Friday, July 12, 2013

10 kesalahan paling hit ketika bulan Ramadhan

Assalamualaikum readers..

Ofis sangat sejuk hari ini. Dah feeling musim sejuk di Kota Paris ..kekeke.. verangan.. Hari ni tak mo cerita resepi or makan-makan. Kita intai-intai 10 kesalahan paling hit ketika bulan Ramadhan, yang ramai orang buat tapi tak perasan. 



1.            Tidak sahur
Puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan sebiji kurma dan segelas air kosong. 

2.           Sahur terlalu awal 
Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper

3.           Terlebih tidur 
Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. 

4.           Berbuka secara buffet sampai buncit 
Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5.           Membazar hingga membazir
Lapar mata @ rambang mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. 

6.           Sambut Hari Raya Aidilfitri mengalahkan Ramadhan
Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadhan dan dibebaskan pada 1 Syawal. 

7.           Solat tarawih tapi tak qiamullail pada lailatul qadr 
Nabi pernah meninggalkan tarawih secara berjamaah. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari lailatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! 

8.          Puasa tapi tak solat
Pahala puasa pending, sebab tak solat. Maknanya tak guna puasa kalau solat fardu tak buat. Ayoyo!

9.           Sibuk beribadah, lupa cari ilmu
Bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. Tapi jangan la ambik masa tarawih untuk buat tazkirah, banyak lagi masa lain kan!

10.      Gagal upgrade iman selepas Ramadhan
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.


Bila baca ni, sentaps pulak hati mak.. terasa u ols. Tapi jangan la setakat terasa jek, tanpa mau ambil iktibar dan berubah. Sama-sama upgrade diri, tingkatkan amalan di bulan penuh barokah ini...

Ramadhan Kareem! Selamat berpuasa dan memperbanyakkan ibadah (mendampingi Al-Quran, solat sunat, sedekah dll.)


Let us make this Ramadhan, the best Ramadhan ever! 


Senyum selalu

8 comments:

  1. Yessss... kena mencari yg terbaik dibulan yg baik ini.
    Peringatan buat semua ni.

    ReplyDelete
  2. eh, kalau tak sahur tak boleh ke??? ena selalu skip sahur.. ya Allah, terima kasih la atas teguran dan peringatan ni.. kalau tak, tak tahu ena

    ReplyDelete
  3. Bulan lain syaitan berkeliaran berbisik menghasut kita supaya berbuat jahat..... bulan puasa syaitan diikat, sepatutnya kita lebih rajin sebab takder hasutan drp syaitan.... tapiiii.... kalau perangai sebelum puasa dengan bulan puasa sama jer.... maknanya... kena la kita renung-renungkan dan bersihkan hati sendiri....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih share
    Berusaha nak perbaiki diri :)

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan is singgah sini. Terima kasih info yang bagus.

    http://iskandarx.com/2013/07/12/segmen-bloglist-santai-iskandarx-2013-reloaded/

    ReplyDelete
  6. hahahaha..setuju dengan semua kesalahan2 tu..hahaha

    ReplyDelete
  7. yup.. puasa tu maksudnya menahan diri.. sia2 la berpuasa kalau tak dapat nk menahan diri.. hanya dapat lapar dan dahaga..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)