Thursday, April 17, 2014

Resepi: Tiramisu mesti cuba_mudah dan sedap

 Assalamualaikum readers...

Dah lama nak cuba buat tiramisu, tapi baru minggu lepas kerajinan nak mem 'baking' itu muncul tiba-tiba. Sanggup ni meredah hujan lebat dengan diiringi kilat dan guruh sabung menyabung semata-mata nak pegi kedai kek beli bahan-bahannye huhu drama sangat khen.

Dolu-dolu ingatkan nak buat tiramisu ni susah, udah buat research sikit dengan pakcik google baru lah tahu sonang aje ropenya. Puaslah cari resepi sana sini nak yang paling mudah, ringkas dan sedap!

Oke, tak mo cite banyak jom la kita ke segmen masak-masak bersama chef NR huehue. Sumber asal resepi adalah random dari hasil carian pakcik google.


Bahan-bahan 


Biskut Lady Finger @ Tiramisu - ada dijual kat kedai-kedai kek, kalau tak jumpa guna kek span aje pun bole
250ml whipping cream
250g cream cheese
1/2 cawan gula castor
serbuk koko secukupnya
Sesudu nescafe / kopi / milo / mocca - mana-mana yang berkenan
Air - untuk bancuh nescafe



Cara-cara nak buat


Sediakan mixer anda. Kalau tak ada boleh juga guna cara manual tapi kena gagah perkasa nak mukulnye hehe. Campurkan whipping cream + cream cheese + gula castor

 Putar dengan kelajuan paling perlahan dulu kalau laju terus alamat terperciklah ke muka sendiri. Dah stabil tu, putar la laju-laju sampai kembang. Dah siap, ketepikan dulu
Bancuh nescafe tanpa gula. Celupkan biskut ke dalam nescafe, jangan lama-lama nanti biskutnya lembik dan hancur di dalam nescafe. Kena celup terus keluarkan.


Cara paling selamat, susun je terus biskut dalam bekas. Lepas tu percik-percikkan air nescafe tu sampai sebati. Kalau nak mudah gunalah bekas segi empat. Senang nak susun biskut, tak yah potong-potong cam aku ni ha.


Dah siap percik-percik nescafe, letak adunan cream cheese tadi di atasnya. Kemudian letak lagi biskut, percikkan nescafe, letak lagi cream cheese. Kira jadi dua lapis la gitu. Nak buat selapis pun bole, tapi memandangkan bekas ni tinggi kenalah buat dua lapis.


Oke dah siap. Ni lapisan paling atas. Boleh masukkan dalam peti sejuk kejap sebelum tabur serbuk koko di atasnya. Nak tabur terus pun boleh tapi nanti serbuk koko tu meresap dalam cream cheese. Jadi tak berapa best.

Ni pandangan sisi. Aku memang saja je susun biskut tu rongak-rongak sebab nak kasi cream cheese tu memenuhi ruang yang kosong. Baru umpss dan meletops kan.




Agak-agak cream cheese dah keras sikit bolehlah taburkan serbuk koko di atasnya. Disarankan gunalan penapis supaya serbuk koko itu tidak berketul-ketul dan sememeh. Taburkan sesuka hati anda, tapiiii jangan la melampau banyaknya, pahit pula kang. 


Dah siap.. Kalau tak moh makan lagi boleh buh balik dalam peti, kalau rasa dah tak menahan nak mencekik, bolehlah di makan terus. Memang yummiessttttt lah!



Cheesy.. yummy... sedapppppp yang amat. Puji-pujian kepada diri sendiri huhu


Mudah dan enak. Cuba lah ye... sonang yooo... resepi kat blog ni memang senang-senang belaka. Kalau susah, den pun tak kose nak buat haha..




Senyum selalu

21 comments:

  1. sedapnya..nampak macam senang nak buat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap.. memang senang hehe..

      Delete
  2. Replies
    1. taraaa.... yaaa inilah tiramisu... :D

      Delete
  3. mcm mna nk cari ladyfinger..kat bahagian mana?huhu..xjmpaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah lagi jumpa kat pasaraya.. selalu beli kat kedai kek je hehe

      Delete
  4. dah cube dah..senang je nak buat..sedap pun sedap..

    tapi saya modify sikit..saya tak suke kafein..so sy skip step yang ade kafein tu..pakai kek span beli kat giant..yg swiss roll tu..tak rendam dlm air kafein pun tu..tapi rasa masih sedap:)

    sedap tak semestinya susah kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kena modify ikut selera kita juga.. resepi-resepi ni sume sebagai rujukan basic je.. :)

      Delete
  5. kalo ikut resepi ne...agak2 dapat brapa bekas yk??

    ReplyDelete
  6. kalo ikut resepi ne...agak2 dapat brapa bekas yk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut yang saya buat dapat 2 bekas besar tu dengan 4 bekas bulat kecik. Tapi saya memang letak cheese meleleh huhu.. kalau buat biasa2 je boleh dapat lebih lagi

      Delete
  7. Replies
    1. Satu bungkus macam kat atas tu dalam RM11++. Banyak juga dalam dia

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. sedapnye!!!

    sharing

    http://supplementsaya.blogspot.com/2015/07/resepi-ladyfinggers-cheese-oreo-yang.html

    ReplyDelete
  10. sedapnye!!!

    sharing

    http://supplementsaya.blogspot.com/2015/07/resepi-ladyfinggers-cheese-oreo-yang.html

    ReplyDelete
  11. Ampun. Sedapnya. Thanks. Akak nak try lps n8

    ReplyDelete
  12. Ampun. Sedapnya. Thanks. Akak nak try lps n8

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)