Thursday, January 31, 2013

Masalah besar!

Hari ni dah nak masuk 3 hari batuk. Sebelum tu dah selesema, mujur tak pakej sekali semua, datang sikit-sikit dan satu persatu huhuhu. Alhamdulillah, sakit itu kan kifarah dosa. Oke bukan nak cerita pasal kesihatan tapi nak berkeluh kesah sikiitt je pasal insiden pagi tadi. Wah tak agak-agak, insiden gitu, macam tragedi la sangat kan.

Pagi ni bangun dah awal, siap awal, boleh lepak-lepak lagi dengar radio sebelum kuar pi keja, kira macam heaven sangat la, 7.30 pagi masuk bilik ambil barang semua, kunci pintu. Sekali baru perasan kunci tinggal dalam bilik.. hah sudah cane ni... cane ni... cane ni.. nak kena telefon polis, bomba, ambulan, pertahanan awam... dalam tengah panik tu tetiba Aaron Aziz datang memberikan pertolongan.. Oh oke bab Aaron Aziz tu sila jangan percaya sebab aku tipu.




Erm.. cerita sebenar tak delah over cam tu kan haha, cuma kunci tertinggal dalam bilik je, dah la housemate semua dah pegi kerja. Mujur ada kunci rumah spare kat luar. Dapat la juga gi kerja dengan jayanya. Cuma sekarang aku dok fikir cane nak masuk bilik petang kang. Adakah aku perlu:-


A. Pecahkan je pintu
B. Cuba teknik ala-ala pencuri yang tengok kat TV selalu tu
C. Belasah je tombol pintu dengan lesung batu
D. Panggil jiran sebelah tolong bukakan
E. Pindah bilik. eh ni tak logik
F. Panggil tukang kunci, bayar 50 hengget
G. Baca mentera nyak inseng matekaji sema ri seng!
H. Semua di atas


Sungguh ku di dalam dilema.............



Senyum selalu

Wednesday, January 30, 2013

Rabu kurang perkataan

Ahh.. enam hari tanpa blog, bagai masakan tanpa garam, umpama lagu tanpa irama.. cewah.. sepanjang aku bercuti, blog aku pun bercuti juga rupanya. Baru tau semalam, domain dot my ada masalah dan tak boleh view sejak 25 Januari. Patutnya pengunjung-pengunjung blog ni semua berkeluh kesah tak dapat menembusi blog yang meleTOP ini.. (oke sila jangan muntah hijau dengan kenyataan tak berapa nak benar ni)




Hari rabu tak boleh tulis banyak-banyak sangat, nanti melanggar rules WORDLESS.. lah sangat kan. Cuma nak kongsi magic words yang aku dengar kat corong pengumuman pagi kat ofis tadi.


"kata-kata itu umpama UBAT, bermanfaat jika SEDIKIT dan membunuh jika BERLEBIHAN"



Renung-renungkan dan selamat beramal
Senyum selalu

Thursday, January 24, 2013

Cuti!

  

Esok sampai Isnin, tuan punya belog akan bercuti. Bercuti dari bekerja dan bercuti dari berbelog. Cuti yang panjang, amat sesuai untuk merehatkan minda yang serabut. Pada yang sudi singgah di sini, makasih ya, aku akan datang lawat korang lepas balik dari bercuti nanti ya. Mesti korang puan nak gi cuti jugak kan. Selamat bercuti!




Senyum Selalu

Wednesday, January 23, 2013

Rabu tanpa kata





Senyum selalu

Tuesday, January 22, 2013

Why ladies today are still single



Semalam, waktu membersihkan kotal emel, terjumpa pulak satu emel berantai yang membuatkan aku tersengih-sengih sendiri. Haha..

Why me ladies today are still single? Cekidaut...


1.     The nice men are ugly - may be.. haha

2.     The handsome men are not nice - kebanyakan.. haha

3.     The handsome and nice men are gay - cam ye je.. oppss.

4.     The handsome, nice and heterosexual men are married - yep.. huhuhu

5.     The men who are not so handsome, but are nice men, have No money - ye kot... hihihi

6.     The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money - no komen.. hep..

7.     The handsome men without money are after our money - oh ya..

8.     The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don't think we are beautiful enough - ye kot.. haila.. sedih :(

9.     The men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money, are cowards - erm... ye ke?

10.  The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!! - aiyooo..

11.   The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative - Eh??


NOW, WHO THE HELL UNDERSTANDS MEN? 




Senyum selalu

Monday, January 21, 2013

Aku dah bosan!

shirtoid.com

Seperti biasa hari ini adalah hari Isnin yang sangat tidak dinantikan. Bangun pagi-pagi pulak rasa tak sedap. Bersin manjang, hidung dah macam air terjun niagra, meleleh je. Mujur tak dapat pakej sekali dengan sakit kepala. Oleh kerana aku ni pekerja yang berdedikasi dan amat mencintai ofis dengan bersungguh-sungguh jiwa dan raga, gagahkah la jugak pergi kerja.

Belum pun sampai ofis, dah dapat call

"Ko tolong follow up pasal benda ni eh nanti, bla bla bla bla................... aku MC hari ni"  Pergh... menguji kesabaran betul. 

Sampai ofis pulak, henfon dan berlagu-lagu riang.

"Maaf, tak dapat hadir bekerja hari ini, saya MC" oke... macam darah dah naik sampai kepala rasanya.




Aku kah yang terlebih rajin datang ofis walaupun dah separuh selesema. Jahatkah aku kalau aku rasa bengang dengan mereka.. ahhh..... aku dah bosan.... kenapa aku yang perlu hadap semua ni.. huh...


Senyum selalu (macam tak boleh senyum dah hari ni)

Sunday, January 20, 2013

Resepi: Ayam butter

Hari ini hari Ahad, masa yang sesuai untuk main masak-masak akibat malas nak kuar cari makan, perut dah lapar. Gigih meng GOOGLE resepi yang senang dan sedap. Dah jumpa, ayam goreng butter (untuk lebih resepi sila ke www.myresepi.com). Mari anak-anak kita tengok bahan-bahannya.

# Ayam - bahagian isi, potong ala-ala fillet
# Telur - 1 biji
# Tepung jagung
# Garam + ajinomoto - nak senang aku guna pasti sedap je
# Serbuk lada putih + lada hitam

# Butter - agak-agak sendiri la banyak mana nak pakai
# Cili - 4, 5 biji (hiris)
# Bawang besar - cincang
# Daun kari

Haaa.. bahan-bahannya semua senang je, tak da yang susah nak cari.. Jom masak

Campurkan ayam, 1 sudu tepung jagung, bahan-bahan perasa dan telur. Perap dalam setengah jam, sambil-sambil tunggu tu boleh basuh kain...


Ayam yang dah perap tu, gaulkan pulak dengan tepung jagung dan goreng garing. Ketepikan.


 



 
Cairkan butter, masukkan bawang besar, cili dan daun kari. Dah wangi, campurkan dengan ayam tadi.




Dah siap. Sungguh enak dimakan begitu sahaja. Selamat menjamu selera untuk diri sendiri hohohoho.




Senyum selalu

Saturday, January 19, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia, ohsem

 

Ah nampak sangat wat entri ketinggalan keretapi, orang lain dah lama kot cerita pasal fear factor selebriti Malaysia ni. Ala, tak da niat pun sebenarnya nak wat entri ni, entah... tersampuk Aaron Aziz kot haha, tengah layan fear factor sekarang ni sambil termenung depan lappy, tetiba rasa nak post satu entri.. Taraa ini lah dia Fear Factor Selebriti Malaysia di bawakan khas dari Cape Town Afrika Selatan.


Sumber: http://www.eyriqazz.com

Ini adalah episod keempat. Sebelum ni dah tiga orang pasangan selebriti yang terkeluar iaitu: Roslan dan Azam Pitt (episod pertama), Didie dan Isham (episod kedua), Arthur dan Celine (episod ketiga). Malam ni sape yang terkeluar.... suka hati korang la sape kuar pun, aku tengok je. Tak de peserta pilihan pun.

Cabaran dia setakat ini tahap biasa-biasa sahaja, tempat tinggi, ular, menatang busuk + geli-geli, kena tarik ngan kuda.. ala apa ada hal, kecik punya hal.. tapi kalau suruh aku, belum tentu aku nak buat hahaha..

Aaron Aziz sebagai pengacara... tak ngam langsung, suara dan intonasi dia tu cam tak kena je, tak sesuai sebagai pengacara.. Kita tukar!... eh...

Peserta paling comel: Atu Zero / Azri, Ajak Shiro / Elfira
Peserta paling poyo: Gambit / Alif


Okeh, jom sambung tengok.


Senyum selalu

Friday, January 18, 2013

Khasiat mee segera

 

Pernah makan mee segera? tak kira la jenama apa pun, sedap tak? tahukah anda apa khasiat mee segera? ada ke? ce tengok gambar di bawah. Dah pernah nampak ke? dah tau tapi buat tak paham, tak pe jom kita usha lagi dan lagi.

Sumber: GOOGLE -- umarfaruq.com
 
Perg.. sepanjang hidup ni entah dah berapa ribu bungkus mee segera ni aku bedal. Agak-agaknya dah berkilo-kilo serbuk pencuci dok berpusing dalam usus aku ni, berbotol-botol racun serangga masuk berkampung kat perot sampai cacing kerawit pun takot nak lekat, adoi la pemetik api pun ada.. Kesian sistem pencernaan den..


Fakta mee segera

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mee segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.

Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Sumber: SINI


Oke pas ni balik rumah sila bungkus semua stok mee segera, hanyutkan kat sungai huhu... insaf aku..



Senyum selalu

Thursday, January 17, 2013

Obses kepada cermin

Sumber: GOOGLE


Wanita
Pantang tengok cermin, mula lah nak belek sana sini, muka ada jerawat tak, baju kedut tak, hari ni nampak kurus tak, tudung senget tak, kasut ohsem tak, beg match tak dengan brooch, lipstik oke lagi tak, cantik tak hari ni.. senyum depan cermin.. lawa jugak aku ni..

Perempuan
Pakai baju tengok cermin, pakai bedak tengok cermin, pung pang pung pang sebelum gi kerja wajib setengah jam depan cermin, kemas beg tengok cermin, sebelum kuar rumah pusing depan cermin dulu... gojes dah  ni..

Gadis
Segala benda yang memantulkan objek harus toleh selama 3 saat. Lalu tepi kereta orang toleh, lalu papan kenyataan pusing, dalam lif senyum kat dinding lif, sebelum on PC belek muka dulu kat skrin, atas meja mesti ada cermin,  gi toilet berdiri kat cermin besar alam, amik gambar pose depan cermin senyum-senyum lagi, comel pulak aku hari ni..

Sehari mau beratus kali tengok cermin. Sebegitu obsesnya wanita kepada cermin. Sehari tanpa cermin bagai bihun tanpa rasa (uh terkenang-kenang bihun semalam).

Benarkah begitu wahai kaum hawa. Sebagai tukang coret yang menulis kisah benar, aku undi benar belaka haha.. tapi aku tak letak sebarang cermin dalan handbag.. tu belum sampai tahap obses lagi kan ^_^... anda bagaimana? Kaum adam pun begitu juga ka?



Senyum selalu

Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday: Bihun sup tanpa rasa

Lunch hari ini --> bihun keras --> sup sejuk --> kuah tanpa rasa = seperti makan bihun tuang air kosong. Waaa aku lapar..





Senyum Selalu

Tuesday, January 15, 2013

Jom Menunggang dengan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)

Selepas BR1M, KR1M, BB1M, KIR1M, KADS1M, TR1Ma, K1M, MR1M, PR1MA, AS1M, SARA 1MALAYSIA, Rebat telefon bimbit, etc (ada lagi ke yang tertinggal) sekarang ada satu lagi insentif untuk para belia yang baru je diumumkan semalam. Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).


Siapa yang layak. Jom usha syarat-syarat kelayakan, cewah cam nak minta kerja pulak kan.

  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  4. Sihat tubuh badan
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
  9. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada bl1m@myeg.com.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888
  10. Tiada cara pintas         

Lepas tak semua syarat-syarat tu. Kalau lepas apa lagi, terjah lah sini http://www.bl1m.my/main.html. Daftar online je, pas tu dah boleh dapat motor.. hah berangan apa nak dapat motor, gi amik lesen dulu baru boleh dapat motor, tu pun beli sendiri ye, tak da motor percuma..

Aku... hurm.. harus lah tak layak.. bukan sebab aku tak masuk kategori belia hoke, aku masih remaja lagi haha.. tak layak sebab aku dah ada lesen E + GDL! dah boleh bawa lori lapan belas tayar. Apa ada hal dengan motor dua roda..

Pesanan penaja: Jangan merempit..


Senyum selalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)