Thursday, January 10, 2013

Tips merawat tumit kaki merekah


Adakah anda mempunyai masalah tumit kaki merekah, pecah dan kasar macam gambar kat atas tu. hodoh kan.. euww...

Wah... ayat tak ingat di permulaan entri ini bukanlah menggambarkan iklan atau entri berbayar. Cuma perkongsian tips/petua yang mungkin boleh membantu. Sila lah skroll ke bawah tanpa malu-malu kucing.
 



Cara Tradisional (Untuk golongan yang rajin)



Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi.
--------------------------------------

Hiris kulit betik yang  muda, ambil getahnya sapukan pada tumit yang merekah, biarkan selama 20 minit, cuci sampai bersih. Lakukan dua kali seminggu.
--------------------------------------

Sapukan minyak kelapa di tumit kaki yang merekah itu sebelum tidur. Cuci keesokannya. Lakukan setiap malam. Insya Allah berkesan.
--------------------------------------

Dapatkan beberapa helai daun sirih, ramas sehingga hancur dengan menggunakan sedikit air. Campur air ramasan sirih itu dengan sedikit gambir yang dihancurkan. Sapu pada tumit dua kali sehari. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
--------------------------------------



Cara separa moden (untuk golongan separa rajin)

Gosok kaki anda menggunakan batu gosok, eh betul ka namanya batu gosok.. ala benda yang ala-ala parut kelapa tu, kasar-kasar sikit..erm... senang tengok je gambar kat bawah ni. 


Ha... tujuan dia untuk buangkan saki baki kulit kaki yang dah mengeras dan degil. Hapuskan dia.. yeah..

Lepas tu basuh kaki dan bubuh la apa-apa produk melicikan tumit yang ada banyak dipasaran. Contoh-contohnya adalah seperti berikut.. jeng jeng jeng 

Ha.. ada banyak di pasaran.. pilih je. Rawat kaki anda sambil menonton TV, mudah bukan. Pastinya anda akan dapat hasil yang memuaskan


Cara moden sangat (untuk golongan tak da kerajinan)

Yang ni memang tak payah susah-susah. Yang penting poket tebal. Pergi ke kat mana-mana SPA, hulur duit, duduk, tidur, bangun nanti tumit kaki dah cantik dah.. Magic kan..kan..kan

Lagi satu cara beli je kolagen. Banyak di pasaran pilih je nak yang mana..senang..

NR pernah juga mengalami masalah ini, semua cara-cara di atas dah cuba, tapi semua tak konsisten, rajin dua tiga hari je, lepas tu..... 

NR juga dah mengenalpasti salah satu cara mengelakkan tumit kaki merekah, elakkan sehabis daya (maksudnya jangan sesekali, faham tak ni...) dari kaki anda dari menyentuh lantai simen atau jubin secara terus. Pakailah selipar berbulu-bulu yang comel itew. InsyaAllah tumit kaki anda akan halus dan mulus.. Selamat mencuba ya..





Sumber gambar: diambil secara rawak menggunakan enjin gugel. Kalau ada copyright untuk kaki-kaki itu sila bagi tau ye..




Senyum Selalu

32 comments:

  1. saya rajin jaga kaki sebab takmau takmau takmau tumit jadi rupa cenggitu. selalunya pakai pumice stone. kalau rajin saya scrub. once a while saya pakai foot mask. hihihi~

    ReplyDelete
  2. tak pernah pon tengok batu gosok tu..baru 1st time nengok nih

    tu kalau gosok kat kaki, nak kena pakai coleget ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gosok ngan coleget kaki tu akan bertambah halus dan gebu.. sila lah cuba ye..

      Delete
  3. salam. akak singgah melawat petua ni....sgt berguna.. :)

    ReplyDelete
  4. ambik batusungai yang agak kasar tu..
    gosok2 kat tumit tiap tiap hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana nak cari sungai kat tengah2 bandar ni huhu..

      Delete
  5. Berguna betul petua nih terutama part gosok dgn colget tu. Thanks for sharing NR

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ahkak jgn pulak gi gosok ngan colget betul2.. tang colget tu belum dibuktikan dengan kajian lagi hehe..gurauan semata2... peace..

      Delete
  6. Replies
    1. faktor usia kot hehe... cuaca pun iya jugak..hurm.. kena wat kajian dulu la hehe

      Delete
  7. Kakak guna Elgy cream. Lepas tu pakai setokin masa jalan - selamat...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian tips ini..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. sheila suka ni! yeayy boleh repair tumit kaki. hee. pakai krim yang dah siap beli tu macam tak power je. nothing effect! nak try manual punya :)

    Thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. menjadi jugaj sheila.. tapi kena gosok ngan batu tu dulu bagi kulit2 mati tu gugur..

      Delete
  10. tumit kita tak merekah, tapi kasar. sedih sobs :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bubuh je krim-krim untuk kaki. tapi kena rajin la hehe..

      Delete
  11. ada satu lagi pertambahan tips.. jilat tumit sendiri selama sejam... (baiklah, sila jangan cuba kerana aku hanya menipu. hahahaha)

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. bagus.. hantar la mak gi spa.. baru mantap.. hehe

      Delete
  13. thanks for the tip.....
    guna kaedah traditional juga berkesan......

    ReplyDelete
  14. Elgy tu mmg sangat berkesan..tapi kena berterusan la

    ReplyDelete
  15. Antara rajin dengan M je kalau nak cantik kan :)

    ReplyDelete
  16. kita guna losyen jer...tapi semenjak makan collagen rumpai laut nie..kaki cantik jer...

    ReplyDelete
  17. terima kasih sharing... buat masa ni bhn plg mudah Asam keping + air suam..nak try kat hubby pecah2 tumitnya...sakit bila jln. atas ccarpet...

    ReplyDelete
  18. thanks for sharing, sangat best. kalau selalu rendam kaki dgn air suam campur garam pun ok

    www.miezarahman.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)