Wednesday, February 29, 2012

29 Februari


Ada apa dengan 29 Februari. Ramai yang mungkin tak perasan pun akan tarikh ini, biasa sahaja, sama seperti hari-hari lain, bukan hari raya pun. Tapi yang mempunyai detik-detik terindah pada 29 Februari, pasti hari ini sangat bermakna kan, maklumlah tarikh ini tidak muncul setiap tahun. Lama nak tunggu baru timbul si 29 Februari ni. Pada yang menyambut hari lahir, hari ulang tahun perkahwinan, hari-hari istimewa atau apa-apa sahaja pada 29 Februari, selamat menikmati saat-saat yang hanya akan tiba 4 tahun sekali. Lepas ni kena tunggu tahun 2016 baru ia akan kembali lagi, itupun kalau panjang umur. Hurm..29 februari ni patutnya diisytiharkan cuti umum kan hehe...

Tuesday, February 21, 2012

Surat Perjanjian Hutang....Mesti Bayar...!!

Entri edisi malas. Kongsi aje emel dari kotak mel anda..layan...

Thursday, February 16, 2012

Si ikan bermata biru


Jakun sangat kot aku ni haha, memang tak pernah nampak ikan pesen cam ni. Kalau dalam Bahasa sainfiknya di panggil Diodon hystrix,  nama dia dalam bahasa melayu apa pulak ? ikan landak kot huhuhu.. Jumpa ikan ni kat Pusat Sains Negara minggu lepas. Mula-mula kitorang sampai kat rumah dia, dia nyorok..Nak ambik gambar terus keluar dari tempat persembunyian..comel sungguh mata biru beliau.. Nak satu bole ^_^






 


Tuesday, February 14, 2012

Tips baiki telefon bimbit


Mesti korang dah pernah mengalami situasi kegagalan telefon bimbit korang berfungsi. tekan tekan tak dapat. Meh sini, aku ada cara yang baik punya camana nak membaiki telefon korang tanpa perlu membuang duit hantar kedai. Tapi cara ini cuma boleh di lakukan untuk kerosakan-kerosakan kecil sahaja seperti keypad tak boleh tekan,  key pad tak boleh tekan dan key pad tak boleh tekan. Erk...kerosakan lain aku tak pernah cuba lagi guna cara ni hehehe.

Kekdahnya mudah sahaja, tidak perlu modal cuma anda perlu korbankan sedikit perasaan sayang kat telefon tu sebab caranya agak ganas sedikit. Mula-mula pegang telefon anda pada aras ketinggian yang bersesuaian, kira sesedap rasa la. Pas tu pejam mata, kemudian lepaskan telefon anda..jeng jeng jeng kalau tinggi sangat harus la berkecai, buang terus masuk tong sampah. Kan dah kata tadi, ketinggian ikut kesesuaian.

Haaaa ce cuba try test tengok telefon tu, dah baik ke belom?? Aku pernah menggunakan kek dah ni dua kali, pertama kali ke atas telefon Motorola V3X ku yang tetiba je ada beberapa huruf kat keypad tu tak boleh tekan, aku cuba jaya je jatuh kan dari atas meja. Kekonon jatuhkan tak sengaja, tapi dah siap-siap alas kain kat bawah haha kang rosak sapa nak jawab. Hasil nya sungguh memberangsangkan, sampai la ni telefon tu berfungsi dengan baik.

Kali kedua ni jadi kat IPhone, satu-satunya butang yang ada kat IPhone ni,  home button dia tak berfungsi. Waa sedih mak noks. Nak ganti baru mau menabung 3 tahun baru dapat. Mujur ada alternatif lain yang boleh menggantikan fungsi home button ni, tapi tetap tak sama, i nak guna home button jugak. Puas lah menggugel dan menapak kat you tube mencari cara-cara nak membetulkannya. Semua cara yang di ajar termasuklah solution dari apple support aku dah cuba, tapi hasilnya..KECEWA. Aku pun tak da keberanian nak baling IPhone ni, sayang dee..wat nya berderai sapa nak jawab. So aku biar kan aje sampailah ke hari Sabtu bulan lepas secara tak sengaja IPhone ni tergelincir dari ribaan dan menjunam ke bawah kerusi...huhuhu panik sekejap, mujur ada protection, cepat-cepat belek cari kecederaan, semua oke, cuba tekan home button pulak..eh dah oke..tekan lagi..tekan lagi..tekan lagi...wahhh dah sembuh, setakat hari ni, memang sihat walafiat...huhuhu

Seseorang pernah kata kat aku, kalau ko nak baiki henfon takat tak boleh tekan keypad tu, ko baling je kat dinding, kang oke la tu..kalau ko hantar kedai pun dorang buat benda yang sama juga..erk......haha kalau berani cuba la..tapi INGAT.... tiada jaminan kalau kecederaan telefon anda bertambah, tanggungan risiko atas diri sendiri, tiada jaminan insuran.. fikir-fikirkan la...moga berjaya...

Sunday, February 12, 2012

Sungguh aku rindu



Sungguh aku rindu...
Zaman-zaman menjadi seorang pelajar, waktu mula-mula tinggalkan keluarga, belajar hidup sendiri, belajar berjimat cermat dengan apa yang ada, belajar buat semua sendiri, belajar mencari sahabat sejati, belajar meluaskan ruang lingkup kehidupan, belajar menguruskan jadual hidup sendiri, belajar menguruskan masa sendiri, belajar segala-galanya tentang hidup di samping belajar-belajar dan belajar untuk dapat A+ dalam semua subjek walaupun tak dapat :p


Sungguh aku rindu...
Pada semua yang menemani aku sepanjang 4 tahun di UTM, pada sahabat-sahabat suka duka, pada teman-teman seperjuangan, pada kawan-kawan bergelak ketawa, pada kenalan sepanjang jalan, pada jiran-jiran sebelah bilik yang baik-baik, pada para pensyarah yang baik hati dan pemurah markah, pada penasihat akademik yang cumil, pada felo-felo yang prihatin, pada makcik kantin yang murah senyuman, pada encik penjual burger yang burgernya sedap, pada telefon awam tempat bergayut masa tak de henfon...



Sungguh aku rindu...
Pada Kolej Tun Hussien Onn yang cemerlang, pada blok-blok asrama yang sangat selesa, pada minimart yang seperti JUSCO, pada Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia yang menjadikan aku seorang manusia berilmu, pada jalan-jalan sepanjang UTM, pada bas-bas UTM yang setia mengangkut penumpang-penumpang seperti aku...


Sungguh aku rindu...
Pada balai cerap yang mendamaikan, pada tasik UTM yang nyaman, pada padang kawat tempat pesta konvo, pada tapak Ko-Q tempat berlangsungnya MAFEST dan ISFADORA la FIESTA, pada Arked Cengal tempat menjamu selera, pada Arked Meranti tempat menjamu selera jugak, pada Perpustakaan Sultanah Zanariah tempat yang jarang-jarang dikunjungi, pada bangunan HEP, pada Dewan Sultan Ismail, pada Masjid Sultan Ismail..


Sungguh aku rindu...
Pada Assignment yang menimbun, pada kerja kumpulan yang kadang-kadang menyesakkan dada, pada test dan kuiz yang datang tiba-tiba, pada aktiviti-aktiviti dan program yang mengujakan, pada saat-saat menghadapi peperiksaan, pada masa-masa senggang bersama teman-teman, pada ketika marathon CD hindustan sepanjang hari, pada waktu melayan cerita hantu ditengah malam..


SUNGGUH AKU RINDU... pada desir angin yang mendamaikan, pada suasana indah dan masa yang tidak akan pernah kembali...



Friday, February 10, 2012

Hari Terbuka Pusat Sains Negara


Masih ingat N3 ini. Pada yang tak berkesempatan lagi nak pergi dan rasa-rasa nak menambahkan ilmu tentang sains bolehlah kosongkan jadual sabtu ni untuk ke Bukit Kiara. Sehari dua ni kecoh tentang kemerosotan pelajar yang mengambil aliran sains. Mungkin inilah masanya emak emak dan abah abah membawa anak-anak mereka berkunjung ke Pusat Sains Negara untuk meneroka sedalam-dalamnya tentang sains. Adik-adik yang tengah konfius nak ambil aliran apa, moh datang sini mana tau tetiba tertarik dengan alam sains ni. Abang, kakak, pakcik, makcik yang rasa-rasa tak da buat apa hujung minggu ni, pe kata berkunjung ke sini. Kita enjoy!!!. ada banyak aktiviti menarik menanti anda. Masuk PERCUMA. Jumpa di sana..

 

Thursday, February 9, 2012

OH Dang Suria


Gara-gara kebiadapannya memberi kritikan dalam ujibakat rancangan On Air semalam, tiba-tiba hari ni nama beliau menjadi sebutan. Walaupun bukan berbentuk puji-pujian tapi dah berjaya menjadikan dia ni fofular semula. Nama Dang Suria yang tak berapa nak suam ni orang dah ingat balik, siap google lagi cari nak tau sapekah dia ni. Mungkin dia saja ja buat macam tu supaya orang tau dia masih ada kat industri. Ye la, semalam muncul pun sebagai juri jemputan, satu episod je, haruslah gunakan kesempatan yang ada untuk mencapap u ols.



Kan berjaya kekdah tu, glamer mak noks. Walaupun orang kutuk ke ape ke tak kisah lah, kat Malaysia ni kalau dah kena kutuk kaw-kaw nanti ramai orang cari... silap-silap ada producer offer berlakon gitew.. tak pon ada harapan mak jadi pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian tak lama lagi... lagi pun dengan kemunculan terbaru bibir ala-ala anjelina lavocah jolie ni, mak semakin cantik dan menawan, gerenti orang akan terpaku depan TV, takkan tukar channel sampai bila-bila. Jangan jelez...


nota kaki: Kelasss biebier tu ye cik kak, jangan jadi macam yang kat bawah ni suda..ciri-ciri dah ada tu sikit-sikit huhu


Wednesday, February 8, 2012

ON AIR @Astro


Tengah layan uji bakat ON AIR yang kat Johor Bahru. Ala program yang cari orang nak jadi macam Aznil tu. Ramai jugak yang datang uji bakat ni, bagus... walaupun bakat tak berapa nak ada tapi yang penting keyakinan itu tahap tinggi, bukan calang-calang orang sanggup, aku apatah lagi.. mau gugur jantung huhuhu memang tak cukup keberanian lagi. 

Tetapi tak boleh terima cara juri jemputan yang perempuan tu bagi komen. Kalau pedas yang menyentuh bakat dia ke okey la boleh terima, ni boleh dia kutuk pasal rupa paras orang.

"Awak tak hensem, sori. Orang kalau tengok TV nak yang lawa je" Kalau muka tak hensem kuar TV orang akan tukar channel

"Awak kena kuruskan badan, nanti bila badan dah macam kerengga baru datang lagi"

Hello macam ko chantek sangat. Dulu masa ko jadi pengacara pun suam-suam kuku je. Aku tak de la kenal ko sangat takat pernah dengar nama sekali dua je. Bagi la kritikan yang tidak menyentuh sensitiviti orang, ingat orang tu tunggul kayu tak de perasaan ke, macam ko lawa sangat kan, mekap tebal pun tak lawa, kalau tak mekap bukan takat orang tukar channel terus tutup TV cabut wayar, kasi black out satu rumah, kuar rumah gi tengok wayang. Eh kan aku pulak yang emosi. ish...

nota kaki: eh eh eh bibir makcik tukang komen tu macam suntik je, buruk benar ropenye huhuhu

Tuesday, February 7, 2012

Cuti @home

Hari terakhir cuti yang panjang. Lepas ni dah tak ada cuti umum yang bersambung-sambung. Akan sibuk pulak menghadap kerja yang tak pernah habis.

Oleh kerana cuti, haruslah sambung menyulam mimpi selepas subuh. Bangun je mak dah siap bagi jelingan maut, haa kan dah kuar jurus bebelan beracun. Bagi mengelakkan telinga terus parah, buat-buat lah rajin dengan suka rela offer diri masak tengahari huhu sadis.

Tanpa berlengah lagi minta pertolongan pakcik gugel untuk mencari resepi yang senang-senang je. Maka wat julung-julung kalinya terhasillah masterpiece dari dapur angandansedar. Paprik... Entah jadi ke tak.. Rupa macam jadi, rasa belum tau haha. Key la nak makan bersama juri ni.. Selamat menjamu selera


Sunday, February 5, 2012

Walimatulurus

Cuti-cuti macam ni ramai yang ambik peluang mendirikan masjid. Hari ni gi kenduri kawin sedara kat Teluk Gong. Masa-masa ni la jumpa semua sepupu sepapat, sedara mara, yang baru kenal pun ada. Seronok gak, tapi kena tahan telinga la bila orang asyik dok tanya2 'yang ni pulak bila lagi?' haish soklan cepu emas betul!!! Sengih je la....

Selamat pengantin baru wat Rosita dan Shokeri.. Moga bahagia hingga ke syurga... Amin...





Friday, February 3, 2012

Hidangan malam ini

Menu mengisi Cik peyut malam ini ialah Char Kue Tiaw. Yummy, tapi masalahnya beli kat pasar malam petang tadi jam 6, baru nak makan la ni dah jam 9. Dah kembang huhu, jadi kue tiaw kembang semangkuk. Sape suh makan lambat. Jangan membazir, cik peyut pun tengah berkeroncong sakan ni. Sila lah menjamu selera. Jemput makan..

Thursday, February 2, 2012

Barang 'haram' laris di pasaran?

p.s: Artikel agak panjang berjela. Bacalah dengan sabar. Moga ada manfaatnya.


PELAKSANAAN Akta Perihal Dagangan 2011 yang hanya mengiktiraf logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mulai tahun ini nyata memberi keyakinan kepada pengguna Islam menikmati produk makanan tanpa was-was.

Di sebalik keputusan dianggap terbaik ini, kita seolah-olah terlupa bahawa soal halal atau haram bukan menjurus tentang makanan semata-mata. Hakikatnya, ia juga membabitkan barangan kegunaan harian termasuk peralatan kosmetik.

Namun, sejauh manakah kita pasti bahawa peralatan atau barangan digunakan itu adalah daripada sumber yang halal? Pernahkah kita terfikir terdapat sikat rambut yang diimport diperbuat daripada haiwan yang haram digunakan oleh masyarakat Islam?

Hakikatnya, banyak lagi barangan berasaskan bulu, tulang, lemak atau kulit babi yang begitu laris penjualan dan penggunaannya di kalangan pengguna Islam tanpa disedari berikutan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak penjual.

Ikuti laporan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, ROSALINDA MD. SAID dan SITI NURAZLINA JAMALUDDIN serta jurugambar, MOHD. FARIZWAN HASBULLAH, MOHD. AZIM ABDUL RAHMAN dan ZAINI HUSIN bagi menyingkap fenomena lambakan barangan kegunaan ‘haram’ tetapi turut laris di kalangan masyarakat Islam.


Haram tetapi laris. Tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian besar daripada barangan kegunaan import yang kita gunakan di rumah diragui status halalnya. Hasil siasatan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia di empat buah pasar raya besar dan pusat beli belah sekitar ibu kota mendapati daripada 20 barangan kegunaan yang dijual, separuh tiada tanda halal.

Apa yang lebih mendukacitakan, ada di antara produk tersebut didapati antara bahan pembikinannya diperbuat daripada sama ada bulu, tulang atau kulit babi. Kebanyakan barangan kegunaan itu terdiri daripada produk keperluan harian dan dandanan diri selain peralatan serta kelengkapan rumah. Antaranya ialah sikat, losyen, pinggan-mangkuk, barangan kulit (kasut, jaket, tali pinggang) dan berus cat (termasuk berus lukisan).

Sudahlah tidak halal, paling mengejutkan ialah apabila barangan itu langsung tidak diasingkan kedudukannya. Ini dikesan menerusi bungkusan barangan tersebut yang jelas memaparkan label made of boar (diperbuat daripada babi). Bagaimanapun, masih terdapat beberapa barangan lain seperti berus cat dan berus lukisan yang tidak mempunyai sebarang maklumat.

Status berus terbabit hanya terdedah apabila ujian makmal dilakukan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Produk Halal (IPBH) di Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini. Keputusan mendapati, beberapa berus cat yang diuji tersebut sah diperbuat daripada bulu babi.

Hakikatnya, persoalan halal atau haram barangan kegunaan tidak akan selesai selagi tiada penguatkuasaan tegas pihak berkuasa. Ini sekali gus memudahkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaburi mata pengguna Islam semata-mata untuk melariskan barangan kegunaan haram yang dijual. Sebagai panduan, teliti satu persatu kes di bawah ini agar kita dapat bersama-sama mencari penyelesaian terbaik berhubung isu barang gunaan haram di Malaysia.


BARANG 1: SIKAT
SEKALI imbas tiada siapa akan menyangka sikat rambut bulat yang dijual di salah sebuah kedai kecantikan terkemuka di sebuah pusat beli belah di ibu kota ini rupa-rupanya berstatus tidak halal.

Bukan satu atau dua, bahkan sudah ramai pengguna Islam meluahkan kekesalan dan rasa tertipu mereka akibat terbeli sikat yang diperbuat dari babi itu. Namun sikat yang bercirikan ion-seramik itu masih juga diletakkan di rak barangan tanpa sebarang label yang tertulis 'tidak halal' di sampingnya.

Sikap pengusaha kedai yang enggan melabel 'tidak halal' meskipun pada bungkusan barangan itu telah jelas terpapar maklumat diperbuat daripada babi secara tidak langsung memperlihatkan ketidakprihatinan mereka.


BARANG 2: BERUS CAT
PERNAHKAH anda menggunakan berus cat yang memiliki ciri-ciri seperti - bercabang di hujungnya, boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras serta tidak mudah rosak dan tertanggal?

Percaya atau tidak, berus cat yang selama ini anda gunakan untuk mengecat dinding rumah mahupun bilik rupa-rupanya diperbuat daripada bulu babi yang dikenali sebagai babi biri-biri atau mangalitsa. Makin mengejutkan, tinjauan di kedai barang dan peralatan mendapati, dari tujuh berus yang terdapat di rak barangan, lima daripadanya begitu ketara menunjukkan ciri-ciri berus cat bulu babi.

Melihat kepada bilangan berus cat yang banyak serta kepelbagaian saiznya berbanding tiga jenis berus cat sintetik yang turut dijual, tidak keterlaluan dikatakan berus cat haram ini sememangnya laris dan popular di kalangan pengguna.


BARANG 3: PINGGAN MANGKUK
BERWASPADALAH ketika membeli pinggan mangkuk dan perkakas makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan termasuk tulang babi.

Istilah bone China bermaksud campuran tulang-temulang babi yang dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi tanah liat. Amat mudah untuk mengenali perkakasan yang mengandungi tulang babi kerana kebiasaannya tercatat bone China di belakangnya.

Tujuan menggunakan tulang itu adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus serta warnanya yang lebih putih dan ringan. Justeru, tidak hairanlah jika pinggan-mangkuk daripada sumber bone China dijual agak mahal berbanding porselin biasa.

 Sumber artikel: Utusan Malaysia 2 Februari 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)