Thursday, August 29, 2013

Senyum Khamis: Sebab tidak hadir sekolah

Assalamualaikum readers,

Uh.. minggu ni memang sangat sibuk! hari-hari penuh dengan meeting dan event! mujurlah hari ni bengkel yang dijadualkan dari jam 9-5 petang ditangguhkan. Bolehlah dok ofis siapkan kerja-kerja admin yang terbengkalai.. sambil-sambil tu boleh hapdet belog sikit.. tak banyak, sikit je.. sikit je.. 

Moh layan surat layang yang dikongsikan oleh kawan-kawan Whatssup! guling-guling den gelak hahahaha.. oke guling-guling tu tipu.. sakan aku gelak... lepas ni aku pun nak gi Cameron untuk membiasakan diri tinggal kat Korea.. haha boleh gitu..



Senyum selalu

Tuesday, August 20, 2013

Si comel Raudhah

Assalamualaikum readers..

Holaa.. ape cer u ols.. tak de apa kot nak citer malam ni.. dok mengosongkan ruangan photo dalam iPhone yang dah cecah 600++ pic. Huh gilo ape amik gambo banyak cam tu.. tu la generasi zaman sekarang kan, jalan dua langkah amik gambar, jalan 3, 4 langkah snap pic, makan nasik klik klik, makan megi pun nak pose lelebih.. pokoknya semua benda nak di rakamkan.. konon memori gitu haha... haish...



Dalam pada dok delete gambar yang tah hapa-hapa tu, ada banyak la pulak pic anak sedara ku yang super comel.. super cute.. super cengeng hehe.. alaaaaa rindu pulak kat dia.. 






Nur Raudhatul Izzah... kamu sangat comel okeh.. tapi kamu juga sangat cengeng hehe.. budak manja.. Paling tak tahan dengan bulu mata dia yang panjang dan matanya yang boolat... pipinya yang gebu.. rindu kamu... muach... moga membesar jadi anak yang solehah ye cayang...







Senyum selalu

Monday, August 19, 2013

Resepi: Nasi Beriani - mudah dan lazat

Oke hari ni, chef NR nak kongsi resepi Nasi Beriyani pulak haha.. Almaklumlah semalam gi makan kat Mr Kabab & Biryani, rasanya bole la.. bole la.. harganya pulak boleh tahan mahalnye... terus teringat masa puasa hari tu pernah buat Nasi Beriyani, ingatkan nak upload masa puasa hari tu, tapi alkisah tahap pemalas kuasa 20 maka hari ni baru sempat kongsi hasil air tangan chef NR yang pro ni haha.. 

Saya ni, skill memasak tu memang tahap ado-ado jo, alkisahnya tiap kali nak masak mesti nengok resepi.. ahh tak kisah la kan.. yang penting sodap... ye dok.. Resepi kali ni adaptasi daripada belog Azie Kitchen. Ahkak.. mohon pinjam resepinya ya.... 

Sila la lawat belog beliau yang ada macam-macam resepi menjilat jari... yummy.. Eh dok membebel panjang pulak kan, meh tengok bahan-bahannya..


Bahan bahan:




5 cawan beras basmathi - saya guna beras biasa je, sebab beras Basmathi tak de kat umah hehe
1 kg ayam - suka hati nak guna bahagian ape
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave - saya tak guna sebab tak jumpa carik
Minyak olive - saya guna minyak masak biasa je
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning - safron tu rupa camana eh.. tak tau.. so tak guna hehe



Hiasan - nak bubuh boleh tak nak pun tak pe..

Bawang goreng - saya tak letak

Daun ketumbar – pun tak letak
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint - tak letak juge
Badam & kismis - sy letak kacang jagus haha.. derhaka betul


Penyediaan Ayam:

Perap ayam agak² dalam sejam, perap dengan campuran garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang dan halia kisar serta bawang besar hingga naik bau.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan sedikit air.

Satukan yogurt dan buah tomato. Tuangkan dalam kuali, masak lagi hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biarkan berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.




Penyediaan Nasi:

Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak. Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.



Penyediaan Beriani:

Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning (saya guna pewarna serbuk, jadi saya tabur-tabur je huhu) atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris. (saya cuma letak telur, kentang dan cili hijau je huhu.. kekdahnya sebab malas.. tapi kena la letak resepi asal kan baru ohsem)

Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan ayam. Sudukan susu dan titis pewarna kuning. Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak guna microwave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dan sendukkan nasi dan ayam ke mangkuk lain, gaul rata dengan perlahan.

Bolehlah hiding dengan salad dan yogurt. Tabur daun ketumbar. Untuk resepi salad dan yogurt yang lazat, boleh ada disertakan di Azie Kitchen.. Saya tak letak sebab tak buat, dah malas huhu..



Tara.. dah siap... sangat lazat okeh.. statement belagak ala-ala cef celebriti miahaha. Cubalah.. memang best, sampai menambah-nambah, berpinggan-pinggan dek kerana kesedapannya.. aduh.. sedap banget... sambil menaip ni dok meleleh air liur... Selamat mencuba ya..




Senyum selalu
 

Friday, August 16, 2013

Salam Syawal.. Minal Aidin Wal Fai'zin

Assalamualaikum Fans Readers...

Hari ni dah 9 Syawal baru berkesempatan meninggalkan coretan yang amat di tunggu-tunggu oleh pembaca-pembaca belog ku sekalian. Har..har har.. sila abaikan kenyataan berbaur riak dan perasan sendiri itew.. sape yang tulis tah -_-....



Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Syawal.. Selamat meraikan bulan syawal dengan penuh kesyukuran. Semoga kita semua beroleh rahmat dan sentiasa istiqamah dalam meneruskan amalan-amalan baik semasa Ramadan. Taqabballahu minna wa minkum. 


Dikesempatan ini juga, sebagai penulis dan pemilik belog ini, saya mohon maaf atas segala coretan yang secara tidak sengaja telah menyinggung hati dan perasaan sape-sape yang membacanya. Maafkan saya ya.. Moga anda.. anda... anda.... anda semua sentiasa berada dalam LindunganNya..




Acane raya tahun ni? 
* Meriah.. raya sakan.. raya tetonggeng.. raya kesedihan.. tak raya.. 
* Dah berapa banyak pegi open house?
* Dah berapa kilo lemang, ketupat, rendang, dodol masuk dalam usus..


Apa-apa pun jaga kesihatan, terkejut-terkejut lak usus tu nak memproses makanan, kena overtime melampau lepas rehat sebulan ye dok.. sian kat dia.. 

[Pesanan penaja di atas adalah untuk diri sendiri... lol...]



Senyum selalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)