Sunday, April 29, 2012

The Avengers

Hari Jumaat lepas dah selamat layan The Avengers @GSC Alamanda, perg memang best, tak rugi tengok. Ni kejap lagi nak layan yang Versi 3D pulak haha..Tiket sold out manjang.. Sib baik dah book online.. Rajin nanti leh wat review, pape pon jom ramai-ramai kita terjah..

Thursday, April 26, 2012

Pesta Buku Antarabangsa

Para pencinta buku, ulat buku, kaki buku, gila buku, muka buku..
apalagi masa nya sudah tiba..
SERBU......

Monday, April 23, 2012

World's longest word

'Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanokoniosis'
refer to a lung disease caused by silica dust



Nak menyebutnya pun dah berbelit lidah, inikan pula nak mengejanya.. mau berputar kepala otak ni. Perkataan terpanjang didunia ini di eja oleh adik Ahmad Suhail Ahmad Nizam, 13 tahun sempena perasmian RHB New Straits Times National Spell-It-Right Challenge musim ke 5. Okeh mari sama-sama belajar mengeja dan menyebut... sekali lagi....


'pneumonoultramicroscopicsilicovolcanokoniosis'

Friday, April 20, 2012

Preve vs VW Polo Sedan vs Jazz Hybrid

Kereta zaman sekarang ni dah jadi macam satu keperluan. Semua berlumba-lumba nak pakai kereta, nak ganti kereta setiap tahun, nak ada dua tiga biji kereta sekali. Satu rumah tu kadang ada lapan bijik kereta sampai parking kat rumah orang pun ada. Haish.. macam mana jalan raya tak sesak, buatlah sampai tiga lorong pun sesak juga, agaknya nak kena buat jalaraya 7 lorong kot baru ngam. Eh apa pulak aku melalut ni.. asalnya cuma nak tulis pasal tiga bijik kereta yang amat menggoda selera ni, tapi nak beli cam tak mampu pulak, mampu tengok je la...


Proton PREVE yang baru dilancarkan. Buatan Malaysia. Cantik, menarik, tertarik. Harap-harap kereta nasional yang ni tak adalah masalah biasa kereta proton ye.. Harganya dalam RM60K - RM75K, mampu milik lagi ni. Drive it to believe it. Aww..cam nak pi tempah je la la ni..


New Volkswagen Polo Sedan. Looking for cost effective, value for money and affordable German quality? mungkin inilah keretanya. Macam proton Saga pulak aku tengok. Bagi yang suka sangat kereta luar negara dari kereta tempatan boleh la pi carik VW Polo Sedan ni, harganya dari RM99,888.00 Sahaja.


Yang hijau ni pulak harganya dari RM94,800.00. Rasa nak jimat sambil menyelamatkan bumi. Honda created a range of hybrid cars to give something back to nature. Bolehlah mula survey.


Aduh tengok kereta lama-lama keinginan pun mulalah membuak². Haish... sabar.. masih belum diperlukan okeh, wat masa ini jadilah pengguna pengangkutan awam sahaja...

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday - Edisi 7 (Tandas)


Tuesday, April 17, 2012

Bebas seketika

Alhamdulillah.. Selesai sudah segala urusan dari Palace of the Golden Horses ke MRSM Jeli, Kelantan. Minggu yang sibuk dan menyeramkan sudah berakhir. Bolehlah bernafas seketika sebelum kesibukan itu bersambung lagi. Harap-harap boss dan insan-insan lain yang pergi akan ada pengganti secepat mungkin. Tak sanggup rasanya nak menanggung semua kesibukan ini seorang diri. Banyak yang tertangguh, tertinggal, terabai, terbiar... apa boleh buat, dah kerja.. sabar je la... semangat.. semangat...







Tuesday, April 10, 2012

Pekerja terbaik abad ini

Maka dengan ini aku telah mengisyiharkan diri sendiri sebagai pekerja cemerlang, gemilang terbilang di abad ini. Jam sudah menunjukkan jam 12.04 am, dah masuk hari Selasa tapi aku tak balik lagi. Masih di pejabat. Dari pagi semalam..Isnin, jam 5.45am dah masuk kerja, maksudnya sudah 17 jam bekerja. Kalah pekerja kilang cam ni. Balik rumah jap lagi boleh tidur beberapa jam sahaja dah kena bangun gi kerja balik. Ahh tak berbaloi rasanya, mata pun dah tak larat ni, penat sesangat!!! JOM BALIK!!! ZZZZzzzzzzzz


Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday - Edisi 7

Saya menyokong penuh kenyataan ini...

Tuesday, April 3, 2012

Akulah jutawan itu

Sungguh bertuah den dapat durian runtuh.. murahnya hati beliau menyedekahkan kat aku dua juta pounds!!! Maca tau-tau jek aku ni tak berapa nak kaya.. Gila kentang.. yeeehuuu pokcik kayooooo.. ko ado?? non ado...



Terima kasih yang tidak terhingga wahai puan Hazrawaty.. Lu memang sempoi... Gua nak pi kira duit jap.. ^_~

Monday, April 2, 2012

Safee Sali sah bercerai

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. 

Penyerang kebangsaan Safee Sali bercerai talak satu dengan isterinya Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam




Mungkin sudah tiada jodoh, suratan hidup bersama cuma setakat ini. Sebab apa? kenapa? puncanya? biarlah hanya mereka yang tahu, tidak perlu membuat spekulasi sendiri, apalagi andaian yang bukan-bukan. Cuma doakan sahaja mereka berdua akan bertemu kebahagiaan yang dicari, yang penting anak-anak jangan diabaikan.

“Alhamdulilah semuanya sudah selesai, saya harap tiada spekulasi lagi antara kami berdua,” kata Sabarina yang ditemani peguamnya, Ezura Nashuha Abdul Hadi.

Ezura Nashuha berkata kedua-dua anak pasangan berkenaan Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2, diserahkan dalam jagaan Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.


Buat Safee Sali, teruskan kecemerlangan dalam bola sepak dan terus harumkan nama Malaysia. Jangan sangkut kat awek Indon sudaaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)