Monday, February 25, 2013

Tidakkah ianya terlalu berlebihan

Dijual dengan harga RM20-25 bagi 100gram. Mahal? Murah? atau biasa je. 



Entri ini bukan nak mempertikaikan khasiat rumpai laut. Oleh itu sila jangan nak sentap pi maki hamun aku pulak, siap dengan bagi 1001 kajian yang menunjukkan kebaikan rumpai laut. Yang aku nak persoalkan kat sini adalah HARGA jualan rumpai laut itu.

Fenomena rumpai laut sedang melanda sekarang ni, ramai yang berminat untuk mendapatkan rumpai laut sebagai alternatif untuk pelbagai masalah. Dah macam goreng pisang panas, letak jek habis, letak je habis.

Dengan packaging yang biasa je, cuma masuk dalam plastik putih tu. Kalau nak congak harga pos dari Sabah ke Semenanjung pun cuma RM91.00 untuk berat 10 kilo (cek kat www.pos.com.my)

Mari kita buat kira-kira, berapa agaknya supplier rumpai laut ni dapat dengan berjaya menjual 10kg rumpai laut.


Harga Jualan = RM20.00/100g

Harga 1kg = RM200.00
Harga 10kg = RM2,000.00


Hasil jualan adalah RM2,000.00. Okeh mari kita kira pulak berapa agaknya kos/modal yang diperlukan. Sebelum itu, tahukah anda rumpai laut jenis AAA dijual dengan harga RM14.00/kg SAHAJA di Kota Kinabalu, sekiranya anda membeli terus dari Semporna, harganya cuma RM10.00/kg, bahkan ada yang serendah RM7.00/kg. Jom buat kira-kira ikut harga paling mahal la boleh dapat.


Kos/modal untuk 10kg rumpai laut gred AAA

Harga belian = RM14.00/kg
Harga 10kg = RM140.00

Harga pos = RM91.00/10kg
Kos buruh = RM150.00 (kalau ada lah, termasuk kos penat lelah + minyak dll)

Total kos: RM381.00 SAHAJA


Bermakna, keuntungan yang diperolehi adalah lebih 500%. 


Pergh.. gila kentang... Bukan nak dengki ke, prejudis ke, busuk hati ke.. Cuma sebagai pengguna, aku tertanya-tanya kepada diri sendiri. Berbaloikah pembelian seperti itu? tidak kah ianya terlalu berlebihan? agak-agaklah kalau ia pun. Baik beli tiket kapal terbang, pi beli sendiri siap dapat pakej pelancongan sekali. Tepuk dada tanya selera. Anda sanggup, tiada masalah.

Ini bukan untuk dijual. 3kg rumpai laut ini dibeli minggu lepas semasa out station di Sabah. Kawan kirim beli. Harganya cuma  RM42.00.. kalau beli kat sini mau RM600.00


Senyum selalu


Friday, February 22, 2013

Saman AXE Kerana Gagal Memikat Perempuan

Ingat lagi iklan ni





atau ni


Memula tengok iklan ni dulu memang berbulu jek rasa. Tahukah anda di New Delhi, seorang lelaki india berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’.


Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis,meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang.Iklan AXE menunjukkan bahwa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita. 

Vaibhav Bedi, lelaki india tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan maupun yang belum terpakai, yang berupa deodorant sprays, perfume sticks and roll-ons, anti-perspirants, aftershaves, body washes, shampoos dan hair gels dengan jenama AXE. 

Vaibhav Bedi

Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal."Lalu dimana Axe Effect-nya"? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun.Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat,tidak ada seorangpun gadis yang mahu saya ajak berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya.

Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau parfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai.Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV.

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak dia pertama kali membelinya.Dia berpendapat bahwa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk,berarti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu." 

Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering,dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas.Saya selalu menggunakan penggaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahwa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm. 

Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian.Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya,sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan anak-anak.

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepada dia untuk semua penderitaan tersebut.


Aiyyak.. macam ni pun ada haha.. eh kacak cam tu pun korang tak nak ke haha..



Senyum selalu

Thursday, February 21, 2013

Tandas

Lepas empat hari tiada entri tiba-tiba hari ini post entri bertajuk tandas. Jadah apa pulak nak bercerita pasal tandas ni. Ekceli, aku bertugas luar pejabat 18-20hb lepas, tu yang tak sempat nak berbelog... Kitorang ada event Bio-Borneo kat Kota Kinabalu. Event tu berlangsung kat sebuah hotel (perlu ka aku sebutkan nama hotel itu). Tempat wajib dikunjungi sepanjang majlis berlangsung haruslah tempat yang dipanggil tandas atau toilet, atau restroom.

Nak dijadikan cerita, aku pun buat lawatan ke rest room itu. Masuk dalam tu, nasib baik buat spot check dulu. Cari punya cari punya cari, tak jumpa paip!, termenung aku kejap sambil berfikir, toilet canggih ni, hotel lima bintang la katakan, mesti ada ni paip kat memana, aku jek yang jakun tak jumpa. Carik lagi, semua tempat la aku belek, dah macam pemeriksa bangunan pulak. Akhirnya, sahih memang tak da paip, patutlah kering sungguh toilet tu, sikit basah pun tak da.

Ahhh sudah, ca ne ni, mana nak carik toilet pulak masa-masa genting cam ni. Lepas wat tinjauan lagi ke pintu-pintu lain, akhirnya ada juga toilet yang mempunyai paip. Dalam 10 tu cuma satu jek yang dibekalkan dengan air paip. Yang lain sume dia bagi tisu jek. Gila kentang, sib baik cek dulu tadi, kalau dah terlepas cane? adoi.. sensitif la sikit, ni kan negara Islam dengan penduduk yang majoritinya Islam. Semua tandas mesti ada paip air okeh. Yang jenis bidet tu pun tak pe, yang penting ada air.. Ni la pic tandas yang tak de paip tu, sempat juga aku snap.





Senyum selalu

Saturday, February 16, 2013

Mission Accomplished!



Wah.. tak menahan betul, tajuk ala-ala hollywood gitu. Yippie akhirnya tepat jam 11.00 pagi tadi berjaya menyempurnakan misi untuk hari ini. Dah lama nak buat, tapi kesibukan kerja ala-ala wakil rakyat selalu membantutkan perancangan. Di hari Sabtu yang redup lagi nyaman nih, pagi-pagi buta dan bersedia dengan segala peralatan untuk buat pembersihan make over bilik.




Memang kali ni buat total room cleaning. Habis-habisan, bersungguh-sungguh, sedaya upaya, siap siaga. Segala-galanya la. Mujurlah bilik cuma sekangkang kera, kalau tak haruslah panggil syarikat pembersihan untuk buatkan hahaha.. dasar budak rajin...

Tapi.. ada yang silap... silap betul... tak jumpa pulak penutup hidung ngan mulut tuh. Mana tah letak. Akibatnya, masa tengah bersih-bersih tu sampailah sekarang ni tak berhenti-henti bersin. Seksanya rasa. Muka merah, mata merah, hidung merah.. uh..pinky i hari ni haha. Sila jangan salah paham hokey.. Nak kata bilik aku banyak habuk le tu. Bukan salah kitorang la, habuk memang suka rumah kitorang ni. Ala... macam lah rumah korang tak de habuk kan... huhuhuhu

Indahnya rasa hari ni, terasa tenang dan damai. Tapi macam tak lama jek ketenangan ni, dapat sms pulak dah.. hari Sabtu okeh.. aduh..



Senyum selalu walaupun tawar..

Friday, February 15, 2013

Done! Google+

Assalamualaikum.. 

Semalam telah berjaya membuka satu lagi akaun. Bukan akaun bank tapi akaun Google+. Dah berapa banyak akaun aku buka ni, kalau buka syarikat banyak cani gempak jugak hihi. Apa-apapun, kawan-kawan blogger yang disayangi, sila lah masukan daku dalam bulatan anda.. Eh betul ke ayat tu haha.. Neway.. add je kat tepi tu.. ala tepi tu... jom bergoogle + pulak!







Senyum selalu

Thursday, February 14, 2013

Mana nak carik!




Lepas post entri berkenaan bbplus collagen nih ramai pulak yang pm tanya mana nak carik hihi.. Serius... benda yang baik kenalah kongsi kan. Dengan cara hidup zaman sekarang ni, kulit pun tak nak bekerjasama. Mogok je manjang, kusam la, kedut la, jerawat la, jeragat la. Apa kata luangkan sedikit masa dan simpankan sedikit duit poket anda untuk memanjakan diri sendiri.

Wah.. promote baik gitu.. huhuhu... rasa nak kongsi je ngan u ols benda baik, baru leh sama-sama sihat, cantik dan menawan. Kalau korang nak info, nak tau harga or nak tau apa-apa je pasal bbplus collagen bolehlah gi terjah FB ni BUAT ANDA TERSENYUM ini. 



Apa salahnya mencuba. Tak rugi pun kerana hasilnya pasti mabeles dan ohsem! tinggalkan emel anda kat ruangan komen or pm jek tuan punya blog, ti dia akan story sumenya.. Sekali lagi ni URL FB itu https://www.facebook.com/buatandatersenyumSelamat mencuba..



Senyum Selalu

Wednesday, February 13, 2013

Rabu: Tiga kata sahaja

Menu mesyuarat petang!




Senyum Selalu

Tuesday, February 12, 2013

BB plus yang ohsem!

Assalamualaikum... Dah bape hari tak post entri kan, rasa rindu pulak, cuti panjang, tuan belog cuti, belog pun tak sempat nak buka huhu. Hari ni nak kongsi tentang collagen.. ha jadah apa pulak tetiba nak cite pasal collagen kan... Pernah cuba collagen tak? sebelum ni aku memang tak pernah terfikir nak consume apa-apa jenis collagen. Almaklumlah, kulit macam tak de masalah, masih jelita gitu hohoho (sila jangan muntah hijau dengan kenyataan ala-ala perasan cantik tersebut). Sana-sini orang bercerita pasal collagen ni bagus la, bukan untuk kulit je tapi untuk keseluruhan badan kita supaya sentiasa muda remaja. Ohh.. aku masih lagi teguh dan boolayan je sume itu, ibaratkan tak masuk telinga kanan, telinga kiri apatah lagi..
 
 
 
Setelah beberapa lama waktu berlalu, adalah sorang member introduce bbplus collagen kat aku, memula aku pandang sipi-sipi je, tapi lepas perang psikologi skit akhirnya aku pun tewas haha dan try sekotak. Magic! now boleh rasa kesannya. Kulit makin halus dan licin, always rasa nak pegang je hehe, tak da dah bonggol-bonggol ataupun laluan berliku kat muka, pantang lalu depan cermin mesti nak belek muka hihi. Rasa cam cantik berganda-ganda pulak hahaha over betul statement tu kan. Actualy kulit rasa lebih sihat dan bermaya. Glowing noks.
 
 
 
 
Aku perasan masalah rambut gugut pun dah kurang walaupun belum habis sekotak. Kalau tak, bilik tu dah macam kedai gunting rambut, nak sikat rambut pun trauma. Tu la kan, sebelum ni degil, orang cakap tak nak percaya. Bila cuba, kesannya dah boleh nampak or rasa sebelum habis kotak pertama. Kalau rasa cam tak de perubahan boleh stop terus tapi ni rasanya takkan berhenti... Harus la repeat order! hihi JANGAN PERCAYA TAPI CUBA SENDIRI. 

Ohsem! Rasanya pun sedap... Alhamdulillah dengan izinNya bertemu dengan bbplus collagen! i loike!


Senyum Selalu
NoReason 
(alamak ri ni tak da signature sebab guna lappy orang hihi)

Friday, February 8, 2013

Ole-ole dari Bandung: TQ Wak Gelas

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih dipanjang umur dan diberikan kesihatan yang baik. Pagi Jumaat yang redup dan tenang.. hati pun rasa berbunga-bunga riang je menanti masa berlalu. Cuti panjang lagi.. Yeehaaa.... Akan digunakan sedaya upaya untuk merehatkan minda sebelum kerja berterusan lepas ni. Tak da cuti dah!

Ops.. sebenarnya ini adalah entri khas untuk mengucapkan terima kasih kepada Wak Gelas atas kesudian beliau megirimkan ole-ole dari Bandung kepada ku. TQ Wak, dah dapat kiriman ole-ole itu semalam... sangat Ohsem hokey! boleh lah bagi selalu hehe. Jom ramai-ramai terjah blog Wak di http://wakgelas.blogspot.com





 




Senyum Selalu

Thursday, February 7, 2013

Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes

 

Ha ni la dia orangnya yang merealisasikan impian ku untuk mempunyai domain sendiri dan menyemarakkan rasa untuk berbloging yang mengebu-gebu. Terima kasih sekali lagi BCE. Jom reramai masuk dalam list Blog Kesayangan BCE. Klik SINI



Senyum Selalu

Khamis

Selamat pagi semua. Hari Khamis selalunya indah dan menyenangkan kerana ia begitu hampir dengan Jumaat. Tapi hari ini bakal menjadi hari yang panjang untuk aku. Ahhh sedang mempersiapkan mental dan fizikal untuk menempuh hari bekerja yang tidak akan berakhir jam 5.30 petang seperti selalu.

Hari ni ada mesyuarat, boss dah bagi hint awal-awal, mesyuarat hari ni mungkin sampai pukul 9 atau 10 malam.. Erk.. terkedu aku sekejap tanpa dapat berkata-kata. Alaaaaaa.. dah la setia hujung nyawa episod akhir hari ni.. terpaksa tengok tonton cam ni.

Oke.. tarik nafas panjang-panjang, buat senaman regangan, kosongkan minda seketika.. kejap lagi dah nak mula.... i'm ready!!!! .... walaupun sebenarnya tak.. huaaa....




Oke.. gambar tiada kena mengena dengan cerita. Cuma  tetiba teringin nak makan Grilled Butter Chicken kat Chicken Rice Shop!


Senyum Selalu

Wednesday, February 6, 2013

Rabu: cuma satu kata


Ngantok!!!!









Senyum Selalu






Monday, February 4, 2013

How to survive the day at the office

Isnin -_____________________-

Cara-cara nak menghabiskan masa di pejabat. Sila jangan amalkan, nanti tak berkat rezeki Tapi yang pertama tu, kadang-kadang ada juga kot -0-. Paling selalu yang amat sangat singgah di kotak kepala ni, mestilah "think about resigning" huahuahua... sekarang pun tengah terfikir-fikir pasal tu hehe..













Seyum selalu

Friday, February 1, 2013

[Video] Terlihat tiada, tapi sebenarnya ada

Samada kita sedar ataupun tidak, teknologi semakin menjarakkan kita. Pernah tak nampak sekumpulan orang yang duduk bersama tapi membuat hal masing-masing, sume dok mengadap henfon, tab, laptop, IPad.. hurm... kita dekat tapi sebenarnya jauh, terlihat seperti ada tapi sebenarnya tiada di hati. Tengok video ni, rasa insaf.


Message to all SmartPhone users.. time to realize






Senyum selalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)