Friday, December 26, 2014

Journey to Tarakan - Part 1


Assalamualaikum..

Putrajaya - Klang - Tawau - Tarakan (Indonesia)
Percutian kali ni tak di rancang pun, bila enrich buat promosi 50% untuk penerbangan bulan Disember, terus check point dan tengok tiket pergi balik ke Tawau. Erm... cukup untuk dua orang. Call mak ajak pegi Tarakan, dah lama sebenarnya nak pergi jenguk sedara mara yang tak pernah kenal kat sana hehe. Tiket dah selamat beli tanpa perancangan rapi haha, main redah aje. Dalam kepala cuma fikir beli je dulu, lain hal fikir kemudian. Tiket dah beli, Passport dan renew, duit dah tukar ke mata wang rupiah.. merasa juga la den jadik jutawan. Tukar tak banyak pun, masa tu rp1,000,000 bersamaan dengan RM293.00.


Persediaan terakhir; Boarding pass, IC, passport, duit rupiah secukup rasa
 
Mesti korang tak pernah dengar pasal Tarakan. Selalu yang popular kat Indonesia ni Jakarta, Bandung, Bukit Tinggi, Bali... Tarakan tu ape je yang best. Kenapa aku pilih Tarakan. Sebabnya kitorang ada saudara mara yang bermastautin di sana, yang aku tak pernah jumpa pun, so kita ke sana untuk mengeratkan silaturrahim la alkisahnya. Sedikit info tentang Kota Tarakan dari Wikipedia: 

Kota Tarakan merupakan satu-satunya kota di Provinsi Kalimantan Utara, Indonesia dan juga merupakan kota terkaya ke-17 di Indonesia. Kota ini memiliki luas wilayah 250,80 km² dan sesuai dengan data Badan Kependudukan Catatan Sipil dan Keluarga Berencana, Kota Tarakan berpenduduk sebanyak 239.787 jiwa. Tarakan atau juga dikenal sebagai Bumi Paguntaka, berada pada sebuah pulau kecil. Semboyan dari kota Tarakan adalah Tarakan Kota "BAIS" (Bersih, Aman, Indah, Sehat dan Sejahtera)

Tarakan menurut cerita rakyat berasal dari bahasa tidung “Tarak” (bertemu) dan “Ngakan” (makan) yang secara harfiah dapat diartikan “Tempat para nelayan untuk istirahat makan, bertemu serta melakukan barter hasil tangkapan dengan nelayan lain. Selain itu Tarakan juga merupakan tempat pertemuan arus muara Sungai Kayan, Sesayap dan Malina


4 Disember 2014 bermulalah pengembaraan yang penuh ranjau dan onak duri. Penerbangan KL-TWU jam 2.30pm, dijangka sampai dalam jam 5.00 pm. Mujur ada makcik ambik kat airport terus ke rumah dia kat Batu 8. 

Izzah comey hantar ke KLIA. Perjalanan KL-TWU mengambil masa 2jam 30 minit. Pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Tawau. Bagi penumpang yang bukan berasal dari Sabah akan dapat slip kemasukan ataupun nak senang bagi je passport korang

Ada dua kekdah pengangkutan ke Tarakan. Melalui udara dan laut. Penerbangan ke Tarakan dengan MASWing dijadualkan 5 kali seminggu, tapi sebab memang nak naik kapal laut, konon nak adventure so tak survey jadual penerbangan. Kapal laut pula sebelum ni memang gerak setiap hari kecuali hari Ahad. Kapal Tawindo (Isnin, Rabu, Jumaat). Kapal Indomaya (Selasa, Khamis, Sabtu).  Jadi plan nya dok semalam kat Tawau kemudian pagi esok terus ke Pelabuhan. Nak dijadikan cerita, kapal Tawindo rupanya dah menghentikan perjalanan Tawau-Tarakan. Den tak tau, sebab dia tak masukkan maklumat tu dalam internet... (nanges...). Oleh kerana kami tiba di Tawau 4 Disember, Khamis, jam 5.30 petang.. Esoknya Jumaat, tak de kapal.. Indomaya gerak hari Sabtu. Masa ni baru terhegeh-hegeh survey tiket kapal terbang, pun tak ada juga (uwaaa.. nanges lagi). Kesudahannya lepak kat rumah sepupu di Batu 8, Tawau.

Lepak rumah sepupu dulu kat Batu 8.. Best sangat kat sini, lama dah tak rasa suasana kampung. Rindu pulak kat Beaufort.. Kampungku..

Sabtu, 6 Disember: Pagi-pagi buto dah siap-siap nak pergi pelabuhan. Kitorang tak bawa barang banyak pun, 2 beg baju dengan 1 kotak, kira boleh sangat la nak seret sendiri. Sampai kat pelabuhan tiba-tiba rasa macam kena kejutan. Mak ai, ramai gila orang, siap dengan barang-barang macam nak pindah rumah. Kat pelabuhan ni juga, pusat pergerakan ke Sungai Nyamuk dan Nunukan. Memang penuh dengan perantau-perantau + peniaga-peniaga Indonesia. Kitorang pegi kaunter tiket Indomaya dulu, Harga tiket untuk dewasa RM130.00, bagi passport kat dorang, dokumen perjalanan sume dorang dah siap-siap isikan, kita cuma tinggal bagi je kat imigresen kang.


Kalau tak nak bermalam kat Tawau, cek jadual perjalanan korang supaya boleh terus ke Tarakan, tak perlu bermalam di Tawau


Aku memang tak sanggup nak pikul beg naik kapal (konon nak angkat sendiri beg cuma tinggal angan-angan) dah la perjalanan dari pusat imigresen ke kapal sesak yang amat, nak jalan bawa diri pun semput. Kitorang upah buruh untuk angkat beg, letak terus dalam kapal. Tapi kena hati-hati sebab buruh-buruh ni suka serbu korang bila nampak beg korang banyak... pastikan buruh tu ada nombor kat belakang baju, minta no telefon dan jangan bayar dulu. Bayar lepas kita dah jumpa beg kita atas kapal sebab laluan buruh yang bawa barang dengan laluan penumpang tak sama. Mujur la makcik aku memang dah pakar selok belok punggah memunggah kat pelabuhan ni, dia panggil buruh yang memang dah kenal. Beg + kotak bagi kat dia, kitorang cuma bawa backpack dengan barang-barang berharga sahaja. Biasanya dorang akan caj RM5 untuk 1 beg/kotak.


Ni Reno. No.37, Buruh yang kitorang upah untuk bawa bagasi kitorang. Badan kecik.. aku yang tengok dorang dok angkat barang rasa cam tak sanggup je. Demi rezeki yang Halal, segala kudrat dan keringat di kerah.


Que kat kaunter imigresen pulak panjang bebeno, kalau ikut jadual, kapal gerak jam 11.00am... tapi jam 11.00 tu masih melongo tunggu imigresen clear. Dah siap kat imigresen, perjalanan nak ke kapal Indomaya memang thorbaek.. Laluan turun ke kapal dia tak pisahkan pulak untuk laluan buruh dan penumpang. Berselisih jalan dengan buruh-buruh yang bawa barang banyak gila, jalan tak boleh berhenti, kalau berhenti memang sampai ke sudah la kao tak sampai kapal, silap-silap hari bulan dengan ekau-ekau sekali boleh jatuh dalam laut. Mak aku plak relaks je, cam tak de apa². Aku yang serabut perot. Kalau nak pegi lagi memang aku naik flight huhu, hazab mak. Tapi sapa yang rasa nak bawa barang banyak boleh la naik kapal laut.



Sume-sume-sume tu nak angkat naik kapal. Pergh..


Lega... dah duk dalam kapal.. boley selfie-selfie.. Muka berpeloh-peloh.. eye liner pom dah comot.. haish...

Kapal gerak dalam jam 12.00 tengah hari juga, baru 5 minit dah kena tahan ngan bot polis. Mungkin ada orang buat laporan barangan tak isytihar cukai kot sebab berkotak-kotak makanan sejuk beku (daging burger, sosej, daging beku, nuget dll) kena sita. Dekat sejam jugak kot kat tengah laut baru kena lepas ngan polis. Perjalanan ni amik masa 4 jam, kalau rasa nak tengok laut boleh naik kat atas lepak-lepak. Oke nak tido, ti kita sambung bila dah sampai nanti hehe.. Adios...


Senyum selalu

Monday, December 15, 2014

Sakitnya tuh di sini

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah.. selamat kembali bertugas lepas bercuti 10 hari. Segar dan malas hehe. Hari pertama masuk pejabat, nak buat kerja pun malas. Cek emel masuk beratus-ratus, notification media sosial juga beratus-ratus, mesej kat WhatsApss berderet-deret.. maaf tak sempat nak respon semua (kenyataan bajet popular, ceh!) ngeh ngeh...

Menghabiskan cuti 10 hari ke mana agaknya? Cuma ke seberang laut aje, ke Tarakan, Indonesia. Melalui perjalanan darat, udara dan laut. Perjalanan yang panjang dan sangat mencabar.. fuhh.. nanti di ceritain dalam entri yang lain.




Pagi ni cuma teringat-ingat lagu dangdut yang tengah ngetop kat sana. Sampaikan ramai pulak yang guna ringtone lagu ni. Mula-mula dengar macam menyampah, tapi dah selalu sangat dengar dia jadi macam best la pulak. Haish.. apa kata survey? Nih lagunya, ku tepek di sini. Layan..... Sakitnya Tuh Di Sini - Cita Citata.







Senyum selalu

Tuesday, November 25, 2014

Review: The Hunger Games: Mockingjay - Part 1

Assalamualaikum w.b.t,




Erm... macam mana nak mula ek.. Actually, aku tak pernah ikuti cerita The Hunger Games ni. Mula dengan The Hunger Games, kendian The Hunger Games: Catching Fire sekarang ni pulak The Hunger Games: Mockingjay-Part 1. Dah siri ke tiga ni baru terhegeh-hegeh nak pegi tengok sebab selama ni dengar orang cakap cite ni best giler...

Akibatnya... sepatah haram aku tak paham haha.. amende Capitol, District segala bagai istilah yang dorang guna. Ambik masa juga aku nak hadam memula. Watak-watak pun tak berapa nak kenal. Katniss, Peeta, Annie, Finnict, Gale, presiden snow bla bla bla..... sapekah??? 



Jadinya.. Ini dari pandangan orang yang memang tak mengikuti ceritanya daripada awal... pada aku Mockingjay - part 1 ini sangat bosan. Mungkin sebab dia baru part 1. Jam pertama lebih banyak 'story telling' sampai menguap-nguap kitorang. Housemate aku siap nak balik dah akibat jalan cerita yang sangat lambat. Jam seterusnya pun blebih kurang aje, pergerakan cerita macam siput, unsur-unsur suspen tu tak ada, tak mengujakan. Sampailah ke akhirnya....................... - THE END -

Kesimpulannya, tak de hati aku nak cerita huhu.. mungkin juga aku kena layan sekuel The Hunger Games sebelum-sebelum ini dulu, baru boleh feel. Mockingjay Part 2, tak ada dalam senarai kena tonton lagi buat masa ni.. mungkin nanti kalau tiba-tiba aku berubah fikiran.Maaf diriku wahai penggemar The Hunger Games kerana memberikan pandangan yang kurang memberangsangkan ini huhu. Apa-apa pun, Selamat Menonton yaw..


Senyum selalu

Thursday, November 20, 2014

2014 FIA FORMULA E PUTRAJAYA ePRIX

Assalamualaikum w.b.t,

Dah dua tiga bulan juga dok konfius pasal binaan sementara di sepanjang presint 2 dan 3, Putrajaya, sampaikan laluan kereta ditutup berbulan-bulan lamanya. Aku pun dah berapa lama tak pegi pasar malam gara-gara malas nak ikut jalan jauh dan berliku-liku. Baru-baru ni.. (seperti biasa tertinggal keretapi) aku dapat tahu kat situ nak buat Formula E. Masa dapat tahu tu, reaksi aku cuma lah... owh...... dan sekali lagi malas amik tahu... hukhuk.

Dipendekkan cerita, kejap-kejap tadi ada la yang baik hati sedekahkan benda kat bawah ni...

Tiket 2014 FIA FORMULA E PUTRAJAYA ePRIX

Uiks.. baru la terhegeh-hegeh google cari info. Ye la.. orang berbudi kita berbahasa, orang dah beri mestilah kita kena pegi ye dok. Cari la maklumat sikit.. apa ada kat situ.. apa aturcaranya.. mana nak parking.. mujurlah segalanya dihujung jari je, klil klik klik dah dapat semua yang dicari.

Peta tempat kejadian


Aturcara kejadian. Aku rasa macam nak pergi masa final je, jam 2.00 petang tu hehe

Wah.. macam padat je aktiviti hujung minggu ini. Erm.. oke la kan daripada duk melangut + berangan kat rumah kan. huhu. Sapa-sapa yang pegi, jumpa di sana la ye.... Nak tau lebih lagi boleh pegi laman web rasmi di http://www.fiaformulae.com.my atau terjah je facebook https://www.facebook.com/FIA.Formula.E.Malaysia

 
Sementara tu meh layan kisah disebalik Formula E.....

 



Senyum selalu

Tuesday, November 18, 2014

Rakyat Malaysia serba mampu - Renew passport edition

Assalamualaikum w.b.t,

Fuh! kalau nak cakap pasal taraf hidup kat Malaysia sekarang ni memang wat senak perut. Segala benda naik harga.. naik semedang.. tak pernahnya turun.. pening kepala den.. Sana-sini kita dengar macam-macam keluh kesah, rungutan, kemarahan, ketidakpuas hatian (eh betul ke perkataan itu). Ahh.. malas nak komen lebih-lebih, lain tahun kita tulis entri panjang lebar berkenaan masalah negara yang kian meruncing ini.

Nak cerita kisah di Jabatan Imigresen sebenarnya. Alkisahnya nak perbaharui passport yang sudah tamat tempoh. Sebagai pekerja berhemah, aku idak lah pergi semasa waktu bekerja, pegi hari Sabtu. Al sebab kawan-kawan ramai yang nasihat suruh pegi awal takut nombor habis (Awal di sini bermaksud terang-terang tanah atau sesudah subuh) Perg.. gila awal. Makanya aku pun memulakan perjalanan dari presint 9 ke Menara Ikhlas kat presint 3 seawal jam 6.40 pagi. Rasa macam awal sangat dah ni. Sampai kat sana lebih kurang 6.55 pagi. Inilah suasananya.


Pintu tak buka lagi.. orang dah bersusun panjang gini..

Amik kau.. pukul berapa la dorang sampai ni. Ada satu keluarga kat depan kitorang cakap sebelum ni dorang dah pegi 2, 3 jabatan imigresen.. semua habis nombor. Ni yang ke tiga, dorang nekad kuar rumah 5.30 pagi huhu tapi sesat.. lalu sampailah awal sikit dari kitorang huhu


7.40 pagi dorang mula bagi nombor. Nombor ku 1043. Aku paling belakang, barisan dah sampai ke luar pintu. walla weh...

Sampai ngantuk-ngantuk aku tunggu giliran. Agak lambat juga panggilnya. Cuma yang bestnya, TIADA borang nak kena isi (sebab nak renew je), TAK PERLU bawa gambar sendiri, ambik gambar kat kaunter ala-ala buat IC


Meh nak wat kronologi

06.55 - Beratur kat bawah (depan lif)
07.40 - Dapat nombor 1043
08.40 - Dipanggil ke kaunter - kemaskini rekod, amik gambar bla..bla..bla..
09.00 - Buat bayaran
10.00 - Serahan passport



Tara... dah siap... passport lama selamat di gunting..

Apa kaitan, renew passport dengan tajuk huhuhu. Nak buat/renew passport bukan main susah payah lagi sekarang ni, sampaikan Jabatan Imigresen boleh tak cukup nombor. Siap kena kerja lagi Sabtu-Ahad. Maknanya ramai Rakyat Malaysia yang dah berkemampuan ke luar negara. Dah buat passport tu mestilah nak ke luar negara kan.. Bukanla nak menyokong kenaikan harga barang sebab aku sendiri rasa nak piket je bila kuih karipap kecik harganya 50 sen! tapi saje la nak bagi tau ramai juga orang kaya kat Malaysia ni. Mungkin juga hasil menabung daripada kecik.. jimat cermat amalan kita.


Nota kaki: Jabatan Imigresen Putrajaya cuma bagi nombor sampai 200 je bagi urusan Sabtu/Ahad. Jadi datang awal ye.. Hari aku pegi tu ramai yang balik dengan muka kehampaan bila nombor dah habis...



Senyum selalu

Friday, November 14, 2014

Peperiksaan 'ONLINE' SPA

Assalamualaikum w.b.t,

Baru-baru ini (erk.. baru ke?) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memperkenalkan Peperiksaan memasuki perkhidmatan awam secara dalam talian (Online). Siapa-siapa yang seangkatan denganku mesti pernah menghadiri peperiksaan manual sebelum ini. Memang agak susah sedikit. Sampaikan bila dapat panggilan peperiksaan pun rasa macam tak nak pegi, sebab tempat peperiksaan selalunya sekolah-sekolah yang kadangkala kita tak tau pun sekolah tu kat mana.. ngeeee... geografi failed! Exam pagi sampai petang, kantin sekolah pula tak buka... kalau tak bawa makanan memang kebulurla sampai ke sudah.

Baru-baru ini buat pertama kalinya aku dapat panggilan peperiksaan online. Neves juga memula tu takut line internet buat hal. Yang bestnya kita cuma perlu cari tempat yang kita selesa, siapkan makan minum sikit hehe, internet kena speed paling laju, buka tivi pun bole kalau tak kisah dengan bunyi bising hehe. Peperiksaan aku ni mula jam 8.00 malam, kebetulan masa tu aku tengah outstation, so merasa la juga ambil exam dalam bilik hotel kehkeh.

Sedang menunggu peperiksaan bermula ditemani WiFi YES kepunyaan sendiri, sekotak KFC dan Televisyen yang sedang menayangkan cerita Sinchan.. Pergh... gila cool exam cam ni..


Menunggu dengan sabar, dia akan mula tepat pada masanya.. tak de nak tunggu-tunggu ye.


Exam aku ni ada tiga seksyen. Ini seksyen pertama - Pengetahuan AM. Minit yang tinggal ada di tunjukkan, so boleh bajet² masa.


Walaupun ni exam online, tiada pengawas peperiksaan korang fikir korang boleh google jawapan sesuka hati. Huh tak sempat beb.. Soalan ada 50. Masa menjawab 40 minit, tak yah berangan la nak google bagai. Memang sempat jawab 5 soalan je nanti. Oleh itu sila penuhkan ilmu di dada okey.


Seksyen A tamat. Tunggu seksyen B pulak


Ni seksyen B, Daya menyelesaikan masalah. 40 soalan, 45 minit. Memang masalah sungguh soalan dia. Kalau tang soalan matematik tu, ada calculator kat sebelah pun tak sempat nak tekan. Senang lagi conteng-conteng kat kertas.

Jenis-jenis soalan yang bermasalah. fikir.... fikir.... fikir.....


Masa tamat! huhu kalau peperiksaan manual boleh gak minta belas ihsan pengawas tunggu kejap kalau tak habis jawab lagi. Ni habis je masa terus dia lock! memang terkebil-kebil je la kalau ada yang tak sempat nak jawab. Pasrah!


Akhir sekali ujian psikometrik. Yang ini kacang je, jawab ikut diri anda. Tiada yang betul mahupun salah


Peperiksaan TAMAT! Fuh lega.. Tiada masalah gangguan sistem, internet pun tak de sangkut-sangkut. Semua lancar... 





Keputusan peperiksaan dah boleh semak seawal 2 hari kemudian. Perg.. cepat sungguh. Kalau manual biasanya dalam sebulan dua baru tau. Keputusan aku... erm... biarlah cuma aku yang tahu kehkehkeh. Kalau nak maklumat lanjut pasal peperiksaan online SPA ni rajin-rajinkan diri lawat laman web spa di www.spa.gov.my.



Senyum selalu

Wednesday, November 12, 2014

Kemanakah menghilang?

Assalamualaikum w.b.t,


Hari ini berkesempatan membongkar balik entri-entri lama. Saja la konon nak mengimbas kenangan di angin lalu. Mencari-cari kawan-kawan blogger, menjelajah belog mereka-mereka yang sama-sama bersantai di alam maya satu ketika dulu. Ramai pulak yang sudah tidak aktif lagi, entri terakhir kebanyakannya setahun yang lalu. Owh.. kemanakah kamu semua menghilang.. 

Mungkin kesibukan kerja, tugas dan tanggungjawab yang makin banyak membuatkan masa untuk berbelog di tolak ketepi. Belog mula dipinggirkan dan dibiarkan sepi bagai tidak bertuan (chewah.. ayat kategori manis bergula batu). 

Ye la kan, kadang-kadang bukan tak mahu menulis, tapi kesuntukan masa. Walau terlihat macam senang je.. tulis-tulis... tekan-tekan.. muat naik... semudah a,b,c.. Kacang...kacang...kacang je... tapi realitinya bukan se 'kacang' itu.. sama juga la dengan aku, ada waktu-waktunya memang tak sempat nak buka belog pun, sampaikan peminat-peminat sume dok tertanya-tanya.. sila jangan muntah hijau, peminat dan pembaca belog ini juga sebenarnya datang dari planet Namek.. ala kengkawannye si Son Goku tuh, dorang memang suka jengah blog ni kalau dah bosan cari dragon ball tak junmpa-jumpa... oke merepek.. sekian..


Kemanakah mereka menghilang??? Harap-harap akan muncul rembulan disebalik awan satu masa nanti, bila masa mengizinkan



Senyum selalu

Tuesday, November 11, 2014

Hectic Month!

Assalamualaikum w.b.t,


Another hectic month! again huh... every month actually... *pitam*

But....

I love my job.. ngehngeh

Bahana tak cukup board.. sambung ngan A3 paper.. **sadis**


Nota kaki: Sudah terbayang cuti bulan Disember....... Cepatlah datang.....



Senyum Selalu
 

Friday, November 7, 2014

La Tahzan - ALLAH kan ada

Assalamualaikum w.b.t,



Suka, duka, ketawa, menangis, gembira, sedih, kecewa..... semua itu lumrah dalam kehidupan. Siapa yang tidak pernah merasakan semua itu erk.. mungkin boleh di gelar makhluk luar alam. Selalu kita dengar.. baca.. tengok.. cerita, berita duka. Kesakitan, kehilangan, kematian insan-insan tersayang. Penyebabnya berbagai-bagai. Ada yang kerana sakit, kemalangan dan tiba-tiba... 

Ya.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pergi yang secara tiba-tiba, tidak kita jangka pastinya meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Pedih..perit hingga ke dasar hati. Apatah lagi bila pagi melihat dia tersenyum, tertawa, memeluknya, mencium pipinya, berbual dan bergelak ketawa dengannya... tapi petangnya dia sudah kembali kepada penciptanya.

La Tahzan--- janganlah bersedih, Kita yang hanya memandang sudah berjuraian air mata. Inikan pula diri yang menghadapi. Pasti tidak tergambar perasaanya. Namun percayalah, bila kita menerimanya sebagai ketentuan ALLAH, redha itu akan datang, tenang setenangnya walau jauh di lubuk hati pedih tidak terkira. Bertabahnya.. dunia ini hanya pinjaman, segala isi dunia ini juga pinjaman, manusia juga hidupnya didunia hanya persinggahan. Yang pasti akan kembali jua padaNya yang Maha Esa.

La Tahzan--- janganlah bersedih, ALLAH kan ada. Dia tidak akan pernah meninggalkan kita, walau sejauh mana kita pergi. Walau selama ini kita melupakan Dia... namun ALLAH itu sentiasa bersama. Selalu ada.... Patah tumbuh, hilang kan berganti. Dia mengambilnya dari kita, namun pasti akan digantikannya dengan yang lebih baik.

La Tahzan--- janganlaj bersedih.. Yang menghadapi kehilangan, selalu terlihat tabah. Air mata mungkin tak dapat di tahan. Namun mereka tenang bagaikan angin yang bertiup lembut tanpa menimbulkan pusaran air yang mengganas. Percayalah, bila kita menghadapinya, pasti kita juga akan dikurniakan ketenangan dan keredhaan kerana kita tahu ALLAH itu ada. Beruntungnya kita sebagai umat Islam, ALLAH selalu ada.. selalu ada.. sentiasa ada... 

La Tahzan--- janganlah bersedih.. aku juga pernah melalui saat itu.. Kehilangan.. pada waktu yang tidak di duga, kala sedang bergelut dengan persediaan untuk peperiksaan akhir, aku menerima berita itu... Ya... memang kepiluan tidak dapat ditahan, namun ajaibnya rasa penerimaan.. redha itu kuat di hati. Terima kasih ALLAH kerana selalu ada bersama kami..

La Tahzan--- janganlah bersedih.. ALLAH kan ada.. Saat satu persatu insan disekeliling meninggalkan kita.. kala kita jatuh.. kala kita sedih.. kecewa.. ALLAH tidak pernah meninggalkan kita.. Jadi mengapa kita sebagai hambaNya sering melupakan Dia dikala senang dan gembira.. ALLAH ampunkan kami.. sayangilah kami.. kasihilah kami.. kasihanilah kami.. jangan pernah biarkan kami tersesat ke lorong kegelapan....


Maka NIKMAT TUHAN MU yang manakah yang kamu dustakan?



Wednesday, November 5, 2014

Wordless Wedneday:Kisah Dongeng nan Mewangi

Assalamualaikum w.b.t,


W.O.R.D.L.E.S.S  W.E.D.N.E.S.D.A.Y



Duk ulang-ulang dua lagu ni. Lain macam feelingnya.. Oh hati.. kenapa dengan kamu? 



Kisah Dongeng
-----------------------------




Mewangi
------------------------------



Senyum selalu

Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah 1436

Assalamualaikum wbt...

Selamat menyambut tahun 1436H. Maafkan diriku seandainya selama berbelog ini, tulisan dan komen-komen ku pernah mengguris rasa anda.. anda.. anda semua..

Maaf juga (in advanced) sekiranya di masa-masa akan datang, diriku mengguris rasa anda.. anda.. anda semua.




Doakan agar diriku menjadi lebih lebih lebih baik lagi di tahun-tahun yang mendatang dan diriku juga sentiasa mendoakan anda.. anda.. anda dan kita semua akan sentiasa berhijrah kepada kebaikan.

Salam MAAL HIJRAH!



Senyum selalu

Thursday, October 23, 2014

Review: Annabelle

Assalamualaikum para pembaca yang budiman..


muka penuh keterujaan

Memang berbelah-belah perasaan masa nak tengok cerita ni. Terasa macam seram sangat. Siap janji ngan housemate, seminggu kena tidur luar sesama. Lampu kena hidup, tak mo tidur gelap-gelap.. suram-suram pun tak mo.

Mental pun dah set untuk ketegangan dan ketakutan tahap tak hengat. Dah praktis camana nak jerit secara berhemah dalam panggung, popcorn dah makan siap2 bagi mengelakkan taburan hujan popcorn bila terkejut..




Cerita bermula.. 5 minit.... 10 minit.... 20 minit.... 40 minit... Dah mula bosan + ngantok.... 60 minit... 90 minit.... Cerita tamat... Erk.... 


Duh... Annabelle tak seseram yang di beritakan, biasa je, terkejut sikit-sikit adalah juga, tapi tak sampai menjerit... Bab suspen dia pun macam tak konsisten..  Takut lagi citer David Teoh hukhukhuk.. Cuma tengok muka patung macam seram juga la.. Balik umah, sume tidur bilik masing-masing.. macam tak de pape.. 




Oke serius.. dengan ini aku tidak mengesyorkan anda menonton cerita ini. Selain daripada tidak seram ianya juga bosan dan tak best. Tak mengujakan... Aku bagi 1 bintang aje huhu. Tu pun untuk muka patung yang seram itu dan membuatkan aku tidur dengan lampu terpasang sebab terbayang muka dia hehe.. 




Senyum selalu

Tuesday, October 21, 2014

Inovasi gaya hidup anda - NICE2014

Assalamualaikum para pembaca yang budiman...


"Innovation is not the result of chance, it's the result of action. It's NOT a thing to wait for. Its a thing TO DO" - Phil McKinney


Adakah anda seorang:
Pemikir?
Pencipta?
Pereka?
Peniaga?
Pekerja?
Pelajar?
Penganggur?


Walau siapapun korang yang pastinya korang adalah pengguna ye dok. Oleh kerana itu korang semua dijemput datang ke:



Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan atau dalam bahasa omputihnya National Innovation Conference and Exhibition (NICE) 2014


Anjuran siapa:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)


Kat Mana?
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


Bila?
31 Oktober - 2 November 2014


Kol bape?
9.00 pagi hingga 5.00 petang


Tema:
Teknologi memperkasa inovasi | Technology empowers innovation


Apa benda yang ada kat sana:
PERSIDANGAN - Kat sini korang boleh jumpa orang-orang hebat, tokoh-tokoh ternama dalam bidang masing-masing yang akan berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan dorang. Rugi doh kalau tak datang.


Antara tokoh-tokoh terkenal yang akan memberikan inspirasi kepada peserta


PAMERAN - Macam-macam ada, nak tau teknologi terbaru, ciptaan terkini, ilmu sains, R&D... semua ada

PADANAN PERNIAGAAN - Ni untuk usahawan-usahawan yang nak kembangkan perniagaan, bolehla mai sini usha line

JUALAN PRODUK R&D - Nak shopping pon bole


Lagi...
Kalau korang ada produk atau idea yang inovatif tapi macam tak de arah nak tuju atau tak de modal nak kembangkan, kat sini juga Klinik Dana MOSTI. Korang boleh dapatkan khidmat nasihat yang benar dan lurus tentang kekdah nak mohon Dana yang disediakan oleh pihak MOSTI. 


Acane tu?
haa... kena lah datang NICE2014.


Bayaran
Tiada bayaran dikenakan. Semuanya PERCUMA! cuma perlu datang dan manfaatkan semua yang dah di beri. Kalau nak jadi peserta persidangan boleh daftar awal kat sini 


Nak tahu lebih lagi
Boleh klik kat portal MOSTI di www.mosti.gov.my/nice2014


Media sosial pon ade
Facebook: 1mosti
Twitter: @mymosti
Instagram: @mymosti


Hashtag:
#NICEMOSTI2014
#MCY2014
#MOSTI

Jom ramai-ramai, ajak kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai datang kat NICE2014, sama-sama tambah ilmu, tambah nilai, tambah hasil

Bak kata uncle Steve Jobs - Innovation Distinguishes Between a Leader & a Follower 
Jadilah pemimpin, bulan pengikut. Terokai dunia sains, teknologi dan inovasi di NICE2014. Tandakan besar-besar kat kalendar korang 31 Oktober - 2 November 2014 | PWTC

Jumpa di sana!!!!



Senyum selalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)