Wednesday, April 24, 2013

Tayar basikal pancit

Oke.. Short and sweet jek entri hari ni. Eh.. sweet tu tak sesuai, short and.... ape ek.. pape je la... huhu.. Dipendekkan cerita, Ahad lepas, aku ke Giant Klang dengan Mak. Masa tengah parking tu, ada la seorang apek tua naik basikal datang kat mak aku dan mengeluarkan dialog seperti berikut:-

"Halo.... tolong bagi dua ringgit, tayar basikal pancit" katanya sambil tunjuk tayar depan basikal dia yang dan kempes. Erm.. kesian pulak dia dok sorong basikal tu, so my mom pun bagi la dua ringgit. 

Kendian, kitorang pun masuk lah Giant dan mulakan aktiviti membeli belah secara berhemah. Dipendekkan lagi cerita, habis berbelanja, kitorang pun balik. Dah habis susun barang masuk bonet, masa nak tutup pintu tu, tetiba ada orang panggil..

"Miss.... miss...." aku pun toleh...

"Boleh bagi dua ringgit, tayar basikal pancit" perghh... 

rasa menyirap pulak darah naik ke kepala tengok apek yang sama, yang tadi mintak dua ringgit tu.. buat gaya sama.. tunjuk tayar basikal dia sambil buat muka mintak simpati selipar.. terus jek aku sergah..

"EH.. BUKAN TADI DAH BAGI KE.. OOOOOOO INI KEJE NYA RUPANYA.. TIPU EHHHH" aku sound setepek

Cepat-cepat apek tu seret basikal dia larik... sambil membebel tak puas hati, aku perati jek apek tu, rupanya dia pegi kat orang lain dan buat benda yang sama. Masa tu baru aku tau, basikat tayar pancit dia tu umpan semata-mata. Dengan semua orang dia mintak dua ringgit. Hish.. tak sempat pulak nak ambik gambar apek kaki tipu tu. Mesti dia dah kaya dengan mintak dua ringgit kat semua orang yang pegi Giant tu. Huh senangnya nak hidup. Geram pulak aku..... 

Sekian, cerita hari ini.. short and sweeettttttttt tak!



Senyum selalu

Wednesday, April 17, 2013

Rabu: 7 kilo sahaja!

Nak jugak jugak tulis panjang-panjang walaupun hari Rabu. Wordless Wednesday itu idok sesuai hari ini hihi. Tak de la nak cakap banyak pun, cuma nak tunjuk gambar kat bawah ni. Gambar ni di ambil di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan. Mentang-mentang la tambang murah, penimbang beg pun dia letak hok buat timbang ikan kat pasar je.. 7 kilo sahaja hokey... sila timbang beg anda di sini huhuhuhu.... adeh... jatuh reputasi betul...




Senyum selalu ye

Tuesday, April 16, 2013

Farewell Boss...

Hampir setahun yang lalu aku pernah tulis entri yang sama (leh tekan sini).. kali ini tajuk nya tetap sama cuma orangnya saja yang berbeza. Sekali lagi... team kami kehilangan ketua.. kali ni macam tak de perasaan sangat huhu dah lali kot.. kata orang alah bisa tegal biasa. Maklumlah, sepanjang empat tahun bertugas di unit ini aku dah bekerja dengan ENAM ORANG BOSS!.. Hot seat sungguh, kena mandi bunga agaknya haha..

 
Neway..tq sir dah mengajar kitorang banyak benda selama hampir 10 bulan sir kat sini. Kami semua sangat menghargainya. Andai ada termengumpat, tersakit hati, tersinggung hati, ter tak puas hati.... maafkan kami, kami juga manusia biasa kadang-kadang terlepas laku dan kata hehe..



Kami di sini mendoakan sir lebih maju jaya dalam apa jua yang dilakukan.



Senyum selalu


Friday, April 12, 2013

Buat anda tersenyum


Haa... gempak tak tajuk entri ku setelah seminggu lebih senyap yo... Actualy semenjak menceburkan diri ke dalam arena perniagaan ni, sebok la sikit membina reputasi dan mengembangkan biz. Alhamdulillah selepas sebulan dua, boleh lah dikatakan stabil dan sudah ada customer-customer tetap dan baru.. uhh tak pernah rasa sehebat ini. Haha tak sangka pulak aku ni ada bakat berniaga hihi. Itulah kata orang belum cuba belum tau.

Biz ni cuma part time sahaja, sambil lepak-lepak tengok tivi tak buat apa-apa, sekarang ni dah ada hasil. Bonus dah masuk dua kali, mau tak senyum sampai ke telinga, yang penting bukan buat biz ala-ala skim cepat kaya, dok goyang kaki mengharap duit datang bergolek-golek-golek. Alhamdulillah berjumpa produk superbrand (health and beauty product) yang sangat berkualiti tinggi dan dapat menambah nilai pada hidup orang lain, pastinya kreadibiti yang terbina itu akan membuahkan customer tetap!

Wah... sebenarnya tak mahu cerita banyak pasal biz kat sini, sebab ini adalah blog peribadi bukan blog perniagaan hihi. Tapi sekali sekala nak promote kat sini apa salahnya kan...kan...kan... Korang-korang semua jemputlah lawat page saya yang tak seberapa ini, like la ye, bagi la sokongan moral kat kawan blogger korang yang baru nak bertatih ni.... hihi dan cuci-cuci la mata kat situ, mana tau berkenan di hati hehe.. Saya namakan page ini "Buat Anda Tersenyum" sebab masa saya create page ni saya senyum memanjang dan saya harap anda juga akan tersenyum di sini.. Boleh tekan sini ye kawan-kawan---> BUAT ANDA TERSENYUM




Terima kasih, saya sangat hargai sokongan anda semua.. :)



Senyum Selalu 

Wednesday, April 3, 2013

Rabu: kurang kata-kata

Aku memang gagal reverse parking nih...



Senyum selalu

Monday, April 1, 2013

Macam-macam hal

Aduh... sibuk banget sekarang ni.. dah mengalahkan bakal-bakal calon PRU13 pulak haha... macam-macam hal dah berlaku semenjak jarang-jarang taip entri ni. Macam-macam dalam kepala ni, bersusun tajuk entri yang konon-konon ohsem nak kongsi kat belog.. dah beribu-ribu lemon kosa kata + tatabahasa + gurindam + pantun + puisi + karangan berlonggok-longgok menunggu masa nak terzahir dalam belog ni... macam-macam imaginasi dah tercipta....

Bila tiba masanya, hari ini.. malam ini.. detik ini... saat ini... tiba-tiba aku tak tau nak tulis apa, tak tahu nak cerita apa... hilang semuanya bila segala-gala yang tersimpan berebut-rebut nak keluar dari kotak fikiran.. tak sempat jari-jemari yang cuma boleh menaip beberapa perkataan seminit ini nak mengejar idea yang berlumba-lumba dan mencurah-curah keluar ni haha.. Hasilnya... inilah.. ya ini lah.. entri dua perenggan tanpa isi huhuhu.... blogwalking dulu la...


Senyum Selalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)