Saturday, March 31, 2012

Earth Hour 2012


Sejak tahun 2009 Malaysia telah menyokong kempen earth hour setiap tahun yang akan disambut di seluruh dunia pada hari sabtu terakhir bulan Mac. Tahun ini ia jatuh pada hari Sabtu. Hari ini. Malam ini. Tak susah pun, anda hanya perlu mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama SATU JAM SAHAJA bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Walaubagaimanapun, sila berhati-hati, sebelum bergelap pastikan semua pintu dan tingkap dikunci bagi memastikan keselamatan anda semua. Bukannya apa, masa gelap-gelap ni ramai yang suka mengambil kesempatan memecah masuk rumah / premis orang lain. Sambil-sambil selamatkan bumi jangan abaikan keselamatan diri.

Friday, March 30, 2012

Cuti-cuti Perhentian - Edisi 1

Percutian 3 hari 2 malam bersama my mom n my sis di Pulau Perhentian minggu lepas memang menyeronokkan. Hilang semua serabut yang bersarang kat kepala. Rasa lenyap semua masalah sekejap. Dikelilingi laut yang membiru, angin yang lembut menyapa walau hampir rentung dek panahan mentari, tiada panggilan telefon yang menyesakkan. Ahh..damainya... rasa macam nak jadi orang pulau pulak. 


Bertolak dengan bas Ekspress Mutiara jam 9.00 malam dari Putrajaya Sentral dan tiba di Kuala Besut jam 6.30 pagi. Mujur ada travel ejen yang menyambut, tak de lah kitorang terkontang-kanting tak de arah, maklumlah mana pernah sampai Kuala Besut ni, jakun sekejap. Sambil tunggu bot untuk ke Pulau Perhentian jam 8.00 pagi, lepak-lepak kat jeti menikmati matahari terbit. 

Matahari terbit @jeti Kuala Besut

Dari Jeti naik speed boat selama sejam, pusing-pusing hantar semua penumpang ke chalet masing-masing dan kitorang adalah penumpang terakhir yang turun kat Cocohut Chalet!! 


otw ke CoCoHut.. Biru nya air laut



Jernih hingga ke dasar

Sementara nak tunggu check in jam 11.00 pagi, sempat lagi bersantai menghayati keindahan pantai kat depan chalet. Nyaman sungguh....


Bersantai menikmati tiupan angin pantai yang mendamaikan 


New CoCoHut Chalet.

Room B13 - Garden View, tapi tak nampak pulak tang mana garden nya...


Waktu yang ada tidak disia-siakan, harus lepaskan gian mandi laut. Jam 5.00 petang dah mula berkubang, walaupun matahari masih terik terpacak. Bersuka ria kat dalam laut sampai matahari terbenam. Ahhh alangkah indahnya dunia... Konon-konon banyak lagi nak cerita ni tapi malas la pulak nak menulis. Nanti kite sambung lagi la..

SunSet

Dah hampir malam.. masih belum puas berendam kat laut

Friday, March 23, 2012

Cuti

Yeay.. akhirnya masa untuk bercuti sudah tiba. Penat rasanya dok mengadap kerja sepanjang masa lebih-lebih lagi bila ada orang yang tak mahu buat kerja dia, semua nak tolak kat orang, tak larat dah rasanya. Kepala ni dah mintak tolong direhatkan sementara. Malam ni akan bertolak ke Terengganu untuk bercuti. Rabu baru masuk kerja balik. Harap-harap tidak ada panggilan telefon nanti, kalau ada pun tak mahu jawab!!! aku nak menikmati percutian ini dengan tenang, aman dan damai...

Wednesday, March 21, 2012

Cadangan penubuhan Malaysia Board of Technologists (MBOT)

Sedikit entri selingan...



Adakah anda dikategorikan sebagai seorang atau bakal teknologis? Adakah anda seorang atau bakal:-
  • Graduan Teknologis (Graduate Technologist)
  • Juruteknik Berkelayakan (Qualified Technician)
  • Teknologis Profesional (Professional Technologist)
  • Juruteknik Bertauliah (Certified Technician)
Sekarang ni, MOSTI dan rakan kementerian berkaitan sedang menggubal satu Rang Undang-Undang (RUU) Teknologis dan Jururteknik 2012 khusus bagi penubuhan dan pelaksanaan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Tujuan penubuhan MBOT adalah bagi mengiktiraf dan memperkasa teknologis dan juruteknik sebagai satu profesion ikhtisas di Malaysia. Penubuhan MBOT akan dilaksanakan melalui penggubalan RUU Teknologis dan Juruteknik 2012 yang akan memberi kuasa kepada MBOT bagi pendaftaran dan pengiktirafan teknologis dan juruteknik serta bagi maksud yang berkaitan dengannya.

RUU Teknologis dan Juruteknik 2012 telah dimuatnaik di laman web MOSTI (http://www.mosti.gov.my/) bermula pada 20 Mac 2012 selama 21 hari untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada orang ramai. Sebarang pandangan dan maklum balas mengenai cadangan penubuhan MBOT dan RUU Teknologis dan Juruteknik 2012 boleh dikemukakan kepada urusetia melalui emel info.mbot@mosti.gov.my atau melalui facebook (http://www.facebook.com/1mbot) atau twitter (https://twitter.com/mbot_2012/)

Sekiranya pekerjaan atau bakal pekerjaan anda berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas, rajin-rajinkanlah diri menyemak RUU tu, manalah tau ada yang nak menyuarakan pendapat dan pandangan. Jangan bila dah kuat kuasa nanti baru rasa tak puas hati la, tak tahu apa-apa la, masa tu tak boleh nak buat apa dah.

Wordless Wednesday - Edisi 6

Enak dipandang belum tentu enak dimakan...



 

Friday, March 16, 2012

Layanan kelas pertama untuk pembantu rumah Indonesia

Jawatan terhangat di abad ini
Jawatan:
Bibik

Pengkhususan:
Jaga anak / Jaga orang tua / Masak / Kemas rumah

Gaji Bersih :
RM700

Kemudahan:
Makan minum Disediakan
Tempat tinggal disediakan
Akaun atas nama sendiri
Pasport pegang sendiri
Cuti seminggu sekali




Panas pulak rasa hati mendengar berita pagi tadi

"Pembantu rumah dari Indonesia yang mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah bakal majikan mereka. Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanya mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain"

Maknanya kalau nak bibik buat semua kerja, majikan kena ambil 4 orang bibik. Pergh..ni bukan nak menyenangkan hidup cam ni, dah menambah beban pulak nak menanggung 4 orang lagi kat rumah. Biar betul Pasukan Khas Malaysia yang dihantar untuk berunding boleh buat keputusan yang SANGAT-SANGAT tidak adil seperti ini. Kalau macam ni la gayanya, hanya juta-juta-jutawan sahaja yang boleh pakai bibik. Gaji kebanyakan orang kat Malaysia ni rasanya tak mampu nak tanggung kos yang macam tu. Istimewa sangat ke pembantu rumah dari Indonesia ni. Ada Ijazah dalam pengurusan rumah tangga kot. Dah la bibik-bibik ni semua banyak yang menipu, mencuri, lari ikut boyfriend, mendera segala bagai tak berbaloi langsung. Setakat 2, 3 orang yang kena dera macam-macam benda pulak yang dia minta. Baik ambik pembantu rumah tempatan. Kalau bagi insentif macam tu rasanya ramai yang nak jadi bibik daripada kerja kilang.

Cukup-cukup la ambik pembantu rumah Indonesia ni, boikot je apa susah. Lepas tu ada hati pulak nak hantar ribuan lagi amah ke Malaysia, anggaran antara 4000 - 5000 orang sebulan. MAK AIII... penuh ngan orang Indonesia la negara kita ni. sekarang ni pun dah rasa terasing kat bumi sendiri. Pastu dorang balik sana buat banglo. Kita kat Malaysia ni juga yang mengemis di bumi sendiri. Pihak berwajib sila bela nasib rakyat MALAYSIA bukan bela nasib Rakyat INDONESIA...

Patutnya dengan segala kemudahan yang pembantu rumah Indonesia tu dapat, majikan juga mesti berhak buat potongan..

Sewa Bilik: RM200.00 (Ni pun dah kira murah)
Makan minum: RM200.00
Bil air + bil elektrik + bil astro: RM50.00
Menggunakan barang-barang milik majikan untuk diri sendiri: RM50.00
So gaji bersih bibik adalah RM200.00 SAHAJA dan jangan lupa bayar cukai pendapatan!!!

Oooo ada bayaran tambahan pulak, RM128.00 jika tidak diberri cuti dan tambahan lagi RM27.00 bagi setiap hari cuti yang dia bekerja..

pergh... ada sape-sape yang nak pakai bibik pengkhususan mengemas rumah tak??? nak apply ni haha


Nota kaki: Isteri-isteri semua boleh duduk rumah jadi suri rumah. Dapat elaun RM700 semua kerja siap hehe.

Thursday, March 15, 2012

Contengan

Bila internet slow macam kura-kura..eh kura-kura lagi laju kot
Bila internet lambat macam gary si siput sponge bob... eh Gary lagi laju kot
Bila internet lembab macam kereta sangkut dalam jam
Bila internet dan bikin hati panas membara-bara
Nak berbelog pun rasa malas
Tekan-tekan tunggu punya tunggu punya tunggu
Sebelum laptop pulak yang jadi mangsa amuk
Baik out dulu....

Tuesday, March 13, 2012

Farewell Boss

We had joy we had fun we had seasons in the sun
But the hills that we climbed were just seasons out of time


Sudah sampai masanya mengucapkan selamat jalan. Encik Boss, walaupun bersama kami semua cuma 8 bulan tapi banyak yang telah kita semua lalui, bekerja bersama, bersuka ria bersama, kena marah bersama, bergosip bersama, stress bersama..

Now you are going to meet with new people, to have new friends. This is not bad, but don’t forget the old ones
 
 
Walaupun mungkin tidak lagi bertemu, kami takkan lupa encik boss pernah bersama kami mengharungi susah payah menangani pelbagai karenah manusia. Kami yang tertinggal di sini masih lagi meneruskan kesinambungan kerja yang tak pernah sudah. Bekerja dengan encik boss, walaupun kadang-kadang menimbulkan rasa tak puas hati juga :D, tetapi kami tetap gembira dan seronok.
 
 

Kami di sini mendoakan encik boss berbahagia ditempat baru, moga lebih sihat sejahtera, lebih gembira, lebih bersemangat, lebih tebal poketnya, lebih segala-galanya. Dan semoga jalinan ukhwah antara kita semua tidak putus begitu sahaja, muka buku kan ada, jangan pulak encik boss unfriend kitorang, kecik ati tau.
 
 

 - Dari X anak buah boss -

Monday, March 12, 2012

Nurul Nadirah di temui


Setelah lebih 10 hari dilaporkan hilang, akhirnya adik Nurul Nadirah ditemui. Namun, berita penemuan beliau bukanlah sesuatu yang menggembirakan, sebaliknya mencoretkan satu lagi kisah duka yang menyayat hati apabila hari ini Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin Isnin mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia hari ini mengesahkan perkara itu berdasarkan hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit.


"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Motif kejadian, punca, sebab musabab yang membawa kepada pembunuhan kejam tersebut masih dalam siasatan polis. 4 orang suspek telah ditahan setakat ini termasuk ayah adik Nurul Nadirah. Diharap tidak ada spekulasi yang bukan-bukan sebelum polis menyelesaikan siasatan. Sama-samalah kita berdoa moga roh adik Nurul Nadirah tenang di sana dan pihak yang bertanggungjawab menerima hukuman yang setimpal. Al-fatihah.


nota kaki: manusia semakin kejam, nilai-nilai kemanusiaan mulai pupus. Ibu dan ayah, jagalah anak-anak anda.


sumber berita: Buletin utama, TV3, Bernama

Thursday, March 8, 2012

Kehilangan Nurul Nadirah Abdullah

Semalam dapat SMS dari SKMM tentang kehilangan seorang kanak-kanak berumu 5 tahun, adik Nurul Nadirah binti Abdullah, 5 tahun yang di laporkan hilang pada 1 Mac 2012 berdekatan Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor. Sesiapa yang menjumpai atau pernah melihat beliau diminta menghubungi Balai Polis berdekatan ataupun hubungi talian 07-225 4422.
 

"Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan flet berkenaan.

Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan didapati tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah"

Zaman sekarang bukan macam zaman aku kecik-kecik dulu, mak ayah tak risau lepaskan anak ke kedai atau bermain-main di sekitar kampung, pergi sekolah darjah 1 pun jalan kaki je. Zaman-zaman tu mak ayah lebih risau kalau anak-anak main tepi jalan takut di langgar kereta. Sekarang...sangat bahaya membiarkan anak-anak yang masih kecil berjalan sendiri, tak selamat. Nak lepas ke sekolah seberang jalan depan rumah pun risau yang amat...

Sama-samalah kita berdoa moga adik Nurul Nadirah selamat dan peristiwa menyayat hati seperti yang menimpa adik Nurul Jazmin Jazimin tidak berulang. Moga dia selamat..Amin...


Sumber berita: Nur Alert SKMM, Berita Harian, Bernama

Wednesday, March 7, 2012

SBPA dan kopok lekor

Para penjawat awam mesti tak sabar-sabar nak tahu hasil penantian selama 3 bulan ini, SBPA dilaksanakan menggunakan kekdah yang mana? Harap-harap adalah berita baik yang akan memuaskan hati semua gred jawatan. Perjumpaan penjawat-penjawat awam dengan PM esok akan meleraikan segala kekusutan yang menjadi tanda tanya sejak hujung tahun lepas. Ramai tak tidur lena malam ni, tak sabar menunggu esok tiba.

Pasti nya esok juga akan menjadi hari yang di tunggu-tunggu oleh para peniaga, DAN harap-harap berita baik tidak akan diiringi dengan berita buruk kenaikan harga barang!!! Sekarang ni pun rega kopok lekor 4 ketol bersaiz tak boleh blah ialah RM1. Lepas SBPA mungkin rega nya akan jadi RM1 seketol!!! Sabar je la mak noks.

Update SBPA:-
SBPA di batalkan, SSM kekal dengan penambahbaikan
Kenaikan gaji penjawat awam dari 7% - 13%
Untuk Gred 1-54 = 13%
Gred Utama A, B, C = 9%
Turus II dan III = 8%
Turus I dan KSN = 7%


nota kaki: Ramai dan bersuara bimbang takut-takut harga barang akan naik 13%..

Tuesday, March 6, 2012

Krisis

Wah tajuk kemain gempak lagi. KRISIS. 
Adakah entri ini akan bersifat serius? krisis apakah? krisis identiti? krisis kewangan? krisis politik? krisis bencana? krisis rumah tangga?

Aku tengah pening-pening lalat ni, berselirat dan bersimpul-simpul rasanya segala urat-urat kat kepala otak nak menyiapkan menda alah kat bawah nih.




Crisis Communication Plan... 
Aku rasa aku yang dah kena krisis kecelaruan minda. 
Help!!!!

Monday, March 5, 2012

Review: Adnan Sempit 2


Ekceli dah tengok cite ni 2 minggu lepas tapi malas benar nak nulis nya. Baru hari ni nak review la kekononnya tapi dah lupa pulak camana citenye huhuhu.. Eh kalau lupa tu maknanya tak berapa menusuk di kalbu la kan?? Hurm.. Adnan Sempit 2 ni of kos la kesinambungan daripada Adnan Sempit yang meletop-letop sebelum ni. Almaklumlah dah untung juta-juta, harap-harap kesinambungan cerita ni akan lebih juta-juta lagi la ye dak...
 

Cerita panjang pun tak guna, rasanya ramai yang dah tengok kot cerita ni, tak perlu la nak ulas panjang lebar kan, kalau tak tengok lagi pun mesti dah boleh agak jalan ceritanya. Ala mestilah nak gi tau camana kesudahan kisah cinta antara dua darjat Adnan dan Nadia, cinta Bobby dan Wawa, kisah si Ismad penyanyi karaoke yang cuba menakel wawa haha. Di selitkan juga la elemen-elemen sabotaj, saspen, kelakar (eh haruslah kelakar kan), air mata (-_-)... urutan tunjuk langit (motif??)


Pada aku la, cerita ni tahap oke-oke aja, mungkin sebab aku memang kurang gemar kalau filem ada sekuel-sekuelan ni. Gelak-gelak juga kat dalam tu, kira berbaloi la juga, lebih-lebih lagi bila si Adnan belajar english education bergurukan si Bobby, memang ngam sangat dah tu. Sesapa yang rasa nak bersantai-santai hilangkan penat bekerja boleh je layan Adnan Sempit 2 ni. Selamat menonton.

Sunday, March 4, 2012

Jalan-jalan @ekspo buku

Tak tau pulak ada ekspo buku kat presint 3, Putrajaya. Mula 24 feb lagi, tapi hari terakhir ni baru tau haha teruk sungguh. Salah sape? Tak de publisiti atau aku yang tak mengambil tahu huhu.

Sempat juga la tadi menyinggah kat ekspo tu, hmm.. Kecik je ekspo nya tapi sempat juga memborong buku, haish..rambang mata sungguh. Ni kena menabung untuk pesta buku antarabangsa pulak!!!

Saturday, March 3, 2012

Farewell Shahida

Semalam hari terakhir Shahida bersama kami. Minggu depan dia dah bertukar ke agensi. Hmm..walaupun tak sampai setahun ngan kitorang tapi rasa la juga kehilangan.. ye lah, lama duk satu unit, kerja sama-sama, gossip sama-sama, ketawa sama-sama, sakit hati pun sama-sama. Shida dah pindah ke PJ, tak da la jauh sangat tapi mungkin kekerapan nak jumpa lagi tu dah berkurang.. Apa-apa pun kami di sini mendoakan ko gembira kat tempat baru sama macam ko gembira kat sini, tapi mungkin kurang ceria je sebab kitorang tak de hehe.. 

 Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang dimata tapi dihati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga kita berjumpa lagi di lain masa

Sempena hari terakhir bersama, kita semua makan-makan ala barat kat secret resepi!!! masing-masing bukan main lagi berselera naga huh..


Alamak..highlight kat makanan lagi besar dari farewell Shida nih huhuhu.. 
Cik Shida, selamat bertugas di tempat baru.. 
aku tujukan lagu kat bawah nih untuk ko...

Thursday, March 1, 2012

Allah is always by your side

Tika diri sudah lelah..Saat hati hampir berpaling..
Akal-fikiran sering bertanya kenapa?? mengapa??
Yang keluar dari bibir hanya keluh kesah..resah...
Bila segala-galanya terasa semakin berat..sukar...kelam...gelap...

Janganlah berputus asa...kerana ALLAH bersamamu...
YA ALLAH...pinjamkan lah aku kekuatan...


Sedang mengulang-ulang dengar lagu ni. Sangat menginspirasikan..Insya Allah...

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go

Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)