Wednesday, December 4, 2013

Resepi: Butter Milk Chicken MeleTOPzz

Asalamualakum readers..

Topik hari ini ialah jom memasak bersama chef versi amatur. Dah makan? tukang tulis ni haruslah dah kenyang, kalau tak mana nak datang tenaga tulis entry haha. Makan beli kat cafe ofis je, tak berapa umph disamping kemahalan melampau, tapi tak de pilihan.. apo nak di kato..

Eh eh.. hari ni hari rabu kan, patutnya kena wat entry kurang perkataan eh, ahh yang tu petang-petang kang muatnaik! sekarang masa untuk tepek resepi bajet sedap (memang sedap hokey). BUTTER MILK CHICKEN.. resepi ni di cilok dari berbagai-bagai laman web, dicampur-campur ala kadar sampai sedap kikiki tapi rujukan utama dari myresipi.


Apa yang kena ada? 




> Mestilah ayam, kalau udang resepi ni namanya butter milk prawn.. (oke tak kelakar) - saya guna dalam 700g kot tak timbang pulak.
> Cendawan butang dalam 5-6 butang, potong kecik
> Sedikit tepung jagung + sebiji telur
> Bawang
> 1 tin susu cair
> Butter - setengah kalau guna buttercup tu
> Beberapa helai daun kari
> Cili padi sesuka hati
> Susu pekat dalam 2 sudu
> Sedikit air
> Penambah perisa



Lagu mana nak buat?


Mula-mula perap ayam dengan bawang yang ditumbuk dan bahan perasa lepas tu celup-celupkan sikit ngan tepung jagung.


Goreng ayam tu sampai agak-agak garing dan ketepikan.






Panaskan kuali > masukkan butter > dah cair masukkan cendawan butang, cili, dan daun kari > masukkan susu cair > dah mendidih, masukkan ayam > masuk susu pekat > perasakan > dah agak pekat boleh tutup api.


Kalau nak buat ala-ala butter milk chicken kat Chicken Rice Shop tu, ayam tak yah la potong kecik-kecik, lepas tu kuah ni kasi pekat-pekat then tuang je atas ayam.. perh memamg marveles tahap tak hengat..


Dah siap kan.. apa lagi kaut dalam mangkuk > amik nasik sepinggan > duduk > makan > kenyang > Alhamdulillah..


Selamat mencuba ya..


Senyum selalu

Tuesday, December 3, 2013

Sonata Musim Salju

Asalamualaikum readers...

Fuh... Sejuk sungguh semenjak dua menjak ni, almaklum la winter khen.... Haha verangan tak ingat.. Eh betullah tu, atau dalam versi Malaysia nya musim tengkujuh hihihi.

Hujan semedang sekarang ni. Dok kat ofis pon menggigil kesejukan. Sib baik ada baju sejuk ala kadar ni, kurang la sikit sejuknya tambah lagi bila dapat pekena mineral coffee + beskot lemak berkrim ni, heh lagi la heaven!


owh.. sila abaikan jari-jari yang bolat-bolat itew..


beskot pon sodap masa-masa ni


Dalam pada Che Ta n Zain Saidin menghitung hari kawin (ok tak de kena mengena) tetiba dapat hadiah walaupun besday lambat lagi.. Wah suprise suprise.. Oke tak suprise sangat la sebab sendiri mintak dengan tak malunya minggu lepas hihihi, tak sangka dapat novel jiwa-jiwa sebijik. TQ Kak Ku.. Bole la layan jiwang plus berdrama air mata pas ni kihkihkih tak menahan..




Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera

Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua

(petikan lagu Sonata Musim Salju | Hazami | 2009)




Senyum selalu


Sunday, November 3, 2013

Janji di capati vs Final Piala Malaysia

Assalamualaikum readers..

Hujan sepanjang petang...
Demam Piala Malaysia..
Tengah dok stok mengadap TV tetiba kuar ucapan khas Astro kat skrin TV
'service currently not available'


WHAT THE xxxx
mana janji manis Astro masa tukar ke beyond hari tu?? 
Kata tak da lagi gangguan masa hujan.. 
Hurm.. Janji di capati kah????

------------------------------------------


Sib baik hujan tak berpanjangan, dapat lah jugak layan final Piala Malaysia: 
Pahang vs Kelantan
Siti Nurhaliza vs Neelofa ekekekeke ada jek idea dorang nih...


Ulasan? Oh aku bukan pengulas sukan hehe tak reti nak ulas-ulas ni. Sambil-sambil men Plants vs Zombie kat laptop, mata dok mandang TV jek... Game memang ohsem gile, dup dap dup dap jantung.. Nerves ngalahkan orang yang main gamaknya haha.. 


Negeri sendiri tak main, makanya dok sokong negeri angkat.. Pahang.. haha.. sejak bila tah... Oh yeh.. Sib baik menang... 1-0... Tahniah Pahang.. Tahniah Kelantan juga... Jumpa lagi musim depan.. Tapi aku tengok bola masa final je hohoho





Tahniah sekali lagi.. Esok cuti yeay.. Verangan je lebih, gi tido.. Esok keje.. Selasa kite cuti eh.. :)


Senyum selalu

Friday, November 1, 2013

Thor: The Dark World

Assalamualaikum readers..

Dah selesai layan cite Thor: The Dark World. Review?.. Malas nak tulis lagi hehe.. Kesimpulannya: not bad, full action, ada kelakar sikit, cinta2 pun sikit je.. tak meleret.. tak ngantok.. 

Oke la tu kan.. 

Sekian..





Senyum selalu

Wednesday, October 30, 2013

Resepi: Kek Keju Biskut aka Cheesecake Biscuits

Assalamualaikum readers...

Hurm.. semenjak dua menjak ni malas benau nak meng hapdate belog kesayangan ini. Macam kurang rajin je nak taip-taip.. Hari ni je rasa membuak-buak keinginan nak tulis, pikir-punya-pikir akhirnya tepek resepi jek huarhuarhuar.. 

Resepi ohsem ni di cedok dari belog Cik Epal vogue. Dah buat dua kali! raya puasa ngan raya haji. Rasanya memang meleTOP, maVELES, meLELEH, yuMMY.. yang penting, senang SANGAT nak buat, tak yah masak-- tak yah bakar-- tak berpeluh-peluh kat dapur-- bahan-bahan dia pun senang JE..


Bahan-bahan

Cream Cheese 250g
Susu segar / full cream
Biskur Deluxe Crackers
Susu pekat manis 1/2 tin
Nestum sesuka hati

Haaa tu je.. senang banget bukan.. oh lupa, kena tambah sikit kerajinan dan keikhlasan sebagai penyedap rasa huehuehuhuehue








Nak buat acane

Mula-mula putar cream cheese.. kalau nak senang guna la mixer

Dah lunyai cream cheese tu masukkan 1/2 tin susu pekat manis.. kalu rasa-rasa suka manis, boleh letak ikut suka tekak anda.. tapi risiko penyakit tanggung sendiri hehe

Pastu putar lagi sampai sebati

Dah siap, boleh letak tepi kejap

 

Tuang susu segar / susu penuh krim dalam mangkuk

rendam-rendamkan la biskut tadi tu sampai agak-agak lembab, jangan lak sampai lembik biskut tu.. kte nak masih ada kerangupannya di situ okeh

Pastu susun biskut yang dah rendam tadi dalam loyang

Dah siap layer bawah tu, boleh lah bubuh adunan cream cheese tadi kat atas biskut.. tak yah tebal sangat

Then taburkan nestum

Ulang balik letak biskut untuk layer kedua... layer ke tiga... biasanya buat dalam tiga layer je..

Kat atas sekali bubuh sampai habis cream cheese tu, kasik tebal-tebal dari yang kay bawah-bawah tu... nak bagi creamy yummy yummy gitu huhu

Last sekali tabur nestum banyak sikit


Taraaa.... dah siap... kan mudah tu... kacang je, 15 menet dah siap.. tapi belum boleh makan lagi okeh.. sila jangan gelojoh.. gi simpan dulu dalam peti ais semalaman.. Pergh... slurp slurp.. sedapnye...

Agak-agak dah oke, bolehlah potong dan silalah menjamu selera.. selamat mencuba :)






Senyum selalu

Wednesday, September 18, 2013

Rabu: Kek cawan Salina

Assalamualaikum readers...

Saya pun tak nak tolong Salina... lol....



















Senyum selalu

Sunday, September 1, 2013

Resepi: Puding Trifle

Assalamualaikum readers..

Hari ni kita nak berkongsi hasil membuat desert pulak.. hak ni buat masa Ramadan hari tu, kekonon nak la ada desert masa buka puasa kan.. nak yang senang, cepat dan sedap... google punya google punya google akhirnya ter inspirasi nak buat Puding Trifle! resepi ni jumpa kat Another Strange Girl Stories punya belog.


Mula-mula singgah Mydin beli bahan-bahan dulu:

2 buku Swiss Roll - amik perisa berlainan yang anda suka, saya guna mocha dan coklat (Kalau nak guna sponge cake pun bole)
3 sudu Tepung Kastard
1 tin Susu Cair
1 tin Air
2.5 sudu besar Gula
1 paket Kristal Jelly Nona perisa Strawberi atau apa-apa jenis agar-agar pun boleh
400ml Air untuk masak Kristal Jelly atau ikut sukatan agar-agar yang anda guna
Buah-buahan ikut suka anda - saya guna anggur, mangga dan laici.. Kalau nak senang guna je buah-buahan koktail dalam tin tu.


Acane nak buat?

#saya guna 2 bekas sebab tak de bekas besar hehe..

Potong swiss roll ikut ketebalan dalam 1 cm. Susun dalam bekas. Kalau ada lompong, tutup dengan baki kek. Kalau guna buah dalam tin, lembabkan kek denga air buah tu supaya kek tak keras.

Satukan 1 tin susu cair, 1 tin air (sukat guna tin susu cair), 3 sudu besar tepung kastad dalam periuk. Kacau hingan tepung kastad tidak berketul.

Tambah 2.5 sudu besar gula dan panaskan diatas api yang kecil, kacau hingga bancuhan Kastad menjadi pekat.

Bila Kastad sudah hampir mendidih, angkat dan curahkan diatas Swiss Roll yang sudah disusun dalam bekas tadi.














Sementara kastad masih belum keras, susun buah-buahan pilihan anda ikut kreativiti masing-masing. Abaikan ketidak kretifan susunan buah-buahan ku itu haha... tak de seni langsung. Kali kedua saya guna koktail dalam tin je, senang taburkan ikut suka hati. Tekan-tekan sikit biar agak tenggelam supaya nanti buah-buah tu tak timbul bila kita curah agar-agar kat atas.





Untuk agar-agar kat atas, panaskan hingga mendidih 400ml air atau ikut sukatan agar-agar yag anda guna, kemudian masukkan agar-agar. Kacau hingga larut. Padamkan api biarkan sejuk sikit sebelum curahkan keatas Kastad yang sudah disusun dengan buah-buahan tadi. 

Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan puding keras. Hasilnya.. Taraaaa....... Memang meleleh.. maveles.. yummy.. haha cam biasa la kan puji diri sendiri.. 


Yang warna hijau tu buat kali kedua guna sponge cake, agar-agar hijau n buah-buahan koktail.. selamat mencuba.


Senyum selalu

Thursday, August 29, 2013

Senyum Khamis: Sebab tidak hadir sekolah

Assalamualaikum readers,

Uh.. minggu ni memang sangat sibuk! hari-hari penuh dengan meeting dan event! mujurlah hari ni bengkel yang dijadualkan dari jam 9-5 petang ditangguhkan. Bolehlah dok ofis siapkan kerja-kerja admin yang terbengkalai.. sambil-sambil tu boleh hapdet belog sikit.. tak banyak, sikit je.. sikit je.. 

Moh layan surat layang yang dikongsikan oleh kawan-kawan Whatssup! guling-guling den gelak hahahaha.. oke guling-guling tu tipu.. sakan aku gelak... lepas ni aku pun nak gi Cameron untuk membiasakan diri tinggal kat Korea.. haha boleh gitu..



Senyum selalu

Tuesday, August 20, 2013

Si comel Raudhah

Assalamualaikum readers..

Holaa.. ape cer u ols.. tak de apa kot nak citer malam ni.. dok mengosongkan ruangan photo dalam iPhone yang dah cecah 600++ pic. Huh gilo ape amik gambo banyak cam tu.. tu la generasi zaman sekarang kan, jalan dua langkah amik gambar, jalan 3, 4 langkah snap pic, makan nasik klik klik, makan megi pun nak pose lelebih.. pokoknya semua benda nak di rakamkan.. konon memori gitu haha... haish...



Dalam pada dok delete gambar yang tah hapa-hapa tu, ada banyak la pulak pic anak sedara ku yang super comel.. super cute.. super cengeng hehe.. alaaaaa rindu pulak kat dia.. 






Nur Raudhatul Izzah... kamu sangat comel okeh.. tapi kamu juga sangat cengeng hehe.. budak manja.. Paling tak tahan dengan bulu mata dia yang panjang dan matanya yang boolat... pipinya yang gebu.. rindu kamu... muach... moga membesar jadi anak yang solehah ye cayang...







Senyum selalu

Monday, August 19, 2013

Resepi: Nasi Beriani - mudah dan lazat

Oke hari ni, chef NR nak kongsi resepi Nasi Beriyani pulak haha.. Almaklumlah semalam gi makan kat Mr Kabab & Biryani, rasanya bole la.. bole la.. harganya pulak boleh tahan mahalnye... terus teringat masa puasa hari tu pernah buat Nasi Beriyani, ingatkan nak upload masa puasa hari tu, tapi alkisah tahap pemalas kuasa 20 maka hari ni baru sempat kongsi hasil air tangan chef NR yang pro ni haha.. 

Saya ni, skill memasak tu memang tahap ado-ado jo, alkisahnya tiap kali nak masak mesti nengok resepi.. ahh tak kisah la kan.. yang penting sodap... ye dok.. Resepi kali ni adaptasi daripada belog Azie Kitchen. Ahkak.. mohon pinjam resepinya ya.... 

Sila la lawat belog beliau yang ada macam-macam resepi menjilat jari... yummy.. Eh dok membebel panjang pulak kan, meh tengok bahan-bahannya..


Bahan bahan:




5 cawan beras basmathi - saya guna beras biasa je, sebab beras Basmathi tak de kat umah hehe
1 kg ayam - suka hati nak guna bahagian ape
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave - saya tak guna sebab tak jumpa carik
Minyak olive - saya guna minyak masak biasa je
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning - safron tu rupa camana eh.. tak tau.. so tak guna hehe



Hiasan - nak bubuh boleh tak nak pun tak pe..

Bawang goreng - saya tak letak

Daun ketumbar – pun tak letak
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint - tak letak juge
Badam & kismis - sy letak kacang jagus haha.. derhaka betul


Penyediaan Ayam:

Perap ayam agak² dalam sejam, perap dengan campuran garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang dan halia kisar serta bawang besar hingga naik bau.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan sedikit air.

Satukan yogurt dan buah tomato. Tuangkan dalam kuali, masak lagi hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biarkan berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.




Penyediaan Nasi:

Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak. Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.



Penyediaan Beriani:

Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning (saya guna pewarna serbuk, jadi saya tabur-tabur je huhu) atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris. (saya cuma letak telur, kentang dan cili hijau je huhu.. kekdahnya sebab malas.. tapi kena la letak resepi asal kan baru ohsem)

Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan ayam. Sudukan susu dan titis pewarna kuning. Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak guna microwave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dan sendukkan nasi dan ayam ke mangkuk lain, gaul rata dengan perlahan.

Bolehlah hiding dengan salad dan yogurt. Tabur daun ketumbar. Untuk resepi salad dan yogurt yang lazat, boleh ada disertakan di Azie Kitchen.. Saya tak letak sebab tak buat, dah malas huhu..



Tara.. dah siap... sangat lazat okeh.. statement belagak ala-ala cef celebriti miahaha. Cubalah.. memang best, sampai menambah-nambah, berpinggan-pinggan dek kerana kesedapannya.. aduh.. sedap banget... sambil menaip ni dok meleleh air liur... Selamat mencuba ya..




Senyum selalu
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)