Thursday, January 31, 2013

Masalah besar!

Hari ni dah nak masuk 3 hari batuk. Sebelum tu dah selesema, mujur tak pakej sekali semua, datang sikit-sikit dan satu persatu huhuhu. Alhamdulillah, sakit itu kan kifarah dosa. Oke bukan nak cerita pasal kesihatan tapi nak berkeluh kesah sikiitt je pasal insiden pagi tadi. Wah tak agak-agak, insiden gitu, macam tragedi la sangat kan.

Pagi ni bangun dah awal, siap awal, boleh lepak-lepak lagi dengar radio sebelum kuar pi keja, kira macam heaven sangat la, 7.30 pagi masuk bilik ambil barang semua, kunci pintu. Sekali baru perasan kunci tinggal dalam bilik.. hah sudah cane ni... cane ni... cane ni.. nak kena telefon polis, bomba, ambulan, pertahanan awam... dalam tengah panik tu tetiba Aaron Aziz datang memberikan pertolongan.. Oh oke bab Aaron Aziz tu sila jangan percaya sebab aku tipu.




Erm.. cerita sebenar tak delah over cam tu kan haha, cuma kunci tertinggal dalam bilik je, dah la housemate semua dah pegi kerja. Mujur ada kunci rumah spare kat luar. Dapat la juga gi kerja dengan jayanya. Cuma sekarang aku dok fikir cane nak masuk bilik petang kang. Adakah aku perlu:-


A. Pecahkan je pintu
B. Cuba teknik ala-ala pencuri yang tengok kat TV selalu tu
C. Belasah je tombol pintu dengan lesung batu
D. Panggil jiran sebelah tolong bukakan
E. Pindah bilik. eh ni tak logik
F. Panggil tukang kunci, bayar 50 hengget
G. Baca mentera nyak inseng matekaji sema ri seng!
H. Semua di atas


Sungguh ku di dalam dilema.............



Senyum selalu

22 comments:

  1. Ok. kasi pecahkan saje itu pintu >..<

    ReplyDelete
  2. ada satu lagi cara, masuk kot tingkap...if tingkap lock....pecahkan ajer cermin tingkap tu hohoho....opss ada gril la plak yer hehehe.....pecah jer la, pastu beli hak baru dalam RM20 gitu...tak pun lagi murah

    ReplyDelete
  3. Macam ini gaya hari ini mesti tak tenang buat kerja. Kesiannya... kalau kakak ada super power boleh kakak tiup dari jauh dik... Kena balik awal minta tolong tukang kuncilah kakak rasa.

    ReplyDelete
  4. byr je la RM50 dari nak ganti pintu baru yg mgkn lagi mahal..

    ReplyDelete
  5. sy pon ngah selsema n batuk gak...xselesa lgsg skrg ni..adeh..

    **pintu pakai kunci jenis tombol ke? try la dlu pakai kad ke ape sblm pecahkan hihi..

    ReplyDelete
  6. Hmm kali x pandai nak rongkah...bek panggil ke lah tukang...klu pecahkan pintu rosak satu hal..nak kunci pintu blk lpas neh da x bleh kan.hihiji

    ReplyDelete
  7. He..he.... telefon je James Bond tolong bukakkan...haha...
    mana lagi murah costnya ? betulkan pintu balik atau bayar orang.... pikir yg tu!

    ReplyDelete
  8. kena jadi Mc Gyver baru boleh jadi....

    ReplyDelete
  9. kalau pecahkan tombol nak beli semula tombol pun sama jugak kosnya dgn nak panggil tikang kuncikan.. hihihi jadi?? :p

    ReplyDelete
  10. kalau tertinggal kunci bilik, jangan risau.tingkap kan ada.

    lagipun kalau takde kunci bilik.. kos stil ada kunci jamban, kunci kereta, kuaci cap kunci kan?

    ReplyDelete
  11. Cheqkaq pernah jadik cmni..hahaha..memang panik habis..sudahnye pecahkan je tombol & ganti tombol lain..tombol pintu RM20 je..hehe

    ReplyDelete
  12. ooh pintu bilik je ke yg terkunci tu...takpe nanti housemate balik ramai2 terajang pintu tu macam citer gerak khas...hehehe

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum, hehehe is BW Round 1 sambil isi2 tabung $$RM kat sini lagi :D :D @};- :x

    Dimanakah shoutbox blog ini????
    http://iskandarx-society.blogspot.com/2013/01/jejak-blogwalking-iskandarx.html

    ReplyDelete
  14. ena pernah kena mcm ni, tapi kunci loker lah.. dahlah nak pergi ke kelas, lepastu kunci tertinggal dalam locker and locker tu berkunci... terpaksa burn kelas... huaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  15. nak selamat....balik karang chek in hotel....he3

    ReplyDelete
  16. wak pon penah terkunci bilik rumah sendirik.., UUHuuu

    ReplyDelete
  17. Dah selesai ker masalah? ☺☺ Panggil jer tukang kunci.

    ReplyDelete
  18. haaaa tolong, tk paham.

    ok pg tinggal kunci dlm bilik
    then boleh buka dgn kunci spare
    gi kerja dgn jayanya.....
    balik nnti tkbleh guna kunci spare jugak ke? konpius ni... pg dh bleh buka, ptg bleh laa masuk coz pg dh buka amik kunci, pegi keje....

    big problem ni, otak CiM dh slow, baca 2 kali ttp tk paham.

    ReplyDelete
  19. xyah masuk bilik lah. kunci bilik spare xda plak.huhu better pangil tukang kunci drpda robohkan intu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (36) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (5) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (4) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)