Tengahari yang permai ni, jom kita masak-masak. al maklumlah idea tak keluar nak buat entri lain haha..
Masa cuti lama hari tu sempat juga mencuba resepi Sambal Goreng. Dah lama teringin, tapi malas nak buat sebab macam leceh haha. Lepas puas men gugel resepi, jumpa juga resepi yang macam senang nak ikut. Sumber resepi kat SINI
Masa cuti lama hari tu sempat juga mencuba resepi Sambal Goreng. Dah lama teringin, tapi malas nak buat sebab macam leceh haha. Lepas puas men gugel resepi, jumpa juga resepi yang macam senang nak ikut. Sumber resepi kat SINI
Jom kita mula kan dengan bahan-bahannya.
# Tauhu - saya guna dua petak (adakah betul ia disebut petak huhu)
# Tempe - saya guna satu keping yang empat segi tu)
# Ubi kentang - saya guna dua biji
* Ketiga-tiga bahan tu potong dadu, lepas tu goreng garing. Kuantitinya ikut suka nak banyak mana.
# 3 ulas bawang putih (tumbuk atau cincang je)
# 4 ulas bawang merah (tumbuk atau cincang dia)
# 10 biji cili kering (gunting dan sedaya upaya buang bijinya)
# Kacang panjang (potong ikut gaya kreativiti anda)
# Tauhu kering (potong kecik)
# Setengah cawan santan pekat (oleh kerana saya malas, saya guna santak kotak hehe)
# Semangkuk hati dan pedal ayam (resepi asal guna udang, tapi sebab adik saya alergic seafood makanya saya guna hati ayam)
# Sepeket suhun - rendam sampai lembut
# Sepeket tauhu kering yang nipis tu - rendam jugak
Lain-lain bahan perasa (secukup rasa)
# Kicap
# Lada sulah
# Garam
# Minyak
Okey dah sedia semua bahan, jom masak
- Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering sampai wangi
- Masukkan hati ayam, sayur-sayuran, bahan-bahan yang digoreng tadi, suhun, tauhu kering dan santan
- Letak kicap, lada sulah, garam seenak tekak sendiri
- Gaul rata, tutup api.. dan taraaaa dah siap...
Yummy, selamat menjamu selera.
Senyum selalu
aik sambal ke tu?apsal tak warna merah.nampak macam mi goreng singapore je :)
ReplyDeleteEh.. nama dia sambal goreng.. tapi memang tak rupa sambal haha..
Deletepergh...terbaiklah bro... rajin jugak bro masak kan?hehehe
ReplyDeletesape bro haha.. kekadang tu rajin la.. selalunya malas :)
Deletesalam.. datang terjah dari link blog mak dara.. ^_^
ReplyDeletehttp://www.lokmanramli.my
thx singgah..
Deletesalam, singgah sini balik..dan follow juga..waa..sedap tu..copy ye resipi ni. Nak cuba. hehe.
ReplyDeletep/s: cuba lah tengok running man..hehe..ramai yang cakap tak pernah tengok, tapi lepas tengok jadi ketagih..
thx singgah.. cuba la.. sedap haha puji diri sendiri jap
Deletemenariknya... boleh cuba ni..
ReplyDeletep/s : terjah sini dari segmen mak dara..
cuba la.. sedap..hehe
Deletepandai ye memasak
ReplyDeletetengok resepi boleh la huhu
Deletemintak sikit :)
ReplyDeletenah...
Deleteeh...sambal grg...slalu klu kenduri kat johor ni tak kan miss utk bt lauk.. :)
ReplyDelete