Tuesday, April 22, 2014

Lady Driver Corner: Peraturan keluar simpang

Assalamualaikum readers...

Walaupun lesen memandu aku sudah berusia lebih 10 tahun, amik lesen masa belajar dulu-dulu.. tapi pengalaman memandu secara berterusan baru dua bulan hew hew hew sadis bukan. So kiranya aku ni pemandu amatur la kan kan kan. Bawa pula kereta manual, memang berdebar-debar jantung tiap kali memandu di jalan yang sibuk. 

Hari ni bukan nak tulis pasal betapa amaturnya diriku membawa kereta, tapi nak habaq pasal perangai kebanyakan pemandu-pemandu Malaysia terutamanya bab keluar simpang. Setahu aku la kan, masa amik lesen bertahun-tahun dulu, masih ku ingat lagi cikgu memandu aku kata...... pejam mata nak flashback sat.....


"Kalau kita nak keluar dari simpang, kena susur pelan-pelan, bagi signal, berhenti dulu. Bila tiada kenderaan baru jalan"


Gitulah lebih kurang katanya, keutamaan pada kenderaan yang jalan lurus. Betul kan? ke cekgu aku salah? ke silibus sekolah memandu sekarang dah tukar? Almaklumlah, sekarang ni yang aku perati kenderaan yang keluar simpang selalunya main pancung gitu aje, masuk tetiba, tak bagi signal pun. Kenderaan yang jalan lurus ni pulak kena brek, kena bagi jalan pada dorang yang keluar simpang ni. 


Ini adalah lakaran si pemandu amatur yang juga pelukis amatur haha. Warna biru ialah peraturan keluar simpang yang betul.. kan..kan.. Yang berwarna merah itu ialah cara keluar simpang yang mintak penampar berkelajuan cahaya. Harap maklum.

Dah banyak kali berhadapan dengan situasi macam ni, pernah sekali tu sampaikan aku terbabas ke line seblah gara-gara sebiji kereta tidak beretika tiba-tiba je berdesup masuk dari simpang, nasib baik masa tu tak de kereta lain kat line sebelah tu, kalau tak......

Rasa macam trauma pula nak lalu dekat-dekat dengan simpang ni, ke aku sorang je yang kena, ke aku sorang je yang rasa, ke sebab aku pemandu amatur jadi memang rasa cam ni, orang lain rasa oke je, ke memang sekarang sekolah memandu ajar keluar simpang tak payah tengok kiri kanan.. ke.. ke.. ke..

Kadang-kadang pening mikirkan perangai sesetengah pemandu yang tak reti nak hormat pemandu lain. Kite pun bayar cukai jugak ape.. huh.. sekian luahan hati seorang pemandu amatur.




Senyum selalu

Thursday, April 17, 2014

Resepi: Tiramisu mesti cuba_mudah dan sedap

 Assalamualaikum readers...

Dah lama nak cuba buat tiramisu, tapi baru minggu lepas kerajinan nak mem 'baking' itu muncul tiba-tiba. Sanggup ni meredah hujan lebat dengan diiringi kilat dan guruh sabung menyabung semata-mata nak pegi kedai kek beli bahan-bahannye huhu drama sangat khen.

Dolu-dolu ingatkan nak buat tiramisu ni susah, udah buat research sikit dengan pakcik google baru lah tahu sonang aje ropenya. Puaslah cari resepi sana sini nak yang paling mudah, ringkas dan sedap!

Oke, tak mo cite banyak jom la kita ke segmen masak-masak bersama chef NR huehue. Sumber asal resepi adalah random dari hasil carian pakcik google.


Bahan-bahan 


Biskut Lady Finger @ Tiramisu - ada dijual kat kedai-kedai kek, kalau tak jumpa guna kek span aje pun bole
250ml whipping cream
250g cream cheese
1/2 cawan gula castor
serbuk koko secukupnya
Sesudu nescafe / kopi / milo / mocca - mana-mana yang berkenan
Air - untuk bancuh nescafe



Cara-cara nak buat


Sediakan mixer anda. Kalau tak ada boleh juga guna cara manual tapi kena gagah perkasa nak mukulnye hehe. Campurkan whipping cream + cream cheese + gula castor

 Putar dengan kelajuan paling perlahan dulu kalau laju terus alamat terperciklah ke muka sendiri. Dah stabil tu, putar la laju-laju sampai kembang. Dah siap, ketepikan dulu
Bancuh nescafe tanpa gula. Celupkan biskut ke dalam nescafe, jangan lama-lama nanti biskutnya lembik dan hancur di dalam nescafe. Kena celup terus keluarkan.


Cara paling selamat, susun je terus biskut dalam bekas. Lepas tu percik-percikkan air nescafe tu sampai sebati. Kalau nak mudah gunalah bekas segi empat. Senang nak susun biskut, tak yah potong-potong cam aku ni ha.


Dah siap percik-percik nescafe, letak adunan cream cheese tadi di atasnya. Kemudian letak lagi biskut, percikkan nescafe, letak lagi cream cheese. Kira jadi dua lapis la gitu. Nak buat selapis pun bole, tapi memandangkan bekas ni tinggi kenalah buat dua lapis.


Oke dah siap. Ni lapisan paling atas. Boleh masukkan dalam peti sejuk kejap sebelum tabur serbuk koko di atasnya. Nak tabur terus pun boleh tapi nanti serbuk koko tu meresap dalam cream cheese. Jadi tak berapa best.

Ni pandangan sisi. Aku memang saja je susun biskut tu rongak-rongak sebab nak kasi cream cheese tu memenuhi ruang yang kosong. Baru umpss dan meletops kan.




Agak-agak cream cheese dah keras sikit bolehlah taburkan serbuk koko di atasnya. Disarankan gunalan penapis supaya serbuk koko itu tidak berketul-ketul dan sememeh. Taburkan sesuka hati anda, tapiiii jangan la melampau banyaknya, pahit pula kang. 


Dah siap.. Kalau tak moh makan lagi boleh buh balik dalam peti, kalau rasa dah tak menahan nak mencekik, bolehlah di makan terus. Memang yummiessttttt lah!



Cheesy.. yummy... sedapppppp yang amat. Puji-pujian kepada diri sendiri huhu


Mudah dan enak. Cuba lah ye... sonang yooo... resepi kat blog ni memang senang-senang belaka. Kalau susah, den pun tak kose nak buat haha..




Senyum selalu

Friday, April 11, 2014

Malaysiaku Berdaulat

Assalamualaikum readers..


Hari ni nak buat soalan kuiz dan kira-kira sikit. 


Bilangan penduduk Malaysia: 28.3 juta orang
Bilangan pendatang asing tanpa izin (PATI): 1.3 juta orang
Jumlah pekerja asing di Malaysia yang sah dan berdaftar hingga 30 Jun 2013: 2.2 juta orang


Lepas di campur. tolak, tambah, bahagi, darab, kuasa dua blablabla akan kita akan dapat jumlah 10% daripada penduduk Malaysia ialah warga asing!! OMG..




Tak hairanlah kat mana-mana kita pergi dalam Malaysia ni mesti jumpa 'mereka'. Sampai ada ketikanya kita yang rakyat Malaysia ni rasa terasing di bumi sendiri. Rasa macam kita pulak yang pendatang. Sesak.. seram.. tak selesa.. tak selamat yang amat bila persekitaran dikelilingi 'mereka-mereka ini'. 'Mereka' ni pulak jenis suka berjalan dalam gerombolan beramai-ramai, kita tengok pun naik seram.

Rasanya penggunaan pengangkutan awam di Malaysia terutamanya di kawasan bandar, penumpang-penumpangnya memang banyak didominasi oleh 'mereka'. Aku sendiri dah merasakan benda ni untuk satu tempoh yang lama. Kerja di Putrajaya, nak pergi kerja naik bas Nadi Putra tu pun dipenuhi oleh 'mereka', mujurlah pihak Perbadanan ambil kira rungutan kami ni, waktu peak hour 'mereka' tidak dibenarkan naik bas sekali dengan kami. Yang tu dah kira settle. Tapi tang lain tu......

Hujung minggu kebiasaannya aku mesti balik Klang hari Jumaat lepas kerja, naik bas Putrajaya - KL - Klang. Dari Putrajaya ke KL memang tak pernah dapat tempat duduk sebab kami naik di presint 1 dan bas memang dah penuh dengan 'mereka' yang naik awal dari imigresen atau Putrajaya Sentral. Yang jadi sakit hati hampir semua tempat duduk 'mereka' yang conquer. Yang kita ni, berdiri la sampai KL dengan bas yang penuh macam sardin. Nak pegi Klang pun sama, penuh sesak bas dengan 'mereka'. Sakit pulak hati kite ni, dah la 'mereka' tu tak bayar cukai, dapat pulak tempat duduk! kita ni... warganegara... apa ceritaaaaaa!.. Sekarang ni, mereka pun dah pandai naik ERL.. sume tempat 'mereka' ada.. pening arrr...

Belum lagi bila tiba cuti umum. Memang tak hingin aku nak pegi KL, dah macam kat negara mana ntah, muka 'mereka' tu je kat serata alam. Kat pusat bandar Klang pun sama, gambar-gambar ni contoh kat Klang masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Masa ni aku rasa macam nak terbang balik rumah. Tak kuasa nak jalan dikelilingi 'mereka'.






Kenapa ramai yang suka datang Malaysia, duduk secara haram pun tak pe, sebab senang sangat nak dapat duit kat negera kita yang aman damai ni. Kalau rajin, apa pun boleh dapat. Aku hairan sangat kenapa masih ada rakyat Malaysia yang tak mahu berbakti dan berbudi kepada negara sendiri sampaikan peluang-peluang tu semua direbut oleh orang asing. Kalau nak bagi contoh memang tak tertulis rasanya, kedai runcit, restoran, kedai cuci kereta, pasar....... semua sektor 'mereka' dah pulun. Yang warganegara ni melopong je jadi melukut di tepi gantang. Kerja nak senang, komplen je manjang, pantang ditegur ada je nak dijawabnya. Hasilnya, 'mereka' ambil kesempatan atas kemalasan kita sendiri.

Duit malaysia mengalir keluar macam air. Pendapatan 'mereka' dapat, cukai tak payah bayar, subsidi pun dikautnya sekali. Apa yang 'mereka' dapat di Malaysia, membolehkan 'mereka' balik negara sendiri, jadi jutawan seumur hidup. Paling sadis bila ada antara 'mereka' ni lagaknya mengalahkan negara ni dia yang punya. phuiii...

Memang tidak dinafikan kita memerlukan 'mereka' dari beberapa segi, tapi mungkin mekanisme kita menguruskan 'mereka' masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Penguatkuasaan longgar, peraturan ala kadar, keistimewaan yang rakyat Malaysia dapat, 'mereka' pun dapat.. semua pukul rata. Harap pihak berwajib ambil serius pasal perkara ni sebelum ianya berlarutan. Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Jangan hanya sekadar kata-kata. Jangan sampai kita jadi terasing di bumi sendiri.



Sumber fakta:
http://www.cljlaw.com/files/hansard/DR/pdf/DR-23102013.pdf
http://www.statistics.gov.my/
http://www.imi.gov.my/



Monday, April 7, 2014

Jalan-jalan cari makan edisi 'Steamboat' terlebih sudah

Assalamualaikum readers,

Seperti biasa, akibat malas menaip makanya baru hari ini nak keluarkan cerita dua minggu lepas hehe. Alkisahnya tekak terasa-rasa nak makan steamboat. Dah lama sangat tak makan, kebetulan pulak housemate yang sorang tu baru kuar kete baru huhu, alang-alang boleh test drive sekali ye dok.

Oleh kerana member tuan punya kereta, baru dapat lesen, neves la pulak beliau nak memandu ke destinasi yang tak berapa nak jauh tu walaupun kereta auto. Jadik diriku selaku pemandu lama yang tak berapa terer ni jugak yang kena bawa kete. Kitorang kuar rumah lepas maghrib, cuaca bagus dengan agin sepoi-sepoi bahasa. Baru nak keluar dari Putrajaya, hujan lebat yang amat turun mencurah-curah. Alhamdulillah, hujan rahmat lepas berhari-hari panas. Cumanya, gegar sikit la nak drive.. dah la malam + hujan pulak tu.

Dengan pemanduan berhemah 40km/j akhirnya sampai juga di MAEPS Serdang. Destinasinya MAEPS Bistro. Sampai-sampai je parking dah penuh, uiks.. selalu datang jam ni orang tak ramai lagi, ni dah penuh. Dah la tak wat booking sebab bajet datang awal. Rupanya malam ni ada beberapa majlis kecil kat situ. Kena la tunggu kejap, perut pun dah menyanyi rock n roll.

Mujur tak lama sangat, tak sampai pun 30 minit dah dapat tempat. Apa lagi, perut dah lapar, selera pun menjadi-jadi. Semua benda nak amik sampai penuh satu meja, kitorang bertiga jek, terserlah tahap kelaparan di situ. Sempat snap gambar-gambar ni je, akibat tak menahan nak mentekedarah.

Penuh semeja hohohoh

Aneka pilihan
Seafood fresh | sotong | ikan | ketam | ayam | daging

Aneka sos..
Second round! huehuehue

Slurp..... yummy yummy 

Burp.. kenyang... berjaya habiskan tanpa pembaziran huhu.. Tapi tak dan nak merasa cendol + ABC sebab dah kenyang sangat. Bagi yang dok Putrajaya or yang berdekatan, kalau teringin nak makan steamboat boleh la cuba di MAEPS Bistro ni. Untuk set steamboat harganya RM29 seorang (kanak-kanak RM15), untuk grill RM33 (kanak-kanak RM18).

Makan sampai pengsan. Selain makanan untuk steamboat dan grill ada juga makanan berat macam mee goreng, nasi goreng, lauk pauk, buah, desert, ais krim..... Cukup lengkap. Kira berbaloi lah. Pilihan makanan dia pun boleh tahan banyak dan fresh. Kemudahan pun oke, parking luas, surau cantik.. Selamat menjamu selera.





Senyum selalu

Wednesday, April 2, 2014

Catuan bekalan air peringkat keempat!

Assalamualaikum readers..













Nampaknya masalah kekurangan air masih lagi di tahap kritikal. Sekarang ni dah masuk tahap catuan bekalan air peringkat keempat untuk negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Perghh... memang tak menahan bila tak ada air ni, lebih rela tak ada elektrik dari tak ada air. Catuan peringkat keempat ni bermula 1 April 2014 hingga 30 April 2014 atau satu tarikh yang akan diputuskan. Maknanya selagi empangan-empangan terlibat belum sampai paras air yang normal, selagi itulah air akan di catu.

 



Bagi kawasan-kawasan terlibat mesti dah tahu sangat jadual catuan ni kan, dua (2) hari dapat air, dua (2) hari tak dapat air. Berapa banyak air nak kena tadah tu untuk tampung dua hari punya keperluan. Mesti dua hari tak mandi, dua hari mandi sungguh-sungguh huhu. Sadis sungguh laaa... Lori tangki air pun tak akan dihantar pada kawasan-kawasan terlibat. Dah bagi tau kan, dah bagi jadual... pandai-pandailah simpan air kan..




Mujurlah kerja kat Putrajaya, setakat ini belum mengalami apa-apa gangguan / catuan air yang berpanjangan. Ada jugaklah sekali dua air tak da. Tapi dalam beberapa jam saja, lepas tu dah oke balik. Cuma kualiti air memang tak boleh nak kata apa la, kuning je, dah lama tak tengok air paip berwarna putih jernih. Sebelum ada masalah air ni pun memang gitulah warna airnya.. karat manjang...

Kalau masih tak tau kat mana nak tengok jadual catuan air dan kawasan terlibat boleh la cari kat www.syabar.com.my atau klik je kat sini untuk terus gi kat jadual catuan air peringkat keempat. Ingat! jangan bazirkan air. Kalau bekalan air dah pulih nanti pun sama, jangan membazir air, ingatlah masa-masa sukar begini.



Senyum selalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)