Wednesday, July 17, 2013

Nafsu Ramadan

Assalamualaikum readers..

Dialog-dialog yang sering didengar dan berlegar-legar di kepala di kala waktu menginjak tengah hari di bulan Ramadan.. kekadang tu pagi pun dah dok pikiaq..


"Nak buka pose apa hari ni?"

"Nak gi pasar Ramadan mana jap lagi"

"Nak beli apa petang ni"

"Nak masak apa buka ni"

"Menu apa yang sedap ek?"

"Alamak! baru pukul 1.00.. lambat lagi nak buka pose"

"Nak ni.. Nak tu.. Yang ni sedap.. Yang tu pun best!!!"

"Semalam dah buka ngan ayam percik, roti jala, roti john, nasi arab, kuih koci, puding blablabla... Hari ni nak buka dengan mee goreng, kue tiaw, satay, ayam golek, burger bakar blablabla la pulak"




Betul ke tidak?? 

Bukan semua orang la, tapi kebanyakannya, dalam kepala tu dok fikir pasal makan je.. tuan yang menulis ni pun sama juga hehe.. Oleh kerana ini, sejak 3 tahun yang lepas, setiap kali Ramadan kami (aku dan rakan² serumah) buat sistem giliran memasak untuk berbuka. Makanya makan ala kadar saja, cukup 1 atau dua jenis je, yang simple-simple... tu pun macam lebih dari kadar biasa jugak.. haish nak juga lebih kan.. banyak la juga dapat jimat di bulan Ramadan ni.

Almaklumlah aku ni kalau dah ke pasar Ramadan tu jadi rambang mata, semua benda nak beli.. semua nak makan.. beli sampai tak cukup tangan nak bawa.. tapi tak habis pun, pengakhirannya.. buang kat tong sampah.. tak ke mambazir tu.. membazir tu kan amalam syaitan.. masa-masa syaitan di ikat ni pun kita nak ikut juga perangai tak semengah dia.. ish..ish..ish..

Sekarang ni tengah cuba sedaya upaya elakkan pembaziran di bulan mulia ini.. Kalau lalu kat gerai-gerai menjual macam-macam juadah berbuka kat bawah rumah tu, buat² tak nampak je, pastu jalan laju-laju... 

Anda bagaimana???

Senyum selalu

Friday, July 12, 2013

10 kesalahan paling hit ketika bulan Ramadhan

Assalamualaikum readers..

Ofis sangat sejuk hari ini. Dah feeling musim sejuk di Kota Paris ..kekeke.. verangan.. Hari ni tak mo cerita resepi or makan-makan. Kita intai-intai 10 kesalahan paling hit ketika bulan Ramadhan, yang ramai orang buat tapi tak perasan. 



1.            Tidak sahur
Puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan sebiji kurma dan segelas air kosong. 

2.           Sahur terlalu awal 
Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper

3.           Terlebih tidur 
Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. 

4.           Berbuka secara buffet sampai buncit 
Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5.           Membazar hingga membazir
Lapar mata @ rambang mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. 

6.           Sambut Hari Raya Aidilfitri mengalahkan Ramadhan
Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadhan dan dibebaskan pada 1 Syawal. 

7.           Solat tarawih tapi tak qiamullail pada lailatul qadr 
Nabi pernah meninggalkan tarawih secara berjamaah. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari lailatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! 

8.          Puasa tapi tak solat
Pahala puasa pending, sebab tak solat. Maknanya tak guna puasa kalau solat fardu tak buat. Ayoyo!

9.           Sibuk beribadah, lupa cari ilmu
Bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. Tapi jangan la ambik masa tarawih untuk buat tazkirah, banyak lagi masa lain kan!

10.      Gagal upgrade iman selepas Ramadhan
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.


Bila baca ni, sentaps pulak hati mak.. terasa u ols. Tapi jangan la setakat terasa jek, tanpa mau ambil iktibar dan berubah. Sama-sama upgrade diri, tingkatkan amalan di bulan penuh barokah ini...

Ramadhan Kareem! Selamat berpuasa dan memperbanyakkan ibadah (mendampingi Al-Quran, solat sunat, sedekah dll.)


Let us make this Ramadhan, the best Ramadhan ever! 


Senyum selalu

Thursday, July 11, 2013

Resepi: Makaroni Bakar

Assalamualaikum readers........

Cerita hari ini ialah pasal Makaroni haha.. Bila tiba je Ramadan, mulalah nak cuba bakat memasak yang suam-suam kuku ni khen.. kekonon nak feeling masterchef la gitu haha... Ni nak share resepi Makaroni bakar ala chef No_Reason hikhik.. Resepi asal di cilok dari chef Mat Gebu yang belognya dipenuhi dengan resepi-resepi meleleh air liur.. hep..




BAHAN-BAHANNYA
Makaroni -  rebus hingga lembut dan toskan, gaul dengan sedikit mentega
Keju mozarella secukupnya (aku haruslah berlebih-lebihan kejunya)
Keju Parmesan (yang ni tak de dalam resepi asal, aku tambah sendiri sebab aku keju mania)
Sos putih secukupnya (resipi dibawah)
Inti secukupnya (resipi dibawah)
Cincangan daun parsley secukupnya


BAHAN-BAHAN INTI
400 gram daging cincang (tapi aku guna ayam yang aku cincang sendiri sebab tak sempat nak pi market)
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - cincang halus
1 batang serai - ambil bahagian putih dan cincang halus
1 tangkai daun kari - hiris halus
1 tin tomato plum - diramas (aku guna tomato segar, pastu lenyekkan sesuka hati)
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1/4 bahagian traffic light capsicum - potong dadu (aku tak de capsicum ni, aku bubuh je cili besar kaler hijau ngan merah tu)
1/3 cawan air
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN SOS PUTIH
500 ml susu segar (aku guna susu penuh krim sebab susu segar tak de kat kedai)
2 1/2 camca besar tepung gandum
Sedikit parutan biji buah pala (aku tak guna sebab tak tau rupa buah pala tu camana :'(
Lada hitam kisar secukupnya
Garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA


UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun kari hingga harum, masukkan daging kisar dan goreng hingga daging berubah warna. Tambah rempah kari, goreng sekejap dan tambah sos cili, sos tomato dan tomato plum yang diramas. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan serbuk lada hitam. Tuang sedikit air dan masak hingga pekat. Tambah trafficlight capsicum dan garam secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.



UNTUK SOS PUTIH :- Panaskan susu segar, kemudian masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati. Masak dengan api kecil dan terus mengacau. Tambah parutan biji pala, lada hitam kisar dan sedikit garam. Kacau rata dan masak hingga sos putih kelihatan pekat. Matikan api dan tutup periuk tadi. Ketepikan.


UNTUK MAKARONI BAKAR :- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser bekas dengan mentega. Masukkan 1/2 bahagian makaroni, lapiskan dengan 1/2 bahagian inti, ratakan, dan 1/2 bahagian sos putih, ratakan dan tabur parutan keju mozarella + parmesan secukupnya.

Lapis dengan baki makaroni, inti, sos putih dan akhir sekali baki parutan keju mozarella. Tabur hirisan daun parsley dan bakar 40 - 45 minit atau hingga permukaan kelihatan perang keemasan. Keluar dan biar suam. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.


TARA.... dah siap.. Makaroni bakar versi NoReason!.. boleh masuk masterchef tak???





Senyum selalu

Wednesday, July 10, 2013

Pertama Ramadan ini

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur ya Allah.. aku masih diberi kesempatan bertemu dengan Ramadan yang mulia ini. Bulan penuh rahmat dan keberkatan. Bulan di mana pahala digandakan, doa diterima. Pertama Ramadan kali ini terasa sangat berbeza, moga kita semua diberi kekuatan untuk melipatgandakan amalan.. jangan hanya berpuasa menahan lapar dan dahaga tetapi tidak menjaga adab-adab diri, mengumpat, mengutuk, memandang yang tidak-tidak, mengucapkan perkataan-perkataan yang sia-sia, menyakitkan hati sesama manusia... Ya Allah.. semoga sahaja kita semua dapat mengisi Ramadan kali ini dengan penuh bermakna.

Pertama Ramadan ini... Ya Allah, sangat mendamaikan... moga ketenangan ini berkekalan, moga rahmat ini berterusan... moga keindahan Ramadan ini berpanjangan... 




p.s: nak google resepi untuk berbuka hehe... kurangkan ke bazaar Ramadan bagi mengelakkan rambang mata dan pembaziran..


Senyum selalu
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)