Wednesday, March 26, 2014

MARINE ESSENCE: Putihkan segala yang gelap

Assalamualaikum readers,

Haaaa gempak tak tajuk tu.. kehkehkeh.. gila tak nak putih, mestilah nak..nak dan nak kan huehue... ni meh nak memperkenalkan satu produk yang memang ohsem. Tested and proven gitu.. 




Masalah-masalah yang dianggap biasa tapi sebenarnya kita nak sangat menyelesaikannya. Tapi akibat tak jumpa produk bersesuaian, kita pun terima seadanya huhu...KETIAK HITAM? ANAK RUAM & ECZEMA? KELEMUMUR? JERAWAT? BELUM HABIS SEBUKU DAH NAMPAK KESAN. KETIAK CERAH..GATAL2 HILANG..BADAN SEGAR..BERPELUH2 PUN TAK BAU BUSUK!!!



Ramai sebenarnya yang mengalami masalah KULIT GELAP di tempat-tempat seperti bawah lengan dan di lipatan-lipatan badan kan..kan..kan.. KULIT GATAL, berjerawat, kulit tidak sekata dan berbintik².. Masalah yang tiada berkesudahan... 

BOSAN dengan segala macam usaha yang tidak menampakkan hasil.. apa kata cuba MARINE ESSENCE aka SABUN PENCERAH atau lebih glamer dengan nama SABUN PENCERAH KETIAK huhu





 SANGAT SESUAI untuk:-

* Melembutkan dan memutihkan kulit serta celah lengan (ketiak la tu), celah paha, lutut etc

* Menghilangkan kesan jerawat, jeragat, kehitaman pada badan

* Sesuai untuk yang ada masalah kulit seperti gatal-gatal dan ekzema




Anda TAK PERLU PERCAYA TAPI BUKTIKAN SENDIRI!

Jom lihat apa kata pengguna-pengguna Marine Essence!


Pn Azlina Yap – Kuantan
“Semasa mandi pagi tadi dgn Sabun MARINE ESSENCE ni pun, saya masih tersengih2 mengingatkan perbualan tidak lisan dgn pelanggan saya yg membeli sabun ini utk mencerahkan ketiaknya.. Selain ketiak bertambah cerah, bulu pun jadi makin halus!



Patutlah kalau guna sebagai syampu rambut, rambut tetap lembut dan halus..! Mmg mengujakan. Agaknya bulu2 roma yg kasar di betis, tangan dll pun boleh menjadi halus dgn sabun ni, kena cuba dulu lah..


Yg paling best bagi saya setelah lebih sebulan mengamalkan sabun ni, dari hjg rambut sampai hjg kaki, BAU BADAN (terutama ketika berpeluh) mmg hilang! Terbaik..! Saya tak perlukan syampu rambut, pencuci muka & pencuci bhgn intim lg, all in 1 dgn MARINE ESSENCE ni, mudah & jimat”


En Razif - Bangi
"Saya bekerja di tengah panas dan kerap berpeluh.. Muka juga berminyak dan badan rasa tidak selesa kerana peuh yang sangat banyak. Sejak menggunakan Sabun Hijau ni badan rasa segaar dan selesa. Tiada bau walaupun berpeluh. Saya juga gunakan sebagai pencuci muka dan shampoo. Memang terbaik!!!"


Pn Azline Tajuddin – BPH Putrajaya
“Dh guna beauty bar ni sejak 2 minggu .wangiiii sgt..Khalish memang slalu jd gatal2 kt blkg (bekas2 diapers kot) selama ni guna produk lain kejap hilang, kejap datang balik ,pastu Alhamdulillah sejak guna sabun ni ..nampak ruam2 dan gatal tu makin kurg. Khalish pun suka sgt nak pegang sabun tu.... part umi dier lak ( saya le tu) memang guna satu badan.. terasa kulit muka lembap je tak kering mcam sebelum ni..yeehaa..”


Ni pulak testimoni bergambar. Apa kata mereka.

Testimoni gelap ---> cerah


Testimoni jerawat badan kurang


Testimoni ekzema


Testimoni syampoo ME


Ha.. hebat kan.. Marine Essence ni ada dalam bentuk Bar (sabun), Body wash (250ml) dan juga syampoo (250ml). Boleh guna ikut keselesaan kite :)



PLACE UR ORDER NOW!!
Boleh SMS/wassup nombor ni 019-305 4704 atau sila jenguk ke FB ni ---> KLIK FB





Senyum selalu

Monday, March 24, 2014

Selawat Perdana: Malam cinta Allah dan Rasul

Assalamualaikum readers,

Ini cerita Jumaat lepas. Sebab malas, baru hari ini kite post huehue. Alhamdulillah di beri kelapangan masa dan kesempatan untuk hadir bersama ribuan lagi umat Islam dalam program Selawat Perdana, Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. 

Ops.. muka housemate yang kelam dek kerana kamera HP berjenama terkenal yang tak nak bekerjasama pulak malam tu!


Kami gerak dari rumah selepas Maghrib ke Istana Kehakiman di Presint 3. Nak mengelak jam punya pasal, parking kat sana sebab katanya di sediakan bas untuk ke dataran. Tunggu punya tunggu di bawah sinaran lampu minyak tanah, bas tak kunjung tiba. Hangin pula rasa hati. Akhirnya, start enjin gerak ke depan sikit, Jalan 3 lorong dan jadi 1 lorong, kenderaan berlapis-lapis, kalau masuk juga alamatnya nak keluar nanti sakit jiwa so kitorang park kat sebelah bangunan KPDNKK lepas tu jalan kaki ke Dataran.

Kereta berlapis-lapis macam kuih lapis

Kalau nak kira jauh memang jauh yang amat! tapi sebab kami berjalan beramai-ramai dengan ratusan orang lain, maka tak rasa sangat jauhnya. Dalam 20 minit juga la menapak akhirnya ngam-ngam azan Isyak sampai kat kawasan Masjid.

Sepanjang jambatan yang dipenuhi manusia. Abaikan kualiti gambar huehue

Ramai sangat! orang. Teruja sangat! Alhamdulillah ramai yang bersama-sama dalam program seperti ini. Syukur. Lebih kurang jam 9.00, acara mula dengan alunan selawat bergema sekitar Putrajaya. Ratusan ribu umat manusia memenuhi dataran sehingga jambatan yang menghubungkan Masjid dan presint 2. Semoga banyak lagi program-program seperti ini di anjurkan.





Pandangan atas: Kredit pada FB Selawat Perdana


Senyum selalu
 

Thursday, March 20, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya

Assalamualaikum readers...

Korang tau tak ada Pesta Buku kat Putrajaya sekarang ni? tapi yang ni tak de la cam Pesta Buku Antarabangkasa KL (PBAKL). PBAKL tu bulan April. Yang ni lebih pada MPH punya, tapi tetap superb, semua jenis buku ada, semua jenis bahasa, semua jenis publisher.. haaa dasyat tak.. dasyat tak.. 

Lagi mudah coz dia bahagikan dewan kepada dua. Satu untuk buku-buku antarabangsa di gelar sebagai BOOKERVILLE dan satu lagi untuk buku-buku tempatan di namakan PEKAN BUKU.  Terasa macam ala-ala selangkah ke alam misteri gitu huehuehue... Sebagai pencinta buku tegar, aku haruslah hari pertama dah terjah PICC. 


Masuk kat BookerVille dulu.. pastu pening.. awat sume buku omputih ni.. mungkin pesta buku antarabangsa memang omputih kot.. kata pikiran ku yang sedikit ting tong ni.. ropenye kena kuar ke dewan sebelah.. barulah heaven dengan buku-buku local

Buku omputih


Buku Omputih lagi


Murah kan.. murah.. murah...


Ni plak kat kawasan pekan buku.. banyak sangaaattttt! macam nak beli semua. Nak yang ni, nak yang tu, nak yang nun, nak yang sinun, nak yang sana.............



Publisher Penulisan2 u

Kaki-kaki novel memang macam tak nak balik kalau datang sini


Siap ada signboard




Memang ohsem. Sila lah datang ye, Pesta Buku ni bermula 19 Mac hingga 23 Mac 2014. Dari pukul 10.00 pagi sampai 9.00 malam bertempat di Aras Concourse, PICC. Beg shopping disediakan di pintu masuk, tapi bila keluar kena pulang balik.. adoh..




Diskaun gile-giler, paling kurang pun mesti dapat 10%. Kalau ada kad MPH 15%. Ada yang sampai 70%.. Woowwiieee.. Deko pun cantik, kalau lapar ada kafe.. Kalau nak tau apa benda lagi ada kat sana.. boleh klik sini.

Hasil tuaian. sekian.

Nota kaki: Tak dan nak snap buku-buku yang dibeli.. Tapi tak banyak sangat la.. beli sikit jeee... yee sikit jeee...



Senyum selalu

Tuesday, March 18, 2014

Resepi: Shepherd's Pie sedap hingga menjilat jari

Assalamualaikum readers..


Sempena hari yang indah dan sejuk dek kerana suhu kat ofis yang ala-ala winter sonata ni, tetiba terasa nak makan shepherd's pie la pulak. Erm.. macam tak da kaitan je shepherd's pie dengan kesejukan. Abaikan saje, yang penting chef hari ni nak kongsikan resepi yang sonang dan sodap. Bak kata pepatah orang zaman batu 'kacang je' nak buat nye. Orang malas pun bole jadi rajin nak buat akibat daripada kesenangan yang amat sangat.

Kredit: inspirasi resepi dari blog Cik Epal Gojes


Oke dah habis bab merepek meraban, resepi kali ni chef berangan letak banyak gambar dan sedikit saja tulis-tulisan di bawahnya. Harap-harap faham la ye.


Ni bahan-bahan untuk buat lapis-lapis dia atau dalam bahasa omputihnya untuk layer bawah dan atas.. erk..betul ke tu.. bole la bole la..

Kentang dalam 10 biji atau lebih (ikut saiz | saya guna dalam 12 biji
3 sudu besar butter / planta / margerin | ikut suka
Lada sulah + garam sesedap rasa
Susu segar 1/4 cawan



Ni Bahan-bahan untuk inti

1 paket  ayam cincang @ daging pun bole
1 @ 2 ulas bawang merah | cincang
5 ulas bawang putih | cincang
1 biji tomato gebu | dadukan
1 tin kecil tomato puree
1 tin cendawan butang
Daun ketumbar
2 sudu sos cili
Garam



Mari mula memasak.. Mulakan dengan kentang-kentangan dulu
Mula-mula kupas kulit kentang, belah kecik-kecik pastu rebus sampai empuk seempuk-empuknya


Dah empuk bolehlah mula melenyek kentang bersama campuran butter, lada sulah dan garam


Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit dan lenyek lagi


Agak-agak dah cukup tahap kelenyekannya, dah tak de ketul-ketul.. boleh lah diketepikan dulu. Kita nak wat inti pulak



Untuk ini kita mulakan dengan....
Cairkan butter

Masukkan bawang merah dan bawang putih


Masukkan daging @ ayam cincang


Masukkan tomato puree, sos cili, garam, daun ketumbar dan gaulkan sehingga sebati



Masukkan cendawan butang + tomato dadu


Gaul-gaul-gaul..
Dah siap


Inilah kejadiannya.. Kentang lenyek + inti daging



Hokey.. mari kita mulakan acara melapis-lapis

Letak lapisan kentang kat dasar loyang korang.. Jangan buh habis pulak, nanti nak letak kat atas sekali

Bubuh la inti daging tu kat atas kentang tadi, ketebalannya ikut suka tekak korang

Kat atas inti daging tu, letak selapis lagi kentang lenyek tadi


Konon nak kelihatan kreatif, aku pun letaklah lapisan kuning telur lepas tu gariskan-gariskan dengan garfu.. ha kreatif tak..kreatif tak...

Dah siap la tu.. boleh lah masukkan dalan ketuhar gelombang mikro dengan suhu 180C selama 25-30 minit


Dah agak-agak kuning keperangan yang cantik macam gambar ni, boleh lah dikeluarkan.

Kalau rasa-rasa dah tak sabar nak menelannya boleh lah terus potong dan lihatlah hasilnyaaaa


Nampak Gebu kannn... kan... kan....


Siap untuk memasuki tekak.. yummy yummy... selamat mencuba.. tak susah pon... sedap hingga menjilat pinggan!



Senyum selalu

Monday, March 17, 2014

Yang tak ingin kita lihat

Assalamualaikum readers..

Dah masuk hari ke sepuluh pesawat MH370 hilang dari radar, belum ditemui.. malahan jejak yang ditinggalkan masih kabur. Namun.. harapan itu sentiasa ada, masih ada sinar. Walauapapun sebabnya, walau dimana pun ia berada.. ramai yang sentiasa mendoakan agar kesemua yang dibawa bersama MH370 selamat dan akan kembali ke pangkuan ahli keluarga masing-masing. #DoaUntukMH370 #PrayForMH370

Dalam pada Malaysia menjadi tumpuan dunia, nampaknya masih ada lagi gagal mengesan lokasi sebenar Kuala Lumpur. Peta Malaysia pun salah. Aduhaiii.... Itulah gunanya ilmu alam. Siapa kata GEOGRAFI tak penting. Sib baik masa sekolah dulu lulus cemerlang mata pelajaran Geografi. Sekarang ni nak gelak guling-guling ke nak katok kepala orang disebalik peta salah tahap petala ke lapan belas ni!






Kalau tak tau boleh GOOGLE kot, banyak je kat situ.. ni nak tepek seketul. Cer tengok yang hang tanda Kuala Lumpur tu Brunei hokey.. pening arrr..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)