita yang menjadi pilihan mestilah Journey 2: The Mysterious Island lakonan pelakon kacak la sangat dan berbadan sasa..encik the rock yeay yeay do u smell what the rock is cooking hahaha.. Oleh kerana ini bukan review maka aku nak cakap 1 je, ceritanya oke dan best!!! nantikan reviewnya jikalau aku rajin huhu.

Menghabiskan sisa-sisa duit yang ada
Dihujung-hujung bulan ini, berapa sangatlah yang tinggal kat dalam dompet tu, sempat pulak singgak dua kali kat ATM, mengorek segala khazanah selagi ada. Tinggalkan seposen je duk dalam tu. Kendian mulalah merayau-rayau mencuci mata, maklumlah keadaan poket tidak mengizinkan, tapi sempat juga la menyinggah......

Masak-masak
Sungguh tidak sesuai nak menulis masak-masak sebagai salah satu aktiviti hujung minggu kali ni sebab yang masak-masak nya cuma cik Aida seorang, yang dua orang lagi menonton TV sambil menunggu master chef Aida selesai masak huhuhuhu

Tengok TV
Sangatlah wajib aktiviti yang tak berfaedah ni di buat. Tapi hujung-hujung minggu ni memang tak ada rancangan menarik di TV, memang tak bagi duduk rumah agaknya. Akhirnya TV yang tengok orang bukan orang tengok TV.

Ke Taman Botani
Memang best bila dapat menghirup udara segar di taman botani sambil mengayuh basikal. Malangnya ianya hanya sekadar menanam tebu di pinggir bibir, planning bukan main, bole pula terlupa nak pegi. adakah patut, sudahnya berbasikal di alam khayalan saja.

Tidur
ZZZZzzzzzzz.


Sekianlah aktiviti kami yang sangat menarik di hujung minggu yang lepas. Sila jangan contohi... :)

3 comments:

  1. Bestnye kalau aktiviti akak like u..hehe...sudah berlalu..hehe

    ReplyDelete
  2. best bro...taman botani tu kt putrajaya kan? basikal sewa ke @ sendiri punyer ?

    ReplyDelete
  3. @YaYansMuM - best ke huhu, kadang rasa cam buang masa sungguh

    @Ejan - Yep kat putrajaya, kat sana bole sewa basikal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)