Monday, February 25, 2013

Tidakkah ianya terlalu berlebihan

Dijual dengan harga RM20-25 bagi 100gram. Mahal? Murah? atau biasa je. 



Entri ini bukan nak mempertikaikan khasiat rumpai laut. Oleh itu sila jangan nak sentap pi maki hamun aku pulak, siap dengan bagi 1001 kajian yang menunjukkan kebaikan rumpai laut. Yang aku nak persoalkan kat sini adalah HARGA jualan rumpai laut itu.

Fenomena rumpai laut sedang melanda sekarang ni, ramai yang berminat untuk mendapatkan rumpai laut sebagai alternatif untuk pelbagai masalah. Dah macam goreng pisang panas, letak jek habis, letak je habis.

Dengan packaging yang biasa je, cuma masuk dalam plastik putih tu. Kalau nak congak harga pos dari Sabah ke Semenanjung pun cuma RM91.00 untuk berat 10 kilo (cek kat www.pos.com.my)

Mari kita buat kira-kira, berapa agaknya supplier rumpai laut ni dapat dengan berjaya menjual 10kg rumpai laut.


Harga Jualan = RM20.00/100g

Harga 1kg = RM200.00
Harga 10kg = RM2,000.00


Hasil jualan adalah RM2,000.00. Okeh mari kita kira pulak berapa agaknya kos/modal yang diperlukan. Sebelum itu, tahukah anda rumpai laut jenis AAA dijual dengan harga RM14.00/kg SAHAJA di Kota Kinabalu, sekiranya anda membeli terus dari Semporna, harganya cuma RM10.00/kg, bahkan ada yang serendah RM7.00/kg. Jom buat kira-kira ikut harga paling mahal la boleh dapat.


Kos/modal untuk 10kg rumpai laut gred AAA

Harga belian = RM14.00/kg
Harga 10kg = RM140.00

Harga pos = RM91.00/10kg
Kos buruh = RM150.00 (kalau ada lah, termasuk kos penat lelah + minyak dll)

Total kos: RM381.00 SAHAJA


Bermakna, keuntungan yang diperolehi adalah lebih 500%. 


Pergh.. gila kentang... Bukan nak dengki ke, prejudis ke, busuk hati ke.. Cuma sebagai pengguna, aku tertanya-tanya kepada diri sendiri. Berbaloikah pembelian seperti itu? tidak kah ianya terlalu berlebihan? agak-agaklah kalau ia pun. Baik beli tiket kapal terbang, pi beli sendiri siap dapat pakej pelancongan sekali. Tepuk dada tanya selera. Anda sanggup, tiada masalah.

Ini bukan untuk dijual. 3kg rumpai laut ini dibeli minggu lepas semasa out station di Sabah. Kawan kirim beli. Harganya cuma  RM42.00.. kalau beli kat sini mau RM600.00


Senyum selalu


20 comments:

  1. betol..benda yg murah sebaiknya jgnla melampau jual utk keuntungan..

    ReplyDelete
  2. tapi sana sini orng buat n3 pasal ni.. kan

    ReplyDelete
  3. mahal eh..ayu tak tau harganya..huhu

    ReplyDelete
  4. tengah fenomena rumpai laut kan, harga pun melambung2. can I say, orang kita ni suka sangat dengan pengaruh macam ni, orang makan kita pun nak makan, sorry jangan marah yer semua. Kalau mampu silakan sajer hehee. And it is very good u reveal the cost macam ni, buka mata.

    ReplyDelete
  5. fuh..... nasib baik saya tak amik port sangat pasal rumpai laut ni... mahal jugak ye harganya.

    ReplyDelete
  6. saya sebagai penjual pun dpat hrga yg mahal jugak dr supplier, sebab saya amk bukan supplier dr sabah tp di sini. Kalau rm20 tu saya rasa consider murah termasuk pos tp ada sebilangan yg jual hrga rm37 tidak termasuk pos pun. :D

    ReplyDelete
  7. kan. memang mahal sgt
    at 1st kite mmg nak beli
    tp bila fikir harga mencekek sampai tu
    terus tak jd nak amek
    baik makan VCO je.hikhik
    :3
    well lumrah orang malaysia terutama melayu
    nampak produk baru semua berlumba nak jual
    lepas tu harga terus mencanak naik.

    ReplyDelete
  8. memang mahal..
    Sebab harga datang kat sini member saya cakap hanya RM7.00
    Dia jual kat pengedar RM15.00..
    Pengedar jual RM25..

    ReplyDelete
  9. Keuntungan yg melampau2 ni islam larang

    ReplyDelete
  10. baru ni ada juga tengok rancangan rumpai laut tu kt Tv3 ..
    bukan tertarik pd rumpai laut tu tp tertarik pd kepualauan di semporna sbb aby dah sampai ke Mabul ..tu yg nak tengok kejernihan air nya ..
    tang harga nya .. tk komen apa2 ..
    barang depa punya ..duit kita punya ..
    agak harga tk patut ..ignore jer ..

    sekadar teringat beberapa resort kt sana yg overrating ..
    sedangkan servis hampeh ..
    entah2 rumpai pun sama jer ..

    ReplyDelete
  11. hik3 tu la kt sabah org mkn kt restoran je rumpai laut tu..

    nati la kalo kwn2 nak macy suh kawan blikan yg murah je. huhu

    ReplyDelete
  12. giler kentang punya untung tu hahahaha....tp besala kak org meniga ni nak untung saja punya...

    ReplyDelete
  13. memang gila kentang...... modal dia berapa hinggit jer

    ReplyDelete
  14. Ada juga tengok TV pasal rumpai laut ni. Ummi tak pernah makan lagi ni, kat fb pun banyak yang promote ni.

    ReplyDelete
  15. mak aih mahal gak, mana dapat rumpai laut ni?apa khasiatnya?

    ReplyDelete
  16. pergh jauh bezanya.rm42 dgn rm600.

    ReplyDelete
  17. kadang tu sbb dah atas tangan..huhu...

    saya baru beli sepeket harga rm22 kat kawan...tak mkn pun lagi...masih tersimpan dlm beg tu ha...beli sbb jaga hati member...huahuahua...


    p/s: anyway, tengs drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus yer..

    ReplyDelete
  18. baru2 ni bunda ada beli on9 rumpai laut yg purple gred AAA tu direct dari pengedar Sabah...harga RM5/10gm...bunda order 10 paket, free postage lagi...rasa2nyer okey tak?

    ReplyDelete
  19. boleh kaye kalau macam tu.. tapi haramkan kalau untung berlebihan sangat.. :( sedihnye.. ni memang niage nak kaye.. kalau niat sebagai ibadah tak jadi macam ni kot.. pendapat fifi je..

    ReplyDelete
  20. Emm.. saya pun beli dari kawan, dia order banyak terus dari sana, so bila jual kat kiteorang di just ambil harga yang dia beli RM28/kg.

    Rasanya ada gak yang datang jual kat saya dgn harga RM20/g. Mahal giler kan tapi mungkin juga ada antara mereka ni ambil dari atas tangan, so bila dah banyak sangat bertukar tangan tu yang jadi mahal kot.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)